16 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Agus Sokong Cadangan Zaid

Cadangan melantik Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat (PR) wajar diberikan perhatian, kata penganalisis politik, Profesor Madya Dr Mohd Agus Yusof, semalam.

Menurutnya, biarpun cadangan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berbentuk peribadi, tetapi cadangan itu boleh dibincangkan secara bersama dengan kepimpinan tertinggi PR.

“Pandangan yang diutarakan Zaid tidak salah, apatah lagi bertujuan mengukuhkan lagi parti. Namun cadangan itu perlu diterima secara majoriti oleh pucuk kepimpinan PR dan juga ahli secara keseluruhan.

“Cara lantikan juga perlu mendapat pandangan dan persetujuan ramai pihak. Melalui mesyuarat bersama komponen PR, barulah lantikan secara demokrasi dapat dilaksanakan,” katanya kepada: Sinar Harian:, semalam.

Agus juga tidak menolak kemungkinan keperibadian Nik Aziz yang baik dan dihormati antara sebab cadangan Zaid meletakkan Menteri Besar Kelantan itu sebagai Pengerusi PR.

Ditanya kemungkinan cadangan itu boleh menimbulkan keretakan dalam pakatan pembangkang yang kini diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim, Agus berkata, isu ini tidak akan timbul jika pemimpin tertinggi dalam PR sebulat suara memilihnya.

“Sekiranya Nik Aziz dipilih berdasarkan suara majoriti oleh kepimpinan tertinggi dalam pakatan, tidak akan timbul masalah perpecahan. Apatah lagi kini Anwar dibebani dengan pelbagai kesulitan termasuk kes perbicaraan liwat di mahkamah dan sebagainya yang menggugat kedudukan beliau,” katanya.

Menurutnya, meletakkan sesiapa sahaja sebagai ketua atau pengerusi PR tidak menjamin beliau dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya PR memerintah negara ini.

“Banyak kriteria lain yang dinilai melayakkan seseorang menjadi Perdana Menteri, dan ini tidak semestinya Nik Aziz dilantik menjadi ketua dalam pakatan, beliau akan dilantik menjadi Perdana Menteri,” katanya. -SH

Ulasan UG

Nanti sudah pasti ada suara dari UG yang berpengkalan di terengganu dan selangor menuduh Prof Mohammad Agus sebagai "talibarut UMNO" seperti yang dialami oleh Prof. Abd Aziz Bari.

Juga dari barisan pemuda dan penerangan pusat. Kemudian apabila mereka mendapati ahli-ahli PAS tidak menyokong pendirian mereka, cepat-cepat mereka ubah kenyataan... "oohhh kami rela dikritik... kami rela dimaki .... kami penentang UMNO nombor satu dlm dunia..."


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lantik TGNA adalah langkah yang wajar dan bijak serta memeningkan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Dah banyak penggal TGNA perintah Kelantan disukai pelbagai kaum dan agama, dibenci UMNO dan UG.