21 Nov 2009

SPRM Perlu Hentikan Bersandiwara

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam anggota Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi pada Jumaat dilihat hanya sebagai sandiwara SPRM untuk memulihkan imej setelah tercalar teruk ekoran keputusan mahkamah yang tidak membenarkan SPRM melakukan siasatan di luar waktu pejabat seperti yang lazim dilakukan oleh SPRM.

Ia bukan satu tindakan yang jujur kerana sebelum ini sudah berlaku kejadian seumpama itu apabila kredibiliti SPRM merudum dengan teruk, mereka melakukan penahanan seorang ADUN UMNO Terengganu, kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.

Tetapi selepasnya, apa yang berlaku?

Tiada sebarang pun tindakan diambil.

Hal yang sama juga bakal berlaku ke atas enam anggota Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi yang ditahan. Keenam-enam suspek berusia antara 30 dan 40 tahun, ditahan pada pukul 2 pagi di rumah bekas anggota jawatankuasa sayap itu selepas didakwa cuba memujuknya agar menarik semula peletakan jawatannya dengan menawarkan RM40,000.

Justeru itu dakwaan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman bahawa tindakan SPRM itu kononnya tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menjalankan tugas mereka adala hanya sebagai satu usaha untuk membersihkan nama SPRM yang telah diketahui umum melaksanakan siasatan berpilih, tidak telus, kejam serta tidak profesyenal.

2 ulasan:

broooo... berkata...

AWAS!!!

misi SPRM (suruhanjaya pembunuh rakyat Malaysia) telah menular ke Johor... sebelum ini di Selangor & Kelantan!

ada 2 agenda kes ini diujudkan;

1) usaha dalaman umno untuk menjatuhkan dato' sri sayed hamid albab!

2) ada pemimpin Pakatan Rakyat telah dikenal pasti & akan diserang selepas ini.

tungguuuuu!!!!!!!!

lihat saja riaksi Ketua Perhubungan Umno Johor...
"Penahan anggota UMNO bukti SPRM adil"
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm

dan

komen naib ketua pemudanya...
"kita menunggu sisatan dari SPRM sebelum mengambil sebarang tindakan"

jaga2 ada udang disebalik mee niihhh...

Awanama berkata...

SPRM berlakon dengan arahan pengarahnya???