27 Mei 2009

Manek Urai : PKR Siap Untuk Bersama PAS Hadapi UMNO BN

Parti KeAdilan Rakyat (PKR) akan tetap memberikan sokongan kepada mana-mana calon Pas yang bakal diletakkan sebagai calon menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai nanti.

Ketua Penerangan PKR Negeri Kelantan, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria berkata, PKR akan terus memberi sokongan kepada mana-mana calon Pas untuk memastikan kerusi N41 tersebut akan tetap berpihak kepada Pas.

Katanya, walaupun bukan calon PKR yang diletakkan dalam pencalonan itu nanti, tetapi sebagai parti di bawah naungan Pakatan Rakyat, PKR bersedia mengerahkan jenteranya membantu pilihan raya tersebut nanti.

“Kami sebagai salah satu pihak di bawah naungan PR akan tetap memberikan sokongan padu kepada calon Pas untuk memastikan kemenangan majoriti seperti pilihan raya yang lalu.

“Kami pasti arwah mempunyai peminat setia sebelum ini dan kami ingin memastikan jasa dan kesi-nambungan khidmat arwah sebelum ini akan diteruskan oleh pengganti dari Pas juga,” katanya.

Berdasarkan rekod Pilihan Raya Ke-2 yang lalu, DUN Manek Urai mempunyai jumlah pengundi seramai 12,292. Pecahan mengikut kaum ialah Melayu dengan 99.25 peratus, Cina 0.44 peratus, India 26 peratus dan lain- lain 0.02 peratus. Jumlah keseluruhan undi ialah 10,332 dengan 192 undi rosak.

Dalam pilihan raya tersebut, arwah Ismail Yaacob dari Pas telah memenangi kerusi DUN dengan jumlah undian 5,746 menewaskan calon BN, Zulkifli Omar yang mendapat undian 4,394.

Sementara itu, mengulas mengenai isu calon bebas pili-han raya DUN Pe-nanti, Aminah Ab-dullah mendakwa dirinya disogok oleh wakil PKR pada 13 Mei lalu, beliau berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas.

Katanya, Aminah adalah bukan seseorang yang terkenal dan PKR tidak perlu berbuat demikian untuk mendapatkan undi majoriti kerana PKR pasti kemenangan akan tetap memihak kepada mereka.

Tiada ulasan: