5 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Idris Tuduh Blogger Penulis Fitnah

Ramai yang mempertikaikan kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad yang telah menuduh blogger memainkan semula isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang menurutnya isu tersebut (UG) telah dikuburkan lebih awal lagi.

Beliau membuat kenyataan itu di Majlis Ijtimak PAS Kawasan Gopeng yang diadakan beberapa hari yang lalu.

Ustaz Idris Ahmad sebelum ini telah menyanggah pendapat Prof Dr Abdul Aziz Bari dan sanggahannya itu telah menerima kritikan dari banyak pihak sebagai sikap beku dan tidak berlapang dada terhadap teguran dan krtikan "orang luar" terhadap kepimpinan parti.

Siapa yang sebelum ini telah menyanggah pendapat orang lain kalau bukan Idris sendiri yang telah terang-terangan menyanggah pandangan Prof Abdul Aziz Bari dengan mempertahankan kepimpinan PAS yang dilihat oleh banyak pihak sebagai kepimpinan yang lesu dan dikuasai oleh mereka yang sebelumnya bertanggunggungjawab mengketengahkan gagasan UG yang merosakkan jemaah itu?

Siapa yang telah mengadakan pertemuan dengan blogger-blogger UMNO kalau bukan mereka yang disifatkan sebagai pemimpin bermasalah oleh Mursyidul Am PAS sendiri, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat jika benar isu UG telah dikuburkan?

Telah menjadi tabiat dan dasar mereka dari kalangan UG ini akan melabel dan mengcapkan mereka yang menentang gagasan UG sebagai "penulis fitnah" walhal merekalah dari pendokong UG ini yang telah menimbulkan "fitnah besar" kepada parti dan jemaah sehingga menyebabkan parti berpecah-belah dan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat merasa sangsi terhadap pendirian PAS yang sebenar.

Isu UG sebenarnya sekalipun diproklamirkan telah dikuburkan, tetapi hanya untuk menipu daya para ahli, sedang jarum-jarum mereka terus-terusan berjalan sepertimana isu PAS Selangor yang terang-terangan menjadi penyebab kepada sekalian kekecohan di dalam parti dan penolakan kaum bukan Melayu terhadap PAS.

Begitu juga isu pertemuan Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharuddin Mat Isa dengan para blogger UMNO yang telah banyak meninggalkan tandatanya di kalangan ahli jemaah.

Apa yag cuba dilakukan oleh Idris tidak lain dari percubaan untuk melakukan pembedahan di pinggiran sedang beliau adalah sebahagian dari penyakit yang menyerang jemaah.

Selagi pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang bermasalah itu masih tidak diambil tindakan terhadapnya, isu UG yang dikatakan telah dikuburkan akan tetap menjadi duri dalam daging kepada jemaah - sampai kiamat.

1 ulasan:

Rozaen berkata...

salam wbt..saya rasa bukan golongan UG sahaja yang bersalah dlm perkara ini. TGNA telah awal2 lagi mengesan masalah ini. Sebab itulah dlm pemilihan lalu Kelantan menghantar calon Dato' Husam Musa untuk merebut jawatan Timbalan Presiden. Tetapi ahli2 Pas kurang peka..sehingga memberi kemenangan kepada Ust Nasharuddin Mat Isa. Kononnya Ustaz Nasha ni golongan ulama, Husam pula golongan profesional yg akan berfikiran sekular. Tapi terang lagi bersuluh, keadaan sebenar adalah sebaliknya.
--> Semua ahli Pas bertanggungjawab atas kacau bilau ini sebab salah memilih pemimpin.