25 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Hadiah Penyapu Untuk PAS Selangor

PAS Selangor nampaknya masih mempunyai agenda sendiri di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Khairuddin Othman yang menyatakan bahawa Pas Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini.

Beliau juga menyatakan pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut.

Beliau turut berkata, pihaknya juga amat kesal, kecewa dan terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berikutan tegurannya mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Menurut beliau, lebih mengecewakan ialah kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang amat mengejutkan parti kerana beliau sebagai pemimpin Pas negeri harus menyokong pendirian parti.

Persoalan kini, mengapa Khairuddin cuba memaksa Ahli Parlimen Shah Alam untuk membuat keputusan menyokong pendirian parti sedangkan dalam masa yang sama Hassan Ali sendiri tidak menyokong pendirian Pakatan Rakyat Selangor di dalam isu Selcat?

Hassan Ali sebelum ini menuduh kononnya pegawai kerajaan diaibkan dan tidak diberikan peluang untuk menjawab soalan yang dikemukakan.

Betulkah pegawai kerajaan diaibkan oleh Selcat atau mereka sendiri yang telah mengaibkan diri mereka sendiri kerana selama ini bersekongkol dengan perbuatan salahlaku bekas Menteri Besar Selangor Mohammad Khir Toyo?

Betulkan pegawai kerajaan itu tidak mendapat peluang untuk menjawab tuduhan di dalam sessi Selcat ataupun kerana pekung-pekung mereka telah terdedah dan tidak dapat menui jawapan bagi membela diri mereka lantarannya?

Apakah Hassan Aii merasakan sudah tidak mempunyai "channel" lain selain dari melakukan kritikan meruntuh itu secara terbuka dan apakah PAS Selangor merasakan semua ahli PAS akan turut menyokong tindakan mereka yang sifatnya jelek sejak dari penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bermula selepas PRU 12 yang lalu.

Pertentangan dua kumpulan di dalam PAS Selangor semakin tajam dan ia dimulakan dengan penyingkirin beberapa orang pemimpin PAS dari Dewan Harian PAS Selangot oleh Pesuruhjaya PAS Selangor sendiri, Dr.Hassan Ali yang dipercayai telah berbeza pendapat dengan kumpulannya yang pada ketika itu sibuk mengenai percubaan untuk menubuhkan kerajaan bersama UMNO yang tidak lansung direstui oleh pengundi-pengundi di negeri Selangor.

Penyingkiran dua tokon PAS Selangor dari Dewan Hariannya, Khalid Samad dan Shaari Sungip JELAS satu usaha menutup perbezaan pendapat dan kini PAS Selangor terjerit-jerit kononnya perbezaan pendapat perlu diraikan di dalam Pakatan Rakyat khususnya merujuk hal Selcat. Alangkah hipokritnya mereka!

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin dalam kenyataannya yang dikeluarkan pagi ini menegaskan, Pas Selangor tetap dengan pendiriannya mendesak proses pendengaran ke atas pegawai tinggi kerajaan yang dijalankan Selcat dilakukan secara tertutup bagi menjaga integriti pegawai yang terlibat dan dapat mengelak daripada diaibkan.

Ini kerana kata beliau, Selcat dan kerajaan negeri seharusnya mengambil pengajaran daripada ‘anugerah penyapu’ ciptaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Sebenarnya proses pendengaran kes-kes yang dibangkitkan oleh Selcat amat perlu dilakukan secara terbuka dan telus. Saya ingin bertanya kepada Mohgd Khairuddin, sebutkan bila masa di dalam kerajaan Islam pimpinan Rasulullah melakukan sesuatu penghujjahan dan penghakiman secara tertutup?

Yang perlu mendapat hadiah penyapu adalah PAS Selangor, bukan kesemuanya tetapi orang-orang seperti Hassan Ali, Khairuddin Othman, Iskandar Samad dan Roslan Mohd Shahir.

Dan golongan celaka ini (meminjam istilah Tuan Presiden PAS sendiri terhadap pendokong PPSMI) membuat onar di saat pilihanraya kecil Bagan Pinang sedang berada di depan mata. Tidakkah patut mereka dipenyapukan seperti rakyat melakukan kepada Khir Toyo?


17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku dah bosaann laaa..mangkuk2 hayun dalam PAS Selangor..boleh tak sapa romabak PAS Selangor..kalu takpun mintak Tok Guru Nik Aziz buang Hassan Ali dan lantik Nik Aziz sebagai pesuruhjaya Selangor..percaya cakap aku..kalu tak PAS Selangor akan melingkupkan PAS satu Malaysia dan PR akan musnah!!lagi satu bagi aku Hassan Ali dan sama taraf dengan Ibrahim Ali..dua2 dah muka cop UMNO!!!

Martoiriat berkata...

Nampaknya PAS Selangor tak habis2 dgn masaalah
dalamannya. Mungkin pemimpin PAS Selangor seperti
Hassan Ali,Khairuddin Othman, Iskandar Samad dan
Roslan Mohd Shahrir ada agenda tersendiri yang
kita tidak mengentahuinya.Kalaulah begini sikap
mereka, mungkin PAS Selangor akan berpecah dan
terbahagi kpd dua kumpulan dan k'jaan PR akan
mengalami nasib yg sama dgn K'jaan PR diPerak.
Yang jelasnya mereka2 inilah yg sentiasa menjadi
duri dlm daging k'jaan PR diSelangor.Kemungkinan
agenda mereka ini ingin meruntuhkan k'jaan PR di
Selangor.Tidak mustahil mereka2 ini menjadi tali
barut kpd UMNO atau bolih jugak dipanggil musang
berbulu ayam. Aku syorkan kpd Presidan PAS TGHH,
dan pemimpin2 peringkat tertinggi PAS yg lain,
supaya mengambil tindakkan segera terhadap masaalah ini,sekiranya kita ingin melihat K'jaan
PR kekal diSelangor.

Tanpa Nama berkata...

Sejahat-jahat UBN, mereka cerdik. Walau mereka bermuka-muka dengan rakyat tetapi 'gula-gula' mereka dimakan juga. Mereka walau nazak masih betah bertahan mendamba nasib di masa hadapan. Kembali gahkah atau tenggelam. Mereka bijak menghias diri walau berpenyakit seluruh badan. Setiap anggota mereka bijak berperanan. Hingga rakyat yang tertawan sukar melepaskan badan. Biar mereka tahu UBN hampir mati seluruh badan..
Agak malang taulan PR yang bergelar PAS. Sepanjang masa merapu, merepek dan mencakar-cakar badan taulan, lantaran berasa mereka paling suci dan terkehadapan. Namun kerana ia masih diperlukan maka taulanya sanggup menyusahkan badan. Semoga satu hari dia boleh serasi dan gah berperanan. Semoga PAS cepat belajar daripada pengalaman. PR gemilang, PAS boleh mula tayang badan... Orang ramai berkenan PR mencapai wawasan... Satu Malaysia dapat diselamatkan... UBN mungkin menjadi kawan atau di permakaman.
Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Hassan Ali sudah kemaruk kuasa MB Selangor. Itu aje, sampai nak di ikut cara gaya Nordin Mohd Top untuk capai mimpi siang hari nya. Itu tanda tanda lemah sifat kepimpinan PAS Selangor yang rata rata bergajikan dari cukai pendapatan rakyat yang diseksa kini akibat ekonomi lemah negara keseluruhan.

Hassan Ali cuba mengigit tangan yang menyuapkan makan pada mulutnya.

aliman berkata...

oLEH kerana bahasa yang dilontarkan oleh penulis terlalu keras saya ingin mengingatkan penulis mengenai pejuangan islam yang memerlukan penghujahan yang berlandaskan hujah yang berpandukan pada al-quran dan hadis. Jemaah islam khususnya pas sekarang telah di jajah oleh mereka yang pelbagai fahaman yang tidak berfahaman islam sepenuhnaya hanya mengaji ceramah dan beberapa kitab tidak habis. Akhlak hancur , harap tuan pergilah mengaji cara-cara menegur pemimpin jika jatuh sesuatu jemaah kerana tuan maka tuan akan ti pertanggungjawapkan sehingga kiamat.

pokmat pmas berkata...

salam,
kepada khairuddin dan hassan jangan anggap diri kamu sebagai pas selangor walaupun kamu ajknya kerana kenyataan kamu seiring dengan kenyataan umno selangor kamu yang gila jawatan kami pula yang dibabitkan. kamu ini tidak ubah seperti telunjuk lurus kelingking berkait, api dalam sekam dan gunting dalam lipatan selipar dalam lubang jamban.

Unknown berkata...

aliman said...

" oLEH kerana bahasa yang dilontarkan oleh penulis terlalu keras saya ingin mengingatkan penulis mengenai pejuangan islam yang memerlukan penghujahan yang berlandaskan hujah yang berpandukan pada al-quran dan hadis. Jemaah islam khususnya pas sekarang telah di jajah oleh mereka yang pelbagai fahaman yang tidak berfahaman islam sepenuhnaya hanya mengaji ceramah dan beberapa kitab tidak habis. Akhlak hancur , harap tuan pergilah mengaji cara-cara menegur pemimpin jika jatuh sesuatu jemaah kerana tuan maka tuan akan ti pertanggungjawapkan sehingga kiamat."

Kalau sdra aliman inginkan saya mengangkat pedang seperti sahabat yang pernah menegur Umar Al-Khattab, saya juga mampu melakukan. Itu lebih keras bukan?

Jangan berlagak untuk mengata orang konon mereka hanya belajar dari ceramah dan beberapa kitab tak habis. Tinggi mana ilmu kasyaf sdra aliman untuk berkata dan bersangka buruk sedemikian?

mtgbertam berkata...

Yg aku heran, kenapa pimpinan PAS pusat tak amek tindakan segera, buat mesyuarat ke, statement apa ka yg boleh jelaskan kedudukan. Jgn biaq orang bawahan/penyokong/simpati dok tertanya2 lama-lama.

Kdg2 nk kata gak kt hassan ali ni, awat tak reti berunding dulu ke sebelum buat open statement. Paria sungguh.....

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum saudara semua,
Semua penyelesaian kekalutan dan masalah dalam apa sahaja bentuk pentadbiran kembalilah kepada kebijaksanaan aqal, tanpa mengira fahaman politik. Gunakan kewarasan aqal yang Allah kurniakan.
Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Bodohnya kempimpinan Pakatan Selangor !! Benda kechik pun tak mampu selesaikan. Selcat tahi kucing tu pulak tak boleh ditegur ! Bewak air sungguh ! Awat, Selcat ni Pertubuhan Raja dan Sultan2 Sedunia ke, yang tak boleh ditegur ?

Bibib2 Pakatan nak kalah di Selangor dan Malaysia pada PRU13 nanti. Orang bercakap mengenai isu2 nasional yang besar, isu2 pembangunan ummah, ekonomi atau Islam sejagat. Pakatan Selangor dok berkelahi mengenai2 isu2 titik bengik dan remeh temeh. Shame on you Stupid DAP MP ! Shame on you too the poorly performed PAS MP/ ADUN. A complete shit!. We rakyat want you to perform excellently, efficiently and professionally. But..alas..aduhai orang kampung akupun gelak tengok kamu semua.. Kelulusan nampak tinggi2 belaka. Studied abroad, PhD holders, lawyer (layer buruk !). namun kucar kacir !. Harapan kami nak tengok UMNO berkubur nampaknya tak kesampaian akibat kegagalan orang2 seperti di Selangor ni. Maaf cakap beb..memang tak profesional langsung nak administer a state. Just the state govt. Not to mention (please don't dream to govern Malaysia men..! Please

Putra IJ80 berkata...

Tni lah payahnya jika orang itu terlebih pandai nya.,

Sahingga mengangap kerja orang lain semuanya tidak sampurna.

Maaf Tok kita berjiran sudah berpuloh puloh tahun,kita sudah mengenali hati budi dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Kadang kadang saya nampak ilmu yang banyak hampir tak berguna kalau tidak di amalkan sepenoh nya.

cicitHJHASSANu berkata...

orang pakai astro korang nak pakai...
orang tukar parabola korang pun tukar...
tapi kepala otak macam kepala lembu jugak...

masalah pemimpin pas atau masalah medium berita
yang kita dapat 24jam....
setakat minta kaji dah ribut...

ini bukan pertama kali ye,tak berbaloi-baloi...
bila menang,seronok konon...
akulah yang buat lebih kerja!!!!

tapi bila geng-geng kepala lembu usik sikit...
bukannya nak tolong 'cover'...
kita plak jadi mangkuk hayun balun skali...

percayalah!!!

pakatan rakyat akan bertambah kukuh dan
ameno-bn akan hancur lebur....
tapi bukan bermakna kita jadi sembab..
idea kena jitu!!!!
ikut stategi kuno jer sampai mampos....

dan tak bermakna Dr Hassan Ali tak boleh ditegur dan beliau wajib menerima kritikan...
dah korang(orang s'ngor le)tak 'support'.

jangan sampai Pas kena bertubi-tubi...
akhirnya pemimpin PR lain yang jadi pembelot!!!
projek lama kontrak tak abih lagi,goyang le...

kalau kenyataan su perhubungan nak jadikan
sandaran,anggaplah sebagai anak yang meronta
minta perhatian...
tak pun anggaplah kenyataan macam pengerusi
jkkkkkk jer,nak ambik boleh campak sapa pun
tak larang.

Tanpa Nama berkata...

Hassan Ali dah jadi firaun. Mana haji hadi yang membiarkan Hassan ALi bershubahat dengan golongan kafir umno. Pecatlah si mamat Hassan ni, buka dia buat kerja pun, melalak sana-sini sampai Sultan pun dah naik meluat dengannya. Ingat Hassan Ali, jangan cuba kamu berangan-angan nak kongsi kuasa dengan umno, sebab itulah yang sangat di benci oleh rakyat Malaysia ketika ini. Kalau kamu berdegil juga, kamu juga akan menerima nasib yang serupa seperti umno.

Tanpa Nama berkata...

Kesilapan paling besar Hassan Ali adalah suka hentam kawan sendiri serta suka memberi komen dan membuat kenyataan secara terbuka yg merupakan makanan paling lazat buat media-massa arus perdana giler...

Dah berapa kali Hassan Ali buat perangai seakan-akan Ibrahim Ali...

Kemaruk sangat ke nak jadi MB?

poya berkata...

Aku syorkan kpd Tuan Guru Nik Aziz Sebagai
mursiydul PAS supaya campurgan tangan dlm kemelut
PAS selangor sekiranya beliau ingin melihat PAS-
PR berkuasa. Aku kira sekiranya pemimpin2 PAS
lambat bertindak, kemungkinan besar PAS-PR akan
hancor diSelangor. Aku lihat peranan yg dilakukan
oleh Dr Hassan Ali dlm PAS diSelangor cukup tidak
menyakinkan setakat ini. Banyak masaalah2 yg dilakukannya dlm PR bertentangan dgn prinsip
perjuangan asalnya utk sama2 menentang kezaliman
UMNO.Nampaknya sekarang beliau seolah2 ingin menghancurkan PR sebagaimana kenyataan2nya yg
mirip suara2 UMNO. Aku syorkan kpd PAS pusat
supaya campurtangan dlm isu ini. Panggil Dr Hassan Ali dan sekiranya patut dibuangkan, nyah
kan saja beliau dari PAS. Tak ada gunanya lagi,
memberi ruang kpd beliau menanggotai PAS sekira
nya banyak isu2 yg dibangkitkannya melemahkan PR
dlm k'jaan Selangor. Jika PAS gagal menghindari
masaalah ini, kemungkinan besar PAS akan kecundang diSelangor dan aku jugak akan kecewa
melihat PAS-PR akan terus berkuasa diSelangor
dan dinegara ini.

Anak PR Selangor berkata...

Aku dah banyak kali komen pasal Hassan Ali ni.. Naik meluat aku.. Kalau ikutkan geram mmg geram dengan sikap dan tindakannya yang mementingkan diri sendiri.. Tengoklah masa dia jadi Pesuruhjaya Selangor habis berpecahbelah PAS Selangor. Perkara mcm ini tidak terjadi semasa Tuan Hj Hassan Shukri memimpin PAS Selangor.

Tanpa Nama berkata...

Ikutlah TGNA dan dengarlah nasihat TGNA.....