9 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : PRK Permatang Pasir Di Bulan Ramadhan?

Desas-desus menyatakan pilihanraya kecil DUN permatang Pasir akan diadakan pada bulan ramadhan semakin bertiup kencang.

Bernama melaporkan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan pilihan raya kecil itu diadakan pada bulan puasa, ia bukan sesuatu yang luar biasa kerana pilihan raya kecil DUN Lunas sebelum ini berlangsung pada bulan berkenaan.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata Barisan Nasional (BN) telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil itu sekiranya SPR mengumumkan untuk mengadakannya pada bulan Ramadan.

Tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil itu akan diputuskan SPR Isnin ini.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS, akibat sakit jantung minggu lepas.

Dalam satu perkembangan berasingan Pakatan pembangkang dijangka mengumumkan calon mereka bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Khamis depan, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali pada hari Sabtu.

Katanya Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan nama calon berkenaan.

"Kami akan mengumumkannya secepat mungkin, berkemungkinan pada 13 Ogos selepas mesyuarat pemimpin pakatan pembangkang, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Tarikh penamaan dan pengundian bagi pilihan raya kecil itu akan diputuskan Suruhanjaya Pilihan raya Isnin ini.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS, akibat sakit jantung minggu lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Mohd Hamdan yang menjadi wakil rakyat kawasan itu selama tiga penggal sejak 1999, memperoleh 11,004 undi menewaskan calon Barisan Nasional Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Tiada ulasan: