23 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Skandal Rohaizat Hancurkan UMNO

Ketua Pemuda PAS sekali lagi membangkitkan kezaliman Rohaizat terhadap isterinya. Sebelum ini beliau pernah mendedahkan perkara ini ketika sidang media di Kg Pelek, Permatang Pasir.

“Dengan segala kerendahan diri dan berat hati, saya tegaskan kenyataan saya di sini demi membela insan lemah yang bergelar muslimah sekalipun terpaksa merempuh dinding kebal keegoan seorang insan yang bergelar lelaki.” kata beliau

Menurut beliau, kezaliman adalah suatu jenayah dan kesalahan yang besar terutamanya apabila ia dilakukan oleh seorang yang mengaku muslim dan merupakan seorang pemimpin.

Tambah beliau, pribadi pemimpin pula mestilah mulia, berakhlak tinggi, moral yang terpelihara, bertanggungjawab, adil dan hatinya bersih, kerana akan menjadi ikutan ramai.

Ustaz Nasrudin menjelaskan bahawa isu yang beliau dedahkan baru – baru ini adalah berkait kes penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan oleh calon BN di N.11 Permatang Pasir ke atas seorang muslimah yang dikahwininya sebagai isteri kedua beliau, dan ia bukanlah bermotifkan politik tetapi melibatkan nafsu buas orang politik yang tidak kenal dosa dan pahala.

“Isu yang saya timbulkan ini bukanlah bersifat peribadi tetapi melibatkan peribadi seorang pemimpin yang cuba melindungi kejahatan dan kezalimannya disebalik aksi berhemah seorang ahli politik yang ingin memenangi kerusi dalam pilihanraya untuk memimpin rakyat dan masyarakat.” jelas Nasrudin yang juga menetap di Pahang negeri asal Rafizah.

Nasrudin juga turut menceritakan bahawa Puan Rafizah telah mengadu hal nasib malang yang menimpanya kepada Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man sejak setahun yang lalu.

Walaubagaimanapun Dato’ Tuan Ibrahim yang juga naib presiden PAS tidak mengetahui siapakah suami Rafizah itu dan hanya menasihati Rafizah supaya bersabar.

Sehinggalah beberapa hari yang lalu , Puan Rafizah memberitahu Dato’ Tuan Ibrahim bahawa calon BN, Rohaizat Othman itulah suaminya.

Selepas itu Nasrudin terus bertemu dengan kedua ibubapa Rafizah bagi mendapat gambaran yang lebih jelas. “Ya ! hanya linangan air mata dari sang ibu yang sangat memahami betapa derita yang ditanggung oleh anaknya sejak bertahun yang lalu.” kata nasrudin menggambarkan penderitaan yang dialami Rafizah.

Meskipun telah dikahwini secara sah oleh Rohaizat, Rafizah digantung tidak bertali malah diperlakukan tidak ubah seperti perempuan simpanan selain tidak diberikan nafkah zahir dan batin selama 7 bulan berturut-turut, cerita Nasrudin.

Ibu Rafizah berkata kepada Nasrudin bahawa anaknya hanya dikunjungi suaminya sebanyak 2 kali dan itupun hanya sekadar beberapa jam , kemudian terus bergegas pergi meninggalkan isterinya.

“Isu besar yang saya bawa ini ialah isu kezaliman dan penginayaan ke atas seorang wanita muslimah yang lemah tidak berdaya oleh seorang lelaki [ bergelar suami ] yang sepatutnya memberikan keadilan, kasih sayang dan haknya sebagai seorang isteri yang sah” jelas Nasrudin.

Menurut Nasrudin apa yang dikehendaki oleh Rafizah ialah supaya suaminya mengakui beliau sebagai isteri yang sah dan kembali berlaku adil serta memberikan haknya sebagai seorang isteri, tetapi malangnya, Rohaizat berkali – kali menafikan Rafizah sebagai isterinya.

Menurut pengakuan Puan Rafizah (diceritakan oleh Nasrudin), betapa beliau telah menanggung derita ini sejak lebih 3 tahun yang lalu. Beliau dipandang serong oleh masyarakat sekitar dan teman – teman rapat yang mengetahui kedudukannya.

Puan Rafizah turut berdepan dengan fitnah ke atas dirinya yang dipandang serong oleh masyarakat gara – gara Rohaizat enggan mengakui dirinya sebagai isteri yang sah meskipun Rohaizat mengahwininya dan tidak pula mendokumenkan perkahwinan mereka .

Rafizah juga tidak menikmati kebahagiaan seperti ibu-ibu yang lain yang mempunyai suami dan anak-anak di sisi.

Rafizah dikatakan pernah bertugas sebagai ketua kerani di pejabat Rohaizat selama 8 tahun dan mendirikan rumahtangga bersama Rohaizat dengan harapan kebahagiaan dan keharmonian serta kesempurnaan hidup akan dapat dikecapi sebagaimana insan yang lain .

Ustaz nasrudin yang mengatakan bahawa beliau mendapat keizinan Rafizah untuk mendedahkan perkara ini turut mempersoalkan peranan Sharizat Jalil sebagai Menteri yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap masalah-masalah seperti ini.

“Saya nasihatkan supaya Rohaizat sebagai orang tahu agama dan tahu hukum hakam agar tidak menzalimi isteri sendiri.

“Kembalilah kepangkuan isterimu dengan damai dan penuh kasih sayang”.

Akhir sekali Ustaz Nasrudin memperingatkan bahawa kezaliman seorang suami ke atas isterinya samalah dosa kezaliman kerajaan mengISAkan [ tahan tanpa bicara ] seorang insan tanpa bukti yang ditentang beramai–ramai.

“Zalim tetap zalim dan ianya mesti ditentang.” tegas beliau.


Dari Blog Pro-UMNO, Singamaraja

Islam melarang membuat fitnah, namun islam juga melarang membuat bohong ! demikian bala yang menimpa calon UMNO di Permatang Pasir, tidaklah salah jika seorang lelaki bernikah sampai empat sekiranya dia layak berbuat demikian, apa yang menjadi masalahnya ialah apabila seseorang itu tidak mengakuinya secara tipu muslihat

Rohaizat mungkin akan menjadi seorang pemimpin kepada rakyat, kesalahannya bukan kerana dia kahwin dua akan tetapi kerana dia menafikan bahawa dia pernah berkahwin dua dengan Rafizah bt Ali bt Embun, di sinilah kesalahan Rohaizat kepada kaum wanita seolah-olah dia meremuk redamkan hati dua orang wanita sekali gus tidak melayakkan dirinya sebagai wakil rakyat kerana seorang wakil rakyat perlu jujur



1 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam Ramadhan,

KDPP Nasruddin juga perlu menjadikan kisah Rohaizat sebagai panduan dirinya, kalau cerita ini benar....

Tetapi adalah tidak adil Nasruddin hanya nampak kepada Rohaizat selaku musuh politik, bagaimana dengan ketidakadilan pemimpin-pemimpin PAS yang ada bersama Nasruddin, seperti Dewan Ulamak PAS Perlis dan ADUN di Kelantan. Saya tidak payah cerita individu-individu lain, cuku setakat itu...

Dari sahabat Nasruddin, KERATONG.