28 Sep 2009

Era Najib Altantuya : PAS Yakin Tawan Bagan Pinang

Pas tetap berkeyakinan gelombang kemenangan parti itu bersama rakan pakatan lain akan terus ‘melekat’ di Bagan Pinang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, bulan depan.

Naib Yang Dipertua Pas Kuala Nerus, Dr Alias Razak berkata, melihat kepada situasi dan keadaan politik masa kini, tidak mustahil kemenangan tujuh kali pakatan pembangkang akan meningkat kepada lapan berbalas kosong, di sana.

Menurutnya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekarang memang ditolak rakyat.

“Selepas sekian lama memerintah, saya tidak menolak kemungkinan parti itu akan menerima nasib sama seperti parti LDP di Jepun.

“Selain penolakan rakyat, masalah calon juga penting kerana sehingga sekarang pemimpin BN masih bertelingkah individu mana layak menjadi calon dan ia boleh beri kesan negatif kepada jentera parti,” katanya.

Menurutnya, BN sudah lebih 50 tahun mentadbir negara ini dan berpegang kepada kata-kata bahawa setiap perkara itu mempunyai jangka hayat atau tempoh masanya, begitu juga dengan BN apabila tiba masanya mereka akan jatuh.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yakin tu yakin jugaklah. Pakar motivasi tentu setuju. Kerja kuat atau usaha gigih diperlukan. Begitupun tanpa 'ramuan' atau formula terbaik, dikhatiri cita-cita tidak kesampaian. Kita tahu di sana terdapat hampir 5,000 pengundi pos. Apa kaedah bagi menanganinya? Dengan hanya "medesak" SPR membuat sesuatu sudah tentu tidak memadai. Lebih baik berbincang dengan SPR supaya dapat Pakatan menghantar pemerhati atau watchdog semasa pengudian pos dijalankan DAN menghantar wakil menyertai dan mengawasi peti undi semasa ia dipindahkan ke tempat penjumlahan undi atau di mana ia disimpan sebelum ianya dikira/ bilang.
Moga-moga dengan cara itu hak-hak pengundi dipastikan ia dihormati; lunas-lunas demokrasi
dapat dipantau dengan telus bagi menjamin keadilan.

Adalah baik juga penerangan mengenai hak-hak pengundi pos tersebut disampaikan kepada mereka denga apa cara sekalipun. Mudaha-mudahan mereka faham tiada siapa yang berhak merampas hak mereka untuk memilih calon atau parti yang mereka sukai. Jika itu tidak dapat dilakukan, saya khuatir Pakatan akan menepuk dahi SELEPAS pilihanraya kali ini. Ketika itu (SELEPAS pilihanraya, rayuan atau kekesalan tidak berguna lagi, umpama anjing menyalak bukit sahaja.