27 Mac 2009

Kes Sivakumar vs SPR didengar 28 Mei

Kes Sivakumar ba gi mendapatkan kebenaran agar satu semakan undang-undang dijalankan berhubung permintaan mereka supaya Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusikerusi Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang akan didengar di Mahkamah Tinggi pada 28 Mei ini.

Hakim Lau Bee Lan menetapkan tarikh itu selepas perkara itu dikemukakan kepadanya di kamar hari ini.

Pihak yang hadir dalam prosiding hari ini terdiri lima peguam mewakili pemohon dan Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi mewakili responden.

Sivakumar bersama anggotaanggota Dewan Undangan Negeri Perak, Chen Fook Chye (DAP-Keranji), Tai Sing Ng (PKR-Kuala Sepetang) dan A. Sivanesan (DAP-Sungkai) serta tiga pengundi, Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abdul Latif Ariffin (Changkat Jering) dan Foo Hon Wai (Jelapang), membuat permohonan semakan perundangan itu terhadap ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu, dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong.

Mereka memohon perintah mahkamah bahawa kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang adalah kosong setelah ketiga-tiga wakil rakyat itu keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi wakil Bebas.

Mereka juga memohon perintah injunksi melarang Jamaluddin, Osman dan Hee daripada melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.

Dalam pilihan raya umum lepas, Jamaluddin dan Osman menang sebagai calon PKR manakala Hee menang atas tiket DAP.

Bulan lepas, mereka keluar parti masing-masing bagi menyokong Barisan Nasional, dan ini menyebabkan kerajaan pakatan DAP, PAS dan PKR, yang memerintah Perak dirampas oleh BN.

Pada 3 Feb, Sivakumar memberitahu SPR bahawa ketiga-tiga kerusi itu kosong dengan alasan Jamaluddin, Osman dan Hee telah meletak jawatan.

Tetapi SPR telah dipercayai bertindak di luar bidang kuasanya dengan menolak writ yang dikemukan oleh Sivakumar dan enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga kerusi itu.

Tiada ulasan: