20 Jun 2009

PAS UMNO : Talkinkan Isu Kerajaan Perpaduan Segera

Kerajaan Perpaduan - itulah virus yang menyerang PAS kini sehingga PAS menjadi porak-peranda lantarannya.

Saya tertanya-tanya mengapakah isu ini dibangkitkan semula selepas Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS sendiri menyatakan ia hanya sah sewaktu Datuk Seri (skrg Tun) Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan ia telah ditarik balik sejurus sebelum Muktamar PAS kali ke 55 bermula, ertinya idea itu sepatutnya sudah expired sebaik sahaja peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Datuk Seri Mohd Najib menjadi kenyataan.

Yang menjadikan saya tertanya-tanya ialah kenapa di dalam sidang media Dato’ Seri Presiden selepas menyampaikan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam pada 5 Jun lepas. Dalam sidang media itu Presiden menyebut semula idea KP itu selepas menyampaikan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam pada 5 Jun sedangkan Presiden sendiri sebelum ini telah menarik balik gagasan itu?

Diperburukkan pula apabila Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa setelah diumumkan kemenangannya selepas pemilihan menikuti jejak Presiden membuat kenyataan media yang sama menyentuh hal Kerajan Perpaduan.

Kini banyak suara menginginkan puka satu Muktamar Khas diadakan. Pada hemat saya IA TIDAK PERLU SAMASEKALI. Kita membuang masa, tenaga dan sumber bagi membincangkan sesuatu yang EXPIRED, TIDAK PERLU DAN HANYA INGIN MEMENUHI TUNTUTAN DAN UNTUK MEMUASHATIKAN MINORITI AHLI YANG BERIYA-IYA MEMPERTAHANKAN GAGASAN KERAJAAN PERPADUAN INI sekalipun tidak seorang pun tampil dengan kertas cadangan yang komprehensif mengenainya.

Kita tidak boleh sekadar menyarankan "tutup mulut" sepertimana arahan yang dikeluarkan sebelum ini TETAPI AJK Tertinggi PAS boleh membuat keputusan isu itu ditutup untuk dibincangkan - sesuai dengan kenyataan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat sendiri di dalam Parlimen yang menyatakan isu itu tidak pernah dibincangkan di dalam Majlis Syura PAS.

Tidak ada isu yang cukup mendesak di Malaysia yang boleh memaksa semua parti politik bersatu di bawah sepanduk kerajaan perpaduan. Tidak ada alasan mendesak bagi PAS untuk menghulurkan pelampung keselamatan kepada Umno yang sedang lemas dengan mengkesampingkan rakan-rakan yang yang telah sama-sama menjana kemenangan dalam PR pada PRU12 yang lalu dan penyokong-penyokong bukan Islam yang menyokong PAS, kata bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Dr Rosley Yaakob di dalam satu tulisannya.

Adalah terlebih baik jika hendak mengadakan Muktamar Khas, adakan untuk menyelesaikan perkara Kelab Penyokong PAS yang telah lama tertangguh. Tidak ada kesungguhan lansung bagi pihak PAS untuk menangani dan menyelesaikannya sekalipun telah diberi amaran oleh Kelab Penyokong PAS yang telah lama berkecil hati dengan cara PAS melayani mereka.

Izinkan saya bawa semula para pembaca menenai kisah yang tercatat di dalam Al-Quran mengenai dua perkara ini : Kerajaan Perpaduan dan Kelab Penyokong PAS.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Buatlah perbincangan elok2 sesama ahli pas..ikut majoriti..jika majoriti tidak mahu, lupakan saja..bukan susah sgt..mana tahu, yg bising2 anti perpaduan tu hanya segelintir sahaja..yg pro prpaduan mungkin jauh lebih ramai..kita berbalah sesama sendiri hanya akan menguntungkan musuh2 islam sahaja..berfikirlah secara akal "org beriman"..jgn gunakan akal sebagai akal musuh Allah yg menggemari perpecahan sesama umat..buangkan dendam lama.. pemimpin dulu lain, skg lain..mana tahu kali ini kita ada titik pertemuan..yg untung nnt adalah islam juga..parti kafir skg memerhati dgn penuh bimbang..mereka tahu, jika melayu dan islam bersatu, mreka tidak akan kemana..sungguh malang sekali, kita kaum majoriti boleh tunduk keatas pelbagai tuntutan yg bukan2 dari kaum yg tidak pernah merasa syukur dan puas ini..sampai bila mereka aka terus mendominasi kita..ingatlah, Quran ikutan kita, hadith panduan kita..pas penuh dgn ulamak..tidakkah anda berfikir demi keutuhan islam? Tepuk lah dada tanya selera..