7 Jan 2010

Keadaan Nizar Stabil

Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dilaporkan dalam keadaan stabil selepas kereta dipandu beliau terbalik dalam kemalangan jalan raya di Ipoh,Perak awal pagi ini.

Kejadian berlaku di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah ketika Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dalam perjalanan berjumpa doktor untuk pemeriksaan bulanan.

Pegawai Khas kepada menteri besar Perak itu, Amran Harun berkata Nizar mengalami kecederaan pada siku kanan dan dimasukkan ke Hospital Ipoh sebagai langkah berjaga-jaga dan untuk membolehkan beliau berehat.

"Datuk Seri cuba mengelak sebuah kereta yang keluar daripada persimpangan di Jalan Raja Dr Nazrin Shah. Beliau terbabas melanggar bahu jalan," kata Amran.

"Kereta Datuk Seri remuk, tapi Alhamdulillah beliau hanya mengalami luka di siku kanan," tambah beliau.

"Doktor nasihatkan Datuk Seri berehat sebab beliau sangat aktif berkerja sebagai ADUN dan Ahli Parlimen," tambahnya lagi. -TVS

(kredit imej : anaz of perakexpress.com)




4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Dato Seri... saya doakan YB cepat sembuh Insya Allah.

Tanpa Nama berkata...

jika dato seri pandu kancil lagi parah cederanya kot.. allhamdulillah selamat...

Tanpa Nama berkata...

Orang yang paling seronok berhubung dengan peristiwa ini barangkali Zamry. Kalau teruk cedera entah-entah dia buat kenduri kesyukuran.

HaHs berkata...

Saya pun sama. Depan pejabat Umno tu puaka kot. Ada hantu raya sesat. Hitam tersengih pakai kain gombang.