27 Nov 2009

Apabila Gesaan Nik Amar Disambut Oleh UMNO

Akhirnya gesaan Nik Amar Nik Abdullah (gambar), Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga Timb Pesuruhjaya III PAS Kelantan telah mendapat respons positif dri UMNO!

Malaysian Insider melaporkan Umno Kelantan turut menggesa barisan kepimpinan PAS negeri itu segera menamakan seorang pengganti yang jelas kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bukannya memberi pelbagai pendapat yang berbeza-beza mengenai isu tersebut.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Mustapa Mohamed berkata hanya dengan langkah itu nasib rakyat dapat dibela selepas barisan kepimpinan diterajui Nik Aziz kini bercelaru dengan isu isu dan masalah dalaman parti.

Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan sejak selepas pilihan raya umum 1990.

Beliau berkata, masalah dalaman yang dihadapi PAS negeri itu menyebabkan kebajikan rakyat terjejas kerana tumpuan pemimpin telah beralih arah.

Semalam Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang menerima sokongan dua Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu mengambil sikap rendah diri dengan menegaskan tidak perlu ada pelan peralihan sekarang yang memerlukan Nik Aziz menamakan penggantinya.

Ahmad disebut-sebut bakal menggantikan Nik Aziz jika beliau berundur.

Oleh kerana Nik Aziz masih sihat, Ahmad yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan berkata, beliau boleh meneruskan kepimpinannya sebagai Menteri Besar.

"Tiada keadaan terdesak. Menteri Besar masih OK... boleh teruskan jawatan dia. Sebenarnya benda ini tak ada apa-apa," kata beliau.

Pandangan itu diberikan beberapa jam selepas Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang turut bersetuju supaya Ahmad dilantik Menteri Besar menggantikan Nik Aziz kelak.

Pendirian yang serupa juga dilahirkan oleh Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa kelmarin.

Husam berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan untuk menggantikan Nik Aziz.

Mohd Amar dan Husam juga merupakan Exco Kerajaan Negeri.

Sebelum ini beberapa pihak dalam PAS sendiri mengeluarkan kenyataan mengenai kedudukan Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu sebagai pentadbir negeri ini termasuklah Mohd Amar.

Awal minggu Mohd Amar menyarankan Nik Aziz agar menamakan penggantinya lebih awal untuk mengelakkan timbul kekalutan apabila tiba masanya beliau melepaskan jawatan itu kelak.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, Nik Aziz sepatutnya membuat keputusan kerana beliau tidak boleh memegang jawatan tersebut selama-lamanya.

"Tidak ada sesiapa yang boleh menongkat langit sampai bila-bila. Maka harus ada pengganti yang sudah dikenal pasti.

"Macam kita di peringkat pusat, Perdana Menteri akan digantikan oleh timbalannya. Di Kelantan ini pula, semua orang tampil dengan pendapat yang berbeza-beza," tegasnya

Kemelut dalaman PAS Kelantan dilihat meruncing sehingga memaksa Nik Aziz mengarahkan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.


Ulasan GB

Nik Amar Nik Abdullah sudah lupa bahawa ayahnya Nik Abdullah Arshad telah menjadi wakil tunggal PAS di Parlimen pada 1987 dengan kerusi Pengkalan Chepa yang diberikan oleh TG Nik Abdul Aziz (TGNA adalah wakil tunggal PAS di Parlimen selepas memenangi kerusi Pengkalan Chepa pada 1983-1986). Kini Nik Amar sudah giat untuk menydesak TG Nik Aziz menamakan pengganti - yang memberi persepsi bahawa Nik Amar mahu cepat TGNA berundur dan mahu jika namanya diumumkan sebagai pengganti!

GB memfitnah?

Lihat senario ini terlebih dahulu.

Nik Amar yang diketahui sebagai pemimpin yang menyokong gagasan UG di Kelantan memang tidak sehaluan dengan Husam Musa. Itu sebab apabila nama Datuk Ahmad Yaakob disebut-sbut sbagai pengganti TGNA, Nik Amar cepat-cepat menyokongnya.

Ditanya mengenai kenyataan Husam tidak dicalonkan sebagai menteri besar bagi mengambil alih tempat Nik Aziz jika menteri besar melepaskan jawatannya, Mohd Amar berkata itu pendapat peribadi Husam sendiri.

"Itu hak dan soal dia, saya tidak boleh kata apa," katanya. -malaysiakini


Perhatikan nada jawapan Nik Amar di atas apabila diajukan soalan mengenai Husam Musa. Jarang sekali seorang pemimpin parti akan menggunakan unggapan "Itu hak dan soal dia" terhadap sesama pemimpin parti, yang jelas menonjolkan Nik Amar yang sebenar.

Mujur Datuk Ahmad Yaakob yang tidak mahu TGNA terluka, tidak termakan dengan ampu Nik Amar apabila Datuk Ahmad menyatakan bahawa "Tiada keadaan terdesak. Menteri Besar masih OK... boleh teruskan jawatan dia. Sebenarnya benda ini tak ada apa-apa"

Husam lebih menampakkan ketulusan apabila dengan terang dan jelas menolak untuk dinamakan sebagai pengganti TGNA yang mencontohi kerendahan diri seperti Umar Al-Khattab sekalipun telah dinamakan sbagai Khalifah oleh Abu Bakar, sekalipun TGNA sendiri telah memberikan klu bahawa Husamlah yang bakal menggantinya.

Kini desakan dan gesaan Nik Amar itu disambut dan disambungkan oleh UMNO Kelantan. Nik Amar sanggup melukakan TGNA yang tentunya disukai UMNO. Tahniah Nik Amar. Kebenaran akan tetap terpancar.

Ini sama kes dengan Nik Abduh yang telah menerima pelawaan Pemuda UMNO untuk menyertai UMNO setelah beliau menghentam ayahandanya sendiri di satu ketika sebelum ini, tetapi Nik Abduh menolak dengan sipu-sipu malu pelawaan Pemuda UMNO itu!

Jangan ada lagi yang mendesak TGNA menamakan pengganti dan jangan ada yang menempelak "Bodoh" kepada orang yang ingin TGNA kekal sebagai MB kerana mereka bersama UMNO untuk menjatuhkan TGNA.

Seerah Rasulullah: Tiada siapa mendesak Rasulullah menamakan khalifah sementara hayat Rasulullah s.a.w. dikandung badan.

Blog Kelab GB, Terang, Tajam dan Tepat. InsyaAllah.

4 ulasan:

hussin berkata...

"Lailahaillahu wahdah, Sodaqawa'dah, Wanasoro'abdah, Wa'azzajundahu, Wahazamal-ahzabawahdah" menyeru kita umat islam, atas dasar tauhid kita mesti bersatu, atas dasar tauhid kita berjanji. maka atas dasar tauhid kita mencapai kemenangan, atas dasar tauhid kita mendukung perjuangan di jalan Allah dan atas dasar tauhid jugalah kita berjuang menghancurkan segala bentuk assobiyah jahiliyah (fahaman kebangsaan yang sempit), adapun kemenganan, perjuangan, perjanjian, pengorbanan yang tidak ikhlas dan tidak berpaksi kepada kalimah tauhidmestilah dibuang kerana semuanya itu merupakan penyakit 'hubbundunia' (cintakan dunia) dan 'karohiyatulmaut' (bencikan kematian) yang merosakkan 'amal dan kesucian islam.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, walillahilhamd.

pejuang islam (?) masing2 menggenggam pisau di tangan untuk menikam saudara seperjuangan! apa sudah jadi dengan 'tauhid dasar perjuangan'?

masing2 meleleh air liur untuk menggunakan pisau yang dicipta khusus oleh umno dari campuran logam 'pertemuan dalam gelap' dan 'kerajaan perpaduan'. ketirisan pada 'tauhid dasar perjuangan' telahpun berlaku!

hisham berkata...

assalamualaikum......
terdahulu aku nak ucapkan terima kasih kepada KGB. kerana anda sudah mengetahui perangai nik amar..masa nak mengundi sibuk masuk kampung,lepas mengundi mulut terlompong.sama jer macam umnor...
jumpa la pengundi anda nik amar...ingat kopiah atas kepala..

Awanama berkata...

Kenapa UMNO tak tanya bakal PM PRU13, pengganti najib dari Pakatan Rakyat, Insyaallah BN tumbang PRU13..

Awanama berkata...

UMNO dah yakin tumbang PRU13 dan TGNA berada diPutrajaya sebab tu nak tau sangat pengganti MB!