27 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Apabila Noh Omar Bela Hassan Ali

Para pemimpin dan penyokong parti pembangkang yang sering melaung-laungkan kebebasan bersuara sepatutnya bersikap terbuka apabila Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menegur Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar berkata beliau hairan apabila ada yang mahukan tindakan diambil terhadap Dr Hasan sedangkan sebagai wakil rakyat dan bekas pegawai tinggi kerajaan, pandangan yang diberikannya adalah betul.

Tindakan sehingga menyuruh Dr Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri itu dipecat adalah membelakangi prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh parti pembangkang selama ini, katanya kepada pemberita ri Rumah Terbuka Umno Bahagian Tanjung Karang yang diterajuinya di sini pada hari Ahad.

Sebelum ini, Dr Hasan telah menegur kaedah para pegawai daerah yang disiasat bagi mengetahui kemanakah wang peruntukan Anggota Dewan Undangan Negeri sebelum Pilihan Raya Umum 2008 dibelanjakan yang didakwa menghina dan memperkotak-katikkan maruah pegawai-pegawai kerajaan.

"Jadi kalau pegawai daerah ini disoal siasat secara terbuka, ini bagi saya menghina dan mempersoalkan kerja-kerja yang dibuat oleh pegawai dalam negeri Selangor kerana bagi kita semasa Barisan Nasional memerintah, pegawai-pegawai kerajaan negeri telah terbukti membantu kerajaan Barisan Nasional membangunkan negeri Selangor," katanya. -Bernama


Ulasan GB

Apabila pemimpin UMNO BN mengambil sikap membela Dr Hassan Ali, kita sedia maklum untuk memahaminya. Nanti akan bertambah jelas duduk perkara sebenar apatah lagi Timbalan Presiden PAS sendiri menyatakan tiada tindakan ke atas Dr Hassan Ali.

Tetapi Khalid Samad dan Saari Sungip mereka telah digugurkan dari Dewan Harian PAS Selangor kerana perbezaan pendapat.

Tulisan Dzulkifli Ahmad di Harakah ditarik-semula setelah mengeluarkan hujjah penentangannya terhadap Kerajaan Perpaduan.

Semua yang menentang gagasan Kerajaan Perpaduan akan disisihkan di dalam PAS. Ini era PAS yang dah suka melakukan sesuatu di dalam kelambu (sama macam UMNO) kononnya untuk elak kononnya jangan aibkan sesiapa. Tetapi jika mereka singkirkan orang yang berbeza pendapat atau aibkan orang, itu tak apa dan tak ada apa-apa.

Tonton nanti 3 Abdul, undang-undang berat sebelah.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Noh ini bercakap macamlah dia itu cemerlang sangat di dalam politik perkauman melayu UMNO itu. Cakap biarlah berpada-pada. Noh kena cermin dirilah.. DHA tidak makan dek bodek demikian. Dia ada pendirian sendiri. Jika pun dia hendak mengkatakkan dirinya itu pun bukan hasil bodek tetapi dia telah mengubah prinsip dirinya secara sendiri... Semoga DHA kuat jiwa mengharungi kematangan berpolitik untuk Islam....