3 Jun 2012

Kerana Terlalu Banyak Memfitnah, Akhirnya Utusan Malukan Khalil Yaakob


Melaka 1 Jun - Selepas dikurnia Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Melaka daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Tun Mohd. Khalil Yaakob mengangkat sumpah menyambung khidmat jawatan tersebut bagi penggal ketiga hari ini.

Istiadat tersebut bermula kira-kira pukul 4.30 petang apabila Mohd. Khalil melafazkan surat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri yang berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.... (petikan Utusan, 2/6/2012)

Ulasan GB

Dah kerana terlampau banyak memfitnah dan menyiarkan berita-berita yang tidak bersifat objektif dan adil, maka kini hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya.

Disasulkan tajuk beritanya dengan merendahkan Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Khalil Yaakob sebagai Ketua Menteri.

Sama seperti kes sebuah stesyen TV swasta, TV3, yang sebelum ini pernah melakukan kesilapan yang apabila di dalam rancangan Buletin Utama, pembaca beritanya tersasul menyebut Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ketika itu begini GB ulas:

TV3, stesyen tv nombor 1 dalam negara yang kerap memfitnah dan memusuhi Pakatan Rakyat (PR). Akhirnya mereka sendiri akan "disilapkan" oleh Maha Pencipta. Berlaku bukan dengan kehendak mereka, tetapi kehendak Yang Maha Berkuasa.

GB sudah tulis banyak kali, bahawa, begitulah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Mereka menyerang PR bertubi-tubi, tanpa disedari, natijah dari serangan itu, ia akan memakan diri mereka sendiri.


Sungguh bodoh mereka yang menegakkan kebatilan, menyembunyikan kebenaran. Hukum Tuhan hendak dilawannya.



Seorang MB Yang Bermentaliti Lembu!


KUALA TERENGGANU – Anggota keselamatan khususnya polis dan tentera diminta meletakkan jawatan sekiranya mempunyai hasrat menyertai parti pembangkang kerana tindakan itu jelas pengkhianatan kepada negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, selaku anggota yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara, tindakan mereka tidak seharusnya bercanggah dengan dasar pemerintah sedia ada.

“Bagi saya, anggota keselamatan mereka berjuang pertahan negara dengan memikul senjata, tetapi kalau libatkan diri dengan pembangkang, maknanya ketika memakai uniform (bertugas) mereka pertahan negara dipilih rakyat.

“Tetapi apabila pulang ke rumah dan menanggalkan uniform untuk menyertai pembangkang, seolah-olah perjuangan (pertahankan negara) sia-sia kerana tanggungjawab mereka seharusnya menyokong kerajaan yang memerintah,” katanya ketika menghadiri Majlis Polis Bersama Komuniti Kuala Terengganu Hari Keluarga 1 Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam.

Ahmad berkata, sebagai anggota keselamatan yang dibayar gaji kerajaan yang memerintah hari ini, seharusnya sokongan tidak berbelah bagi diberi kepada kerajaan.

Menurutnya, setakat ini beliau belum terima laporan wujudnya senario itu dalam kalangan anggota keselamatan.

Ulasan GB

Sedikit sahaja GB nak ulas: Inilah akibatnya apabila kaduk naik junjung.

Atau mentalitinya mentaliti lembu. Memang betul pun dalam UMNO banyak lembu.

‘Bangunlah Nak, Jangan Tinggalkan Ayah’

Ledang: “Izwan, bangunlah nak, jangan tinggalkan ayah,” rintih Hashim Kamat, 55, ketika memangku jenazah anak lelakinya yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Sengkang-Bukit Gambir, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.50 malam, Mohd Izwan Farid, 19, meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Bukit Gambir.

Hashim yang tiba tidak lama selepas kejadian sempat memangku jenazah anaknya hampir sejam sebelum jenazah dihantar ke Hospital Tangkak.

Menurut Hashim, ketika menerima panggilan daripada adik Izwan, Hamizad, 16, berkaitan kemalangan itu, dia berasakan seolah-olah bermimpi dan tidak percaya dengan maklumat itu.

“Ketika dimaklumkan berkaitan kejadian, saya berada di Kampung Parit Jarum Darat kerana menghadiri gotong-royong perkahwinan anak saudara.

“Ia bagaikan mimpi kerana sejam sebelum itu, saya bertemu Izwan di rumah dan dia kelihatan ceria seperti biasa,” katanya.

Menurut Hashim, Izwan tidak bekerja pada hari kejadian dan sepanjang di rumah, dia juga tidak menunjukkan kelakuan pelik.

Katanya, jarak lokasi kemalangan dengan rumahnya di Kampung Batu 19 hanya tiga kilometer.

“Arwah tidak memaklumkan apa-apa dan ketika kejadian, dia kemungkinan dalam perjalanan ke Pekan Bukit Gambir untuk bertemu rakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kemalangan berkenaan.

Harun berkata, mangsa dipercayai menunggang motosikal dari arah Sengkang menghala Bukit Gambir dan tiba di tempat kejadian, dia dipercayai cuba memotong kenderaan lain.

“Mangsa berkemungkinan gagal memotong lalu memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Kelisa.

“Akibat rempuhan itu, motosikal mangsa berkecai dan mangsa tercampak beberapa meter di atas jalan,” katanya. -hm

Ulasan GB

Jarang sekali seorang anak mendapat sentuhan kasih sayang dari seorang bapa sebegini rupa. Lazimnya seorang anak (terutama lelaki) lebih rapat dan mendapat kasih sayang dari ibu. Namun dalam banyak keadaan di dalam hati seorang bapa terdapat kolam rasa kasih sayang yang sangat terpendam. Dengan sebab itulah mengapa sang bapa sanggup membanting tulang melakukan apa saja mencari sesuap nasi untuk menyara keluarganya dan kekurangan masa untuk bersama dengan anak-anaknya. Tetapi jauh di lubuk di hatinya... yang tak terluah dari mulutnya .. itulah yang dikasihi... isteri dan anak-anaknya...

Tetapi berapa ramai anak yang memahami dan merasai betapa tinggi kasih sayang bapanya terhadapnya?

[VIDEO] Perhimpunan PAS Aman Jika Tiada Provokasi Pihak Tertentu -updated

Himpunan Hijau Ke Putrajaya membuktikan perhimpunan PAS adalah yang paling aman jika tidak diserang dengan ganas, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Kita sentiasa membuktikan dalam semua perhimpunan kita dan kita membuktikan sekali lagi dalam Himpunan Hijau Jumaat lalu bahawa perhimpunan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling aman jika kerajaan Umno tidak mengerahkan polis menyerang kita dengan ganas," katanya.

Menurut Mahfuz, suasana aman dalam perhimpunan PAS dan PR bukan kerana diadakan di dalam atau di luar stadium kerana terbukti di mana pun perhimpunan PAS dan PR diadakan, semuanya berjalan dengan aman jika tidak diganggu dan diserang.

"(Presiden PAS, Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi (Awang) pernah memimpin puluhan ribu orang berarak dari Masjid Kampung Baru ke Pusat Konvensyen KLCC dan akhirnya ke Kedutaan Amerika Syarikat.

"Dari selepas solat Jumaat hinggalah jam lima petang, semuanya berjalan dengan penuh aman kerana kerajaan Umno tidak kerahkan polis serang demonstrasi dan perarakan itu.

"Tidak ada sesiapa yang diganggu oleh mereka yang berdemonstrasi, tidak ada harta awam yang dirosakkan dan tidak ada perniagaan yang ditutup malah banyak kedai makan yang kehabisan makanan yang hendak dijual kerana mereka yang berdemonstrasi singgah makan dan minum, maklumlah pada masa itu penipu-penipu yang mengada-ngada belum dapat idea untuk mendakwa perniagaan mereka ditutup dan rugi," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Sebagai Pengarah Program Himpunan Hijau itu, Mahfuz berkata, perhimpunan itu akan diadakan di seluruh negara.

Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program itu.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana dengan pertolongan-Nya, Himpunan Hijau dapat kita adakan dengan penuh gemilang.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ratusan ribu ahli dan penyokong PAS yang datang dari seluruh negara sehingga menjadikan himpunan itu begitu bermakna kepada perjuangan bersama," katanya.

Menurut Mahfuz, kejayaan penganjuran himpunan itu adalah hasil dari komitmen yang luar biasa dari semua yang terlibat.

"Kepada Unit Amal, Unit Keselamatan, Unit IT yang berjaya memberikan liputan program itu sehingga dapat disaksikan di seluruh dunia, Unit Perubatan, PAS kawasan-kawasan dari seluruh Kedah dan semua pihak yang terlibat menjayakan himpunan itu, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga dan jazakumuLlahu khairan kathira.

"Saya yakin Umno semakin merasa bahangnya kerana komitmen untuk menjayakan Himpunan Hijau adalah muqaddimah kepada komitmen kita kepada kerja-kerja pilihan raya yang akan datang," katanya lagi. -HD

PAS leads the way to peaceful rally

ALOR SETAR: The massive crowd which gathered at the PAS “hijau” (green) rally here last night demonstrates that Malaysians can gather peacefully in large numbers if they are not provoked by certain quarters, says a party leader.

News reports indicated anywhere between 50,000 and 150,000 descended onto the tiny capital of the “Rice Bowl State” to attend the mammoth “hijau” rally, which is believed to be the last major party gathering ahead of the impending general election.

The crowd invasion sparked angry responses from Barisan Nasional, with Kedah Gerakan Youth head Tan Keng Liang posting several tweets on his micro-blogging account to complain about the huge traffic congestion, made worst since it was the school holidays.

The congestion stretched up to the Penang Bridge and several of PAS supporters on the island cancelled their trip to the rally at the Darul Aman Stadium here.

Former PAS secretary-general Kamaruddin Jaafar said the large crowd, who assembled peacefully, shows that Malaysians can enjoy huge rallies without resorting to violence.

It also reflects PAS’ style and organising ability to hold a large crowd together, he said.

In a veiled rebuttal of claims that Pakatan Rakyat had hijacked the Bersih 3.0 rally two months ago and caused it to turn violent, Kamaruddin said the hijau rally shows that PAS cherishes peaceful gatherings.

He also dismissed the allegation that the party’s security division – Unit Amal – was involved in the alleged violent conduct during Bersih 3.0.


“Their role is to maintain crowd order and to ensure the safety of the people. What happened on that fateful day [April 28] was that some protesters could have been provoked.

“If it is proven that Unit Amal members were involved, it is likely to be only a handful. We are a disciplined party,” he said.

Political tactic

Kamaruddin described the “hijau” programme and rally as a success and that it had met the party’s objective in raising morale ahead of a most decisive election in the country’s history.

Earlier, PAS president Abdul Hadi Awang told the delegates at the state PAS complex in Kota Sarang Semut that the party must defend all of the seats it won in the last election.

This would hold the party in good stead to deal with the political impact after the electoral outcome of the next election, he said.

He also dismissed the proposed “muzakarah” (goodwill talks) between Umno and his party as just a political tactic used by the former.

Abdul Hadi said that Umno is mooting such a proposal because it wants to distract people from the fact that its support has eroded tremendously since 2004.

“What a better way to distract an enemy than with a peace offering?”

Abdul Hadi, however, agreed that PAS would continue to hold dialogues with Islamic-based NGOs, but not with political parties.

He also remained steadfast over PAS commitment to Pakatan Rakyat, saying the informal alliance of three opposition parties have agreed in principle that their prime minister would be a Malay-Muslim.

Meanwhile, PAS Supporters Club Congress chairman Hu Phang Chaw disclosed that the movement would be allocated four state and one parliamentary seats to contest in the next election.

This clearly shows that PAS does advocate a multi-racial concept, Hu said.
-FMT




Berita Ini Lebih Menggerunkan Najib Selepas Himpunan Hijau Ke Putrajaya

Hosni Mubarak dipenjara seumur hidup

KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah atas tuduhan berkaitan pembunuhan lebih 800 penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat yang membawa kepada penggulingan beliau awal tahun lalu.

Dua anak lelaki Hosni, Gamal dan Alaa, yang berhadapan dengan tuduhan rasuah juga hadir di mahkamah. Tuduhan ke atas mereka digugurkan. Beberapa pembantu Hosni juga dibebaskan.

Bekas Menteri Dalam Negeri, Habib el-Adli, yang turut dikenakan tuduhan membunuh penunjuk perasaan, dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Pada Mei lalu, Habib didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, di mana ia membawa hukuman penjara 12 bulan.

Bekas presiden berusia 84 tahun itu disabitkan kesalahan selepas melalui perbicaraan selama 10 bulan di sebuah mahkamah khas.

Hosni merupakan bekas pemimpin pertama dibicarakan sejak Kebangkitan Arab awal tahun lalu.

Beliau didapati bersalah mengarahkan pihak tentera melepaskan tembakan ke atas para penunjuk perasaan.

Seramai 840 orang maut manakala lebih 6,000 orang cedera ketika kebangkitan rakyat, demikian menurut Amnesty International.

INTIPATI KEPUTUSAN MAHKAMAH

- Hosni Mubarak: Bersalah atas tuduhan bersubahat membunuh penunjuk perasaan dan dihukum seumur hidup; tidak salah tuduhan rasuah

- Dua anak lelaki Hosni Mubarak: iaitu Alaa dan Gamal: Tidak bersalah atas tuduhan rasuah

- Bekas Menteri Dalam Negeri Habib al-Adly: Bersalah atas tuduhan konspirasi membunuh penunjuk perasaan dan dihukum seumur hidup

- Empat pembantu Habib: Tidak bersalah atas tuduhan subahat, menghasut dan menyediakan bantuan dalam melakukan pembunuhan dan cuba membunuh penunjuk perasaan

- Ahli perniagaan Hussein Salem: Tidak bersalah tuduhan rasuah

Hakim Ahmed Refaat terpaksa menangguhkan prosiding ekoran jeritan dan pergelutan tercetus dalam mahkamah selepas keputusan dibacakan.

Laporan menyebut ada kedengaran laungan "hukuman mati satu-satunya penyelesaian" dan "dia (Hosni) yang membunuh harus mati".

Insiden itu, yang disebabkan rasa tidak puas hati dengan hukuman yang dijatuhkan, memaksa hakim dan Hosni dibawa keluar dari bilik mahkamah khas yang dibentuk di Akademi Polis Kaherah.

Hosni memerintah Mesir selama 30 tahun sebelum digulingkan pada Februari 2011.

Ulasan GB

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan terus, bahawa selepas kisah kejayaan himpunan hijau ke Putrajaya di Alor Setar, tiba-tiba di Mesir pula Hosni Mubarak dijatuhkan hukum penjara seumur hidup.

Selepas perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu, Najib Tun Razak pernah menyatakan tindakan peserta perhimpunan Bersih 3.0 cuba menggulingkan kerajaan UMNO BN dan mahu menjadikan Dataran Merdeka seolah-olah Dataran Tahrir yang mahu mengguling Hosni Mubarak.

Kenyataan Najib itu dengan sendirinya mengiktiraf diri beliau sama bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Tuntutan BERSIH 3.0 lansung tidak dipedulikan tetapi apa yang beliau takuti ialah kerajaan UMNO BN bakal tumbang dengan kebangkitan rakyat kerana itu bererti juga beliau dan sekalian para menteri akan berhadapan dengan risiko diheretkan ke muka pengadilan. Lebih buruk jika bersalah dan akan menerima nasib seperti Hosni Mubarak di atas.

Sebelum ini GB sudah membuat ulasan :

.... Najib menuduh perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi. Ternyata ia satu penyelewengan fakta di mana yang diminta oleh rakyat ialah "sistem pilihanraya BERSIH & ADIL", bukan untuk mengguling kerjaan yang ada.

Sebenarnya Najib cuba menghasut rakyat untuk membenci BERSIH. Cuba pertahankan SPR yang korup yang selama ini menjadi kuda tunggangan UMNO BN untuk terus pertahankan kuasa.

PRU 2008 menyaksikan UMNO BN sudah tumbang di Semenanjung. Jika tanpa sokongan Sabah dan Sarawak, UMNO BN sudah tamat tempoh pemerintahannya dan telah keluar dari Putrajaya.

Setiap perkataan itu adalah doa (Kullu kalam addu'a). Apabila Najib berkata bahawa rakyat ingin menggulingkan kerajaan beliau macam apa yang berlaku di Mesir, BERARTI beliau sendiri yang mendoakan perkara sebegitu berlaku, jangan salahkan rakyat lagi jika ia benar-benar berlaku nanti.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca






Akhbar Cina Laporkan 100,000 Hadir Himpunan Hijau Ke Putrajaya



Tulisan Di Gambar Atas : Malam "Hijau Ke Putrajaya" mencapai kemuncaknya apabila 100 ribu orang memenuhi stadium Darul Aman. Gambar kecil menunjukkan para pemimpin PAS mengangkat sumpah setia. Dari kanan, mereka adalah Hadi Awang, Nik Aziz, Azizan, Muhammad Sabu dan Nasaruddin. -terjemahan Sdra Poh Wee Chem.

Tidak ada satu pun akhbar media massa arus perdana berbahasa Melayu atau Inggeris, melaporkan Himpunan Hijau Ke Putrajaya tetapi akhbar berbahasa Cina melaporkan dengan terang dan jelas, siap dengan foto yang yang dirakam pada malam perhimpunan bersejaran di stadium Darul Aman itu.

Selain daripada itu, himpunan tersebut juga bukan sahaja dihadiri oleh ahli-ahli PAS tetapi juga ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS dari bangsa Cina dan India.

Menunjukkan bahawa perjuangan PAS untuk menegakkan kebenaran dan keadilan bersama-sama dengan rakan sekutu di dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP kini sudah menerima sokongan padu dari rakyat Malaysia berbilang kaum.

Menariknya, tanpa hiburan melalaikan, tanpa konsert K-Pop, tanpa upah dan tanpa imbuhan, tiada tarian dan nyanyian - berduyun-duyun dari segenap lapisan masyarakat membanjiri stadium Darul Aman - dengan satu matlamat - mara ke Putrajaya!








Ini Baru Betul "Haramjadah" : Bujang Terlajak Mencabul

Tampin – Seorang pemastautin tetap berusia 52 tahun yang masih berstatus bujang mengaku bersalah atas pertuduhan mencabul kanak- kanak perempuan berusia 4 tahun sembilan bulan di rumah pengasuh di Kampung Tanjung Melintang, Gemencheh, 24 Mei lalu.

Gambar: Rajab dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam.

Rajab Rajan, yang berasal dari Indonesia dan bekerja sebagai penoreh getah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret di sini semalam, selepas menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan buat kali pertama pada hari yang sama.

Rajab didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pada 24 Mei lalu, antara jam 2.30 hingga 5.30 petang di dalam sebuah rumah di Kampung Tanjung Melintang, Gemencheh, tertuduh telah mencabul kehormatan dengan cara memegang, meraba dan menggosok kemaluan kanak-kanak terbabit.

Pada 25 Mei lalu, semasa berada di rumah mangsa di Rumah Rakyat Gemencheh, kanak-kanak perempuan terbabit mengadu sakit untuk membuang air kecil dan terdapat kesan merah di sekitar kemaluannya.

Mangsa memberitahu keluarganya, lelaki Melayu dengan panggilan Rajab telah menyentuh kemaluannya semasa berada di rumah pengasuh.


Susulan insiden itu, keluarga mangsa telah membuat laporan polis pada hari yang sama kira-kira jam 10 pagi dan kanak-kanak perempuan terbabit dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk pemeriksaan lanjut.

Mangsa kemudiannya disahkan dicabul dan kini masih ditahan di hospital untuk rawatan lanjut.

Majistret Marsilawati Mohd Shah menjatuhkan hukuman denda RM5,500 kepada tertuduh dan sekiranya gagal membayar denda, akan dipenjara enam bulan.

Pendakwaan dijalankan oleh Inspektor P Pushpa Rani.