Oleh greenboc
Imran Makhzan tiba-tiba keluar dari gua, seolah-olah mendapat lampu hijau dari pihak tertentu untuk memberikan jawapan terhadap kritikan yang dilontarkan ke atasnya lewat penyiaran foto-foto insiden Batu Buruk.
Sekurang-kurangnya kini telah terdapat 3 teori berkenaan gambar tersebut: Pertama, ia adalah lakonan SB, kedua, ia foto palsu dan ketiga ia adalah lakonan dari satu skrip dan arahan pihak tertentu terhadap sekumpulan manusia tertentu.
Membaca jawapan dari Imran ternyata ia sekali lagi cuba menipu dan memperbo_dohkan orang ramai dan yang anih ramai juga yang tertipu dan yang termakan dengan kata-kata dari Imran berkenaan.
Berikut ialah persoalan yang ditimbulkan oleh Amir yang saya kutip dari komentar di blog Amin Iskandar menyentuh persoalan tersebut.
Salam bro,
Hmm….mungkin. Kita takleh nak nafikan mungkin cerita Imran ni benar. Tapi masih banyak persoalan.
1. Kalau kita baca beberapa lapuran, pihak PDRM telah merampas kamera dan filem jurugambar yang berada di sana - kenapa kamera Imran tidak dirampas?
2. Siapa Imran sebenarnya?
3. Kenapa gambar yang lain (2 di MStar) itu lewat dikeluarkan untuk tontonan orang ramai?
4. Kita perhatikan semula gambar1 (asal) dan 2 (gambar2 - kiri atas; gambar3 - kiri bawah) yang baru:
a. Bayang di G1 masih mencurigakan. Di G2 ianya jatuh ke kanan dan di G3 ianya seperti jatuh ke kiri pula; ketiganya tidak sekata.
b. Berapa banyak bendera yang dibakar? Kalau kita tengok G3, terdapat seolah satu lagi bendera di tanah yang telah dibakar.
i.Jika benar, bukankah sepatutnya terdapat lebih banyak asap?
ii. Kejadian telah berlaku lebih lama sebelum G1, di mana pihak PDRM sepatutnya telah menyedari dan mengambil tindakan sewajarnya.
c.Tatacahaya ketiga gambar berbeda.
5. Kenyataan Imran sendiri (para10) yang menyatakan dia berada tengah kejadian rusuhan: kenapa segelintir sahaja manusia yang dirakamkan berada dalam gambar? Bukankah dinyatakan dalam media beratus malah beribu orang yang merusuh?
Apapun, telah terdapat banyak keraguan bukan sahaja pada gambar, tapi pada kejadian itu sendiri yang tidak dijelaskan awal lagi oleh pihak berkuasa. Ini sendiri menyebabkan tertimbulnya syak terhadap mereka yang mungkin tidak dapat dilenyapkan dan cerita ini akan berpanjangan ke akhir hayat seperti sebuah lagenda.
Akhir sekali, di antara bakar bendera dan nyawa manusia, saya lebih beratkan nyawa manusia - kedua hamba Allah yang ditembak oleh seorang anggota PDRM. Adakah cerita bendera ini sengaja dipanjangkan untuk mengaburi dan mengaleh pandangan orang ramai dari kejadian menembak? Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan