28 Okt 2007

Penipuan Daftar Pemilih oleh SPR Didedah

Posted on Saturday, June 02 @ 10:04:30 MYT by greenboc
Pelbagai Oleh greenboc

nasPerbahasan Ucapan Dasar Presiden PAS dimulakan dengan perbahasan dari perwakilan Negeri Kelantan, YB Ust Nasaruddin Daud, ADUN Meranti yang mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) terhadap Daftar Pemilih.

Di dalam PRU yang lalu, Ust. Nasaruddin mendedahkan di Dewan Undangan Negeri Bukit Panau Kelantan, petugas-petupas pilihanraya PAS telah mengesani dan membantah sejumlah 1800 nama pengundi luar yang dimasukkan ke dalam Semakan Daftar Pemilih oleh pihak SPR.


Dan meskipun tempoh jangkawaktu bantahan diberikan adalah singkat (seminggu), pihak PAS berjaya mengeluarkan semula nama-mnama itu.

Namun apa yang perlu diberikan perhatian ialah PAS terpaksa membayar RM18,000 kepada SPR kerana satu nama yang dibantah, pihak SPR telah mengenakan RM10.

Penipuan ini sengaja dilakukan oleh SPR dengan tujuan untuk memungut duit dari pihak yang membantah dan jika tidak dibantah pula akan memberikan kemenangan kepada pihak BN.

Perwakilan Negeri Kelantan tersebut meminta pihak PAS Pusat melakukan perundingan dengan pihak SPR mengenai masalah ini.

Dan anehnya di dalam Daftar Pemilih yang baru, pihak SPR dikesani telah memasukkan seramai 299 orang yang sama dari 1800 yang telah dikeluarkan dahulu dari DUN Bukit Panau.

Pendedahan perwakilan Kelantan ini memeranjatkan pelbagai pihak kerana jelas sekali SPR sebenarnya telah menjadi kuda tunggangan BN untuk melakukan penipuan.

rasyidPartai Keadilan Rakyat di dalam Perhimpunannya juga pernah turut mendesak Tan Sri Abdul Rashid, Pengerusi SPR untuk meletakkan jawatannya kerana telah gagal menjalankan tanggungjwab dan amanah sebagai Pengerusi SPR supaya SPR bertindak adil dan telus kepada semua parti politik di negara ini.

Tan Sri Abdul Rashid dengan angkuh dan sombong menolak permintaan perletakan jawatan itu dengan menyatakan bahawa tidak perlu orang lain mendesak beliau meletakkan jawatan kerana menurutnya beliau akan meletakkan jawatan apabila sampai masanya tanpa perlu didesak oleh sesiapa.

Justeru itu, perwakilan negeri Kelantan tersebut menyeru petugas-petugas pilihanraya PAS supaya mengambil berat dan perkemaskan Semakan Daftar Pemilih di kawasan masing-masing.

"Walaupun semangat kita kuat berkobar-kobar, rajin menganjurkan majlis ceramah dan penerangan, tetapi sekiranya kita tidak memberikan persiapan soal daftar pemilih, maka akhirnya kita akan dikecewakan," ujar Nasaruddin lagi.

"Sekali lagi, saya amat mengharapkan pimpinan PAS Pusat memberikan perhatian istimewa kepada persoalan daftar pemilih ini sebelum terlewat. Banyak kerusi yang kita menang, termasuk di Kelantan ini, dengan majoriti tipis dan jika Umno-BN berjaya mendaftarkan lebih ramai pengundi baru, maka kedudukan kita mudah digugat," tambahnya.

Tiada ulasan: