15 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Khalid Disaman Syarikat Pelancongan

Sebuah syarikat pelancongan menyaman Ketua Polis Selangor Khalid Abu Bakar dan isterinya kerana tidak membayar harga tiket kelas perniagaan pergibalik dari Kuala Lumpur ke London berjumlah RM41,868.

Selain dari harga tike berkenaan, Global Holiday Sdn Bhd juga mengenakan 8% kadar faedah sebagai denda dari tarikh saman dikeluarkan dan juga kos-kos lain yang difikirkan menasabah.

Khalid bagaimanapun mendakwa dia telah membayar kesemua jumlah kepada agen penjualan tiket kepadanya pada 2007.

Khalid pada ketika itu adalah Timbalan Pengarah 1 Jabatan Siasatan Jenayah. Didalam jawapannya kepada plaintiff, dia menyatakan kos sebenar tiket-tiket berkenaan adalah RM15,000 dan bukannya RM41,868 seperti yang didakwa oleh agensi berkenaan.

1 ulasan:

Pak Oncu berkata...

mak oiiiii nak kapa toghobang kelas BIZNESS,,,,,,, hebat hebat betul lah pulak,,,,,,!!!!!!!!!!