15 Jan 2011

Beberapa Haiwan Yang Memiliki Kecerdasan Menyaingi Manusia

1. Merpati Homing

Pada saat manusia memerlukan beberapa jenis peta dan kompas untuk menemukan jalan pulang setelah perjalanan yang jauh, merpati pos dapat kembali dari jarak yang sangat panjang (lebih dari 1,100 batu) tanpa panduan apapun.

Sebenarnya, mereka memiliki beberapa bantuan. Menurut penelitian oleh University of Frankfurt, merpati memiliki besi yang mengandung struktur di paruh mereka, yang membantu mereka merasakan medan magnet bumi independen gerak dan gerakan tubuh, yang dapat menentukan kedudukan geografis mereka. Hasil Penelitian ditemui tahun ini menunjukkan daya tarik magnetik ini juga ada pada burung lain.

2. Semut



Meskipun ukuran mereka kecil, banyak species di dunia semut yang memiliki kemampuan luar biasa. Salah satu yang paling mengesankan adalah smithii mycocepurus dari Amazon, satu spesies feminis super yang telah mengembangkan kemampuan untuk mereproduksi melalui kloning untuk berevolusi menjadi jenis yang semuanya betina.

Menurut penelitian dari University of Arizona, tidak jelas ketika perubahan itu terjadi, tetapi dengan reproduksi tanpa seks, semut energik menghindari proses produksi jantan dan menggantinya dengan dua kali ganda jumlah reproduksi betina yang dihasilkan setiap generasi.

Tidak seperti kita manusia, semut juga belajar cara-cara yang efisien untuk mengatur lalu lintas super mereka. Pada tahun 2006 penelitian oleh University of California Berkeley telah menetapkan bahwa perangkap semut-rahang (bauri odontomachus) dapat menutup rahangnya tersebut pada kecepatan yang luar biasa. Proses ini berlangsung hanya dalam 0.13 milidetik, 2,300 kali lebih cepat dari kedipan mata.

3. Rayap



Di Zimbabwe, spesies rayap Macrotermes michaelseni telah mengembangkan teknik yang tepat untuk peternakan cendawan tertentu yang berfungsi sebagai makanan mereka.

Cendawan ini hanya dapat tumbuh sekitar 87 darjah Fahrenheit, sedangkan suhu di luar sarang adalah 104 darjah Fahrenheit pada siang hari dan 35 darjah Fahrenheit di malam hari, rayap telah mempunyai sistem untuk menjaga suhu tetap dalam sarang mereka dengan terus-menerus membuka dan menutup ventilasi pemanasan dan pendinginan.

Ini adalah suatu idea yang menginspirasi bagi Loughborough University yang telah melakukan penelitian dengan menggunakan teknik yang sama dalam bangunan untuk manusia.

4. Chimpanzee



Banyak yang telah mengetahui tentang kecerdasan chimpanzee, dengan beberapa orang yang mendakwa mereka genius dan lainnya mengatakan bahwa kecerdasan mereka hanya setara dengan anak manusia berusia 3 tahun.

Tapi setidaknya ada satu area di mana chimpanzee lebih cerdas daripada manusia, iaitu photographic memory. Satu kajian oleh Institut Penelitian Primata Universiti Kyoto membuktikan chimpanzee muda memiliki kemampuan memori yang luar biasa untuk kenangan numerik, bahkan lebih baik daripada manusia dewasa yang diuji dengan kes yang sama dan mengikuti prosedur yang sama.

5. Lumba - Lumba




Baru-baru ini, lumba-lumba dinyatakan sebagai makhluk kedua di dunia yang paling cerdas. Sebuah zoologi dari Emory University di Atlanta, Georgia, menurut The Times, mengatakan bahwa "neuroanatomy mereka menunjukkan kontinuitas psikologis antara manusia dan lumba-lumba," dan menyerukan untuk peninjauan kembali terhadap interaksi manusia dengan lumba-lumba. Ilmuwan lain dari Universiti Marymount Loyola di Los Angeles bahkan menyebut mereka sebgai "orang-orang yang bukan-manusia. "

Jadi ya, lumba-lumba lebih cerdas daripada chimpanzee dengan kemampuan komunikasi yang mirip dengan manusia. Otak mereka hanya selisih sedikit dengan massa otak manusia, membuat mereka sebagai haiwan dengan budaya dan keperibadian yang berbeza dengan kemampuan untuk berfikir tentang masa depan.


Dua Warga Myanmar Ditemui Mati Dipercayai Dibunuh

Melaka: Dua wanita warga Myanmar berusia sekitar 30-an, ditemui mati dipercayai dibunuh di dalam rumah di Taman Malim Permai dekat sini, Sabtu.

Gambar: WARGA Myanmar, Nanda mendukung bayi yang terselamat dalam kejadian bunuh dua warga Myanmar di Taman Malim Permai untuk dihantar ke Hospital Melaka bagi menerima Rawatan. - Foto Mohd Jamah Nasri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata polis yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima aduan pukul 2.15 petang, menemui mayat isteri kepada tuan rumah itu di ruang tamu manakala mayat pembantu rumahnya di ruang dapur.

"Anak wanita itu yang berumur enam bulan ditemui di sebuah bilik di tingkat atas rumah itu, tidak dicederakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah itu.

Beliau berkata semasa kejadian suami wanita itu yang dipercayai seorang peniaga rakyat Myanmar tiada di rumah, dan menurutnya kematian kedua-dua wanita itu disedari oleh adik kepada wanita tuan rumah itu yang datang ke rumah tersebut tengah hari tadi.

Katanya siasatan awal polis mendapati berlaku pergaduhan dalam rumah itu sebaik sahaja dua lelaki memasuki rumah tersebut pagi tadi.

Raja Shahrom berkata sebilah pisau dan satu penukul yang dipercayai digunakan dalam insiden itu ditemui di tempat kejadian, dan polis sedang menyiasat sekiranya ada barang berharga yang hilang dari rumah itu.

"Motif pembunuhan sedang disiasat dan belum ada tangkapan dibuat setakat ini. Siasatan dibuat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata mayat kedua-dua wanita itu dihantar ke Hospital Melaka di sini, untuk bedah siasat.

Seorang jiran, Wan Choyow berkata kira-kira pukul 11.30 pagi tadi beliau mendengar berlaku pergaduhan dari dalam rumah itu dan kemudiannya beliau melihat dua lelaki keluar meninggalkan rumah berkenaan.

"Saya tidak mengesyaki suatu yang buruk berlaku sehingga seorang adik wanita itu yang datang ke rumah tersebut memberitahu yang dua wanita itu sudah mati," katanya.

Wan yang mengenali wanita itu sejak enam tahun lepas berkata jirannya itu mempunyai sebuah restoran di Melaka Sentral di sini.-BERNAMA

Ibu Rayu Anak Perempuan Pulang Ke Pangkuan Keluarga

Pasir Puteh -- Seorang ibu yang risau dengan keselamatan anak perempuannya yang keluar dari rumah sejak Ahad lepas merayu pelajar tingkatan lima itu supaya segera pulang ke pangkuan keluarga.

Pauwina Khalid, 32, berkata kehilangan anaknya Siti Nor Hazirah Hashim (gambar), 17, hanya disedari pada pukul 5 pagi, Ahad lepas setelah didapati tiada dalam bilik yang pada biasanya ketika itu anaknya itu sedang sibuk bersiap untuk pergi ke sekolah.

Semasa membuat pemeriksaan dalam bilik anaknya itu, katanya dia mendapati pakaian dan dokumen penting anaknya itu tiada dipercayai dibawanya bersama.

"Pada sebelah malamnya saya dapati Siti Nor tidur dalam bilik bersama adiknya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Garu, di sini pada Jumaat.

Katanya setelah mendapati anaknya itu tidak pulang ke rumah dan tidak hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Gaal (SMKG) pada hari berkenaan, dia telah membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh.

Katanya anak gadisnya itu dipercayai melarikan diri bersama seorang lelaki yang mempunyai sebuah kereta Proton Saga berwarna putih berdasarkan laporan penduduk kampung yang melihat kereta dan lelaki itu tidak jauh dari rumahnya sebelum kejadian itu.

Pauwina merayu mana-mana pihak yang melihat anaknya itu yang berkulit putih dan rambut lurus melepasi bahu supaya menghubunginya atau suaminya, Hashim Hamzah, 35, di talian 010-9191585 atau mana-mana balai polis.-- BERNAMA

Van Dengan Kekata Lucah Ditinggalkan Di Hab Islam

Singapura - SEBUAH VAN yang diconteng kekata lucah dijumpai ditinggalkan di pekarangan Hab Islam Singapura (HIS) di Braddell Road petang semalam.

Van jenis Mercedes-Benz Vito berwarna putih itu diconteng dengan kekata 'Malay sg' dan diikuti ayat mencarut dengan menggunakan semburan cat merah di sebelah kanannya.

Di sebelah kiri pula terconteng kata-kata 'HELL-O', 'Sg osama' dan apa yang kelihatan seperti angka '13' dan '11'; manakala kata 'Mati' pula disembur di belakangnya.

Pemeriksaan Berita Harian (BH) sekitar 6 petang semalam mendapati bahawa van itu ditinggalkan dekat pintu masuk kompleks tersebut.

Hab itu menempatkan pejabat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Madrasah Al-Irsyad dan Masjid Muhajirin.

Ketika dihubungi, Timbalan Pengarah (Pendekatan Masyarakat) Muis, Encik Zainul Abidin Ibrahim, berkata:

'Van itu ditemui di kawasan pekarangan kami sekitar 4.30 petang, iaitu selepas waktu asar, tetapi kami tidak tahu siapa pemiliknya.'

Pihaknya menghubungi polis tidak lama setelah itu.

BH difahamkan bahawa pegawai keselamatan yang bertugas melihat van yang sudah pun diconteng itu masuk ke pekarangan HIS.

Difahamkan juga bahawa pemandu van tersebut, dipercayai seorang lelaki Melayu, telah menghilangkan diri selepas itu. -BHS

NGO Rancang Perhimpunan Bantah Perlantikan Khusrin 23 Jan

NGO: Pelantikan Khusrin langgar hak rakyat S'gor

Sebuah kumpulan pendesak baru merancang untuk mengadakan perhimpunan Ahad depan (23 Januari) bagi membantah perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru.

Hormati Suara Rakyat Selangor (HSRS) berharap dapat mengumpulkan sekurang-kurangnya 10,000 orang ke perhimpunan itu yang dijadual diadakan di stadium MPPJ di Kelana Jaya.

Jurucakap kumpulan itu, Haris Ibrahim berkata, perhimpunan tersebut bertujuan memberi tekanan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan supaya menarik balik pelantikan Khusrin.

“Pelantikan Khusrin adalah kemuncak percubaan kerajaan persekutuan BN bagi menafikan rakyat Selangor mendapat khidmat terbaik dalam pentadbiran negeri oleh kerajaan persekutuan Umno-BN.

"Rakyat Selangor pada 8 Mac 2008 telah mengundi dan membuat pilihan. Apa yang kita lihat hari ini ialah insiden, gerakan untuk memandang rendah pilihan rakyat Selangor.

"Insiden terbaru pelantikan SUK ini hanya membimbangkan lagi rakyat Selangor kerana walau telah memilih Pakatan Rakyat, ada usaha pihak lain mengganggu dan merendahkan Kerajaan Negeri Selangor" kata Haris pada sidang akhbar di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor di ibu negara hari ini.

Selain itu, katanya, perhimpunan berkenaan akan juga memberi tumpuan kepada isu tempatan yang tidak dapat diselesaikan kerana tiada kerjasama dari kerajaan persekutuan melalui agensi mereka seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), SYABAS serta agensi lain.

HSRS merupakan gabungan NGO yang memperjuangkan hak rakyat dan keadilan seluruh negara.

Antara NGO terlibat ialah Bersih 2.0, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) dan beberapa lagi. -mk

Lebih 100 Pengunjung Kuil Maut Dalam Tragedi Di Sabarimala

Chennai: Lebih 100 orang dikhuatiri maut, manakala berpuluh lagi cedera dalam satu rempuhan di Sabarimala, sebuah tempat suci bagi penganut agama Hindu di Kerala, malam tadi.

Media India melaporkan bahawa tragedi itu berpunca daripada satu kemalangan jalan raya yang berlaku ketika orang ramai yang pulang daripada mengunjungi tempat suci berkenaan di sebuah kawasan hutan dan berbukit-bukau dikenali sebagai Pulmedu.

"Kami difahamkan, akibat keadaan gelap, beberapa kenderaan telah terbalik atau merempuh orang ramai. Ini menyebabkan beberapa orang terjatuh serta dihempap sebuah kenderaan dan seterusnya mencetuskan suasana kelam-kabut.

"Kami sudah temui semua mayat. Kawasan berkenaan diselimuti kabus tebal," kata Ketua Pengarah Polis Kerala Jacob Punnoose, yang dipetik Press Trust of India (PTI).

Kebanyakan mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada kira-kira jam 10 malam itu dipercayai berasal dari Tamil Nadu.

Belum ada kepastian sama ada warga asing turut menjadi mangsa dalam tragedi itu dan pihak berkuasa sedang mengenal pasti identiti mereka yang terbunuh.

Kira-kira 200,000 orang membanjiri Sabrimala bersempena perayaan "Makar Sankaranti" yang disambut setiap tahun di seluruh India.

Tragedi sama berlaku pada 14 Januari 1999 yang meragut lebih kurang 53 nyawa di negeri berkenaan. - BERNAMA

Gelombang Demonstrasi Rakyat Tunisia Sebabkan Presidennya Lari ke Arab Saudi

Mantan Presiden Tunisia Larikan Diri Ke Saudi Arabia

Mantan Presiden Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali, telah tiba di Saudi Arabia setelah dipaksa turun dari jawatannya ekoran gelombang penunjuk perasaaan anti pemerintah.

Pejabat berita Reuters melaporkan bahwa Ben Ali dan keluarganya sudah tiba di kota pelabuhan Jeddah.

Pejabat berita rasmi Saudi Arabia (SPA) pula melaporkan bahawa pemerintah Kerajaan Saudi Arabia menyambut kedatangan Ben Ali dan keluarganya dan menyatakan dukungan mereka terhadap rakyat Tunisia.

Gelombang penunjuk perasaaan anti pemerintah dan kekerasan polis menyapu Tunisia minggu ini dan mengakibatkan Ben Ali mengundurkan diri dari jabatannya.

Sebelumnya Perdana Menteri Tunisia, Mohammed Ghannouchi mengatakan akan mengambil alih kekuasaan sementara dari Ben Ali.

Pengumuman pengunduran diri itu disampaikan oleh Ghannouchi lewat saluran TV negara.

Ghannouchi, 69, pernah menjabat menteri keuangan sebelum menjadi perdana menteri pada tahun 1999.

Keadaan darurat

Pengunduran diri ini diumumkan tak lama setelah pernyataan keadaan darurat dan pembubaran kabinet serta parlimen.

Pemilihan parlimen akan diselenggarakan dalam waktu enam bulan yang akan datang.

Ben Ali -dalam pernyataan yang disiarkan lewat saluran TV nasional Kamis (13/01)- berjanji tidak akan mencalonkan diri lagi dalam pemilihan 2014.

Ben Ali, 74, merupakan presiden kedua Tunisia sejak merdeka dari Prancis tahun 1956.

Dia mulai menjadi presiden sejak tahun 1987 dan dalam pemilihan 2009 kembali berkuasa dengan merebut sekitar 90% suara.

Namun krebilitinya musnah sejak demonstrasi yang berlangsung selama beberapa minggu ini untuk menentang kenaikan harga barangan, korupsi, dan pengangguran.

[Bergambar] Berpaut Bot Penyelamat 3 Hari Tiga Malam

Sarikei – Mereka yang terselamat dari tragedi kapal karam di sini menyatakan mereka berpaut kepada bot penyelamat selama tiga hari tiga malam selepas kapal yang dinaiki terbalik di 8.9 batu nautika dari Kuala Rajang pada pukul 8.30 pagi hari Isnin.

Menurut seorang yang terselamat, Jong Boh Siong, beliau menyatakan kapal MV Soon Bee 2 meninggalkan Kuching pada hari Isnin. Pada pagi Selasa jam 8.30, mereka berdepan cuaca buruk dengan petir dan kilat serta gelombang ombak besar setinggi 4 hingga 5 meter yang berterusan sehingga air melimpahi masuk ke dalam kapal kargo dinaiki.

Beliau menyatakan sebaik saja kapal itu hampir karam, sepuluh orang dari mereka mencapai dan menaiki rakit yang didapati dari kapal berkenaan.

Pagi kelmarin mereka sampai ke tebing sebuah sungai, berjalan merentasi hutan dan tiba di Kampung Bayang dimana orang kampung di situ memberi mereka makanan dan menghubungi pihak polis

Rakyat Malaysia yang terselamat ialah Imam Fahrudi (jurugan), Sadri Ismail (ketua pegawai), Wong Kie Ket, Robert Aling anak Kiniding dan Jong Poh Siong.

Lima lagi merupakan rakyat India iaitu Athoaba Baremron Kabul, Vivek Kumar Sharma, Narotam Banshiyar, Maniah Kumar Singh dan Ravinderdeep Singh.

Lapan mangsa yang hilang ialah Bong Youn Choi, Jong Qing You, Bong Kui Son serta Paturaa anak Sipor dari Malaysia, manakala empat lagi rakyat India iaitu Tripati Yogesh Kumar, Arun Mathunny Raj, Vijit Hazarika dan Akhand Pratap Singh.

Ketua Penguat kuasa Maritim Wilayah Sarawak Laksamana Pertama Ismail Bujang Pit berkata operasi mencari dan menyelamat yang terpaksa dihentikan awal hari ini berikutan ombak besar, akan diteruskan di lokasi kapal kargo berkenaan
tenggelam sebaik keadaan cuaca mengizinkan.

Beliau berkata kapal nelayan, terutama yang ke laut dalam di Tanjung Manis, telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan diminta membantu usaha mencari dan menyelamat anak kapal yang masih hilang.

Katanya, APPM menerima laporan kecemasan daripada kapal terbabit yang berdepan masalah kebocoran pada Selasa malam, namun cuaca buruk dan ombak besar sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter, menyebabkan usaha mencari dan menyelamat sukar.


Survivor nearly gave up hope to remain alive

SIBU: For two days, life for the 79-year-old retiree and part-time seafarer, Wong Kie Ket came to a standstill.

Wong, from Sibu, had thought that it would not be possible for him to see light of day again after the lifeboat drifted in the South China Sea aimlessly.

However, by a stroke of luck, the lifeboat which he together with nine other seafarers jam-packed for two days, eventually reached Kabong beach yesterday morning at about 7am.

“It was joy upon reaching the beach and though our lifeboat was still metres away from the beach, all of us jumped down and swam ashore,” he said when interviewed at the Sarikei Hospital where he was recuperating.

Wong was one of the 18 crew members of the cargo ship MV Soon Bee II that went missing around 8am on Tuesday following torrential rain and rough sea condition.

As at press time yesterday, eight other crew members were still reported missing.

The ship’s captain had sent a distress signal that the 56-metre long vessel had suffered a leak during its journey.

Recalling the incident, Wong said he was inside the cargo section when the boat suddenly capsized, apparently after suffering a leak through one of the ship’s compartments.

“One of the containers fell and hit my head before I realised that danger was lurking. Immediately, I swam towards the window patio as water sipped into the ship,” he said.

Once outside the sinking ship, Wong said he saw the lifeboat with four persons already inside.

He joined the group and stayed inside the lifeboat before another seafarer joined them.

After waiting for several minutes and making sure that nobody were left behind, the group began to paddle the lifeboat using only their bare hands.

“It was tough but none of us were showing any signs of despair. All of us have high hopes that we will survive and together we will prevail the mishap,” he recalled.

The group reached Tanjung Manis on Jan 12 before the water current pushed them to a beach in Kabong yesterday morning.

Wong said this was the second time that he encountered such a mishap in his life-long career as a seafarer.

The last time was in 1985 when he also miraculously escaped from a leaking ship. -borneopost


Foto ehsan sarawakupdate:






Utusan Gantung Kerja Presiden NUJ

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akan digantung kerja mulai Isnin ini hingga proses siasatan dalam oleh majikannya Utusan Melayu Bhd berhubung komen-komennya di media selesai.

“(Saya) dah kena gantung kerja tak boleh pergi pejabat lagi dan tak boleh keluar dari rumah gua,” tulis Hata dalam SMS kepada Malaysiakini, pagi ini.

Hata enggan mengulas lanjut tetapi menghantar Malaysiakini sesalinan surat penggantungan kerja yang bertarikh 11 januari lalu.

“Setelah mengambilkira keadaan sekeliling dan keseriusan dakwaan salah laku tuan, maka Syarikat akan menggantung perkhidmatan tuan bermula dari 17 Januari 2 011 hingga proses siasatan dalaman terhadap tuan selesai,” petik surat yang ditandatangani oleh pengurus besar, jabatan sumber manusia, Utusan Melayu.

Menurut surat itu lagi, sepanjang tempoh penggantungan kerja, Hata tidak dibenarkan memasuki mana-mana premis Utusan Melayu kecuali jika beliau dikehendaki hadir untuk memberi penjelasan atau mendapat kebenaran pihak syarikat terlebih dahulu.

Berada di tempat boleh hubungi

“Sila maklumkan kepada syarikat alamat terkini surat menyurat serta nombor telefon kediaman dan telefon bimbit sebelum tuan meninggalkan kawasan syarikat kepada ketua jabatan tuan.

“Sepanjang tempoh penggantungan perkhidmatan ini, tuan diminta sentiasa berada di tempat yang boleh dihubungi oleh pihak syarikat dan tuan tidak dibenarkan keluar daripada lingkungan tempat tinggal,” petik surat itu lagi.

Siasatan dalaman ke atas Hata dijadualkan bermula pada Isnin ini, jam 10 pagi.

Sebelum ini, Hata diberi surat tunjuk sebab dan dikenakan siasatan dalaman kerana didakwa menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai akhbar, terutama portal berita, antaranya mengkritik Utusan Malaysia.

Selepas dipilih menjadi presiden baru NUJ, Hata membawa pendekatan berbeza berbanding penyandang sebelumnya Norlela Daud yang lebih 'diam'. Kesatuan itu mempunyai keanggotaan daripada kira-kira 1,300 wartawan.

Pandangan dan kritikan terbukanya - seperti isu pemilikan Umno, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' pengarang Utusan - dilihat meresahkan banyak pihak, sehingga akhbar itu, memetik pihak tertentu, dilapor mempersoal sama ada Hata penyokong tegar pembangkang.

Jika dipecat, Hata bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian. Ini kerana pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). -MK

Ulasan GB


“Sepanjang tempoh penggantungan perkhidmatan ini, tuan diminta sentiasa berada di tempat yang boleh dihubungi oleh pihak syarikat dan tuan tidak dibenarkan keluar daripada lingkungan tempat tinggal,”


Ada yang tidak kena dengan arahan sedemikian.

Siapa Utusan yang boleh menghalang warganegara Malaysia daripada keluar dari tempat tinggal?

Apakah ia perintah mahkamah?

Kenyataan itu terlalu jelas melampaui undang-undang dan boleh diambil tindakan.

Sudah Dijangka, Sivakumar Kalah Lagi

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Sivakumar

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan tepat apabila memutuskan untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini semalam yang menolak permohonan semakan kehakiman dikemukakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar bagi mencabar keputusan SPR itu.

Hakim Datuk Aziah Ali membuat keputusan menolak permohonan itu dengan kos yang akan ditaksir kemudian dalam kamar beliau, tetapi tiada alasan penghakiman diberikan pada prosiding turut dihadiri peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan mewakili Sivakumar dan Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said mewakili SPR sebagai responden.

Mahkamah turut menolak permohonan bekas EXCO Perak, A Sivanesan dan lima lagi berhubung perkara sama.

Pada 22 Oktober 2009, mereka dibenarkan membuat semakan kehakiman bagi mengentepikan keputusan SPR yang tidak mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang selepas wakil rakyat kerusi itu menjadi ADUN bebas. Tiga kerusi terbabit masing-masing diwakili Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Mohd Jailu dan Datuk Hee Yit Foong.

Selain Sivakumar dan Sivanesan, empat lagi yang memfailkan permohonan ialah Chen Fook Chye, Tai Sing Ng, Ahmad Sabry Wahab, Abdul Latif Ariffin dan Foo Hon Wai.

Sivakumar juga memohon perintah injunksi untuk menghalang ketiga-tiga wakil rakyat itu bertindak, menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab serta fungsi dan tugas sebagai ADUN.

Terdahulu, Ambiga dalam hujahnya berkata, SPR sepatutnya memanggil semua pihak terbabit untuk mendapatkan maklumat dalam pelbagai perkara sebelum membuat keputusan, manakala Kamaluddin pula berkata, SPR membuat keputusan betul ketika itu dan memohon mahkamah menolak permohonan kerana tiga kerusi itu masih diwakili Jamaluddin, Mohd Osman dan Yit Foong.

Ulasan GB

Dahulu, GB menyatakan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan akan sentiasa membuat keputusan yang tidak berpihak kepada sesiapa dan apa-apa yang dikaitkan dengan Pakatan Rakyat tertutama di dalam kes Perak, liwat Anwar dan kes melibatka Lingam.

Kini, buktinya.

Setiap sesuatu keputusan mahkamah yang berpihak kepada PR akan segera diterbalikkan kemudiannya. Itu hal institusi kehakiman yang sudah dilihat tidak mempunyai integriti di dalam mempertahankan kebenaran dan keadilan.

Duda Tumpang Tidur Rumah Janda?

Padah tumpang tidur

MASJID TANAH - Tindakan seorang wanita mempelawa ‘bakal suaminya’ bermalam di rumah akhirnya membawa padah apabila kedua-duanya dicekup, malam kelmarin. Gambar fail.

Dalam kejadian kira-kira 11 malam di Flat Taman Bidara Permai, di sini, wanita berstatus janda berusia 28 tahun itu mendakwa menjemput lelaki berkenaan di stesen bas berdekatan.

Lelaki yang merupakan seorang duda berusia 37 tahun itu dikatakan tinggal di Kuala Linggi, dekat sini dan mahu menumpang berehat di rumah wanita terbabit sebelum bertolak ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

Bagaimanapun, gerak-geri kedua-duanya menimbulkan syak di kala�ngan penduduk sekitar kerana lelaki terbabit dikatakan sudah kerap kali pergi ke rumah berkenaan menyebabkan penduduk bersama pihak berkuasa membuat serbuan.

Turut ditahan, seorang lagi wanita di dalam rumah itu yang mendakwa sepupu kepada wanita terbabit.

Lagi Kes Pelajar Dipukul Senior

Pelajar dikepung, dipukul 10 senior

CHUKAI – Angkara dendam lama, seorang pelajar Tingkatan Empat dikepung sebelum ditumbuk dan diterajang sekumpulan 10 pelajar tingkatan lima.

Akibat kejadian itu, mangsa yang juga anak seorang anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

Dalam kejadian di sebuah sekolah pada Rabu lalu, mangsa, Mohamad Hakimi Abdullah, 16, mendakwa dibelasah sekumpulan pelajar senior.

Kumpulan samseng junior itu melarikan diri sebaik menyedari kehadiran guru.

Mohd Hakimi berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.45 pagi ketika waktu rehat.

“Ketika kejadian, saya sedang berbual bersama beberapa kawan di hadapan kelas dan secara tiba-tiba 20 pelajar tingkatan lima menghampiri saya dan menolak kawan saya ke belakang. Hampir 10 pelajar senior menyerang saya manakala yang lain hanya memerhati.

“Beberapa pelajar senior itu saya kenal dan salah seorang daripadanya pernah mengugut mahu memukul saya pada pertengahan tahun lalu gara-gara saya menasihatinya agar tidak bergaduh menggunakan pisau,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kediaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Mentok, di sini, semalam.

Katanya, pada tahun lalu, pelajar yang mengugutnya itu berkelahi dengan adik angkatnya yang berada di Tingkatan Satu.

“Saya tak sangka meskipun kejadian itu sudah lama berlalu tetapi dia masih menyimpan dendam.

"Malah sewaktu menumbuk saya di mata kanan, dia sempat berkata bahawa dia masih tidak puas hati dengan saya,” katanya.

Akibat ditumbuk dan ditendang bertubi-tubi, Mohamad Hakimi yang juga anak bongsu daripada lima beradik mengalami lebam pada mata selain bengkak di belakang kepala dan anggota badan yang lain.

Laporan berhubung kejadian itu dibuat kira-kira jam 2.30 petang kelmarin di Balai Polis Chukai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat yang mengesahkan laporan itu berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. -SH

Isteri, Anak perempuan Ditiduri Along Dek Hutang Tidak Dilunas

Johor Bahru: Ada peminjam yang berhutang lebih RM100,000 ($42,084) kepada pemiutang haram, atau along, di Johor terpaksa menyerahkan isteri atau anak perempuan mereka untuk ditiduri atau dirogol sebagai ganti melangsai hutang.

Ia sebahagian daripada 100 laporan tentang ancaman along terhadap peminjam, yang mempunyai hutang tertunggak hampir RM1.8 juta, yang diterima Biro Aduan Awam Persatuan Cina Malaysia (MCA) Johor Bahru sepanjang tahun lalu.

Ketua biro itu, Encik Michael Tay, berkata beberapa pemilik pusat kesihatan dan kecantikan pula berdepan risiko hilang perniagaan mereka yang dijadikan cagaran kepada along.

'Walaupun terpencil, kejadian peminjam terpaksa membiarkan isteri atau anak perempuan ditiduri along adalah ancaman sangat serius. Ancaman itu sewajarnya menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya jangan berurusan dengan along,' katanya kelmarin.

Menurutnya lagi, peminjam mempunyai hutang tertunggak biasanya dipaksa pinjam daripada ceti haram lain bagi melunas hutang pertama, sehingga menyebabkan mereka menanggung hutang berlipat kali ganda dengan beberapa along.

'Dalam situasi itu, mangsa biasanya tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya menurut saja kerana tidak mahu di apa-apakan. Malah, ada peminjam dikehendaki mencagarkan perniagaan jika berhutang dalam jumlah yang besar,' katanya.

Beliau turut mendedahkan ada seorang pengedar akhbar meninggalkan perniagaannya dan lari ke luar negara kerana ketakutan selepas berhutang RM20,000 dengan lapan along. Lelaki 50 tahun itu membiarkan isteri dan dua anaknya berusia lima dan lapan tahun meneruskan hidup serba kepayahan. -bh

Jangan Tanya Otak Siapa

Penaga - Penemuan otak manusia ketika kerja menggali kubur untuk satu majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu tidak perlu menjadi tanda tanya atau isu yang gempar.

“Ini kerana, jika setiap manusia memahami zat kebesaran Allah yang boleh melakukan apa sahaja, mereka pasti akan dapat menerimanya tanpa perlu rasa gusar atau takut,” kata Imam Masjid Permatang Tok Labu, Othman Arshad, 65.

Beliau berkata, penemuan itu membuktikan bahawa Allah berkuasa dan mampu melakukan sesuatu melebihi akal pemikiran manusia.

“Ini bukti kekuasaan Allah tiada tolok bandingnya dan zatnya mampu melakukan apa sahaja dengan kehendaknya. Sebagai hamba Allah kita perlu menerima dengan hati terbuka dan dalam masa sama mengakui bahawa kejadian luar biasa seperti itu adalah di bawah kawalan Tuhan Maha Besar,” katanya ketika ditemui semalam.

Sinar Harian kelmarin melaporkan lebih 50 ahli keluarga seorang wanita yang hadir majlis pengebumiannya di pekarangan masjid itu terkejut apabila dua penggali kubur yang sedang menyiapkan liang lahad menunjukkan penemuan otak manusia yang masih elok meskipun dipercayai sudah lebih 20 tahun berada di dalam tanah.

Lebih mengejutkan mereka sebaik penemuan itu ialah beberapa kejadian aneh berlaku iaitu otak bersalut lumpur itu kemudiannya menjadi bersih tanpa diusik dan bertukar warna dari kehitaman ke warna merah beserta timbul urat-urat darah menampakkan seolah-olah ia masih hidup.

Othman percaya otak itu milik salah seorang ahli keluarga Ahmad Hassan, bekas imam masjid itu yang lebih mesra dikenali sebagai Tok Haji Ahmad.

“Dahulunya kawasan perkuburan ini hanya dikhaskan kepada ahli keluarga Tok Haji Ahmad sebagai menghormati peranan dan jasanya mengembangkan syiar Islam di daerah ini.

“Sejak semua ahli keluarganya meninggal dunia, tanah perkuburan ini dibuka untuk umum termasuk dijadikan kubur untuk orang luar yang memohon mengebumikan saudara mereka dari luar daerah ini,” katanya.

Menurutnya, semua penduduk sekitar kawasan ini mengetahui dengan jelas bahawa keluarga Tok Haji Ahmad merupakan ahli ibadah yang patuh pada perintah Allah dan berpekerti mulia sepanjang hidup mereka.

Dalam pada itu, dua beradik penggali kubur yang mula-mula menemui otak manusia itu, Saad Shaari, 60 dan adiknya A Rahim, 55, menganggap penemuan itu sebagai kurniaan Allah selepas melakukan kerja kebajikan dengan suci hati sebagai penggali kubur sejak 30 tahun lalu.

“Anugerah Allah untuk kami berdua berkaitan kebesaran zatNya dan kami bersyukur serta tidak pernah menganggapnya satu kejadian luar biasa.

“Tugas penggali kubur ini memerlukan tahap kebersihan jiwa luar dan dalam kerana merupakan satu kerja ibadah bagi mengurus si mati menghadap penciptanya dalam keadaan bersih,” katanya.

A Rahim berkata, kerja menggali kubur ini bukan semua orang boleh buat tambahan lagi jika mereka kurang ilmu pengetahuan keagamaan.

“Banyak pantang larangnya kerana kita menguruskan seorang hamba untuk diserah kembali kepada penciptanya.

“Memang banyak kejadian luar biasa pada mata orang ramai seperti mayat tidak reput biarpun lama dikebumikan, mayat hilang dan hanya tinggal keranda dan beberapa kejadian lain yang kami anggap mampu menunjukkan kebesaran Allah,” katanya.

Sehubungan itu, katanya penggali kubur perlu banyak beristighfar selepas dipertontonkan sesuatu kejadian aneh tanpa menceritakannya kepada umum kerana bimbang disalahertikan selain menjaga air muka keluarga si mati.

Pejabat Mufti Pulau Pinang ketika dihubungi Sinar Harian untuk mendapat komen mengenai penemuan ini bagaimanapun enggan mengulas kerana perlu melakukan pemeriksaan dan menemubual pihak terbabit terlebih dahulu.

Timbalan Mufti Negeri Pulau Pinang, Salahudin Ghazali berkata, beliau sudah berbincang dengan Mufti, Datuk Hassan Ahmad mengenai kejadian itu dan hanya akan mengeluarkan kenyataan selepas selesai melakukan siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu.

“Bagaimanapun, orang ramai tidak wajar membuat sebarang telahan, andaian atau pendapat sendiri berkaitan penemuan itu kerana bimbang akan lebih terarah kepada salah penerimaan.

“Kebiasaannya kejadian seperti ini adalah dalam pengetahuan Allah semata-mata dan kita sebagai manusia digesa menerima dengan hati terbuka,” katanya. -SH

Berita sebelum

Penggali Kubur Jumpa Otak 20 Tahun Dalam Tanah Masih Elok

Cucu Bawa Kawan Rompak Dan Bunuh Datuknya

Cucu bawa geng bunuh datuk

JEMPOL: “Saya memangku suami yang ketika itu nazak dan berlumuran darah di dada sebelum dia meninggal dunia,” kata Halimah Mat Yassin, 57, isteri Mokhtar Yusof, 71, yang maut dalam kejadian samun dan bunuh di Felda Palong 2, dekat sini, malam kelmarin.

Lebih memilukan, dalam kejadian jam 9 malam itu, Mokhtar dibunuh seorang daripada empat penjenayah berusia belasan tahun termasuk seorang cucunya yang menceroboh masuk ke rumahnya.

Halimah berkata, sebelum kejadian dia dan suaminya yang bekerja sebagai pemandu teksi baru pulang dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah kerana melawat seorang saudara yang cedera dalam kemalangan.

“Sebaik sampai ke rumah dan membuka pintu saya nampak sebuah bilik berselerak seperti digeledah. Kami memeriksa satu lagi bilik sebelum melihat ada parang di situ.

“Saya bertanyakan suami kerana jika dia meletakkan parang di situ. Suami saya menafikannya, jadi kami mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurut Halimah, dia dan suami cuba memeriksa satu lagi bilik dan terkejut apabila melihat dua lelaki termasuk cucu mereka berada di dalam bilik itu.

“Saya menasihatkan cucu saya supaya tidak melakukan perkara buruk, namun tiba-tiba muncul satu lagi pasangan remaja di dalam bilik itu menjadikan mereka empat orang semuanya.

“Tanpa disangka, seorang daripada mereka menikam belakang badan suami saya sebanyak dua kali dan kejadian berlaku pantas hingga saya tidak sempat berbuat apa-apa,” katanya.

Halimah berkata, suaminya rebah sebaik ditikam di dada dan darah memancut keluar hingga mengenai badan dan bajunya menyebabkan dia terkejut dan panik.

Halimah juga tidak menyedari tangan kanannya cedera dipercayai akibat dikelar kerana terlalu terkejut dengan kejadian itu.

Katanya, selepas melihat suaminya berlumuran darah, dia memangku suaminya dan menjerit meminta tolong menyebabkan jiran datang memberikan bantuan.

“Keempat-empat remaja itu melarikan diri bersama beg mengandungi wang tunai dan barang kemas.

“Saya tidak sangka mereka tergamak melakukan perkara ini,” katanya yang tinggal berdua dengan suaminya di rumah berkenaan.

Halimah berkata, walaupun sedih dengan kejadian yang meragut nyawa suaminya itu, dia reda dan menganggapnya sebagai suratan takdir.

Katanya, jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 1, sebaik segala urusan bedah siasat selesai dilakukan hospital. -hm


Cucu durjana ragut nyawa datuk

JEMPOL – Sepasang suami isteri tidak menyangka kepulangan mereka ke rumah di Felda Palong Dua di sini selepas menghadiri majlis tahlil disambut dengan tragedi apabila si suami mati ditikam oleh salah seorang daripada empat pencuri yang memecah masuk teratak itu kelmarin.

Kejadian pukul 9 malam itu mengakibatkan Mohtar Yusoh, 71, mati di lokasi kejadian selepas cedera parah ditikam di belakang badan dengan sebilah pisau oleh suspek.

Lebih mengejutkan apabila salah seorang daripada empat suspek tersebut merupakan cucu lelaki Mohtar berusia 17 tahun yang datang ke situ dari Melaka tanpa pengetahuan pasangan tersebut.

Isteri mangsa, Halimah Mad Yasin, 57, menceritakan, kejadian itu berlaku sebaik mereka sampai di rumah selepas menghadiri majlis tahlil di Bukit Rokan di sini.

Katanya, sebaik tiba, suaminya hairan apabila melihat rumah mereka terdedah dan terdapat kesan digeledah selain terdapat suara orang membuat bising seolah-olah sedang mencari sesuatu yang berharga. -kosmo


Wanita Tua Dirogol Di Kawasan Awam

Kesian sungguh melihat makcik dalam gambar di bawah ni 'dirogol' di kawasan awam. Orang disekeliling sekadar melihat sahaja dan tidak berbuat apa-apa. Namun yang menghairankan, makcik tu rilek je... mungkin tak terdaya nak menolak si perogolnya.

Maaf, gambar-gabbar tak senonoh, tetapi dipaparkan juga untuk menyampaikan mesej bahawa hal tersebut memang terjadi dan gambar bukan superimposed. Entri ini kiriman seorang peminat Blog GB yang GB difahamkan diambil dari portal malaysiasensasi.








Mesejnya:

Memang betul-betul binatang lembu tu yek. Oleh itu jangan berpakaian berwarna merah apabila melalui kawasan yang ada lembu. Anda akan diserang seperti gambar di atas. Bagi lembu, merah itu tanda yang amat sensitif untuk benda itu. Buktinya lagi di bawah ini: Puteri UMNO yang berkempen dikejar lembu.


PUTERI UMNO DIKEJAR LEMBU SEMASA BERKEMPEN




PADANG BESAR, 2 Mac (Bernama) -- Macam-macam hal berlaku sepanjang kempen pilihan raya umum di Perlis dan hari ini isteri Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datin Seri Normala Samsuddin terpaksa membuka langkah seribu apabila dikejar seekor lembu betina di Kampung Gial, dekat sini.

Kejadian dilaporkan berlaku pukul 11.15 pagi apabila bekas personaliti TV3 itu mengetuai kira-kira 30 anggota Puteri Umno bahagian Padang Besar sedang dalam kempen merayu undi dari rumah ke rumah di kampung tradisional itu.

Bagaimanapun tiada yang cedera dalam kejadian itu kerana lembu berkenaan tidak lagi mengancam selepas mereka berlari jauh dari situ.

Jurugambar Bernama, Kassim Saad yang sempat merakamkan peristiwa itu berkata terdapat beberapa ekor lembu di kawasan berkenaan namun hanya seekor yang kelihatan agak agresif.

Semasa kejadian, suami Normala, Datuk Seri Azmi Khalid yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Padang Besar sedang berkempen di kawasan Sena Rendang.

Peristiwa lain yang turut berlaku sepanjang kempen pilihan raya bermula seminggu lepas termasuk tragedi malang yang menimpa calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Perlis, Ahmad Tajuddin Salleh, 57, yang terjatuh dari bumbung rumahnya ketika membaiki kebocoran bumbung itu semalam.

Beliau kini terlantar di Hospital Tuanku Fauziah selepas mengalami kecederaan pada bahagian pinggang dan kaki kiri.

Kejadian dua wartawan yang dibelasah oleh sekumpulan penyokong sebuah parti politik beberapa hari lepas turut mewarnai kempen pilihan raya umum ini. -BERNAMA


Begitu juga kereta-kereta yang berwarna merah, pastikan anda berhati-hati melalui jalanraya yang ada lembu di kiri kanan. Anda mungkin dirempuh oleh lembu-lembu jantan itu.