4 Jun 2009

Musuh DaLam Selimut : Yang Cuba Berpakat Dengan UMNO

Saya diminta mengulas beberapa kejutan yang ada dalam Muktamar Dewan Ulama’ PAS di Shah Alam hari ini. Bagi saya, kebimbangan yang bersarang dalam kaum Ulama’ PAS perlu dikongsi bersama.

Musuh dalam selimut yang didakwa cuba memperkecil sumbangan Ulama’ juga perlu diberikan definisi yang jelas.

Saya yakin, musuh dalam selimut yang dimaksudkan oleh bekas Ketua Dewan Ulama Datuk Mohamad Daud Iraqi itu adalah individu tertentu yang cuba berpakat dengan UMNO bermula tanggal 10 Mac 2009.

Sesiapa pun perwakilan PAS tidak mahu PAS menyertai BN hanya disebabkan kepentingan peribadi tertentu. Ini kerana PAS adalah wadah amar ma’ruf nahi mungkar yang senantiasa meniti jalan sunnah perjuangan Rasulullah s.a.w.

Waktu saya bertandang ke ‘Serambi Mekah’ tahun lalu, saya sempat bertemu salah seorang Murabbi Gerakan Mahasiswa Islam. Nama insan yang saya segani itu adalah Ustaz Yahya Othman.

Saya sempat menekuni usrah bersamanya. Waktu itu, isu UMNO mahu menyertai BN melalui individu tertentu sedang menjadi halwa telinga rakyat.

Isu itu bukan lagi rahsia peringkat tertinggi. Kewujudan Taskforce 2010 yang dipengerusikan oleh intelligent Dr. Wan Abu Bakar sudah menjadi rahsia umum dalam PAS, UBN dan kaum media sendiri.

Ada pemimpin tertentu pernah menafikan bahawa memang ada pakatan peringkat tertinggi PAS-UMNO waktu beberapa ‘media baru’ menerjah mereka. Namun, akhirnya mereka mengaku juga kebenaran isu itu.

Itupun setelah mantan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi sendiri secara tidak sengaja mengakui adanya ‘rundingan dalam gelap’ antara beliau dan beberapa pemimpin terbabit.

Untuk menutup kegagalan rundingan itu, akhirnya disandarkan pada Musyawarah Ulama.

Firman Allah, “mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang…”

Musyawarah para perwakilan dalam Muktamar PAS ke-54 di Ipoh tahun lepas telah sebulat suara menerima usul – PAS perlu diperkasa bersama-sama Pakatan Rakyat.

Mursyidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dalam suatu ucapannya menegaskan, “kita (PAS) jangan kangkang kaki dalam dua perahu (Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional). Cetusan Ulama PAS itu terus disambut gah dengan laungan takbir – Allahu Akbar!

Banyak pedoman Ustaz Ya untuk saya dan adik-adik aktivis GMi waktu itu.

Rasulullah s.a.w dalam hidupnya sangat banyak menerima bai’ah (ikrar setia untuk berjihad) daripada para Sahabat r.a.hum (muslim-mukmin). Rasullullah s.a.w sangat banyak juga memeterai perjanjian (tahalluf siyasi) dengan pemimpin-pemimpin kafir (yang menyokong perjuangan dan keadilan Islam) seperti perjanjian fudhul, Hudaibiyyah dll. Tetapi, Rasulullah s.a.w dalam hayatnya tidak pernah memeterai perjanjian; apatah lagi berpakat dengan pemimpin-pemimpin munafik. Apa asas kita (abna’ al-harakah) untuk berpakat dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang sah menolak Islam?

Dalam hayat Rasulullah s.a.w, ada perjanjian atau bai’ah yang nabi sendiri memulakannya dan ada yang dimulakan oleh Sahabat atau pemimpin kafir. Namun, dalam hayat Rasulullah s.a.w, baginda tidak pernah melanggar atau mengkhianati perjanjian walaupun sesetengah perjanjian itu dilihat berat sebelah atau tidak adil. Apa pula asas ijtihad kita (abna’ al-harakah) mengkhianati Majlis Pakatan Rakyat yang sama-sama dimeterai pasca 8 Mac; walhal muafakat parti-parti masih tidak saling menzalimi dan UMNO sendiri sah terus dengan amalan zalim?

Saya yakin bahawa perjuangan Islam yang dibawa PAS masih dipelihara Allah selagi terus mengikuti lunas-lunas sunnah Rasullullah s.a.w seperti di atas. Perjuangan PAS ini terus terpelihara antaranya disebabkan masih ada lagi ahli-ahli PAS yang ikhlas.

Mungkin sebab itu juga, Dewan Ulama PAS berkongsi kebimbangan takut-takut dalam PAS ada musuh dalam selimut. WaLlahu ‘alam… - zainulfaqar


13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya blogger yang banyak jd musuh dlm selimut pas.kebanyakkan blogger suka ambil cerita dari third party ataupn orang ketiga tanpa usul periksa samaada org tu benar ataupn fasik.kdg2 cerita dikutip dr org yg ada agenda tersendiri untuk jatuhkan seseorang.

Tanpa Nama berkata...

anonymous di atas memfitnah
dosa memfitnah .... anda sendiri tahu

Tanpa Nama berkata...

ya saya setuju, bila terkena tang btg hidung pro-muqabalah mereka tuduh macam2. sedangkan zainulfaqar ialah pemberita untuk TVPAS. Saya yakin GB dah kenal dan baca semua tulisan itu sbb dia boldkan mana2 ayat yg penting supaya kita semua pay attention

Tanpa Nama berkata...

Kalau dalam ahli keluarga adek beradek ada musuh dalam selimut apatah lagi dalam parti yang mempunyai ahli yang ramai dan berbagai kerenahnya. Sebenarnya musuh dalam selimut ada dalam mana-mana parti di Malaysia ini.

Musuh dalam selimut wujud dengan berbagai pembentukannya, dan asas pembentukan itu bermula dari sifat hasad dengki atau seseorang telah menerima rasuah untuk jadi musuh dalam selimut.

Kalau nak menuduh penulis blog sebagai musuh dalam selimut, ianya masih tidak cukup bukti untuk menuduh kerana penulis blog biasanya bersendirian tanpa bergantung pada sesiapa. Tetapi jika penyokong parti atau ahli parti yang menulis sesuatu pekara berkaitan dengan seseorang pemimpin parti dalam blognya maka ianya boleh disiasat sama ada orang ini musuh dalam selimut atau tidak.

Cuba anda nilai sendiri, MSO adalah ahli PAS dan penulis blog berkaitan dengan politik. Dia telah mewar-warkan dirinya adalah penulis yang serba tahu tentang sesuatu bakal berlaku dalam politik. Dari apa yang dia tulis dalam blognya, apakah dia ahli parti yang setia atau dia sebenarnya musuh dalam selimut PAS...?

Tanpa Nama berkata...

penulis blog yg bnyak memporakperandakan pas.suka menyebarkan fitnah.asal sensasi je trus publish tanpa usul periksa.jd ghairah sgt menulis ttg sesuatu perkara.jgn anggap diri tu dh bagus bila menulis blog

remy berkata...

golongan pro-muqobalah mmg tak suka artikel sebegini kerana jawapan-jawapan yang diberikan padat dan terus terkena tang btg hidung.

mereka kemudian menuduh kita menyebarkan fitnah walhal selama ini merekalah yg menyebarkan fitnah.

Tanpa Nama berkata...

golongan pro umno mmg suka menyebarkan dakyah2 dan fitnah kerana taksub terhadap seseorang individu.sifat2 umno mmg menebal bila fitnah dijadikan sandaran utk berhujah.artikel2 yg padat dgn fitnah mmg santapan org2 umno utk memecahbelahkan pas

remy berkata...

yg pro umno tu ialah pro-muqobalah, lepas dah terbuka tembelang, tuduh golongan erdogan yg pro-umno. apa lah...

Tanpa Nama berkata...

apa lah lu.puak2 yg menabur fitnah adalah pro umno.suka tgok pas berpecah.gunala otak sikit bro

Tanpa Nama berkata...

yg menabur fitnah:
1) nik mohd abduh - tuduh musuh mengeliligi bapaknya
2) nasrudin hassan tantawi - perli husam suruh bertanding presiden
3) suhaimi embong - kebenciannya kepada husam
4) haron din - fitnah ada musuh dalam pas
5) daud iraqi - fitnah ahli pas rasuah

dan ramai lagi dari pro-muqobalah yang memfitnah dan menuduh tanpa bukti.

Tanpa Nama berkata...

puak2 yg benci pada ulama adalah musuh pas.puak2 pro umno yg tak suka pada ulama.suka tabur fitnah pada ulama.puak2 ni yg memecah belahkan pas masa akan dtg.kalau tak suka pada ulama cari parti lain yg takde ulama.jgn nak menyibukla hal pas

Tanpa Nama berkata...

ulamak dilindungi, ular dalam semak akan dihapuskan oleh Allah dari PAS.

Tanpa Nama berkata...

Orang yang tak suka Husam semuanya pemfitnah - kenapa dia tu maksum ke? Yang fanatik sangat sokong Husam tu kenapa???