31 Jul 2009

Era Najib Altantuya : Menunggu Janji Palsu UMNO BN Di Permatang Pasir

Jika di dalam pilihanraya kecil Manek Urai Kelantan yang lalu, UMNO terpaksa berhempas pulas untuk sekadar mengurangkan majoriti PAS dengan janji yang paling indah dan muluk seperti menjadikan Manek Urai sebagai anak emas, jembatan RM7 juta, penghapusan PPSMI, apa pula nanti janjinya di Permatang Pasir?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir selewat-lewatnya 10 Ogos ini.

Menurut agensi berita, Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandang, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, dan SPR masih menunggu surat makluman kekosongan kerusi DUN Permatang Pasir itu daripada Speaker (DUN) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain.

"Kami jangka surat makluman itu akan diterima selewat-lewatnya Isnin ini danselepas itu satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan soal tarikh hari penamaan dan pengundian bagi pilihan raya kecil DUN berkenaan," katanya.

Mohd Hamdan, yang mewakili kawasan Permatang Pasir selama tiga penggal merupakan satu-satunya Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Pulau Pinang dan beliau telah memenangi pilihanraya kerusi N11 Permatang Pasir untuk tiga penggal.


PRU10 1999
N11 - PERMATANG PASIR (17,279)

(M: 67.2% C: 30.4% I:1.4 % L:1.0%)
1. Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas) [8430]
2. Datuk Ahmad Saad (BN) [5236]
Majoriti: 3194
Penyandang 1995: Datuk Ahmad Saad (BN)

PRU11 2004
N11 - PERMATANG PASIR (19,149)

1. Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas) 8,057
2. Md.Isa Ramli(BN) 7,378
Majoriti: 679
Penyandang 1999: Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas)

PRU12 2008
N11 - PERMATANG PASIR ((20,350)

1. Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas) 11,004
2. Ahmad Sahar Shuib (BN) 5,571
Majoriti: 5,433
Penyandang 2004: Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas)

Bahagian pilihan raya Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang bakal menyaksikan pilihan raya kecil buat kali ketiga dalam tempoh setahun sejak Ogos lalu, selepas Parlimen Pertang Pauh dan DUN Penanti.

Bahagian Permatang Pauh terdiri daripada tiga kerusi DUN iaitu Permatang Pasir yang dimenangi PAS pada Mac 2008; Penanti (PKR) dan Seberang Jaya (Barisan Nasional).

Pada Ogos 2008, pilihan raya kecil membabitkan kerusi Parlimen dimenangi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Ia dikosongkan oleh isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR. Kerusi itu dimenangi Dr. Wan Azizah sejak tahun 1999.

Pada Jun lalu, pilihan raya kecil diadakan membabitkan kerusi DUN Penanti ekoran keputusan Fairus Khairuddin melepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri I dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Umno tidak bertanding pada pemilihan itu kerana takut kalah setelah tewas pada semua pilihanraya kecil di Semenanjung sejak Mac 2008.

Walaupun menganjurkan percutian ke luar negara, jamuan makan dan mebuat gesaan terbuka kepada orang ramai untuk memulau pilihanraya kecil itu, UMNO gagal menongkah arus sokongan umum kepada Pakatan Rakyat.

Calon PKR Dr Mansor Othman mengekalkan kerusi Penanti untuk Keadilan dan diangkat menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Susulan itu, Umno kemudian mencuba nasibnya bertanding di pilihanraya kecil Manek Urai Kelantan, namun ditewaskan sekali lagi oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Apakah UMNO sudah bersedia untuk masuk ke gelanggang pilihanraya kecil kali ini?

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah dilaporkan berkata, Umno akan menggerakkan jenteranya pada bila-bila masa.

Umno akan berusaha untuk merebut kerusi tersebut yang terletak dalam Parlimen Permatang Pauh dapat direbut daripada parti pembangkang, katanya selepas majlis penghargaan kepada pahlawan tanahair di Kementerian Pertahanan hari ini.

Ini merupakan kali pertama Ahmad Zahid berdepan dengan pilihanraya di negeri itu, selepas dilantik menerajui Umno Pulau Pinang.

Ramai pemerhati politik berpendapat, nasib UMNO Bn di Permatang Pasir akan menentukan masa depannya samada mampu merebut kemenangan atau akan terus di hantar ke kuburan.

Kita tunggu dan lihat apa lagi temberang UMNO BN di kempen pilihanraya N11 Permatang Pasir nanti, itu pun jika mereka anak jantan untuk turut serta di dalam PRK itu nanti.


Tiada ulasan: