4 Dis 2009

Benar, Dia Dibuat Untuk Rakyat Malaysia

Tidak ramai (mungkin tiada) pemimpin PAS yang berminda tinggi sebegini. Pemimpin Umno juga tidak ada, mungkin.

Kini alam sedang menghukum manusia kerana apa yang dibuat oleh tangan-tangan mereka sendiri. Penipisan lapisan ozon, pencairan ais, peningkatan paras air laut dan macam-macam lagi, membingungkan manusia cerdik seperti saintis.

Mereka bingung bukan kerana tidak tahu puncanya, tetapi bingung mengenai cara mendidik manusia supaya lebih akrab bersahabat dan mesra bergaul dengan alam.

Tahukah kita mengenai ‘Rumah Hijau’? Kalau manusia bermusuh dengan alam, mereka tetap akan tewas.

Demikianlah hukum alam. -Ust Zolharnain Abdin


Ulasan GB

Satu pengakuan ikhlas dari Exco Dewan Ulamak PAS, Ustadz Zolkharnain terhadap idea dan gagasan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.

TG Nik Aziz menyifatkan Husam sebagai "Husam ini Allah buat bukan untuk Kelantan sahaja tetapi untuk rakyat Malaysia, dia budak yang cerdik, pengalaman banyak dan pemikiran jauh ke depan.

“Rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam seperti ambil balik tanah Felcra yang banyak, wujudkan sistem kifalah yang memberi banyak manfaat kepada rakyat dan orang kurang upaya (OKU),”


Namun di dalam partinya sendiri ada yang cemburu dan tidak berkenan dengan Husam. Diantaranya termasuklah anak TG Nik Aziz sendiri, Nik Abduh dan Nik Amalina. Sedangkan kedua-duanya tidak ada apa sumbangan yang bermakna bukan kata untuk umat esjagat, malah untuk ahli PAS sendiri. Yang dilakukan hanyalah luahan dengki hati dan cemburu terhadap kejayaan orang lain serta meratap tangis apabila ditimpa sedikit ujian kerana telah sekian lama hidup dalam kesenangan.

Begitu juga terhadap pengkritik-pengkritik Nik Aziz dan Husam.

GB telah tegaskan berkali-kali sekarang bukan zaman bijak berpidato sahaja atau mengkritik sahaja. Sekarang zaman untuk bekerja, zaman untuk memikirkan sesuatu yang berguna untuk umat. Sesuatu yang berfaedah untuk rakyat terbanyak jika benar ingin jadikan PAS, sebuah parti untuk kerajaan yang dinanti.

Dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa untuk mengangkat darjat orang-orang yang Dia sendiri kehendaki sekalipun tidak disukai oleh mereka yang pepnuh penyakit di hati.


Banjir: Husam cadang tangani pemanasan global dengan guna baja organik
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berpendapat Kerajaan Persekutuan perlu menangani masalah pemanasan global, sekiranya serius mahu menangani masalah banjir di Malaysia.

Cadangan itu, disampaikan dalam rancangan Agenda Awani, suatu rancangan terbitan Astro saluran 501 semalam.

“Kalau dari segi banjir, ianya berkaitan pemanasan global. Salah satu dari puncanya adalah pembebasan karbon (dioksida).

“Kalau kita terlalu memikirkan bagaimana menangani fenomena banjir yang besar, tanpa memberikan penyelesaian pada puncanya, saya ingat ianya (kos pengurusannya) akan menjadi mahal,” kata Husam.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat mendakwa kerajaan tidak serius menyelesaikan masalah banjir, jika diukur pada polisi pertanian padi menggunakan bahan kimia.

“Saya lihat Malaysia masih belum serius menangani pemanasan global ini...kalau kita gunakan baja organik menggantikan baja kimia, kita boleh mengurangkan pembebasan karbok (dioksida) yang tinggi ini.”

“Kita ambil penaman padi umpamanya, saya lihat kerajaan masih menggalakkan penggunakan bahan kimia, yang juga penyumbang pada pembebasan karbok (dioksida) yang tinggi,” kata Husam.

Di Kelantan, Husam memperkenalkan penanaman padi organik yang tidak menggunakan bahan kimia. Ia dijadikan contoh oleh kerajaan negeri untuk diamalkan di seluruh negeri Kelantan.

Husam turut dilihat memanfaatkan kesempatan di udara selama 30 minit turut menasihatkan kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar bersikap terbuka dengan kerajaan negeri, dalam hak menguruskan wang royalti minyak Kelantan.

“Kita perlu ada sikap terbuka dengan idea yang baru dan yang berbeza yang berasaskan keadilan...Perdana Menteri kita (iaitu) Datuk Seri Najib Tun Razak perlu beri duit itu kepada (kerajaan) negeri.

“Jika (kerajaan Pusat) mahu menguruskan bersama duit royalti dengan (kerajaan) Negeri, itu boleh dibincangkan, tetapi janganlah diletakkan di bawah ketiak kita, kerana itu duit orang (kerajaan Kelantan),” katanya.

Beliau turut menganggap alasan Najib tidak logik – Kelantan tidak layak mendapat royalti minyak kerana perjanjian petroleum dilakukan antara Malaysia dan Thailand, bukannya antara Kelantan dan Thailand.

“Duit itu milik rakyat Kelantan, mengapa diletakkan di bawah pusat dengan alasan-alasan yang tidak lojik.

“Kawasan Perairan Bersama (JDA), paling dekat Kelantan iaitu 150 kilometer, tetapi paipnya tidak dinaikan di Kelantan (dan) sengaja dinaikkan di Songkla (Thailand) yang jauhnya 230 kilometer,” dakwa Husam.

Baginya, penafian hak kerajaan negeri Kelantan menguruskan wang royalti minyaknya membuktikan kerajaan pusat berfikiran primitif.

“Kalau perkara sekecil itu pun, (kerajaan) Pusat masih berfikiran primitif, sudah tentu sukar bagi kita menemui kebijaksanaan yang baik untuk Malaysia,” katanya.

Rancangan yang dihoskan oleh Suhaimi Sulaiman turut menampilkan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed selaku panel regu Husam.- Harakahdaily


Tiada ulasan: