25 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Ganesan Lambat Serah Surat - Majlis Peguam

Majlis Peguam semalam telah menjelaskan bahawa Speaker Perak Speaker Datuk R Ganesan hanya memfailkan notis pemberhentian sebagai peguam pada 17 Ogos, sepuluh hari selepas tarikh tamat untuk beliau lakukan sebelum ianya menjadi tidak sah.

Sepucuk surat kepada Majlis Peguam diterima pada 17 Ogos walau bagaimanapun diberikan tarikh 6 Ogos pada surat berkenaan.

“Notis Pemberhentian Selaku Peguambela dan Peguamcara” sebenarnya hanya difailkan pada 17 Ogos, sebagai satu deklarasi dibawah undang-undang.

Minggu lepas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakili pembangkang turut menggesa segala kemudahan yang diberikan kepada Ganesan sebagai Speaker DUN Perak ditarik balik serta merta kerana beliau bukan lagi Speaker yang sah berikutan kegagalan melepaskan jawatannya sebagai peguam.

Katanya mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak di bawah Artikel 36A (5) sesiapa yang dilantik menjadi Speaker statusnya (dalam organisasi, perniagaan dan sebagainya) akan gugur setelah tiga bulan dari tarikh beliau dilantik.

Mohammad Nizar juga mendakwa mengikut surat yang ditandatangani oleh pegawai Majlis Peguam Malaysia (MPM), syarikat guaman Ganesan yang beralamat di 8A, Medan Istana 1, Wisma NUPW, Bandar Ipoh Raya di sini juga masih aktif.

Setiausaha Majlis Peguam George Varughese di dalam kenyataanya hari ini menjelaskan Majlis Peguam mengesahkan penerimaan surat Ganesan bertarikh 6 Ogos.

Namun beliau menyatakan “Notis Pemberhentian” adalah bertarikh 17 Ogos.

Di dalam kenyataannya, Varughese berkata Ganesan telah memfakskan suratnya kepada Majlis Peguam pada 13 Ogos, enam hari selepas tarikh tamat berkuatkuasa, yang kandungan surat itu menyatakan dia telah berhenti dari tugas seorang peguam pada 6 Ogos.

Namun notis pemberhentian kekal pada 17 Ogos, sepuluh hari selepas tarikh tamat.

Kenyataan Majlis Peguam tersebut dilihat selari dengan hujjah ahli dewan undangan dari Pakatan Rakyat yang menyatakan bahawa Ganesan telah melanggar undang-undang tubuh negeri Perak dan tidak lagi layak untuk menjadi Speaker.

Di dalam satu kenyataan bersama semalam, ADUN_ADUN PR negeri Perak menyatakan bahawa selain mereka masih menganggap Ganesan tidak dilantik dengan cara yang betul selaku Speaker pada 7 Mei, perlantikan Ganesan juga perlu dibatalkan sekarang sekalipun jika perlantikannya yang lalu diterima.

“Kita semua tahu Dato’ R. Ganesan tidak pernah dilantik secara betul sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pada persidangan 7/5/2009 dimana Speaker yang sah YB V. Sivakumar telah diangkut secara paksa dari Dewan Undangn Negeri.

“Perlantikan Dato’ R. Ganesan oleh ADUN BN yang mengadakan sidang dewan dalam dewan dilakukan sebelum sessi Persidangan Dewan bermula iaitu sebelum titah ucapan Sultan Perak. Bagaimana satu prosiding atau keputusan yang dilakukan menjadi sah sebelum persidangan itu bermula?” dakwa mereka.

Lantaran itu ADUN PR menegaskan Sivakumar sepatutnya masih diikirafkan sebagai Speaker SUN Perak yang sah.

Tiada ulasan: