18 Apr 2015

[PANAS] Haji Hadi & Khalid Ibrahim Di Jakarta Bincang Bentuk K'jaan Baru DI Selangor?


Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan kembali menerajui Selangor bagi mengantikan Azmin Ali, demikian lapor protal suara.tv yang kemudiannya berita itu menjadi viral di media sosial sejak kelmarin.

Menurut sumber SuaraTV, satu perjumpaan rahsia antara Khalid dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah diadakan di Jakarta bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.

“Apa yang boleh saya katakan pada ketika ini, Tan Sri (Khalid) memang ada mengadakan perjumpaan bersama Hadi di Jakarta semalam.

Sekeping gambar telah dimuatnaikkan di twitter Khalid sendiri yang memaparkan pertemuan beliau bersama-sama Haji Hadi, setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri.

“Namun untuk pengesahan ada baiknya ia disahkan oleh Tan Sri sendiri apabila dia pulang esok” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Menurutnya dalam pebincangan itu ada 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari PKR yang akan mengumumkan untuk ‘melompat’ sekaligus menyatakan sokongan terhadap Khalid.

“Dengan sokongan Pas dan Umno ditambah dengan beberapa orang Adun dari PKR itu, Tan Sri dijangka bakal memperolehi mojoriti mudah.


“Usul mengenainya akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor dalam masa yang terdekat bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk” ujarnya lagi.

Pas sebelum ini berhadapan dengan isu besar iaitu perbalahan dengan DAP yang disokong oleh PKR dan kewujudan kumpulan dalam Pas yang cende­rung menyebelahi kedua-dua parti tersebut.

Dalam masa yang sama, Hadi dilihat hanya disokong oleh kumpulan pro ulama bagi mempertahankan dasar perjuangan parti itu.

Keadaan kucar-kacir dalam Pas semakin ketara apabila secara tiba-tiba terbentuknya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang bergerak atas nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan alasan mahu mengukuhkan kerjasama antara Pas dengan PKR dan DAP.

Namun begitu ramai pemerhati politik melihat, kewujudan Pasma tidak menguntungkan Pas sebaliknya menambahkan lagi kekalutan dalam parti tersebut atau dalam bahasa mudah, Pas dilihat berpecah-belah.

Walau bagaimanapun, portal FreeMalaysiaToday, pegawai khas Khalid, Faekah Husssin menafikan desas-desus lawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke Jakarta bersama Presiden PAS tiada kaitan dengan dakwaan beliau akan dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.

Sebaliknya, lawatan separuh rasmi bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bagi mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Islam Indonesia dan membincangkan isu serantau khususnya ukhuwah Islamiyah dan ekonomi.

“Bagaimanapun, sama ada wujud perbincangan dalam soal politik di Malaysia khususnya di Selangor, di luar pengetahuan saya,” kata Faekah.

Dia berkata, pihak yang membuat dakwaan itu sepatutnya mendedahkan nama lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa akan melompat parti itu.

“Sekiranya benar, siapakan lima ADUN ini, dan parti mana mereka akan melompat,” soalnya.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor itu berkata, politik di Malaysia sangat dinamik, sentiasa berkembang dan kekadang bergelora selepas 1998.

Blogger pro-Khalid, omakkau (Hanisya Abdul Hamid) yang dihebohkan sebagai salah seorang blogger selain cucumatkilau yang dilantik oleh kumpulan gabungan TSKI+Hadi+UMNO+PKR Lompat itu, di dalam satu updatenya di media sosial pula meluahkan kekesalannya dengan bertanya siapakah yang membocorkan maklumat tersebut.



Semuga Allah mendedahkan kebenaran itu sebagai kebenaran dan kebatilan itu sebagai kebatilan.

Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Sampai Menziarah Ibu Meninggal Pun, Gari Di Tangan Tidak Dibukakan...


Suasana hiba mengiringi majlis pengebumian ibu kepada Orang Kena Zalim (OKZ), Ismail SM Kadir hari ini.

Ramlah Abdul Karim, 80, meninggal dunia kira-kira jam 4.20 petang semalam akibat sakit tua.

Ismail yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama 10 bulan berhubung demonstrasi ketika krisis rampasan kuasa di Perak tahun 2009 itu dibenarkan melawat serta memberikan penghormatan terakhir kepada almarhum ibunya itu.

Ismail dibawa oleh pihak pegawai Penjara Tapah dalam keadaan bergari serta berpakaian serba merah menaiki sebuah van.

Kehadirannya disambut dengan penuh hiba dan sedih oleh isteri dan anak-anaknya yang ternyata sangat merinduinya.

Sebaik sahaja keluar dari van, Ismail dipeluk oleh isteri dan anak-anaknya yang masih kecil.

Dia disambut dengan laungan 'Allahu Akbar' oleh hadirin yang bersama-sama membantu menguruskan jenazah di samping datang memberi sokongan moral kepadanya.

Ismail tidak dapat menahan kesedihan ketika menatap jenazah ibu tercinta kerana tidak berkesempatan bersama ketika masa-masa terakhir almarhum.

Sebelum dibawa pulang kembali ke penjara, Ismail berkesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenazah ibunya.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai yang bawa saya ke sini.

"Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan usaha anda semua," katanya.

Dia berharap semua pihak dapat mendoakan kesejahteraan kesemua 12 OKZ yang kini dipenjara.

Tambahnya, semua pihak perlu terus berjuang memartabatkan Islam dan mengangkat prinsip keadilan di dalam negara ini.

"Perjuangan Islam ini tidak ada henti sampai hari kiamat, teruskan perjuangan.

"Sama-sama kita berjuang mencari keredhaan Allah untuk menegakkan kalimah Allah, untuk menyelamat ummah yang tak faham-faham lagi.

"Kita bukan pengganas, kita nak menyelamatkan ummah dengan kita bawa perJuangan yang dibawa oleh Rasulullah," pesannya.

Turut hadir dalam majlis pengebumian itu termasuklah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss. -HD



ULASAN GB

alimnya sampai menziarahi ibu yang telah meninggal dunia pun gari di tangan tidak dibukakan. Persislah beliau seorang penjenayah besar sehingga dilayan sedemikian rupa. Bagaimanakah beliau hendak berwudhu dan solat jenazah dengan keadaan tangannya bergari?

Mana menteri KDN? mana KPN?

Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan...

17 Apr 2015

Kumpulan UG Pasti Binasa, Demikian Hukum Alamiah....


Selepas Jebon, Parasit Pula?

Baru-baru ini satu gambar pamplet yang bertajuk “Siapakah perosak sebenar PAS?” tersebar melalui media sosial WhatsApp. Di bawah tajuk itu tercatit pula takrif perkataan ‘parasit’. Di dalam pamplet tersebut disenaraikan pula 8 pimpinan PAS yang digelarkan sebagai ‘parasit’ dengan urutan ranking tertentu.

Nampak gaya seolah-olah satu atau dua gelaran tidak memadai dalam usaha golongan ini menjatuhkan pemimpin. Sebaliknya mereka memanafaatkan gelaran sebanyak mana yang mungkin demi mencapai matlamat mereka. ‘Jebon’, ‘Parasit’, ‘Anwarinas’, ‘anti-ulama’, ‘anti-hudud’, ‘liberal’, ‘sekular’ dan apa sahaja yang mungkin digunakan untuk menimbulkan kebencian terhadap kumpulan pemimpin ini. Samada gelaran ini betul atau pun tidak, benar ataupun fitnah, tidak langsung diendahkan. Yang penting, berjaya ditanam kebencian terhadap mereka ini.

Golongan tukang label ini menggelarkan diri mereka sebagai ‘pro-ulama’ tetapi hakikatnya, perangai mereka lebih sesuai dengan gelaran ‘geng-juhala’. Ini adalah kerana hanya yang jahil akan bersikap dan bertindak seperti mereka. Kononnya mereka lakukan demi menyokong calon ‘ulama’ dalam Muktamar. Kalau benar, maka saya harap calon ulama ini bukan jenis yang ‘bisu’, tidak menegur kejahilan dan kejahatan penyokong.

ASAL USUL GELARAN ‘PARASIT’

Setakat mana saya ingat, orang yang mula-mula gunakan gelaran ‘parasit’ adalah Dato Dr. Hassan Ali. Bersama beberapa pengikut tegarnya, DDHA menggunakan gelaran itu terhadap mereka yang menentang hajatnya untuk PAS membentuk kerajaan bersama UMNO/BN di Selangor pada 2008 dengan dirinya sendiri sebagai MB Selangor. Tidak sangka masih ada yang sanggup menjadi ‘tukang-tiru’ kaedah DDHA dalam PAS! Berkemungkinan juga mereka adalah orang-orang yang sama yang merupakan ‘tukang-tiru’ Zul Nordin pencipta gelaran ‘Anwarinas’!


Selepas ghaibnya DDHA dan ZN, budaya gelar-menggelar dan label-melabel diteruskan ‘tukang-tiru’ dengan turut tersebarnya gelaran baru yang dicipta mereka!

SIAPA PARASIT SEBENAR?

Parasit ditakrifkan oleh pengarang pamplet sebagai “menumpang pada tubuh dan menghisap segala zat dari tubuh itu. Parasit kenyang, namun tubuh yang ditumpangi itu semakin rosak dan lunyai”.

Bagi pandangan saya, 8 pemimpin yang digelar sebagai ‘parasit’ (termasuk saya), tidak menepati takrif di atas. Malahan ianya lebih sesuai digunakan terhadap golongan ‘geng-juhala’ yang baru muncul ini. Ini adalah kerana 8 pemimpin yang digelar ‘parasit’ ini sebenarnya telah bersama PAS sejak PAS parti lemah yang tidak mendapat sambutan, samada dari orang Islam atau bukan Islam. Keterlibatan kami sejak tahun 80an semasa PAS tidak mempunyai Ahli Parlimen ataupun ADUN kecuali sedikit dan hanya di Pantai Timur. Dan melalui maklumbalas yang diterima, usaha kecil kami bersama ahli PAS yang komited memperjuangkan Islam telah menyumbang kepada bertambah kuatnya PAS dan bukan sebaliknya.

Atau adakah ada yang beranggapan PAS lebih kuat pada tahun 80an berbanding 1998 hingga 2013?

‘Parasit’ datang pada tubuh yang kuat dan menjadikannya lemah (seperti sekarang) dan bukan datang ke tubuh yang sedang ‘lemah’ dan membantu mengukuhkannya. Kemanisan manafaat atau ‘zat’ yang telah dihisap tidak lain dari celaan berselang kutukan masyarakat pada ketika itu serta ditahan di bawah ISA dan bermalaman di lock-up!

PARASIT MULA DATANG...

Tetapi sekarang, tubuh PAS sudah kuat dan kukuh. Maka amat menarik bagi ‘parasit’ datang menghinggap dan menghisap! Maka inilah masanya dan bukan 20 tahun dahulu!

Mereka muncul entah dari mana, muka baru yang melayari alam maya, menaburkan fitnah dan adu-domba. “Pemimpin ini Liberal, Sekular dan Plural. Mereka anti-ulama, anti-hudud dan ingin jatuhkan DS Presiden” kata mereka. Mereka menonjolkan diri, menggambarkan diri sebagai penyokong PAS tegar tetapi dengan setiap kejayaan yang mengukuhkan kedudukan mereka, PAS menjadi semakin berpecah dan semakin lemah.

Ukhuwwah dalaman semakin parah, hubungan dengan PR semakin retak, penerimaan oleh masyarakat Islam dan bukan Islam semakin merosot. Sambil itu mereka bertambah ‘kenyang’. Disanjung atas sebab dianggap ulama. Laluan disediakan permaidani merah dan mereka inilah parasit sebenar.

Mereka hisap zat kekuatan PAS demi keuntungan peribadi. Mereka semakin kuat, PAS semakin lemah dan lunyai.

DUIT DATANG DARI MANA?

Ada juga yang bertanya, “buat pamplet ini banyak belanja. Mana datang duit?”

Adakah mustahil mereka ditaja? Oleh yang inginkan PAS dan PR berpecah untuk UMNO kekal memerintah.

KESIMPULAN

Nasihat ikhlas saya pada ‘tukang-tiru’ DDHA dan ZN, sekiranya kamu hendak gelar dengan gelaran menghina sekali pun, pilih-pilihlah. Silap-silap terkena batang hidung sendiri. Sudahlah akhlak terkutuk, nampak kebodohan lagi... bab duit, sila jawab sendiri.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


ULASAN GB

Saya tidak dapat untuk tidak bersetuju dengan tulisan Ahli Parlimen Shah Alam di atas.

Nampaknya mereka yang menamakan diri mereka pro-ulama (baca: pro-UMNO) rupa-rupanya menggunakan istilah-istilah yang pernah satu ketika dipopularkan oleh Hassan Ali dan Zulkifli Noordin apabila melabelkan golongan progresif dalam PAS dengan istilah-istilah Anwarinas, Parasit, Libaral, Jebon dan seumpamanya.

Pergilah ke facebook-facebook kumpulan UG - label-label itulah yang akan anda temui.

Seperti yang GB ungkapkan berkali-kali, perbuatan-perbuatan mereka itu seperti mendapat restu dari pimpinan PAS PUsat terutama Presiden dan Setiausaha Agungnya. Tiada sebarang tindakan dan kenyataan dikeluarkan untuk menghentikan perbuatan mereka itu. Jika ada pun kenyataan ialah dari Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta "facebooker hantu" seperti Tok Usin Ceroi, ElHaraki dan Keli Laut untuk menutup akaun-akaun mereka. Walaupun arahan itu dikeluarkan dan damage has been done, namun tiada tanda-tanda permintaan itu dipatuhi, malah wujud pula lebih ramai geng UG ini menggunakan nama seperti Nur Muhammad, Nurul Islam, Nurul Mohamad Yusof dan lain-lain.

Tujuan mereka untuk mempengaruhi ahli PAS supaya menyokong Haji Hadi sebagai presiden dan menolah kumpulan progresif dari saf kepimpinan PAS Pusat menjelang pemilhan nanti.

Berjayakah mereka Setakat ini mereka berjaya. Beberapa YDP kawasan termasuk DS Nizar tewas dan beberapa orang yang menjadi pilihan mereka diangkat dikawasan-kawasan termasuk menantu Haji Hadi di Subang.

TETAPI, berkatkah tindakan mereka. Itu persoalan penting. Soal berkat - sama seperti persoalan "ikhlas", "niat" dan seumpamanya adalah urusan Allah dan Allah melalui hukum kebenaran dan keadilanNya memberikan jawapannya dengan terang dan jelas. Sebab taaluq sifat ilmu Allah itu "inkisyaf" (tersingkap, terang & jelas).

GB beri contoh iaitu di dalam isu Bil Persendirian yang dihantar oleh Presiden PAS. Haji Hadi menyatakan apabila UMNO mengajak kita berunding, maka wajib kita terima, samada mereka ikhlas atau tidak, itu urusan Allah. Kita telah menyatakan kepada beliau bahawa UMNO sudah dikenali sebagai kumpulan penipu dan Rasulullah telah berpesan melalui hadithnya jangan dipatuk ulas dua kali.

Apa jadi... semua orang tahu. Haji Hadi yang "yakin dapat memebntang Rang Undang0undang itu pada sessi parlimen yang lepas diaibkan... "Masa tak cukup nak bentang.."... mudah saja ditipu. Sekarang kena hantar semula Bil Persendirian berkenaan untuk sesi parlimen akan datang. Agak-agaknya dapat tak dibentangkan? Ia Bil Persendirian, maknanya terletak di agenda terakhir lagi.Jawapan yang serupa akan diperolehi... tiada masa yang cukup untuk dibentangkan. Berapa kali sudah mahu dipatuk ular?

Begitulah jawapan untuk persoalan "berkat"kah kerja-kerja golongan yang melabel dan memfitnah untuk menguasai jawatan Presiden dan JK Tertinggi PAS Pusat... mereka boleh menguasai 100% sekalipun senarai tersebut tetapi hukum kebenaran dan keadilan akan menjelaskan kemenangan yang diperolehi dengan cara batil itu tidak ada keberkatannya. Akhirnya akan tumbang sendiri kerana sesuatu yang tidak berkat itu sebenarnya tiada asas yang kukuh.

Samalah dengan nasib yang menimpa Najib kini. GB pernah ulas beberapa tahun dulu. Najib Di Ambang Kejatuhannya. Petikan:

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kemenangan dengan penipuan adalah satu jenayah dan tiada keberkatannya.

Seperti yang GB katakan sebelum ini, kemenangan melalui penipuan adalah kemenangan yang rapuh ... dan ia akan tumbang dengan sendirinya kerana "dasarnya" lemah.

Sekarang Najib dihempuk dengan pelbagai masalah. Kajian membuktikan popularitinya merudum, hutang negara meningkat, kenaikan harga meniyak, gula dan barang keperluan lain dan cadangan kenaikan tol serta pengenaan GST yang bakal menyebabkan kos sara hidup rakyat meningkat yang mengakibatkan kemarahan rakyat juga meningkat.

GB pernah juga mengulas bahawa GB amat yakin sekali jika kerajaan Najib dan UMNO BN memperolehi kemenangan dengan cara penipuan, kerajaannya akan tumbang tidak berapa lama lagi.

Dan semua yang terlibat dengan penipuan akan tetap dihukum walaupun penipuan itu licik dan tidak diketahui orang. Tetapi Allah Maha Mengetahui! Anda tidak boleh lari.

Kebatilan tidak akan dapat mengalahkan kebenaran selama-lamanya. Itu hukum alamiah, itu hukum Allah swt!

Setelah GB menulisnya, maka macam-macam berlaku dan menimpa Najib. Kapalterbang hilang, terhempas, helikopter bawa pegawai-pegawainya juga terhempas, diserang pula dengan pelbagai isu seperti IMDB, jet peribadi, keborosan & ketirisan dan sebagainya. Bekas PM pun kini menyerangnya.

Sekarang baca dua tempat yang mereh itu sama-sama. Sudah menjadi kenyataan bukan?

GB bukan ulama, GB bukan wali. Tapi GB belajar melalui hukum alam. Ayat manzurah itu lebih indah, kekal dan lebih abadi dari ayat maqruah..

Ahmad Awang, Ulamak PAS Pro-Pakatan Yang Mampu Bawa PAS Ke Hadapan


PAS Bukit Gelugor calon Ahmad Awang sebagai presiden kerana jasa tubuh Pakatan Perak

Ketegasan Ahmad Awang memulakan inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak pada 2008, walaupun pada masa itu Umno mengajak membentuk kerajaan perpaduan menjadi punca beliau dicalonkan sebagai presiden, kata PAS Bukit Gelugor.

Yang dipertua PAS Bukit Gelugor, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam kenyataannya berkata, sikapnya yang tegas kerana memenuhi aspirasi rakyat yang menolak Barisan Nasional (BN) amat dihargai parti Islam itu.

PAS Bukit Gelugor di Pulau Pinang yang dipimpin Mujahid menjadi kawasan ketiga selepas Parit Sulong dan Jelebu di Negeri Sembilan mencalonkan Ahmad sebagai presiden.

"Beliau juga ulama terkenal di peringkat antarabangsa dan dihormati kerana ilmunya," kata Mujahid yang mengetuai PAS kawasan itu dalam mencalonkan bekas naib presiden PAS itu.

Menurut Mujahid, penghayatan Ahmad kepada aspirasi PR lebih mendalam dan mampu menjalin hubungan yang baik dan berprinsip dengan PKR dan DAP.

Selain itu, Ahmad juga pernah menyandang jawatan naib presiden dan ahli Majlis Syura PAS, serta pernah mentadbir Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),
kata Mujahid.

Katanya, peranan pentadbiran dan keilmuan Ahmad mampu membawa PAS ke tahap lebih baik.

"Semoga dengan keberkatan syura PAS Kawasan Bukit Gelugor pencalonan kami diharapkan dapat melonjakkan PAS ke hadapan," katanya.

Bukit Gelugor juga mencalonkan Mohamad Sabu bagi mengekalkan jawatannya sebagai timbalan presiden, manakala Mujahid sendiri bersama Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub dicalonkan untuk naib presiden, dalam mesyuarat yang diadakan pada 15 April. -TMI

ULANGSIAR

Ustaz Ahmad Awang: Fahami Awlawiyyat Politik, Perkukuhkan Pakatan Rakyat


Veteran PAS tegur 'perosak' Pakatan

Saya mengikuti dengan penuh kehairanan dan kebimbangan, perkembangan mutakhir hubungan antara anggota parti-parti Pakatan Rakyat.

Ia kelihatan seolah-olah perbalahan antara ketiga-tiga parti lebih diutamakan pemimpin-pemimpin tertentu berbanding dengan berbalah dengan Umno/BN!

Sedangkan Umno/BN adalah merupakan musuh bersama, yang mana untuk menghadapi mereka, Pakatan dibentuk.

Saya tidak tahu sama ada perbalahan bersama ini ditimbulkan atas sebab adanya agenda tertentu mereka yang berbalah, atau atas sebab mereka menganggap perbalahan adalah cara terbaik untuk mengukuhkan Pakatan.

Sekiranya mereka berbalah dengan penuh kesedaran bahawa perbalahan ini akan merosakkan Pakatan, maka saya anggap mereka gagal memenuhi tugasan mereka sebagai pemimpin yang bijak dan berhemah.

Sebagai pemimpin tanggungjawab dan kewajipan utama kita, dalam suasana politik semasa, adalah untuk mengukuhkan Pakatan.

Ini adalah kerana usaha membebaskan rakyat dari penindasan dan kezaliman Umno/BN akan hanya mampu dilaksanakan melalui Pakatan buat masa ini.


Ini kerana Pakatan adalah entiti gabungan politik yang mampu mencabar Umno/BN.

Kekuatan Pakatan tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak dan ia diakui Umno/BN sendiri.

Dan membawa perubahan pemerintahan adalah bukan sekadar harapan dan kehendak tetapi keperluan rakyat yang amat mendesak.

Cengkaman Umno

Saya menyeru semua pimpinan Pakatan untuk menumpukan kepada usaha mengukuhkan Pakatan dan seterusnya menjadi pembela nasib rakyat.

Rakyat sentiasa dilaga-lagakan oleh Umno/BN melalui fahaman perkauman mereka sehingga rakyat sentiasa dihantui oleh ancaman perbalahan kaum dan ketidakamanan.

Pada tahun 1999 apabila majoriti orang Melayu inginkan perubahan, Umno/BN tanamkan ketakutan di kalangan bukan Melayu dan kekal berkuasa melalui sokongan majoriti bukan Melayu.

Pada 2008 dan 2013, apabila bukan Melayu pula inginkan perubahan, Umno/BN pula menakut-nautkan orang Melayu sehingga melalui perasaan ini, mereka sekali lagi mengekalkan kekuasaan.

Ini merupakan bukti bahawa soal kaum hanya merupakan alat dalam percaturan politik Umno/BN.

Kebebasan dari cengkaman Umno/BN akan membebaskan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu yang beragama Islam, dari minda assobiyyah qaumiyyah (perkauman) yang ditolak Rasulullah SAW.

Inilah sebabnya PAS selama ini hendak menjatuhkan Umno/BN supaya politik orang Islam tidak lagi berasaskan politik Melayu yang memperalatkan Islam, tetapi politik Islam yang membela nasib Melayu dan seluruh kaum di negara kita!

Oleh itu, amat pelik sekiranya ada yang menganggap Pakatan tidak menguntungkan PAS dan perjuangan politik Islam.

Sebaliknya saya beranggapan bahawa demi menyemarakkan kefahaman politik Islam di kalangan umat Islam, maka PAS pihak paling beruntung dengan kekalahan Umno/BN.


Pada masa yang sama, kebebasan dari cengkaman Umno/BN akan juga bermakna segala kerosakan yang menimpa negara daripada sudut politik, ekonomi, pendidikan dan sosial akhirnya dapat dibenteras.

Menjelang GST

Ia tidak dapat diatasi selagi Umno/BN memerintah kerana mereka melaksanakan dasar-dasar yang membawa kerosakan ini.

Maka saya menyeru kepada pimpinan Pakatan, dan pimpinan PAS khususnya, untuk utamakan penyelesaian masalah rakyat dengan menggandakan usaha mengukuhkan gabungan itu.

Rakyat bakal ditimpa kos kehidupan yang semakin mencengkam dengan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Mereka akan terus kehilangan berbilion-bilion ringgit melalui dasar kronisme dan rasuah – amalan Umno/BN sehingga ekonomi yang sepatutnya memecut pantas ditimpa bebanan, menyebabkan hanya mampu berjalan terhingguk-hingguk.


Rakyat akan ditimpa sistem perundangan yang semakin mencekik kebebasan dan hak melalui penggunaan sewenang-wenangnya akta hasutan dan akta antikeganasan.

Sambil campur tangan eksekutif dalam urusan kehakiman menjadi semakin ketara hingga Malaysia dijadikan bahan lawak dunia!

Rakyat tidak mahu melihat harapan mereka untuk perubahan ini berkecai dan mereka tidak akan memaafkan kita yang diamanahkan sebagai pemimpin sekiranya tindak tanduk kita menjadi sebab utama Pakatan berpecah atau hilang keyakinan rakyat.

Mereka semakin bosan dengan perbalahan dan percanggahan antara pimpinan parti-parti Pakatan yang seolah-olah tidak lagi mengutamakan penyelesaian masalah rakyat.

Sebaliknya hanya sanggup mengutamakan perbalahan dan percanggahan demi politik jangka masa pendek.

Ini yang paling menyeronokkan Umno/BN dan tidak hairanlah bagaimana Umno/BN masuk campur dan berperanan untuk melaga-lagakan kita satu sama lain.

PAS sepatutnya menjadi parti yang memahami awlawiyyat atau keutamaan politik dan menzahirkannya kepada rakan-rakan Pakatan.

Adab beza pandangan

PAS sepatutnya menjadi rakan yang pertama mengenepikan perbalahan dan sengketa sampingan demi mengutamakan persoalan yang perlu diutamakan.

Zahirkan kebijaksanaan politik Islam supaya terus membina kekuatan pengaruh dalam Pakatan dan di kalangan rakyat sepertimana dilakukan selama ini sejak tahun 90-an!

Melalui kebijaksanaan mengenali keutamaan ini, PAS berjaya berada di arus perdana politik Malaysia dan tidak lagi berperanan hanya di kawasan Pantai Timur semata-mata.

Pada masa yang sama, saya ingin menyeru pimpinan PAS untuk membina kembali kesatuan dan semangat ukhuwah dan persaudaraan dalam parti itu sendiri.

Tidakkah pimpinan menyedari bagaimana perbalahan dalaman PAS semakin meruncing sehingga menghasilkan suasana berpuak-puak dan saling benci membenci sesama ahli?

Perbalahan dalaman PAS ini akan melemahkan dirinya sendiri dan apabila ini berlaku maka Pakatan akan turut terjejas.

Apabila Pakatan terjejas maka rakyat akan merasai bahawa PAS adalah punca mereka gagal diselamatkan daripada penindasan dan penganiayaan Umno/BN.

Pada masa yang sama kelebihan Islam yang mengutamakan ukhuwah sesama Islam tidak mampu dizahirkan oleh PAS.

PAS seolah-olah menjadi parti yang memperjuang ‘Islam dan syariatnya’ tetapi tanpa adanya akhlak yang mulia di kalangan ahli-ahlinya.

Amalan adabul ikhtilaf (adap berbeza pandangan) serta ‘berlemah-lembut dan kasih sayang’ antara orang-orang yang beriman akan hanya menjadi ungkapan kosong yang tidak mampu dihayati.

Perancangan Yusuf Rawa, Fadhil Noor

‘Islam tanpa akhlak’ sebegini tidak akan mampu memikat hati manusia dan sebaliknya akan menjadi sebagai penghalang kepada manusia lain mengenali kebenaran Islam.

Saya harap pimpinan akan bertindak segera membetulkan suasana ini dan mengembalikan akhlak jemaah Islam sepertimana yang pernah wujud dulu.

Keadaan ini hasil kemasukan budaya asing selepas 2008.

Pengaruh perosak ini perlu dibendung oleh pimpinan PAS supaya PAS boleh terus maju mengikut perancangan yang ditetapkan pimpinan terdahulu, khususnya almarhum Yusuf Rawa dan Datuk Fadhil Mohd Noor.

Matlamat dan wawasan mereka untuk menjadikan PAS sebuah jemaah Islam yang kukuh, bersatu padu dan berperanan di tengah-tengah masyarakat membela seluruh rakyat perlu sentiasa diusahakan.

Hanya dengan itu akan pengaruh PAS bertambah kukuh dan PAS menjadi parti yang dihormati dan disegani.


Kehormatan dan kedudukan mulia di mata masyarakat perlu diusahakan, diperjuangkan bukan dituntut.

Saya dengan ini menyeru pimpinan PAS untuk memenuhi kewajipan mereka terhadap PAS dan masyarakat jelata dengan penuh keikhlasan dan bertanggungjawab.

Saya juga menyeru semua pimpinan Pakatan, terutamanya pimpinan PAS, berusaha bersungguh-sungguh untuk membina kembali kesatuan dan kekuatan Pakatan demi membela keadilan dan kepentingan rakyat.

AHMAD AWANG mantan naib presiden PAS dan mantan presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM).



IMBASAN KEMBALI


PENDEDAHAN UST AHMAD AWANG WUJUDNYA UG KETIKA PENUBUHAN KERAJAAN PAS PERAK.

[min 5:07] Saya percaya InsyaAllah Pas akan terus kehadapan maju terutama sekali yg telah di tegas tadi, di ulang-ulang oleh pelbagai perwakilan tentang bagaimana kita tidak sepatutnya berfikir yg kita hendak berpakat dengan Umno..

Yg itu saya katakan itulah pendirian kita dan kita memperkasakan Pakatan Rakyat. Jadi dalam hal ini kerana ada pihak perwakilan yg ada mengatakan tadi bila cakap bab Umno, siapalah diantara kita ini yg mereka tu nak berunding nak pergi bersama dengan Umno...??

Saya nak bagi tahu ketika kami di Perak membuat keputusan dulu tegas sungguh untuk tidak bersama dengan Umno dan putuskan dah bersama Pakatan Rakyat... belum bernama Pakatan Rakyat untuk bersama DAP dan PKR.

Saya di hubungi oleh pimpinan tertinggi.. "Tidak bolehkah kita mengkaji keputusan itu untuk kita bersama parti bersama Umno.."

Ada saudara-saudara.. Jadi jangan cakap tak ada. Cuma tak nak sebut siapa. Tapi saya nak katakan ada.. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus membuat keputusan seolah-olah Pas semua yang ada dalam ini tidak yang berfikir begitu.. Ada..!!





DI VIDEO-VIDEO DI BAWAH INI ADA JAWAPANNYA:








16 Apr 2015

Menjelang Pemilihan: Taktik Kotor Pro Ulama & Musuh PAS


AJK: Kempen kotor cemari pemilihan PAS

Di sebalik slogan berjuang berlandaskan Islam, PAS mengakui proses pemilihan parti itu kini dicemari kempen kotor dan gejala tidak sihat, malah ia didakwa bukanlan perkara baru.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi berkata, kempen kotor dalam pemilihan parti itu bukan lagi rahsia, namun di sebalik pengakuan itu beliau tidak menolak kemungkinan ia didalangi pihak luar yang ingin mengambil kesempatan.

“Cerita label melabel sesama ahli PAS memang sudah lama berlaku. Bukan ketika pemilihan kali ini saja. Sebelum pemilihan pun ini sudah berlaku.

“Ada individu dilabel liberal, menolak hudud, sebagai begitu, sebagai begini. Ia memang berlaku," katanya kepada Malaysiakini.

Kelmarin, bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang, mengakui sukar untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden walaupun beliau mendapat pencalonan minimum seperti disyaratkan perlembagaan parti itu.

Ahmad yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Pusat Islam dan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia antara 1981 hingga 1999 berkata, pemilihan jawatan dalam PAS kali ini dicemari kempen kotor dan amalan berat sebelah.

Antara tokoh yang dikaitkan sebagai mangsa kempen kotor itu ialah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang kalah dalam perebutan jawatan Yang Dipertua Kawasan Kampar.

Pemilihan jawatan tertinggi PAS pusat dijadual diadakan Jun ini.

Ada kebenaran

Asmuni yang juga seorang peguam berkata, apa yang didedahkan Ahmad itu memang ada kebenarannya.

Katanya, antara tokoh dalam PAS yang menjadi mangsa kempen kotor itu ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, yang pernah dituduh mahu menjatuhkan kepimpinan ulama dua tahun lalu.

Tidak ketinggalan, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin dan Pengarah Pilihan Raya PAS yang juga Ahli Parimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

Asmuni menambah, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengatasi amalan itu dan berjanji akan mengambil tindakan tegas jika ada bukti kukuh mengenainya.

“Kalau melibatkan ahli, tindakan yang boleh diambil ialah membawa mereka ke lembaga disiplin parti.

"Jika calon sendiri terbabit, mereka mungkin digugurkan daripada bertanding," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai risalah memburuk-burukkan Nizar sebagai "tali barut DAP" Asmuni berkata, ia bukanlah amalan yang wajar untuk PAS.

"Sekiranya ada pihak tidak berpuas hati, mereka boleh berdebat atau memberi penerangan, bukannya menyebarkan risalah seolah-olah membaling batu sembunyi tangan.

"Itu bukan akhlak Islam," katanya. -mk


Selepas ‘Facebook hantu’, buku serang pemimpin ‘parasit’ PAS

Selepas laman "Facebook hantu", muncul pula buku yang menyerang sebahagian pimpinan PAS yang disifatkan penulisnya sebagai perosak parti menjelang pemilihan pada Jun.

Buku bertajuk "Siapakah perosak sebenar PAS?" diterbitkan atas nama dan logo rasmi parti yang dicetak di muka depan buku berwarna warni itu.

Turut ditulis pada tajuk buku adalah, "Parasit, sifatnya menumpang pada tubuh dan menghisap segala zat pada tubuh itu. Parasit kenyang, namun tubuh yang ditumpangi itu semakin rosak dan lunyai."

Kandungan dan kulit luar buku ini kini tersebar di laman sosial, namun usaha The Malaysian Insider mendapatkan buku ini tidak berjaya sehingga kini.

Menurut apa yang tersebar di laman sosial, empat pemimpin parti menjadi sasaran buku ini dan menyifatkan Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, sebagai "parasit no 1".

Turut menjadi sasaran buku ini adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat dan peguam, Mohamed Hanipa Maidin dan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Sebelum ini, tiga laman Facebook yang tidak diketahui pemiliknya, El-Haraki, Tuc Tok Usin Ceroi dan Keli Laut, sentiasa menyerang sebahagian pimpinan PAS itu.

Selepas diserang bertalu-talu oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Tuc Usin berkata laman itu akan ditutup, tetapi pada masa sama laman El-Haraki yang sekian lama berdiam diri kembali aktif menyerang sesetengah pemimpin PAS.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Kuantan, Fadhli Ahmad, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik, dan Nazmi Karim mengetuai demontrasi di depan Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, menuduh Dr Hatta dalang menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mereka juga menghantar memorandum kepada PAS bagi menyiasat dakwaan itu.

Namun, apabila dipanggil memberi keterangan, Fadhli enggan bekerjasama dengan alasan tidak percaya dengan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh AJK PAS Pusat itu.

Antara yang paling awal dikesan menyiarkan tentang buku itu dalam laman sosial tersebut ialah Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan.

Beliau jelas marah dengan penerbitan buku itu dan bertanya, "Siapa terbitkan buku ini? Siapa yang membiayainya? Ni dah mula main kasar ni!!".

Beliau berharap, ahli PAS tidak menyebarkannya sambil berkata, "Ya Allah! Tunjukkanlah kepada kami kebenaran dan dedahkan kepada kami siapakah yang mahu mengadu domba di kalangan kami. Ameen".

Sebuah laman pro-Umno, Agendadaily, mendakwa buku ini adalah perang saraf untuk mendakwa kumpulan ulama dalam PAS yang menerbitkannya. – 16 April, 2015.
-TMI


ULASAN GB

Seperti yang GB ulaskan sebelum ini, perbuatan jijik dan permainan kotor kumpulan pro-ulama untuk menguasai jawatankuasa pimpinan PAS Pusat menjelang pemilihan di muktamar 2015 adalah tindakan yang unislamic yang anehnya dibiarkan dan didiamkan oleh PAS Pusat.

"Kami berjuang untuk keredhaan Allah" kata mereka. Tetapi mereka menggunakan taktik-taktik kotor ... matlamat menghalalkan cara. Tak menang pilihanraya tak apa asalkan Allah redha. Kata mereka. Tetapi dalam kandang sendiri rebut jawatan bagai nak mati walaupun langgar etika dan disiplin parti malah langgar terus hukum halal-haram Ilahi.

Menyentuh mengenai pengedaran buku yang memburukkan kumpulan progresif, GB telah mengulas sebelum ini:-

Ada yang menyatakan ia dilakukan oleh UMNO. Jika benar demikian, maka yang patut dipersalahkan ialah kumpulan pro-ulama kerana selama ini bukankah pro-ulama yang telah menyerang kumpulan progresif habis-habisan? Malah point-point yang ada di dalam buku itu kebanyakan ialah point-point yang pernah disebarkan oleh pro-ulama PAS melalui media sosial. Tahniah pro-ulama yang kini telah mendapat sokongan padu dari rakan seangkatan anda, UMNO!

"Papagomo PAS" yang bernama EL-Haraki mendakwa buku itu diterbit dan diedarkan oleh golongan progresif sendiri untuk menagih simpati. Seperti kes bakar kereta Dr.Hatta, dituduh Dr Hatta membakarnya sendiri, kes Dr.Dzulkely ditumbuk di waktu suboh kononnya dirancang oleh "jebon" sendiri... Hujjah yang sama digunakan PM masa itu sewaktu Anwar cedera di penjara dulu.. bahawa Anwar memukul diri s endiri untuk tagih simpati.

Sewajarnya untuk semua perwakilan muktamar membuka mata terhadap permainan kotor kumpulan pro-ulamak ini yang mendapat sokongan dan dokongan musuh utama PAS iaitu UMNO.

Bersabarlah DS Nizar... Hukum Kebenaran & Keadilan Akan Tetap Berjalan...


Usaha terancang singkirkan Nizar?

IPOH - Satu kenyataan bertulis yang tersebar di laman sosial semalam dikaitkan dengan agenda terancang untuk menyingkirkan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin selaku Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Kampar.

Timbalan YDP Pas Kawasan Kampar, Anuar Morat berkata, perkara itu hanya diketahui ketika mesyuarat agung tahunan kali ke-27 berlangsung kelmarin.

“Saya hanya dapat tahu pun selepas dimaklumkan oleh seorang rakan yang turut sama berada dalam mesyuarat tersebut.

“Namun saya yakin surat itu tidak sampai kepada mana-mana ahli Pas cawangan yang mengundi bagi memilih YDP Pas Kawasan Kampar yang baru,” katanya, ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, buat masa ini pihaknya masih belum dapat memastikan dalang di sebalik penyebaran kenyataan bertulis tersebut.


“Itu memang belum dapat diketahui sama ada individu yang membuat dan menyebarkan kenyataan bertulis itu datangnya dari kalangan ahli atau pihak lawan,” katanya.

Beliau berkata, kegagalan Muhammad Nizar mempertahankan jawatan selaku YDP Pas Kawasan Kampar tidak harus disensasikan oleh mana-mana pihak kerana perkara terbabit merupakan proses biasa dalam memilih pemimpin parti.

“Peralihan kuasa itu perkara biasa dan bagi kami isu berkenaan sengaja diperbesar-besarkan bagi merenggangkan hubungan kami sesama ahli di kawasan Kampar,” katanya.

Katanya, beliau percaya isu berkaitan kenyataan bertulis terbabit berkemungkinan besar akan dibincangkan dalam mesyuarat pertama jawatankuasa bagi sesi 2014-2015.

“Mungkin akan ada yang membangkitkannya dalam mesyuarat pertama kami namun perkara itu saya tak boleh nak komen dengan lebih lanjut,” katanya. -SH



ULASAN GB

Dah bagus sangat PAS ni... dah sampai tahap ganti UMNO... termasuk dalam hal-hal penyebaran surat layang, pecat ulama beri kuliah, mewujudkan dan membiarkan "papagomo PAS" seperti TUC, ElHaraki, Keli Laut dan sebagainya ..

Dan betul juga kata bekas menteri UMNO yang berikut


Dan yang menjijikkan ia dilakukan oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka kumpulan pro-ulama dalam usaha untu merebut jawatan dalam parti untuk menguasai pemilihan jawatankuasa parti 2015.

"Kami berjuang untuk keredhaan Allah" kata mereka. Tetapi mereka menggunakan taktik-taktik kotor ... matlamat menghalalkan cara. Tak menang pilihanraya tak apa asalkan Allah redha. Tetapi dalam kandang sendiri rebut jawatan bagai nak mati walaupun langgar etika dan disiplin parti.

Anehnya, Jawatankuasa PAS Pusat dan Jawatankuasa Disiplin parti senyap membisu di dalam hal ini seolah-olah merestui tindakan kotor dan jijik tersebut.

GB sudah berulangkali menyatakan, hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kemenangan yang diperolehi dengan taktik kotor ini adalah kemenangan yang tidak ada keberkatan dan akan tetap menerima hukuman Allah....

Kita sama-sama tunggu saat ketibaannya...

Bersabarlah Dato Seri Nizar, bersabarlah wahai kumpulan progresif. Kebenaran dan keadilan akan tetap menang melawan kebatilan dan kezaliman....

15 Apr 2015

PAS Tak Perlu Lagi Undi Bukan Islam? - Pak Syukur


Undi bukan Islam tidak penting? Oleh A Shukur Harun

Ramai yang berkongsi kerunsingan dan menyertai kebimbangan bekas pemimpin PAS, Ustaz Haji Ahmad Awang apabila beliau berkata, “ramai yang sedih melihat gelagat beberapa pimpinan PAS yang menunjukkan sikap tidak menghargai dan bersyukur atas kewujudan Pakatan Rakyat. Sama ada mereka mempunyai wawasan masa depan politik yang begitu terbantut atau agenda tersendiri yang masih belum didedahkan hanya Allah yang mengentahui.”

Menurut Ahmad Awang, kata-kata seperti “PAS mampu bersendirian”, “Putrajaya bukan matlamat kami”, “Sokongan bukan Islam tidak penting” dan sebagainya adalah sangat bercanggah dengan wawasan pimpinan terdahulu.

Ungkapan seperti ini bermunculan ketika tercetusnya krisis berat dalam PAS sendiri sekarang ini, lebih-lebih lagi menjelang Muktamar Tahunan PAS bulan Jun depan.

Menurut pendapat saya, pandangan PAS mampu bersendirian sementara sokongan bukan Melayu tidak penting adalah kata-kata yang menggambarkan betapa naifnya bacaan politik mereka ini, yang sama sekali tidak berasaskan realiti politik yang ada.

Bahkan pandangan begini membahayakan kelansungan masa depan PAS lebih-lebih lagi apabila golongan ini berkata, “Putrajaya bukan matlamat kami”.


Pandangan seperti ini bukan saja aneh, tetapi juga membayangkan pemikiran paranoid, kecelaruan, bahkan kedangkalan politik.

Belum pernah dalam sepanjang sejarah politik moden seperti PAS yang berjuang untuk kemenangan politik dan kuasa, tiba-tiba merasakan Putrajaya (pusat kuasa) tidak penting. Kalau begitu adakah PAS mahu berhenti sebagai parti politik dan hanya mahu menjadi badan dakwah? Pendapat begini bertentangan dengan wawasan pemimpin masa lalu. Perlu diingat, pelaksanaan hudud itu sendiri, umpamanya memerlukan kuasa politik. Oleh itu sangat aneh dan dangkal pemimpin politik yang berkata, “Putrajaya bukan matlamat kami.”

Sepanjang sejarahnya, selama ini pemimpin PAS berjuang dalam politik diiringi dengan niat untuk mencapai keredhaan Allah. Ini bermakna kemenangan politik dan redha Allah itu tidak pernah terpisah. Oleh itu, janganlah ada pemikiran dangkal memisahkannya.

Sementara itu, jika ada pemikiran PAS perlu menumpukan perhatian kepada pengundi kawasan majoriti Islam saja untuk menang, maka pemikiran politik seperti itu sangat naif dan ketinggalan zaman.

Ia hanya merugikan PAS sendiri dan tidak menolong usaha memperkukuh Pakatan Rakyat yang dipersetujui bersama dalam empat kali muktamar tahunan PAS sebelum ini.

Keadaan ini berasaskan realiti demografi pengundi di negara ini yang taburannya pelbagai, di mana negeri di Pantai Timur – Terengganu dan Kelantan – jumlah pengundi Melayunya besar. Tetapi di Pantai Barat, jumlah pengundi Melayu sekitar 60% atau kurang dari itu, sementara jumlah pengundi bukan Melayu ialah sekitar 40%.

Adalah sangat naif jika berfikir cukupkah kalau PAS dapat menang di negeri yang majoriti Melayunya besar, seperti di Pantai Timur.

Sikap seperti itu hanya mahu menarik PAS undur ke belakang 20 atau 30 tahun. Tidak munasabah jika PAS yang sudah berumur 63 tahun hendak ditarik ke belakang semakin jauh.

Sementelah lagi apakah teori memberi fokus lebih kepada kawasan Melayu itu saja, konon kerana orang Melayu majoritinya “pasti” akan mengundi PAS dengan andaian ia didukung orang Melayu/Islam. Sejarah pilihan raya yang lalu menunjukkan keadaan seumpama ini jarang, malah tidak berlaku.

Menurut suatu kajian lain pula, jumlah pengundi Melayu di luar bandar akan jauh merosot di tahun-tahun akan datang di mana mungkin susut hingga tinggal 25% saja dari jumlah keseluruhan peratusan pengundi di Malaysia hingga PRU akan datang.

Ini kerana jumlah pengundi di luar bandar banyak berpindah, mengikut anak di bandar, meninggal dunia dan beberapa sebab lagi ke bandar. Dengan itu jumlah pengundi Melayu seperti di Lembah Kelang, sekitar bandar di Johor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang dan lain-lain akan terus bertambah.

Oleh itu, tumpuan pengundian pada asasnya kini ialah di dalam bandar, iaitu pengundi Melayu dan bukan Melayu. Ini tentunya sangat signifikan dalam menentukan kemenangan sesuatu parti yang bertanding dalam PRU akan datang.

Dalam PRU yang lalu, banyak calon PAS menang di kawasan campuran iaitu di bandar seperti di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Perak. Tanpa sokongan pengundi bukan Melayu, terbukti sukar bagi calon PAS untuk menang. Inilah hakikat yang sebenarnya dan terimalah realiti ini walaupun mungkin sukar diterima. Parti politik yang matang menerima realiti yang wujud dan berusaha berasaskan rialiti yang ada.

Bagaimanapun saya yakin, pendukung PAS yang berfikiran jauh ke depan tidak akan berfikir untuk bertanding secara bersendirian dalam PRU akan datang betapapun didorong kemarahan atas apa yang berlaku dalam Pakatan sendiri. Emosi dan pemikiran sempit tidak wajar diberi ruang dalam membuat keputusan politik.

Pemikiran besar dan jauh ke depan perlu ada pada pendukung PAS. Maka di sinilah saya masih ingat pesan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Nik Mat, beberapa tahun lalu:

“Kita (PAS) berada dalam Pakatan Rakyat, banyak manfaatnya. Kita dapat berdakwah dengan luas kepada semua kaum. Kita dapat menjalin hubungan dengan mudah dengan bukan Islam.”

Memang diakui sejak krisis yang menimpa Pakatan Rakyat lebih tujuh bulan lalu dan merecik menjadi krisis dalam PAS sendiri, tetapi ini tidaklah boleh menyebabkan sesetengah pendukung PAS terdorong mahu PAS bersendirian dalam perjuangan politik walau apa hujah pun.

Seperti diketahui, sebanyak empat kali muktamar PAS bukan saja menunjukkan komited dengan Pakatan Rakyat, bahkan berikrar memperkukuh Pakatan Rakyat.

Jadi tidaklah wajar ada sesetengah pihak di dalam PAS sendiri, walau dalam status apa pun, begitu mudah mengeluarkan kenyataan bersifat mengugut, mendesak, mengancam, menyindir, memberi kata dua dan sebagainya mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Yang perlu di sini ialah PAS bersama komponan Pakatan perlu kerap berunding untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul. – TMI

ULASAN GB

Jika berdasarkan pegangan politik kumpulan pro-ulama yang kini diketuai oleh Presiden PAS sendiri, maka PAS sudah tidak lagi perlu kepada undi bukan-Islam. PAS akan kembali seperti dudu-dulu - perjuangan era Datuk Asri - Islam kebangsaan.

PAS akan kembali ke era "katak bawah tempurung" - hanya mendominasi di kawasan-kawasan majoriti Melayu/Islam - itu pun akan terpaksa bertemu dulu dengan UMNO untuk menang. Jika tidak PAS kembali ke surau-surau hanya untuk menyampaikan kuliah ugama - itu pun perlu melutut dapatkan tauliah dari kerajaan UMNO terlebih dahulu.

Golongan progresif di dalam PAS dihentam begitu hebat. Dicari segala jalan sekalipun menggunakan cara-cara non-Islamik untuk mengalahkan mereka. Fitnah direka dan ditaburkan, sehingga PAS kini dilihat hanya dikuasai oleh golongan pro-ulama. Yang menentang mereka dituduhnya anti-ulama, dituduhnya berfahaman liberal malah dilabel dengan segala macam label seperti Jebon dan seumpamanya.

Dengan berprinsip "matlamat menghalalkan cara", kumpulan pro-ulama kini melakukan apa saja untuk menguasai Jawatankuasa PAS Pusat. Ditambahi dengan "grand design" peringkat tertinggi untuk menepis keluar golongan progresif dalam PAS.

Tetapi hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan.... akan tetap ada suara-suara ulama yang berpandangan jauh dan ikhlas di dalam perjuangan mereka. Kemunculan Ustaz Ahmad Awang untuk bertanding jawatan Presiden, diharapkan dapat mereda dan meletakkan kembali asas perjuangan PAS ke landasan yang betul.

Dan cita-cita kumpulan pro-ulama untuk menobatkan Haji Hadi sebagai Perdana Menteri, malah sebagai Ketua Pembangkang sekalipun sebenarnya kini bukan semakin dekat tetapi semakin jauh.... si Luncai terjun dengan labu-labunya... biarkan ... biarkan...

[BERGAMBAR] Siapa Edar Buku Hina Pemimpin Progresif PAS?


Kenyataan ‘sarcastic’ Nasrudin Tantawi di FB

Sebuah buku yang didakwa cuba menjatuhkan pemimpin PAS telah didedarkan menjelang Muktamar parti itu pada Jun ini.

Buku itu menyenaraikan lima pemimpin PAS yang didakwa sebagai parasit yang mahu menjatuhkan pemimpin golongan ulama dalam parti itu.

Mereka ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Ketua Pengarah Pilihan PAS Pusat; Dr Hatta Ramli; Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat; Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Hanipa Maidin serta Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMA), Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi.

“Parasit, sifatnya menumpang pada tubuh dan menghisap segala zat pada tubuh itu, Parasit kenyang, namun tubuh yang ditumpang itu semakin rosak dan lunyai,” antara isi kandungan buku itu.

Buku bertajuk ‘Siapa Perosak Sebenar PAS’ itu telah dimuat naik oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi di akaun Facebook.

“Siapa terbitkan buku ini? Siapa yang membiayainya? ni dah mula main kasar ni.

“Saya harap ahli PAS tidak menyebarkannya,” tulis Ahli Parlimen Temerloh itu.

Kenyataan beliau itu bagaimanapun dianggap sebagai sarcastic atau kiasan kerana Nasrudin merupakan penyokong kumpulan ulama dalam PAS yang tidak sehaluan dengan pemimpin liberal atau dirujuk golongan Anwarinas.

PasMA dikatakan ditubuhkan untuk menggantikan PAS dan mendapat sokongan DAP dan PKR yang tidak senang dengan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -FMT

ULASAN GB

Anehnya, beliau berharap ahli PAS tidak menyebarkannya, tetapi BELIAU sendiri yang memuatnaik di dalam FB.

Wartawan portal FMT pun tahu bahawa Nasruddin berlakon... berpura-pura taK tahu, menganggap kenyataannya sebagai sarkastik.

Buku itu berlambangkan logo PAS PUSAT. Sudah beredar sejak beberapa hari lepas. Tiada penafian dari Pejabat Agung PAS Pusat seolah-olah membiarkan buku itu terus diedarkan tanpa sekatan.

Inilah kerja kumpulan ulama/UG selama ini... baling batu sembunyi tangan.... menabur fitnah.... untuk menguasai kepimpinan parti menjelang pemilihan 2015.

Kemunculan TUC, El-Haraki, Keli Laut, Huzir Sulaiman dan beberapa orang yang lain yang menyerang kumpulan progresif dalam PAS adalah justifikasi terhadap penaburan fitnah dan pembalingan batu sembunyi tangan itu, berselindung di sebalik mendokong kepimpinan ulamak.

Namun, jika menang sekalipun, berkatkah kemenangan mereka secara itu?

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan...

p/s Ada yang menyatakan ia dilakukan oleh UMNO. Jika benar demikian, maka yang patut dipersalahkan ialah kumpulan pro-ulama kerana selama ini bukankah pro-ulama yang telah menyerang kumpulan progresif habis-habisan? Malah point-point yang ada di dalam buku itu kebanyakan ialah point-point yang pernah disebarkan oleh pro-ulama PAS melalui media sosial. Tahniah pro-ulama yang kini telah mendapat sokongan padu dari rakan seangkatan anda, UMNO!

14 Apr 2015

Jika Sedia Bertanding Timb Presiden, Mengapa Tidak Untuk Parlimen Rompin?


PAS akar umbi mahu Tuan Ibrahim calon Rompin, kata akhbar

Ahli PAS di peringkat akar umbi menyifatkan Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man calon paling layak memberi saingan hebat kepada Umno dalam pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Rompin, lapor Sinar Harian.

Ahli PAS Muadzam Shah Sofet Abdul Halim berkata, bagi PRK Rompin yang dijadualkan 5 Mei ini, akar umbi parti Islam itu tidak melihat soal pemilihan calon yang mengutamakan anak tempatan.

Namun, katanya, keputusan PRK itu nanti bergantung kepada kekuatan calon tersebut.

"Calon paling tepat Tuan Ibrahim," katanya merujuk naib presiden PAS itu.

"Jika tidak boleh, biar pemimpin pusat yang bertanding, seperti Salahuddin Ayub atau Dr Mohd Hatta Ramli.

"Kalau hendak berlawan bertinju biarlah berlawan dengan orang yang mahir bertinju, jika tidak siap sedia usung keluar gelanggang sahaja," beliau dipetik berkata akhbar itu.

Sementara itu yang dipertua PAS Rompin Nazri Ahma‎d berkata, sebelum Januari lalu, kepimpinan kawasan memberi 2 nama kepada PAS negeri sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya, 2 nama berkenaan membabitkan tokoh yang dikenali masyarakat setempat.

"Kemungkinan ia (nama calon) akan bertambah atau berkurang setelah diteliti kepimpinan negeri sebelum dibawa ke pusat," katanya.

Nazri pada masa sama menolak khabar angin mengatakan ‎beliau akan menjadi calon walaupun ada yang mencadangkan namanya, mengatakan beliau belum bersedia dan mahukan calon yang kuat membolehkan PAS beroleh kemenangan.

Beliau percaya terdapat beberapa isu nasional yang bakal mempengaruhi undi yang boleh memberi kelebihan kepada ‎PAS.

Antaranya, beliau berkata, membabitkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan isu kenaikan harga barang.

"Saya harap masyarakat tidak terbuai atau terleka sebaliknya memberi undi kepada PAS sebagai simbolik membantah isu yang membebankan rakyat.

"Populasi penduduk tanah rancangan Felda juga agak besar di sini yang melibatkan 17 kawasan kesemuanya. Isu kejatuhan saham FGV dan harga sawit rendah turut boleh mempengaruhi undi para peneroka," katanya.

Manakala, Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat semalam memutuskan akan mengumumkan calon mereka pada 20 April ini.

Menurut Sinar Harian, mesyuarat tersebut memutuskan Tuan Ibrahim sebagai pengarah jawatankuasa parti bagi PRK tersebut.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS memutuskan bertanding di Parlimen Rompin kerana ia merupakan kerusi tradisi parti Islam itu.

Selain itu katanya, PAS juga bersetuju membantu calon PKR dalam PRK Permatang Pauh walau siapa pun yang akan dinamakan.

"Kita juga akan meletakkan jentera bagi membantu PKR di PRK Permatang Pauh diketuai Timbalan Presiden Mohamad Sabu," katanya. –TMI

ULASAN GB

Tuan Ibrahim perlu menunjukkan kejantanannya untuk bertanding di Parlimen Rompin.

Beliau sudah mengumumkan kesediaannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS untuk melawan Mohamad Sabu semenjak belum mendapat sebarang pencalonan lagi.

Dan hasil dari kerja-kerja golongan pro-UG yang berjaya mencalarkan imej-imej kumpulan progresif dalam PAS, kini beliau telah memperolehi pencalonan terbanyak untuk jawatan Timbalan Presiden PAS. Maka berjalanlah hukum kebenaran dan keadilan, justeru, Allah membuka ruang untuk beliau betul-betul tunjukkan keberanian dan kejantanan dengan kekosongan sebuah kerusi parlimen di Pahang iaitu di Rompin.

TITM sewajarnya menggunakan ruang itu untuk membuktikan bahawa beliau bukan sahaja pemimpin parti tetapi pemimpin untuk semua - sekurang-kurangnya untuk masyarakat Rompin, sebuah parlimen di negeri yang beliau menjadi Pesuruhjayanya.

Apakah TITM dan sekalian yang bergelar ulama hanya mahu bertanding di kerusi-kerusi yang selamat?

Jangan nanti ditempelak orang hanya bertaring di gelanggang sendiri tetapi bacul dan menggelupor di tengah padang....

Ahmad Awang Bantah Haji Hadi: Kemelut PAS Bukan Perkara Kecil


Kemelut dalam PAS bukan perkara kecil, Ahmad Awang bantah Hadi

Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang menyifatkan masalah yang sedang melanda parti itu sangat teruk, tidak kecil seperti dakwaan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Jika dibiarkan berterusan, parti boleh hancur, kata Ahmad yang merupakan salah seorang calon yang layak bertanding kerusi presiden pada pemilihan parti yang akan datang Jun ini.

"Presiden kata ia perkara kecil. Apa yang ada sekarang ini bagi saya sangat teruk, dan jika terus dibiarkan, ia boleh menghancurkan parti," kata ahli Majlis Syura Ulama itu.

Beliau berkata, badan tertinggi parti Islam itu juga mahu pimpinan parti tidak membiarkan apa yang berlaku begitu sahaja, tetapi perlu menghentikannya segera.

"Jika ini caranya dan dibiarkan oleh parti, ini bukan saja tidak demokratik tetapi bercanggah dengan prinsip perjuangan PAS,"
kata Ahmad yang kini turut menjadi mangsa “permainan politik” yang berlaku dalam parti itu sekarang.

Beliau yang juga bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia itu mendakwa, pihak tertentu sudah mula mengenakan tekanan kepadanya, termasuk menghentikan kuliah beliau di masjid.

Ia dibuat ekoran tulisan beliau yang didakwa mengkritik cara kumpulan ulama dalam parti itu berkempen dan juga ekoran pencalonan yang beliau terima untuk bertanding jawatan presiden PAS.

"Setiausaha sebuah masjid menghantar SMS meminta saya menghentikan kuliah, selepas dinasihatkan Jawatankuasa Harian PAS kawasan, meminta saya direhatkan dari mengajar di masjidnya," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.

Ahmad yang sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan itu berkata, jika beliau memutuskan untuk bertanding, PAS perlu pastikan amalan demokrasi diamalkan dengan baik.

Beliau juga mengkritik sikap Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang baru dilantik, yang membuat kenyataan terbuka agar Hadi dikekalkan sebagai presiden.

"Ia tidak wajar dilakukan. Ia satu penyalahgunaan kuasa. Kerana kedudukan dia itu ada pengaruhnya,"
kata Ahmad yang turut kesal dengan kenyataan beberapa pesuruhjaya negeri yang seolah-olah memaksa PAS kawasannya menyokong calon tertentu.

"Bertanding bukan bermakna kita berseteru. Tetapi sekarang, seolah-olah kita mahu berseteru dengan rakan yang kita tandingi," katanya.

Beliau juga kesal dengan serangan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dibuat melalui baju-T yang dijual di Himpunan Derita Rakyat (Hindar) anjuran Dewan Ulama PAS di Padang Merbok, Kuala Lumpur, Sabtu lepas.


Dalam himpunan itu, seorang penjual menjual baju yang tertulis "Yes to Hudud, No to Mat Sabu" di sebuah gerai di himpunan itu.

"Mungkin pihak penganjur boleh kata mereka tidak tahu. Tetapi sekarang mereka sudah tahu, tindakan perlu diambil oleh mereka.”

Ahmad melepasi syarat minima 2 pencalonan pada Sabtu apabila mendapat pencalonan untuk bertanding kerusi presiden parti Islam itu dari Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan Jelebu, Negeri Sembilan selepas mendapat pencalonan dari Parit Sulong sebelum ini.

Selain beliau, Datuk Husam Musa juga layak bertanding selepas mendapat pencalonan 8 kawasan di seluruh negara. Pada Sabtu, beliau menerima satu lagi pencalonan iaitu dari Tanjung Piai, Johor.

Menjelang muktamar PAS ke-61 Jun ini, Hadi mendapat cabaran getir sejak hari pertama apabila kawasan yang pertama mengadakan mesyuarat, iaitu Kota Baru, Kelantan, tidak menamakan beliau sebaliknya mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden.

Namun, Tuan Ibrahim menolaknya, menyebabkan pencalonan beliau kekal satu dan tidak berubah sehingga kini. Setakat ini, 22 kawasan mencalonkan Hadi mengekalkan jawatan presiden.

Parti itu dilanda krisis dalaman akibat perbezaan pendapat antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR) – PAS, DAP dan PKR.

Antaranya ialah langkah PKR menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang yang berkaitan.

Kemelut itu berpanjangan apabila Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipilih sebagai calon untuk jawatan menteri besar, tetapi tidak dipersetujui PAS, terutamanya Hadi, walaupun PKR dan DAP setuju hanya satu nama harus dikemukakan kepada Sultan Selangor.

Keadaan menjadi bertambah buruk dengan keputusan PAS Kelantan meminda Enakmen Jenayah Syariah II negeri itu, dalam usaha membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan, disusuli tindakan Hadi membelakangkan PR dengan memohon membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat, bagi meminda Akta Mahkamah Syariah 1965.

Tahun lepas, akibat keadaan yang tidak stabil dalam PAS itu, beberapa ahli parti Islam itu memutuskan menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) bertujuan mengukuhkan hubungan dalam pakatan pembangkang. -TMI

Pertelingkahan dalam PAS ‘sangat kecil’, kata Hadi

Perbalahan yang berlaku dalam PAS ketika ini 'terlalu kecil', kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sambil memberi jaminan parti itu masih teguh dan akan kekal untuk terus maju.

Presiden PAS itu berkata, parti itu pernah berdepan krisis yang lebih besar, termasuk tindakan kepimpinan tertingginya meninggalkan parti sekitar 1950-an dan 1960-an, namun PAS tetap tidak terjejas.

"Apa yang digembar-gemburkan media hari ini, kecil sangat.

"Masalah dalaman parti tidak jadi masalah, pada 1950-an, pernah berlaku. PAS tidak mati. Tahun 1960-an, berlaku krisis, beberapa kepimpinan PAS keluar parti, PAS tidak mati, terus mara ke depan," katanya.

Belau berkata demikian pada program dialog Nadwah Fiqh Ikhtilaf di Shah Alam, hari ini, yang dihadiri lebih 300 peserta.

Beberapa insiden melanda PAS sejak krisis dalam Pakatan Rakyat (PR) tercetus apabila terdapat beberapa percanggahan dan pertelingkahan antara parti itu dengan rakan sekutu mereka, DAP dan PKR.

Antara isu yang menjadi perhatian ialah tindakan PKR menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor melibatkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang, yang dikatakan tidak dipersetujui PAS.

Krisis berkenaan turut berpanjangan apabila Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ingin dilantik sebagai menteri besar dan PAS sekali lagi membantah meskipun DAP dan PKR bersetuju menghantar satu nama kepada Sultan Selangor.

Krisis antara PAS dan rakan dalam PR berterusan apabila PAS Kelantan memutuskan ingin melaksanakan pindaan terhadap Enakmen Jenayah Syariah II negeri itu, yang membolehkan undang-undang Islam dilaksanakan.

Susulan beberapa insiden, segelintir pemimpin PAS menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang bertujuan mengukuhkan kedudukan PR.

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi sebelum ini dilaporkan berkata, penubuhan badan bukan kerajaan itu bukan untuk menggantikan PAS sebaliknya untuk pengukuhan PR.

Beberapa pemimpin tertinggi PAS bagaimanapun melahirkan rasa tidak senang dengan PasMa.

Susulan kritikan dan kecaman beberapa pihak, Phahrolrazi melepaskan jawatannya di dalam PAS bagi membolehkan beliau bergerak bersama PasMa tanpa sebarang gangguan.

Majlis Syura Ulama PAS dan Jawatankuasa PAS Pusat juga mengeluarkan arahan agar kepimpinan PAS tidak terlibat dengan sebarang aktiviti PasMa.
-TMI


ULASAN GB

Jika dulu hanya UMNO saja sekat ulama PAS dari mengajar di masjid. Kini orang PAS sendiri halang ulama PAS beri kuliah di masjid.

"Setiausaha sebuah masjid menghantar SMS meminta saya menghentikan kuliah, selepas dinasihatkan Jawatankuasa Harian PAS kawasan, meminta saya direhatkan dari mengajar di masjidnya,"

Semakin teruk dah perangai dan sikap golongan pro-ulama dalam PAS. Tapi dibiarkan oleh pimpinan tertinggi PAS. Kerana tindakan-tindakan kumpulan itu dilihat memberikan keuntungan kepada golongan ulama walaupun dengan kaedah yang tidak Islamik.

Mat Sabu Ketuai Jentera PAS Di Permatang Pauh, TITM Di Rompin


Mat Sabu ketuai jentera PAS di Permatang Pauh

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan mengetuai jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

Manakala Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan mengetuai jentera PRK Rompin 5 Mei, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Ditanya sama ada PAS akan menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon di Permatang Pauh, Mohamad (kanan) menjawab:

“Siapa sahaja calon dalam PRK kita akan bantu,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Katanya lagi, beliau yakin PKR akan memenangi di Permatang Pauh dan akan berusaha untuk menambah jumlah majoriti.

Mohamad menambah, PAS negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan sebahagian Kelantan akan membantunya berkempen di Permatang Pauh.

Sementara itu, Tuan Ibrahim pula berkata PAS sudah memulakan kempen di Rompin dan akan dibantu PAS negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan dan sebahagian negeri Kelantan.

Katanya, walaupun PAS kalah dengan majoriti kira-kira 15,000 undi pada PRU lalu, pihaknya tetap akan bertanding, sekurang-kurangnya bagi menyedarkan rakyat mengenai isu-isu semasa.

“Ya, mungkin orang lihat majoriti 15,000 ni terlalu sukar, dalam PRK tidak ada benda yang mustahil.

“Kita hadapi pilihan raya bukan sebab (mahu) menang (saja) tapi soal rakyat, (mereka) perlu dapat penjelasan isu semasa yang berlaku.

“Pilihan raya kecil ini peluang terbaik untuk rakyat perlu lebih terbuka soal isu demokrasi,” katanya.

ULASAN GB

Dua-dua calon Timbalan Presiden. Masing-masing akan berpeluang untuk tunjukkan yang terbaik sebagai Ketua Jentera PAS di dalam PRK nanti.

Berkebetulan pula Mohamad Sabu orang utara dan TITM orang Pahang. Alangkah bagusnya jika kerusi di Permatang Pauh diberikan kepada PAS dan memberi laluan kepada Mohamad Sabu untuk bertanding di situ. Dan TITM bertanding di Rompin. Tetapi oleh kerana PAS menghormati bahawa kerusi Permatang Pauh itu kerusi PKR maka PAS tidak meletakkan calonnya. Kecualilah jika ada "watikah" dari antah berantah yang meletakkan orang PAS sebagai calon Bebas di situ untuk mengalahkan calon Pakatan Rakyat. Macam-macam boleh berlaku di saat Pakatan Rakyat sedang menghadapi kemelut kini. Ia bergantung kepada "kejujuran" sepertimana yang ditekankan oleh salah seorang bakal calon Presiden iaitu Ustaz Ahmad Awang. Pakatan Rakyat musnah apabila tiada kejujuran di dalam persepakatan itu. GB tambah: Tanpa kejujuran lebih baik duduk sendirian dalam hutan, jangan duduk bersama kawan.

Tetapi menyedihkan di Rompin apabila ada terdapat pemimpin PAS yang awal-awal menyatakan bahawa "kita bertanding dalam pilihanraya ini bukan untuk menang. Tetapi ini adalah peluang terbaik bagi rakyat untuk mendapatkan penjelasan terbuka dalam sistem demokrasi kita. Soal menang kalah tidak penting, Ini ruang yang kita ada, kita harus gunakan."...

Jika bukan untuk menang baik tak usah bertanding. Buang karan, buang masa, buang tenaga dan buang sumber. Di dalam seseuatu perjuangan MESTI ADA cita-cita dan hasrat untuk mencapai kemenangan, malah menang dengan cemerlang. Dengan itu baru ada usaha yang kental dan barulah tercapai apa yang dicita-citakan. Bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan ... disitulah letaknya keredhaan Allah kerana telah termaktub di dalam sebuah hadith qudsi bahawa "Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan ia lakukan dengan bersungguh-sungguh dan dengan sebaik-baiknya."

Nampaknya dua calon Timbalan presiden kini berpeluang untuk membuktikan kebolehan masing-masing supaya ianya nanti dapat dinilai oleh para perwakilan muktamar semasa pemilihan.

13 Apr 2015

Ust Ahmad Awang Sedia Lawan Hj Hadi


Terima cukup pencalonan, Ahmad sedia timbang lawan Hadi

Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang sedia menimbangkan untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS selepas mendapat pencalonan yang cukup bagi jawatan itu.

Namun, beliau masih enggan membuat keputusan waktu ini kerana katanya masa masih panjang dan tidak perlu terburu-buru.

"Kita lihat juga berapa calon yang lain. Ini kerana, yang banyak mendapat pencalonan sekarang ialah Datuk Husam (Musa)," kata bekas pesuruhjaya PAS Perak itu.

Katanya, pencalonan yang banyak untuk melawan penyandang jawatan ini membayangkan kecenderungan ahli PAS membuat perubahan di pucuk pimpinan parti.

"Kita lihat kecenderungan hendakkan perubahan pucuk pimpinan sudah jelas," kata bekas ahli Majlis Syura Ulama PAS itu kepada The Malaysian Insider.

Namun, bagi beliau, pemimpin yang perlu naik ialah yang lebih muda dan jelas dalam perjuangan dan bukan semestinya ulama.

Ahmad kini melepasi syarat minima dua pencalonan dengan pencalonan terbaru dari Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan Jelebu, Negeri Sembilan pada Sabtu, selepas mendapat yang pertama dari Parit Sulong sebelum ini.

Sebelum ini, Husam juga layak bertanding. Beliau kini mendapat pencalonan 8 kawasan dari seluruh negara. Semalam, beliau mendapat satu lagi pencalonan iaitu dari Tanjung Piai, Johor.

Menjelang muktamar ke-61 Jun ini, Hadi mendapat cabaran getir sejak hari pertama mesyuarat agung PAS kawasan-kawasan di seluruh negara apabila kawasan yang pertama mengadakan mesyuarat agung iaitu Kota Baru, Kelantan tidak mencalonkannya sebaliknya mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden.

Namun, Tuan Ibrahim menolak pencalonan itu menyebabkan pencalonan beliau kekal satu dan tidak berubah sehingga kini.

Sehingga kini, 22 kawasan mencalonkan Hadi mengekalkan jawatannya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim mendapat paling banyak pencalonan untuk jawatan timbalan presiden sehingga kini dan mendahului penyandang jawatan itu Mohamad Sabu.

Beliau kini mendapat 21 pencalonan untuk jawatan itu manakala Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendapat 7 pencalonan.

Untuk jawatan naib presiden pula, nama yang popular sekarang ialah Salahudin Ayub, Datuk Seri Mahfuz Omar dan Idris Ahmad.

Turut mendapat pencalonan dari kawasan-kawasan ialah Tuan Ibrahim, Husam, Datuk Dr Mujahid Yusof (ahli Parlimen Parit Buntar), Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (timbalan MB Kelantan), Nasrudin Hassan (ahli Parlimen Temerloh), Datuk Iskandar Samad (exco Selangor), Dr Mariah Mahmud (ahli Parlimen Kota Raja), Mat Sabu dan Datuk Dr Mahfodz Mohamad (exco Johor).

Sementara itu, dalam mesyuarat agung semalam, dua penyandang jawatan kalah dalam pemilihan peringkat kawasan.

Menantu presiden PAS Zaharudin Mohamad mengalahkan bekas Yang Dipertua PAS Subang Mesni Dahlan.

Di Kampar, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dikalahkan Sufian Rejab untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kampar. -TMI

Selepas pencabar Hadi cukup pencalonan...

Selepas cukup pencalonan untuk mencabar presiden, penyokong veteran PAS Ahmad Awang dilihat terus berkempen mengangkatnya sebagai calon terbaik berdepan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Anggota Parlimen parti Islam itu Khalid Samad mengetengahkan "perbualannya" dengan seorang penyokong Ahmad selepas mesyuarat agung tahunan PAS Shah Alam.

Dalam pemilihan peringkat bahagian itu sebelum ini, Ahmad dan Hadi sama-sama popular di mata perwakilan apabila dipisahkan cuma enam undi.

Hadi mendapat 78 undi, manakala Ahmad memperoleh 72 undi.


"Dia (Ahmad) menyelamatkan PAS semasa PRU (pilihan raya umum) 2008 dahulu. Kalau tidak kerana ketegasan Ustaz Ahmad Awang, PAS Perak mungkin sudah bersatu dengan Umno di Perak untuk membentuk kerajaan.

"Dia mampu menyatu padukan ahli dan PAS bersama Pakatan Rakyat. Kita patut berikan dia peluang," tulis Khalid, memetik jawapan penyokong Ahmad itu.

Bagaimanapun Khalid, dalam perbualan yang diceritakan kembali di blognya hari ini, membantah dengan menyatakan bahawa Hadi juga bertegas dengan Umno sewaktu krisis di Perak.

Ahmad 2, Hadi 22, Husam 8

"Tidak apalah YB, mesyuarat agung tahunan kawasan pun sudah selesai. Pandangan saya begitu. Bagi saya, PAS perlukan presiden yang lebih bijak merancang dan mengatur strategi, pandai berkawan dan jujur dalam persahabatan.

"Tapi yang lebih penting lagi, sebagai ketua eksekutif, seseorang presiden mesti bersedia untuk dikritik dan ditegur. Tidak dianggap 'berdosa' menyanggah pandangannya dan tidak salah membetulkan kesilapannya sekiranya tersilap," tulis Khalid, memetik jawapan anggota akar umbi PAS itu.

Ahmad semalam selamat dengan dua pencalonan bahagian dengan pencalonan minimum daripada Parti Sulong dan Jelebu. Hadi pula mendapat sekurang-kurangnya 22 pencalonan kawasan.

Sementara itu Naib Presiden Datuk Husam Musa pula mendapat sekurang-kurangnya lapan pencalonan daripada kira-kira 30 daripada 191 bahagian yang telah bermesyuarat setakat ini.

Muktamar pemilihan PAS kali ini akan berlangsung pada Jun ini di Kuala Selangor.

Soalan Umno: Kamu barua atau broker?

Dalam tulisan di blog itu juga, Khalid berkata, berdasarkan maklum balas diterimanya, akar umbi PAS mengakui ketokohan dan kefakihan Hadi tetapi mereka perlukan pemimpin yang cekap berpolitik.

Perkara lain dibangkitkan padanya termasuk dakwaan kelemahan kepimpinan Hadi seperti kekalahan PAS di Terengganu sebelum ini, tidak terbuka pada kritikan serta kegagalan menangangi perbalahan dalaman parti dan Pakatan.


Selain itu, kata Khalid, anggota itu turut mempersoal kritikan Hadi kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail secara terbuka dalam krisis Selangor serta tindakannya melemparkan ungkapan “barua” dan “broker' kepada ahli dan pimpinan PAS tertentu.

"Saya minta maaf lagi, saya hingga hari ini tidak boleh terima. Sudahlah tu, bukti pun tidak ada. Tetapi main tuduh begitu. Terbuka pula.

“Bila saya balik dari muktamar, kawan saya dari Umno tanya saya, kamu ni barua ke broker? Geramnya saya,” katanya.
-mk


ULASAN GB

Sekalipun Husam Musa mendapat pencalonan yang lebih tinggi daripada Ust Ahmad Awang, namun jika hendak bertanding jawatan Presiden, pada pendapat GB, maka Ustadz Ahmad Awanglah orang yang paling sesuai untuk mencabar Haji Hadi.

Ini berdasarkan faktor kedudukan dan latarbelakang Ustadz Ahmad Awang sendiri sebagai seorang ulama yang disegani di dalam dan diluarnegara. Beliau pernah memegang jawatan Presiden Peratuan Ulama SeMalaysia. Beliau pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Perak dan pernah menjadi Naib Presiden PAS serta ahli Majlis Syura Ulamak PAS.

Di peringkat antarabangsa beliau pernah dilantik sebagai ahli Persidangan Agung Dakwah Islam Sedunia Libya, ahli senat Universiti Islam Baghdad, dan menjadi Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Cawangan Malaysia.

Pada tahun lepas, Ust Ahmad Awangg juga adalah perwakilan Malaysia ke Perhimpunan Kesatuan Ulama Sedunia bersama-sama Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dan Haji Abdul Hadi Awang.

Sebagai seorang ulama, maka beliau juga berkebolehan untuk berijtihad di dalam menyelesaikan masalah ummah


Jadi tidak timbul persoalan persepsi mereka yang tidak mengundi Haji Hadi sebagai anti-ulama kerana yang bertanding itu juga seseorang yang berstatus ulama.

[VIDEO] Jom Tonton Kenapa Mahathir Serang Najib...


Najib Harapan Saya, Tetapi Dia Mungkir Janji - Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamed mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak memungkiri janji untuk membina jambatan bengkok antara Johor Baharu dan Singapura.

Menerusi temuramah sebanyak empat bahagian yang dimuat naik di blog, Din Turtle, dua hari selepas temuramah Najib di televisyen, Dr Mahathir mendakwa perdana menteri itu menyokong projek berkenaan ketika beliau mengambil alih jawatan tersebut daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Harapan saya, bila Pak Lah dah tak ada (letak jawatan), dia (Najib) akan buatlah jambatan itu. Najib pada satu masa sebut 'walaupun Singapura setuju atau tidak setuju pun, kami nak buat'. Tetapi bila dia jadi perdana menteri, dia tak buat," kata bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak gembira apabila Najib memungkiri janjinya.

"Jika Singapura tak nak buat (tak setuju), saya buat sebelah saya, apa salahnya. Bukan pasal nak buat jambatan bengkok, tetapi pasal nak buat sebelah tak jadi. Ia adalah hak berdaulat kita, dalam kawasan wilayah kita, kawasan perairan. Separuh daripada tambak itu adalah milik kita. Saya tidak sentuh langsung bahagian Singapura.

"Dia (Najib) ada minta persetujuan dengan Singapura, nak buat benda di dalam negara kita. Di mana kedaulatan kita? Di mana kemerdekaan kita? Adakah kita sebahagian daripada Singapura?" soal Dr Mahathir.

Dalam satu temuramah khas bersama TV3 pada Khamis lalu, Najib berkata, serangan Dr Mahathir terhadap beliau tercetus disebabkan kemungkinan perbezaan pendapat mengenai jambatan bengkok dan pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Mengenai BR1M, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju dengan idea BR1M kerana memberikan wang percuma kepada rakyat.

"Kita tak pernah beri duit kepada orang. Kita beri peluang pekerjaan untuk rakyat, beri mereka pendidikan, latih mereka maka mereka boleh hidup dan buat duit untuk diri mereka sendiri. Kalau kebajikan, kita perlu beri tetapi hanya kepada rakyat yang memerlukan bantuan kebajikan,"
katanya.

Mengenai kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Dr Mahathir berkata, adalah lebih baik untuk Najib meletakkan jawatan sekarang bagi mengelakkan daripada Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya umum akan datang kerana siasatan terhadap syarikat itu boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.

"Ia perlu sekarang kerana kita masih mempunyai dua tahun lagi untuk pulih. Jika dia (Najib) tidak berundur sekarang, dengan adanya PAC (Jawatankausa Kira-Kira Wang) dan lain-lain yang akan menyiasat untuk dua atau tiga tahun lagi dan sampai pilihan raya pun, dia masih ada, kita akan kalah. Saya fikir akan ada banyak masalah untuk semua," katanya.

"Kita perlukan pihak yang 'neutral' untuk menjalani siasatan untuk mengetahui ke mana wang itu pergi. Siapa yang mengendalikan wang itu? Siapa Jho Low? Secara tiba-tiba dia menjadi begitu penting. Dalam kerajaan pun dia (Jho Low) tak ada jawatan, dia bukan penjawat awam, secara tiba-tiba dia ada kuasa seperti itu," kata Dr Mahathir.

Mengenai komando polis Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah kerana membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Dr Mahathir berkata, semua individu yang disabitkan bersalah dengan hukuman mati mempunyai peluang untuk mengemukakan rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong atau Sultan.

"Awak tahu, saya dahulu adalah perdana menteri. Tugas saya ialah menasihat Yang di-Pertuan Agong atau Sultan sama ada seseorang itu perlu mendapat perkenan terhadap rayuannya atau tidak," katanya.

Dr Mahathir yang menemui ibu Sirul baru-baru ini menegaskan bahawa isu berkenaan bukan mengenai politik.

Beliau berkata, Sirul sebagai seorang anggota polis tidak akan membunuh kecuali dia diserang atau diarahkan oleh seseorang. -mstar








ULASAN GB

GB bukanlah penyokong TDM, tetapi GB tidak menolak 100% apa yang disebutkan oleh Mahathir seperti di atas.

Jika Mahathir ingin Najib melepaskan jawatannya kerana khuatir BN akan kalah dalam PRU akan datang, bagi GB pula jika Najib tidak melepaskan jawatannya, akan lebih banyak kerosakan yang akan dibawa kepada negara dan rakyat jelata akan terus sengsara sebelum tiba pilihanraya. Dan najib boleh menggunakan pelbagai taktik dan tipudaya untuk terus menang dalam pilihanraya.

Tidakkah kita perhatikan keborosan dan ketirisan berbilion ringgit di era Najib sehingga rakyat terpaksa menanggung beban dengan GST?

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan, percaya atau tidakm Najib akan dihukum dan perlu menerima hukuman.