10 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Tekanan Ke Atas Selngor, Kerajaan Pusat Kurangkan Peruntukan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertikaikan tindakan Kerajaan Persekutuan mengurangkan peruntukan kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Tindakan berkenaan dilihat tidak adil kerana Selangor merupakan negeri yang menyumbang hasil sebanyak RM 16 bilion kepada Kerajaan Pusat.

"Jika 20% daripada jumlah tersebut (RM3.2 bilion) dipulangkan kepada negeri Selangor, ini akan menjadikan peruntukan yang boleh diterima daripada kerajaan persekutuan lebih dua kali ganda daripada bajet semasa," kata Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pembentangan Bajet 2010 di sidang DUN hari ini.

Menurutnya pemberian daripada kerajaan persekutuan yang diterima sehingga 27 Oktober tahun ini hanya berjumlah RM408.26 juta.

"Jumlah ini merupakan 16.6% daripada Bajet 2009 jika dibandingkan dengan penerimaan pada tahun 2008 menunjukkan penurunan peratusan penerimaan sebanyak 21.65% daripada keseluruhan Bajet 2008 dan 17.64% daripada Bajet 2007," katanya.

Khalid turut mempertikaikan amalan baru yang diamalkan Kerajaan Persekutuan di mana projek-projek persekutuan dijalankan secara terus oleh Pejabat Pembangunan Negeri melalui Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU), sebuah unit dalam Jabatan Perdana Menteri.

"Sebelum ini, projek-projek tersebut dilaksanakan oleh Pejabat Tanah dan Daerah dengan mengambil kira kesesuaian projek berdasarkan keperluan penduduk dan daerah masing-masing.

"Kini ia terus dilaksanakan oleh ICU selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Malahan, pembangunan projek-projek ini sekarang tidak lagi dilaporkan kepada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan ataupun pejabat daerah walaupun projek ini sepatutnya untuk tujuan pembangunan negeri," katanya.

Khalid berkata jumlah projek yang semakin berkurangan dan penyaluran peruntukan yang turut merosot menunjukkan kerajaan pusat bersikap tidak adil dalam menyalurkan peruntukan ke negeri itu.

4 ulasan:

asas berkata...

kerajaan PR selangor dah banyak melakukan perubahan sejak mengambil alih pentadbiran, antaranya:-

Bantuan secara tetap yang semua rakyat rasai
1) air percuma 20mm3 @RM 11 setiap bulan
2) Caruman warga emas
3) Bantuan Ipta RM 1000
4) Tabung bencana alam
5) Kenaikan elaun guru2 Kafa Fardu Ain, dan kakitangan kerajaan negeri.
6) peruntukan pada badan2 kebajikan
7) peruntukan pada peniaga2 kecil melalui skim blue-print
8) peruntukan pada sekolah agama rakyat seluruh selangor(tak pernah berlaku selama 50 tahun umno memerintah!!)
9) bantuan kebajikan barangan keperluan,wang saguhati kepada rakyat miskin,dan memerlukan bila2 masa.
10) membuka peluang pekerjaan dengan kerjasama syarikat2 swasta kepada anak2 selangor.
11) program bantuan kepada org2 miskin di estate2 secara berkala.
12) program bantuan perumahan dan pembiayaan perumahan dari kerajan negeri.

dan banyak lagi lah....

pendek kata dah banyak berubah dah kalu nak bandingkan masa umno memerintah...tu pasal umno selangor skrg ni buat2 baik kat rakyat...pelancaran skim SUBUR oleh PM 1mesia pun buat kat selangor semata2 nak compete dan tunjuk kat rakyat umno pun bleh kasi bers free...huhuu...

apa yg ramai tak tau ialah SUBUR kasi beras "separuh" free dengan kasi kupon...peh tu beras 15% hancur lak tu...cam tak iklas je..penerima lak kena bayar separuh harga kupon tu...hahaha..peh tu umno kata dia bantu rakyat free...highlight kat media dan org melayu pun percaya...hahahaha

kerajaan pr selangor kasi beras 10kg 5% hancur FREE !!! tiap bulan org2 miskin bleh dtg amik ke setiap pusat khidmat komuniti di setiap DUN...tkde birokrasi..tkde redtapes...!!dan tk pernah berlaku sepaanjang 50 tahun umno perintah selangor..

bantuan blue print (pada usahawan kecil) saja dah cukup membuktikan kerajaan negeri PR amat prihatin...sebenarnya skim ini dah ada sejak dulu,cuma umno tak bantu betul2...dulu,hanya ahli2 umno yg dapat bantuan, termasuk mesin2 dan alatan perniagaan...banyak plak ahli2 tu yang tak meniaga pun bleh dapat,asalkan ahli umno...lepas tu mesin2 tu tadi dijual plak pada org2 yg meniaga dengan harga yg tinggi...so, penerima bantuian tu untung berganda lah..dah la dpt mesin free,jual plak kat org lain...hahaha...tu la perangai umno...

tp skrg...senarai penerimaan bantuan skim ini mencecah ribuan peniaga...mereka ini menerima bantuan terus dalam bentuk mesin2 perniagaan yg berkaitan perniagaan mereka..maknanya, kalau berniaga welding, akan dapat mesin welding baru,pemotong besi elektronik etc...bantuan plak tu disalurkan terus kepada peniaga...DIRECT!!! tak perlu melalui org2 tengah yang menyonglap cam zaman umno dulu...dulu yg buat untung ialah ketua2 umno..bukan peniaga !!!!

nah..rakyat mesia...fikirkan...dalam keadaan peruntukan tak cukup,ditahan,dizalim...kerajaan PR masih mampu buat kebajikan pada rakyat terbanyak...tu baru satu negeri,blum nengok negeri2 lain pimpinan PR lagi...

patutlah Umno beria-ia tunjuk baik sangat sekarang...rupanya "Baik ada makna tuuuu..."

Anak PR Selangor berkata...

UMNO buat zalim lagi. Siapa pun pemimpin UMNO mcm tu. Jgn mimpi la kami nak bagi undi pada UMNO.

Sori.

Awanama berkata...

Pelatihan Solat Khusyuk

Membuka cakrawala dan melatih anda secara langsung tahap-tahap menerima khusyu' dalam solat, menjernihkan jiwa anda, meraih ketenangan sempurna (thuma'ninah) dan pengalaman puncak (peak experience) yang mampu menghalau segala rasa cemas dan nervous.

Banyak orang beranggapan bahawa solat khusyuk hanya dapat diraih oleh para wali atau para kaum sufi sahaja. Padahal Solat khusyuk itu mudah.

Sebagaimana terdapat dlm Al-Qur’an, seharusnya setiap orang yang beriman ketika solat mereka dalam keadaan khusyuk. Banyak manfaat solat hanya dapat kita perolehi jika kita melakukan dengan khusyuk. Salah satunya solat akan membentuk peribadi mulia. Solat khusyuk dapat memberi kebaikan secara langsung kepada diri kita, keluarga, pekerjaan dan persekitaran

Kursus Khusyuk Itu Mudah menggunakan kaedah pendekatan yang mudah difahami dan telah terbukti keberhasilannya. Dibimbing secara langsung oleh Ustaz Abu Sangkan, penulis buku best seller PELATIHAN SHALAT KHUSYU’, peserta akan diajak untuk meraih solat khusyuk dengan cepat.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mengikuti Kursus Khusyuk Itu Mudah dan laluilah nikmat hari-hari penuh kedamaian
Daftar Segera – Tempat Terhad

Tarikh: 21 – 22 November 2009 (Sabtu dan Ahad)
Yuran: RM250
HUBUNGI: SOLAT CENTER MALAYSIA:
019 267 9294, 019 624 1965, 019 262 7304, kualalumpur@shalatcenter.com

poya berkata...

Memang k'jaan pimpinan UMNO-BN jahat dan dayus.
Apa tidaknya.. K'jaan Selangor adalah k'jaan yg
sah dsisi undang2 dan telah dipileh olih raayat
melalui pilihan raya. Raayat telah pun memberi mandat kpd PR utk memerintah Selangor dgn hasil
peruntukkan yg sedia ada. Tapi UMNO-BN tidak bolih menerima hakikat ini bahawa mereka telah
tewas dlm pilihan raya.
Cara utk melemahkan pentakbiran k'jaan Selangor,
k'jaan pusat (UMNO-BN)akan mengurangkan wang
peruntukkan kpd Selangor. Inilah yg bolih di
katakan jahat dan pengkianat kpd raayat selangor.
Walaupon pilihanraya sudah pun berlalu, tapi
UMNO-BN tak habis2 bermain politik.
Aku sokong tulisan "Marhaenr" diruangan diatas
tentang pembaharuan2 yg dilakukan olih k,jaan
PR diSelangor. Mungkin kerana banyak kebaikan2
dan pembaharuan2 yg dilakukan diSelangor dgn
berbagai2 bentuk bantuan utk raayat, maka UMNO-
BN merasai pembaharuan itu akan menyebabkan
raayat akan menolak mereka. Jadi utk melemahkan
pembaharuan dan kebaikan itu,mereka cuba utk
mengurangkan peruntukan supaya k'jaan selangor
menjadi semakin sukar utk menguruskan pentabiran
nya. Inilah jahat dan dayusnya pemimpin2 UMNO-BN.

Saya kira, hanya orang yg tak cerdik dan tidak
berakal saja yg memberi undi kpd UMNO-BN. Sekira
nya orang berakal dan cerdik, mereka akan berfikir kenapa raayat Kelantan menolak UMNO-BN?
Kerana UMNO-BN, perasuah,zalim,mabuk kuasa,tak
adil kpd raayat, tolak bantuan sekolah2 ugama
dan pengkianat kpd org2 melayu dgn PPSMI.