25 Mac 2009

Hishamuddin Cium Keris Lalu Bertempik Tapi Longlai

Pemuda UMNO semakin kalut.

Sewaktu majlis perasmian Pemuda, ketuanya Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang masih meneruskan tradisi mengarak dan mencium keris tiba-tiba menggunakan platform Perhimpunan untuk menempelak projek peralihan kerajaan persekutuan "16 September" yang diusahakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya "petualang yang cuba mengajar anak ketam berjalan betul".

"Ada petualang yang secara sumbang mengisytiharkan bahawa akan berlaku pertukaran kerajaan pada 16 September 2008. Lalu disemai benih keraguan di kalangan rakyat hingga menjejaskan keyakinan dunia," katanya.

"Maha Kuasa Tuhan yang menentukan, realiti yang terjadi adalah di sebaliknya; apabila peralihan kuasa telah berlaku di negeri Perak," katanya lagi.

Oh.. Hishamuddin, perencanaan Ilahi tiada siapa yang tahu. Anda mungkin telah merasakan anda dan UMNO telah menang di dalam isu rampasan kuasa di Perak.

Sama seperti seorang pencuri yang bersyukur kerana telah dapat melaksana misinya untuk mencuri... betulkah sikap anda itu?

Isu peralihan kuasa belum sampai masanya untuk anda sambut dengan sorak sorai kerana ianya bukan sahaja kini berada di dalam gelanggang mahkamah, namun ia akan berad di gelanggang rakyat pada 7 haribulan nanti dimana PRK Bukit Gantang adalah referendum terhadap rampasan kuasa itu.

Esok lusa keris yang anda cium itu mana tahu akan terhunus di dada sensiri!

1 ulasan:

unanjaga berkata...

Semangat pemuda itu tetap membara,namun membara nya semangat mereka itu(pemuda umno),bukan lah semangat yang berada pada pertunjuk Allah.Mereka sememang nya bersemangat,namun semangat mereka masih dalam wadah yang penuh kemungkaran.Sebab yang jelas,apa jua perlakuan yang masih bertentangan dengan pertunjuk Allah masih mereka biarkan berlaku dihadapan mereka(contoh nya rasuah).Suara semangat mereka masih lagi berbau kebohongan.