18 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Kecurian Pasir Di Bestari Jaya Akan Disiasat Segera

Kerajaan Negeri Selangor bakal segera menyiasat dakwaan kecurian pasir di Bestari Jaya baru-baru ini.

Malah, kawasan yang terbabit merupakan tanah pertanian yang dijadikan lombong pasir yang didakwa didalangi anak syarikat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sepertimana yang dilaporkan dalam akhbar tempatan baru-baru ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kes kecurian pasir bukan perkara baharu malah ia berlaku di serata tempat termasuklah negeri Selangor.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri sentiasa mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut yang diwarisi sejak pemerintahan Umno-Barisan Nasional di Selangor lagi.

“Itu kita akan siasat, saya selepas dewan dan esok kita ada perjumpaan Exco, dan salah satu daripada tajuk itu kita untuk mengatasi masalah yang sentiasa berlaku, di mana kecurian pasir sentiasa berlaku masih berleluasa di negeri Selangor, sudah tentu kita cari jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut, bukan sahaja di Bestari Jaya tetapi di banyak tempat di negeri Selangor ni, untuk menyelesaikan masalah ini, saya sendiri akan fokus dan akan mencuba mencari jalan bagaimana penyelesaian ini dapat dilakukan”, katanya.

Bercakap demikian selepas persidangan Mesyuarat Dewan Negeri Selangor Kali Ketiga yang ditangguhkan pada hari ini.

Dalam pada itu, Tan Sri Khalid menambah, sejak Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, semua kelulusan untuk kebenaran melombong pasir hanya dikeluarkan oleh Exco Sumber Alam, Yaakob Sapari.

“Untuk mengambil pasir, secara yang betul ialah dia mesti mendapat kelulusan daripada Pejabat Daerah dan untuk ini sekarang kelulusan untuk melombong pasir adalah di bawah kelulusan Exco”, jelasnya.

Terdahulu semasa pentadbiran Umno-BN di Selangor, semua kelulusan untuk melombong pasir boleh diperolehi dari Pejabat Daerah seluruh negeri ini. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN (TVS)



Tiada ulasan: