12 Jan 2013

Lagi Gambar & Video Menarik HKR 112








Laporan sebelum ini
klik untuk baca

[MENAKJUBKAN] Gambar & Video Sekitar HKR 112 Di Stadium Merdeka


100,000 banjiri stadium, himpunan lancar

Pusat bandar Kuala Lumpur dibanjiri 100,000 penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka - himpunan paling besar anjuran gabungan parti tersebut bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Penganjur mengharapkan kehadiran besar ke perhimpunan itu akan mempengaruhi golongan pengundi atas pagar.

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dilihat mengambil pendekatan berbeza bagi perhimpunan kali ini dengan memastikan tiada insiden tidak diingini.

Pihak berkuasa membenarkan Pakatan menggunakan lokasi bersejarah Stadium Merdeka, dan polis turut mensasarkan "kecelakaan sifar" bagi perhimpunan berkenaan.

Penganjur akan menguji sikap baru yang ditunjukkan pihak berkuasa ini dengan berjalan kaki dalam kumpulan besar menuju ke Stadium Merdeka, bermula dari tujuh lokasi, sebelum perhimpunan bermula pada jam 2 petang.




















Laporan sebelum ini
klik untuk baca

[LIVE] HKR 112 - Ribuan Rakyat Mula Sampai Dataran Merdeka - VIDEO & GAMBAR


Sinar Harian melaporkan: BERIKUT perkembangan menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung petang ini di Stadium Merdeka. Peserta perhimpunan mula membanjiri lapan lokasi di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

3.15 petang: Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said berucap. Dalam ucapannya kata beliau, "dalam hidup saya berusia 80 tahun, saya memang mengimpikan untuk melihat lautan insan yang ingin ubah sekarang."

"Saya banyak berterima kasih, oleh kerana memberi maruah kepada orang baca puisi. Saya tidak berbuat apa-apa, saya hanya baca puisi, saya tidak sangka puisi menjadi senjata.

"Saya banyak berterima kasih kepada anda semua demikian ramai. Saya hanya bacakan sebuah puisi, puisi yang akan bacakan ada hubungannya dengan padang ini." Judul puisi, Di Atas Padang Sejarah.

3.10 petang: Penyanyi Ito, bekas penyanyi Blues Geng, menyampaikan lagu 'Ubah'

2.25 petang: Naib Presiden Salahuddin Ayub bersama Datuk Chua Jui Meng masuk ke dalam stadium

2.15 petang: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa ALi masuk ke dalam stadium

2.05 petang: Mat Sabu masuk ke stadium, disambut dengan tepukan

1.45 tengah hari: Laluan masuk ke Stadium Merdeka dipenuhi orang ramai, peserta perhimpunan. Anggaran dalam stadium dianggarkan 50,000. Peserta juga berada di luar stadium. Pengurusan Stadium Merdeka hanya membenarkan 30,000 orang

12.40 tengah hari: Kumpulan dari KLCC sudah tiba di Jalan Ampang bagi menyertai kumpulan yang sudah menunggu sejak jam 12.15 tengah hari tadi

12.35 tengah hari: Peserta dari Kampung Baru berhenti dari jam 12.15 tengah hari sehingga sekarang di Jalan Ampang bagi menanti kumpulan dari KLCC. Sementara menanti, mereka menyanyikan lagu Negaraku

12.15 tengah hari: Kelihatan dua pegawai dari Suhakam membuat tinjauan pergerakan peserta himpunan

12.11 tengah hari: Peserta tetap meneruskan perjalanan meskipun cuaca sudah menunjukkan perubahan, hujan rintik-rintik

12.05 tengah hari: Wanita Pakatan Rakyat di hadapan Pasar Seni mula berbaris untuk bergerak ke Stadium Merdeka

12.05 tengah hari: Di Brickfields ada sekitar 500.

12 tengah hari: Peserta dari Masjid UM tiba di kawasan Brickfields

12 tengah hari: Ramai di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat telah berada di sekitar Pasar Seni. Antaranya Tony Pua

11.50 pagi: Di hadapan pintu masuk Pasar Seni, Muslimat Pas berbaju unggu berkumpul dengan memegang kain rentang 'pilihan raya bersih dan adil'

11.40 pagi: Peserta dari Masjid Negara bergabung dengan peserta dari Jalan Sultan

11.35 pagi: Kira-kira 5,000 peserta dari Masjid Negara tiba di bulatan Jalan Syed Putra. Jumlah meningkat kepada 8,000. Polis memberikan kerjasama baik

11.30 pagi: Dari Masjid Negara, diketuai dr Mujahid Yusuf Rawa

11.25 pagi: Pemimpin PKR dari Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang juga Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berucap "ini bukan demonstrasi, bukan perarakan. Kebetulan kita berkumpul di sini dan berjalan berlenggang-lenggang ke Stadium Merdeka"

Perjalanan dijangka mengambil masa satu hingga satu setengah jam. Beliau juga menerangkan jalan-jalan yang dilalui. Peserta dari sini diingatkan untuk tidak masuk ke Stadium Merdeka

11.22 pagi: Peserta sudah bersedia untuk bergerak dengan melaungkan slogan "Hidup Hidup Bangkit Rakyat, Anak Muda Kini Bangkit dan Anak Muda Ayuh Bangkit."

11 pagi: Peserta di kawasan Masjid UM mula bergerak ke 'check-point' seterusnya iaitu Brickfields

11 pagi: Peserta #KL112 mula menghampiri kawasan Masjid UM

10.50 - 11pagi: Pemandu menggunakan Lebuh Raya Persekutuan membunyikan hon dan ada yang melambai tangan ke arah peserta himpunan. Keadaan lalu lintas dari pemantauan Sinar Harian Online masih terkawal. Bersama mereka unit rawatan kecemasan yang ditugaskan khas memberi khidmat kepada mereka

10.54 pagi: Khalid mengumumkan ribuan pihak polis sudah turun dengan memakai pakain serupa dengan para peserta. Oleh itu, Khalid meminta pesertanya agar tidak terlibat dalam sebarang provokasi. Beliau juga mengingatkan agar peserta pulang bersama-sama dalam pasukan.

10.48 pagi: - Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismeth meminta peserta berkumpul untuk bersedia berarak ke Stadium Merdeka sambil menanti pemimpin yang akan mengetuai perarakan

10.25 pagi: Kira-kira 200 orang peserta sudah memenuhi sekitar kawasan Kelab Sultan Ismail

10.20 pagi: - Presiden Kami, Khalid Ismeth tiba bersama penyokongnya dengan melaungkan slogan "hidup rakyat" dengan menggunakan haler

10.05 pagi: Peserta mula bergerak dari kawasan Amcorp Mall ke 'check point' seterusnya dengan berjalan kaki melalui Lebuh Raya Persekutuan

10 pagi: Sebuah bas yang dipercayai dinaiki peserta, terdiri daripada Muslimat Pas termasuk warga emas tiba di kawasan KL Sentral

10 pagi: Di kawasan Amcorp Mall, kira-kira 50 orang peserta himpunan memakai pakaian bewarna biru, hijau, dan kuning yang diketuai oleh Timbalan Presiden AMK Pusat, Jamal. Beliau berkata ada kerjasama baik antara PDRM dengan rakyat hari ini, menjadi sejarah politik. Mereka bergerak ke 'check point' seterusnya

10 pagi: Di kawasan Kelab Sultan Sulaiman, polis membuat rondaan udara di sekitar Kampung Baru

10 pagi: Di kawasan Amcorp Mall, kira-kira 50 orang peserta himpunan memakai pakaian bewarna biru, hijau, dan kuning yang diketuai oleh Timbalan Presiden AMK Pusat, Jamal. Beliau berkata ada kerjasama baik antara PDRM dengan rakyat hari ini, menjadi sejarah politik. Mereka bergerak ke 'check point' seterusnya.

9.50 pagi: Ketua AMK Selangor Azmizam Zaman Huri meminta peserta jangan terlibat dengan provokasi.

9.48 pagi: Pegawai polis yang bertugas meninjau gerai jualan yang dibuka di tepi jalan sekitar Kelab Sultan Sulaiman. Setakat ini tiada ura-ura akan berlaku sebarang pergerakan. Malah kelibat pemimpin yang bakal mengetuai kumpulan ini juga masih belum kelihatan

9.45 pagi: Di Masjid Negara, peserta mula bergerak

9.42 pagi: Hampir 400 peserta termasuk beberapa kumpulan kecil, terdiri daripada lima hingga enam orang berlegar-legar di KL Sentral.

9.40 pagi: Di pekarangan Masjid Negara, kira-kira 5,000 peserta berkumpul Pukul 10 pagi peserta akan mula bergerak ke check point seterusnya iaitu Universiti Malaysia (UM) dan seterusnya. Difahamkan kumpulan ini akan akan berjalan kira-kira 9 KM ke check poit seterusnya. Perjalanan ini dikatakan akan diawasi oleh pihak polis.

9.30 pagi: Kawasan tepi jalan Kelab Sultan Sulaiman, sudah ada beberapa gerai yang dibuka menjua kemeja-T dan mafla perhimpunan serta menjual makanan

9.27 pagi: Kawasan Kelab Sultan Sulaiman masih sunyi. Dua anggota polis berseragam kelihatan di pekarangan kelab tersebut

9.15 pagi: Ketua AMK Selangor, Aznizam Zaman Huri, peserta dalam lingkungan 50 orang memakai pakaian biru, kuning, hijau di kawasan berhampiran bangunan Amcorp di Petaling Jaya iaitu tidak jauh dari stesen LRT

9.08 pagi: Hampir 40 anggota Unit Amal tiba di kawasan KL Sentral

9 pagi: Anggaran kira-kira 50 orang perserta sedang menikmati sarapan pagi di medan selera di KL Sentral


Harakahdaily melaporkan


Laporan langsung:

4.48 pm - Penganjur mengumumkan himpunan tamat dan meminta peserta bersurai secara aman.

4.47 pm - Nyanyian Lagu Negaraku sebagai penutup kepada himpunan bersejarah di Stadium Merdeka hari ini.

4.44 pm - Laungan Azan Asar bergema dalam Stadium Merdeka.

4.10 pm - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap.

3.40 pm - Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berucap. Mengucapkan syabas kepada penganjur. "Saya tak tahu kira jumlah ini, media lagi tak tahu kira".

Berhimpun di tempat yang sangat bersejarah Stadium Merdeka, kerana di sini diisytiharkan kemerdekaan negara lebih 50 tahun lalu. 50 tahun beri peluang kepada BN.Namun apa erti 50 tahun merdeka jika rakyat merempat di tanah air sendiri, anak muda menganggur, harta negara disapu.

Beliau berkata apa yang berlaku "Bukan salah ibu mengandung, tapi silap memangkah undi". Kini PAS bersama Pakatan Rakyat, bersetuju atas perinsip-perinsip bersama dan menerima perbezaan pandangan.

Buku Jingga bukan cakap kosong. PAS pernah masuhkan tol di Terengganu sewaktu memerintah dan jika menang, Pakatan akan masuhkan tol di negara ini.

"Pulau Pinang jadi 'Pulau Pening' 50 tahun di bawah BN. Bila Pakatan ambik baru jadi tak pening. Di Selangor kita beri air percuma, tapi dimanipulasikan oleh media".

"Jangan takut kepada BN. BN bukan hantu, tapi rakyat macam kita, rakyat kena berani. Mari kita isytiharkan kemerdekaan yang kedua. Bila pulang buat kerja. InsyaAllah kita dapat Ubah Sekarang".

3.25 pm - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berucap. Memulakan ucapan dengan "Salam Bersih untuk semua". Himpunan kali ini catat sejarah, permulaan kepada Malaysia baru. Pilihan di tangan kita semua. Malaysia adalah milik rakyat Malaysia".

"Sudah sampai masanya selepas 56 tahun, hari ini kita buktikan bahawa rakyat Malaysia cintai keamaan. Terima kasih kepada semua anda yang datang dari jauh".

Beliau berpesan jangan termakan fitnah perkauman BN. "Pakatan menang bukan Melayu habis, bukan Cina habis tapi...."BN habis" jawab hadirin.

3.20 pm - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu merangkap pengarah HKR berucap. Memulakan ucapan dengan pantun "Tepuk Amai-amai, belalang kupu-kupu. Datang beramai-ramai selamatkan negaraku." Beliau turut melancarkan kutipan sumbangan.

Beliau juga menafikan satu SMS yang dikesan tersebar hari ini yang menggesa peserta himpunan untuk mendapatkan wang dari ibu pejabat PKR.

3.15 pm - Wakil gerakan mahasiswa Safwan Anang berucap, manuntut pemansuhan PTPTN. Mengakhiri ucapan dengan laungan 'Student Power'. Turut berucap selepas itu wakil gerakan Mansuhkan PPSMI.

3.05 pm - Datuk Mahfuz Omar menjemput penyanyi Blues Gang, Ito menyanyikan lagu 'Ubah Sekarang'. Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said turut dijemput menyampaikan sajak bertajuk "Di atas padang sejarah".

4.30 pm - Bacaan ikrar 'deklarasi rakyat' yang dipimpin oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.

3.00 pm - Presiden Anak, Mazlan Aliman berucap. Beliau menegaskan rakyat mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletak jawatan ekoran pelbagai masalah telah menimpa Felda dan peneroka.

2.55 pm - Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan berucap. Beliau berkata " Perhimpunan hari ini tanda cinta kepada negara". Wakil NGO R Kelantan memberi ucapan menuntut Royalti Kelantan. Turut berucap Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack.

2.52 pm - Wilfred Bumburing berucap beliau berkata Sabah bukan lagi simpanan tetap BN.

2.50 pm - Hampir 100,000 orang memenuhi Stadium Merdeka ketika ini.

2.45 pm - Menteri Besar Selangor Tan Seri Khalid Ibrahim tiba di stadium.

2.40 pm - Pemimpin DAP, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng serta Karpal Sing dilihat masuk ke Stadium.

2.30 pm - Wakil NGO bekas tentera Kerabat memberi ucapan.

2.20 pm - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Stadium

2.15 pm - Turut kelihatan ialah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan Naib Presiden PKR, N Surendran.

2.12 pm - [Stadium Merdeka] Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali tiba di pentas utama.

2.10 pm - [Stadium Merdeka] Lebih 50,000 orang sudah berada di Stadium Merdeka. Beberapa pemimpin NGO mengambil pentas untuk berucap.

2.08 pm - [Stadium Merdeka] Saudara Tijah dari wakil orang asal berucap dituruti selepas itu Pengerusi GMI Syed Ibrahim. Sebelum itu turut berucap Antholy Loke.



2.05 pm - [Stadium Merdeka] Suasana terkini di Stadium Merdeka



2.00 pm - [Stadium Merdeka] Suasana terkini di Stadium Merdeka puluhan ribu sudah berada di sini. Himpunan rasmi akan berlaku sedikit masa lagi. Menunggu kepimpinan utama tiba.




1.35 pm - [Stadium Merdeka] Peserta menunaikan solat Zohor di stadium.

1.30 pm - [Jalan Tun SH Lee] Peserta dari KLCC hampir tiba di stadium

12.55 pm - [Jalan Sultan] Kumpulan dari Jalan Sultan sedang bergerak menuju ke stadium.

12.50 pm - [Kg.Baru] Kumpulan dari Kelab Sultan Sulaiman meneruskan perjalanan ke Stadium Merdeka, berasingan dengan kumpulan dari KLCC.

12.35 pm - [Pasar Seni] Polis di Jalan Tun SH Lee menjaga laluan kumpulan wanita pakatan yang bergerak dari Pasar Seni ke Stadium Merdeka.

12.30 pm - [KLCC] Kumpulan KLCC akan bergabung dengan kumpulan dari Kelab Sultan Sulaiman. Kini kumpulan Kelab Sultan Sulaiman sedang menunggu kumpulan dari KLCC di Jalan Ampang bersebelahan Wisma TES. Suasana terkawal dan santai.

12.20 pm - [Pasar Seni] Kumpulan dari sini mula bergerak ke Stadium Merdeka. Kira-kira 1000 orang menyertai pergerakan dari sini.

12.20 pm - [Jalan Sultan] Hujan renyai-renyai mula turun. Sekitar 2000 orang peserta berada di sini. Ada sekumpulan kecil sudah bergerak ke stadium.

12.15 pm - [KLCC] Keadaan semasa pergerakan kumpulan dari KLCC mencecah puluhan ribu orang peserta.

12.15 pm - [Stadium Merdeka] Keadaan dalam stadium kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi. 12.10 pm - [Masjid Negara] Azmin Ali, Nizar Jamaludin tiba di perkarangan Masjid Negara dan memberi ucapan kepada para peserta di sini.

12.05 pm - [KLCC] Peserta dari KLCC hampir 15000 bergerak memasuki Jalan Sultan Ismail menuju ke stadium. Mereka melaungkan hidup rakyat, royalti sepanjang perjalanan.

12.05 pm - [Masjid Negara] Puluhan ribu masih berada di Masjid Negara. Mereka perlahan-lahan berjalan ke Stadium Merdeka.

12.00 pm - [Dataran Merdeka] Polis sedang berkawal di sekitar Dataran Merdeka. Tiada peserta di sini kerana laluan ditutup.

11.55 am - [Jalan Sultan] Suasana di sini meriah dengan penyokong anti Lynas. Turut kelihatan peserta baju kuning, riuh dengan tiupan trompet.

11.50 am- [Pasar Seni] Wanita Pakatan Rakyat sedia bergerak. Mereka membawa belon, sepanduk dan kain rentang suara perubahan wanita.

11.45 am - [Kg.Baru] Kumpulan yang berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman hampir 1000 orang mula bergerak ke Stadium Merdeka. Mereka akan bergabung dengan kumpulan KLCC dan kumpulan Jalan Sultan.

11.40 am - [KLCC] Hampir 10000 sudah berkumpul di KLCC. Wakil-wakil NGO telah memberi ucapan. Mereka mula berjalan menuju ke Stadium Merdeka.

11.30 am - [Masjid Negara] Kumpulan dari Masjid Negara mula menuju ke stadium.

11.25 am - [Pasar Seni] Kumpulan wanita di Pasar Seni. Mereka mengenakan pakaian berwarna ungu.

11.20 am - [Masjid Negara] Pasukan Unit Amal menerima taklimat terakhir sebelum mengawal perjalanan peserta ke Stadium Merdeka.

11.15 am - [Masjid Jamek] Jalan menghala ke Dataran Merdeka dan ke Sogo mula ditutup. Kumpulan dari Jalan TAR berhampiran Masjid Jamek mula berjalan menuju ke stadium.

11.10 AM - [Sogo] Pasukan bermotosikal dilihat melalui jalan ini menuju ke Stadium Merdeka.

11.05 am - [Stadium Merdeka] Suasana terkini di Stadium Merdeka. Peserta berpusu-pusu masuk ke dalam stadium.

11.00 am - [KLCC] Terkini di KLCC hampir 2000 orang peserta sudah berada di sini. Kelihatan Datuk Kamaruddin Jaffar tiba di sini.

10.55 am - [Brickfield] Kumpulan di sini sudah mula bergerak. Mereka akan bercantum dengan kumpulan dari Masjid Ar- Rahman UM sebelum menuju ke Stadium Merdeka.

10.50 am - [KLCC] Hampir 1000 orang sudah memenuhi perkarangan KLCC. 30 anggota Unit Amal dilihat sedang menerima taklimat. Mazlan Aliman, Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr. Syed Azman akan mengetuai di sini.

10.45 am - [Masjid Ar-Rahman, UM] Kumpulan dari sini mula berjalan menuju ke Stadium Merdeka.

10.40 am - Biarpun bertongkat, seorang warga emas sanggup turun bersama-sama ke HKR.

10.30 am - [Masjid Negara] Suasana di Masjid Negara ketika ini. Jumlah peserta bertambah dengan mendadak.

10.25 am - [KLCC] Hampir 100 peserta kini sudah berada di sini. Di sini kumpulan Royalti Kelantan dan Terengganu akan mengepalai perjalanan ke Stadium Merdeka. Mereka mengenakan pakaian Merah dan Hitam.

10.20 am - [Brickfields] Kumpulan di sini sedang mengumpul peserta sebelum berjalan menuju ke Stadium Merdeka. Kelihatan komander, kartunis Zunar sedang berada di sini.

10.15 am - [Masjid Ar-Rahman, UM] Kumpulan dari sini akan mula berjalan sedikit masa lagi. Jarak dari UM ke Stadium Merdeka kira-kira 10km.

10.10 am -[PDRM] Aliran trafik sekitar Kuala Lumpur adalah lancar, kecuali Jalan Loke Yew ke Jalan Kinabalu sahaja sesak.

10.00 am - Video sokongan rakyat Malaysia di Jordan terhadap HKR 2013 . Perhimpunan ini telah diadakan di Mu'tah, Jordan pada 11 Januari 2013 bertujuan untuk menunjukkan tanda sokongan penuh kami yang berada diluar negara khususnya di Jordan terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat 120113 yang berlangsung di Malaysia.

9.55 am - Dianggarkan lebih 5,000 peserta sudah berada di sekitar Masjid Negara ketika ini. Mereka masih menunggu komender bertugas sebelum berjalan santai menuju ke Stadium Negara.

Malaysiakini melaporkan


2.40pm: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang dan pengerusi DAP Karpal Singh baru tiba dan masuk ke dalam stadium.

2.31pm: Wakil daripada bekas anggota tentera KERABAT, yang menegaskan anggota tentera bukanlah balaci kepada BN. Ia disambut dengan laungan reformasi dan sorakan para hadirin.

2.30pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai ke stadium, disambut dengan laungan reformasi. Beliau melambai pada hadirin.

2.25pm: Kumpulan baru peserta himpunan yang sebahagiannya berbaju kuning logo BERSIH dan membawa bendera PAS mula bergerak dari Masjid Negara menuju ke Stadium Merdeka.

Jumlah mereka dianggarkan seramai kira-kira 3,000 orang dan pergerakan mereka memenuhi jalan menuju ke Stadium Merdeka.

Mereka berjalan sambil melaungkan 'Reformasi' dan bertakbir.

Turut kelihatan di antara peserta adalah seorang lelaki berkerusi roda, Mohamad Yusof yang datang dari Ijok untuk menyertai himpunan ini.

2.15pm: Wakil Orang Asli dari Semenanjung, Tijah Yak Chopil, berucap. Beliau berkata, hak Orang Aslli dinafikan serta banyak tanah Orang Asli telah dirampas.

Katanya, hari ini juga patut diingat dalam sejarah. Hak Orang Asli juga jangan dinafikan dan dilayan sama adil.

Turut kelihatan ialah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan Naib Presiden PKR, N Surendran.

2.10pm: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali tiba dan masuk ke dalam stadium.

2.08pm: Wakil PAS dari Johor, Suhaizan Kaiat sedang berucap. Setiap pemimpin menyampaikan ucapan kira-kira dua minit.

Dalam ucapannya, Suhaizan menyentuh beberapa perkara, iaitu mengenai Pulau Batu Putih dan projek Iskandar di Johor.

1:54pm: Stadium Merdeka - Himpunan dimulakan dengan ucapan MP DAP Anthony Loke dalam bahasa Cina dan bahasa Melayu.

Beliau antara lainnya meminta orang ramai supaya menumbangkan kerajaan BN.

"Najib berhimpun di Tesco Semenyih. Kita di Stadium Merdeka dan kita bangkit untuk lawan BN," katanya.

Turut kelihatan ialah Presiden Ikatan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

1.45pm: Stadium Merdeka - seorang peniaga kebab Mansur Ahmad, 56, berkata kesemua 500 kebabnya sudah habis dijual.

"Hari ini saya ada sekurang-kurangnya RM1,000 dalam kocek," katanya peniaga itu dengan gembira.

Katanya, beliau mula membuka gerai di Kelab Sultan Sulaiman ketika perhimpunan pada malam tadi.

Anaknya, Faeza Mansor, 28, yang membuka gerai mi sup di sebelah gerainya berkata perniagaannya amat luar biasa hari ini.

Beliau menjangkakan akan berjaya menjual 100 mangkuk mi sup hari ini.

1.34pm: Jalan Petaling/Jalan Maharajalela - Exco AMK pusat merangkap komandan lapangan Ramlan Roes berkata beliau curiga dengan kegiatan sekumpulan tiga lelaki dan seorang wanita berpakaian baju-T biru AMK yang didakwanya sedang merakam video peserta yang masuk ke stadium.

Beliau mengesyaki bahawa individu berkenaan bukan anggota AMK kerana individu berkenaan menutup muka dengan bandana dan tindak-tanduk mereka juga mencurigakan dan merisaukan anggota AMK, kata Ramlan.

1.30pm: Jalan Sultan - Seramai 15,000 peserta yang dianggarkan berada di kawasan ini terus melaungkan slogan "Royalti", "Puyau Lynas", Hidup peneroka" dan "Bangkit rakyat".

Kumpulan peserta yang berada di luar kawasan Stadium Merdeka pula berada dalam keadaan tenang dan tidak membuat bising.

1.17pm: Jalan Sultan - Kumpulan aktivis SAMM menyertai kumpulan besar yang berada di Jalan Sultan.

Aktivis Royalti dan ANAK pula memenuhi Jalan Tun Perak selepas melalui Jalan Tun HS Lee dan kini menghampiri Pudu Raya. 1.11pm: Dang Wangi - Polis berkata mereka membenarkan peserta memasuki Stadium Merdeka lebih awal kerana penganjur menyewa stadium untuk sehari suntuk.








Abby Abadi


Deepak pun ada


ada yang dah sampai (masuk) stadium merdeka




Takda ruang untuk bergerak


Tak dapat masuk stadium





dekemaskinikan setiap 15 minit. Sila REFRESH