29 Jul 2009

Era Najib Altantuya : Keluarga Teoh Mahu Suruhanjaya Diraja, Bukan Inkues

Sekalipun telah mendengar penjelasan perdana menteri, keluarga Teoh Beng Hock tetap menuntut sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat punca kematian mendiang, demikian lapor malaysiakini.

"Kami tetap dengan pendirian meminta sebuah suruhanjaya yang bebas dan adil untuk menyiasat punca kematian abang saya," kata adik perempuannya Teoh Lee Lan.

Beliau menceritakan hasil pertemuan keluarganya dengan Datuk Seri Najib Razak di pejabat perdana menteri di Putrajaya yang dilaporkan selama setengah jam awal malam tadi.

Ditemui pemberita selepas inkues hari pertama di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi ini, kenyataan ringkas Lee Lan dalam bahasa Cina itu diterjemahkan pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.

"Mereka telah dengar penjelasan kenapa suruhanraya diraja tidak ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Teoh, tetapi hanya melibatkan teknik siastan SPRM.

"Keluarganya berkata, mereka mempertimbangkan penjelasan perdana menteri, bagaimanapun mereka tetap dengan pendirian supaya suruhanjaya diraja mesti ditubuhkan (bagi menyiasat punca kematian Beng Hock)," kata ahli parlimen Ipoh Timur.

Pada pertemuan itu, Najib sekali lagi dilaporkan menyampaikan takziah kepada bapa mendiang Teoh Leong Hwee, emaknya Teng Shuw Hoi, abangnya Teoh Meng Kee dan juga tunangnya Soh Cher Wei.

Lim menggesa Najib dan kabinetnya menghormati hasrat keluarga si mati supaya inkues ditangguhkan dan diwujudkan suruhanya diraja untuk mencari punca kematian Beng Hock.

Lim berpendapat, tidak perlu dua badan bagi menyiasat kes berhubung kematian itu.

Bekas ketua pembangkang itu membandingkan kes berkenaan dengan kematian seorang ahli sains di kementerian pertahanan Britain selepas dituduh membocorkan maklumat rasmi negara kepada media pada 2003.

Tambahnya, kes kematian saintis itu disiasat sebuah inkues dan siasatan kehakiman Hutton.

Setelah tamat proses inkuiri, tambahnya, koronernya memutuskan tidak perlu lagi inkues diteruskan.

"Persoalannya sekarang, yang mana satu?" kata Lim.

Semalam, Najib dilaporkan menjelaskan kepada keluarga Teoh bahawa suruhanjaya diraja dan inkues merupakan pendekatan serentak bagi mengenal pasti punca kematian tersebut.

Najib berkata, pendekatan itu akan dapat memastikan sama ada mana-mana aspek atau tindakan yang diambil, mungkin ada kaitan atau menyebabkan kejadian itu.

Katanya, hasil penemuan siasatan itu akan dianggap sebagai input kepada suruhanjaya diraja itu.

Sementara itu, sejak jam 7 pagi, kompleks Mahkamah Shah Alam di Seksyen 5 mula dibanjiri puluhan wartawan.

Selain kehadiran pemimpin Pakatan Rakyat dan saksi-saksi inkues, tiada kelibat penyokong Pakatan Rakyat kelihatan.

Cuma kelihatan seorang lelaki Cina memegang poster gambar Beng Hock di lobi kompleks tersebut.

Kehadiran seramai 77 orang saksi menyebabkan bilik menunggu untuk saksi, berdekatan tempat prosiding berjalan, sesak sehingga menyebabkan sebahagian mereka terpaksa menunggu di bangku luarnya.

Suasana di tempat tersebut sesak apabila jurugambar dan juruvideo berasak-asak bagi mendapatkan gambar mereka dalam posisi yang terbaik.


Era Najib Altantuya : Prosidur Inkues Gila Dari Pihak Yang Gila!

Banyak pihak hari ini menyelar perjalanan Inkues terhadap kematian Teoh Beng Hock yang bermula pagi tadi yang disifatkan sebagai inkues gopoh yang tidak memenuhi syarat sebagai sebuah inkues.

Ia menampakkan kegopohan pihak tertentu kononnya untuk menunjukkan ketelusan dan keadilan, walhal yang sebenarnya sengaja dilakukan demikian untuk tidak memboleh peguambela kepada mendiang melakukan persiapan lengkap bagi menghadapi inkues berkenaan.

Pertama kabinet belum memutuskan sama ada untuk memberi kuasa tambahan kepada Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat punca kematian mendiang ataupun tidak. Jika sudah diketahui kabinet belum memutuskannya, mengapa inkues dilakukan tergesa-gesa lantaran inkues itu menjadi sesuatu yang tidak perlu dan tidak bermakna jika kabinet memutuskan untuk memperluaskan terma rujukan suruhanjaya itu bagi menjalankan siasatan yang lebih terperinci atas kematian Beng Hock.

Kedua, majistret perlu memberi pemakluman kepada ahli dan waris si mati mengenai tarikh, waktu dan tempat inkues diadakan - dengan memberi notis dalam tempoh minimum dua minggu dan Gobind memberitahu mahkamah pihaknya juga tidak menerima sebarang notis berhubung inkues yang diadakan hari ini.

Ketiga, dokumen-dokumen yang diperlukan hanya diserahkan oleh pihak pendakwaan hari ini termasuk laporan DNA, bedah siasat dan forensik Teoh, gambar-gambar tempat kejadian dan gambar rakaman kamera video litar tertutup (CCTV) dan hari ini juga inkues dijalankan!

Kesemua fakta diatas menjelaskan bahawa pejabat Peguam Negara yang mengaturkan inkues yang berlansung pada hari ini mempunyai agendanya yang tertentu bagi tujuan yang hanya mereka sahaja tahu.

Sementara itu, walaupun bertemu dan mendengar janji Perdana Menerteri , Keluarga mendiang Teoh Beng Hock tetap dengan pendirian suruhanjaya diraja mesti menyiasat punca kematian mendiang Beng hock..

Keluarga mendiang Beng Hock mengadaklan pertemunan dengan Datuk Seri Najib Razaksemalam.Dan hari ini mereka menghadiri inkues yang diarah kerajaan pusat menyiasat punca kematian Beng hock.

Namun semua itu tidak mengubahkan pendirian keluarga seperti yang disuarakan adik mendiang Beng Hock, Lee Lan.

“Kami menghargai kesudian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menemui kami semalam dan menerangkan mengenai penubuhan Suruhanjaya Diraja itu tetapi kami tetap dengan pendirian kami bahawa kami inginkan Suruhanjaya Diraja yang lebih meluas dan komprehensif,".

Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mengulas.

“Saya meminta Perdana Menteri, Peguam Negara dan Kabinet menghormati kehendak keluarga mendiang dengan membatalkan prosideng inkues dan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh," .

Sementara itu, inkues Teoh Beng Hock ditangguhkan hingga 5 Oogos suapaya peguam Gobind Singh Deo, mewakli keluarga mendiang Beng Hock serta peguam Malik Imtiaz Sarwar bagi pihak kerajaan Selangor dan wakil Majlis Peguam meneliti dokumen bersabit kes berkenaan.

Ia termasuk gambar tempat kejadian, rakaman kamera video litar tertutup (CCTV) laporan bedah siasat, dan laporan kimia.

“Mahkamah telah membenarkan penangguhan selama satu minggu untuk pihak kami berpeluang untuk mengkaji semua dokumen yang di hantar dan diserahkan kepada kami pagi td.

“Kami akan buat apa yang perlu dalam masa dua ke tiga hari dan hita harapkan bahawa minggu depan dapat diteruskan perbicaaan kes.

“Kami difahamkan pihak polis dalam proses membuat badingan DNA oleh kerana siasatan menunjukkan bahawa dikenalpasti terdapat DNA seseorang pada tubuh Teoh Beng Hock. Ini amat penting kepada kami dan diharapkan bahawa laporan ini dapat disiapkan dan diserahkan kepada pihak kami dalam masa seminggu ini.

Era Najib Altantuya : Inkues Ditunda 5 Ogos, DNA Di Kot Teoh

IInkues kes kematian setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang bermula pagi tadi di Mahkamah Majistret di sini ditangguhkan sehingga 5 Ogos nanti.

Penangguhan telah diputuskan Koroner Azmil Muntapha Abas kira-kira pukul 12 tengah hari setelah mendengar permohonan dan hujah daripada peguam mewakili keluarga Teoh dan peguam mewakili kerajaan Selangor supaya pihak mereka diberikan masa untuk mengkaji dokumen-dokumen yang diserahkan oleh pihak pendakwaan hari ini termasuk laporan DNA, bedah siasat dan forensik Teoh, gambar-gambar tempat kejadian dan gambar rakaman kamera video litar tertutup (CCTV).

Selain itu, Koroner akan turut membuat keputusan berhubung permohonan peguam keluarga Teoh untuk mendapatkan salinan kenyataan saksi-saksi pada hari yang sama yang sebelum itu dibantah oleh pihak pendakwaan.

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo dalam hujahnya berkata, pihaknya masih belum menerima dokumen-dokumen tersebut yang amat diperlukan bagi tujuan mendapatkan pandangan pakar.

"Kami memerlukan dokumen-dokumen tersebut termasuk laporan DNA, forensik dan bedah siasat untuk mendapatkan pandangan bebas.

"Kami mempunyai pakar untuk melakukannya dan ini membolehkan kami terlibat dengan prosiding ini dengan lebih berkesan," katanya.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati terjatuh dari bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini, 16 Julai lalu selepas dia dipanggil memberi keterangan dalam siasatan penyalahgunaan wang kerajaan Selangor.

Permohonan Gobind turut disokong oleh peguam yang mewakili kerajaan negeri Selangor dan peguam pemerhati daripada Majlis Peguam.

Selain itu katanya, keluarga Teoh menghadiri inkues pada hari ini dalam keadaan protes memandangkan mereka mahukan satu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Teoh dan bukannya melalui inkues.

Gobind berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang notis berhubung inkues yang diadakan hari ini dan katanya, mengikut arahan amalan nombor 1 tahun 2007, mahkamah perlu mengeluarkan notis kepada pada ahli keluarga si mati sekurang-kurangnya dua minggu sebelum inkues bermula.

Kenyataan Gobind itu menyebabkan mahkamah ditangguh selama kira-kira sejam bagi membolehkan Koroner memeriksa dengan pihak Pendaftar Mahkamah sama ada sebarang notis dikeluarkan berhubung inkues hari ini.

Sementara itu, peguam yang dilantik mewakili kerajaan, peguambela dan peguamcara Tan Hock Chuan berkata, pihaknya bersedia membekalkan semua dokumen yang diperlukan kecuali kenyataan saksi-saksi.

Selain itu, Tan berkata, seramai 80 orang telah disapina untuk memberi keterangan sepanjang inkues yang dijadualkan selama dua minggu ini.

Berhubung laporan DNA yang telah diterima pihaknya, Tan berkata, laporan DNA pertama daripada spesimen yang diambil di bahagian belakang kot yang dipakai Teoh mendapati terdapat campuran DNA daripada dua individu iaitu yang menyamai spesimen darah Teoh dan seorang lelaki yang tidak diketahui.

Sementara itu, satu lagi profil DNA daripada spesimen yang diambil daripada bahagian tali pinggang Teoh yang terkoyak mendapati terdapat campuran DNA yang menyamai spesimen darah Teoh dan sekurang-kurangnya seorang lagi lelaki yang tidak diketahui.

Tan berkata, seramai 102 orang telah diuji bagi menentukan sama ada DNA mereka menyamai DNA lelaki yang tidak diketahui itu.

"Saya diberitahu oleh ahli kimia bahawa keputusan ujian 90 orang telah pun siap dan ujian bagi 12 lagi individu lelaki akan dijalankan.

"Saya juga diberitahu oleh pegawai penyiasat, dua orang enggan memberikan spesimen contoh DNA mereka," katanya.

Bagi pihak kerajaan, Tan dibantu oleh oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Idham Abdul Ghani dan Justin Wee daripada pejabat Peguam Negara.

Sementara itu, selain Gobind dan Karpal Singh, peguam lain bagi pihak keluarga Teoh adalah Ram Karpal dan Sankara Nair.

Kerajaan negeri Selangor pula diwakili empat peguam iaitu Malik Imtiaz Sarwar, Ashok Kandiah, Sreekanth Pillai dan Asmah Yunos.

Seramai 12 peguam daripada Majlis Peguam akan turut mengikuti prosiding inkues ini sebagai peguam pemerhati.

Antara ahli keluarga Teoh yang hadir pada prosiding hari ini adalah ayahnya Teoh Leong Hwee; abang, Meng Kee; adik perempuan, Lee Lan dan tunangnya, Soh Cher Wei. -mstar


Era Najib Altantuya : Panduan Himpunan Anti-ISA 1 Ogos


Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.


Perkara yang perlu anda bawa/sediakan

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.

3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA

4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.

6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

Perkara yang tidak dibenarkan

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.

4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.

5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA

7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.

9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.

11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan

1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.

4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.

6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.

9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.

10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.

11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).

14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

Semasa perhimpunan dan perarakan

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.

2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.

3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.

4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

16. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Selepas perhimpunan

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.

3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.

4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.

Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.

2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3. Jangan hampiri mereka.

4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

3. Duduk jika pimpinan arahkan.

4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.

5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

6. Ambil gambar mereka jika sempat.

7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

Apa yang anda perlu buat jika ditahan

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

Apa yang anda buat selepas dibebaskan

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.

2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

Perhatian!

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita.

Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini. -himpunanmansuhisa

Berikut adalah Peta laluan yang dipersetujui oleh GMI:



ERA NAJIB ALTANTUYA : Pejabat K'jaan Pusat Tak Gantung Potret MB Diselar

Tindakan sebahagian besar jabatan kerajaan pusat di Selangor yang tidak mempamerkan potret Menteri Besar, diselar sekeras-kerasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, tindakan mereka bercanggah dengan keputusan rakyat, sekaligus tidak menghormati Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan semua jabatan kerajaan pusat di negeri Selangor yang tidak memasang potret Yang Amat Berhormat, Dato’ Menteri Besar iaitu YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tersebut yang bercanggah dengan keputusan rakyat dan sama sekali tidak menghormati Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana YAB Dato’ Menteri Besar adalah dilantik oleh Tuanku”, kata Ng Suee Lim.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan usul tersebut pada Persidangan Dewan Negeri Selangor yang berakhir pada 15 Julai lalu.

Menurut Ng, terdapat agensi dan jabatan kerajaan yang sering berurusan dengan orang ramai seperti Balai Polis, Hospital dan Kemas, juga masih engkar berbuat demikian.

“Masih juga terdapat di setengah tempat khususnya agensi kerajaan dan jabatan kerajaan pusat di negeri Selangor sebagai contoh di Balai Polis, Hospital, Kemas dan sebagainya masih tidak memasang gambar atau potret YAB Tan Sri Dato Menteri Besar sama ada sengaja atau sebaliknya”, katanya.

Sebaliknya, pejabat kerajaan negeri Selangor tidak bersikap sebegitu, malah turut menggantung potret Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana menghormati pilihan rakyat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Kenapa perkara sedemikian masih timbul sedangkan di Pejabat Menteri Besar Selangor sendiri Tingkat 21 juga dipasang potret YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak atas kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia, walaupun beliau bukan rakan seperjuangan dan seangkatan dengan kita”, tegas Ng lagi.

TV Selangor membuat tinjauan berhubung selepas usul tersebut diluluskan pada persidangan Dewan Negeri Selangor, baru-baru ini.

Hasil tinjauan, mendapati sesetengah pejabat agensi kerajaan pusat seperti Pejabat POS Malaysia dan Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU), tidak mempamerkan potret Menteri Besar.

Malah, mereka juga enggan memberi kerjasama semasa diminta menjelaskan sikap mereka yang jelas tidak menghormati pemimpin pilihan rakyat.

Bagaimanapun, pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) didapati mengambil inisiatif mempamerkan potret Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Kita memang dah jadi procedure, procedure kita dah jadi arahan am pejabat, untuk menggantung siapa sajalah yang gambar-gambar pegawai dan pemimpin negeri di sesebuah negeri. Bila berubah jer kita, kita dapat sekular dari kerajaan negeri, kita gantung mengikut tatacara biasa lah tak kira siapa”, kata Ketua Cawangan KWSP Shah Alam.

Selain itu, tinjauan turut mendapat respon baik daripada pemimpin di peringkat kampung dan daerah iaitu Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di Kg. Padang Jaya, Shah Alam.

Mereka mengambil langkah drastik dengan menukar potret pemimpin baharu sebagai sokongan dan komitmen kepada kerajaan Selangor terkini.

Malah mereka berpendapat keengkaran sebahagian besar pejabat kerajaan pusat berbuat demikian perlu diambil tindakan dan diberi amaran keras kerana tindakan mereka ini jelas tidak menghormati Menteri Besar.

“Kita telah pun mengambil langkah yang drastik kerana kita ingin melihat bahawa balai raya kita yang ditadbir oleh JKKK di Kota rakyat nie telah ada gambar-gambar tersebut untuk menunjukkan sokongan kita dan komitmen kita kepada kerajaan negeri baru, Selangor khasnya.

“Tindakan susulan perlu diambil dan diberi amaran keras kepada jabatan-jabatan ini kerana mereka telah melanggar ataupun tidak menghormati kedudukan Menteri Besar sendiri”, kata Setiausaha Balai Raya Kampung Padang Jawa, Shah Alam. - selangorkini


Era Najib Altantuya : Tak Sukar Menjejaki Blogger t4tbh

Sejak akhir-akhir ini hampir semua media yang dikira pro Umno membuat promosi besar-besaran terhadap laman blog yang diwujudkan khas selepas kematian Teoh Beng Hock.

Ekoran itu, ramai yang tertanya-tanya siapakah di belakang blog ini yang nampaknya secara tersusun cuba menjatuhkan beberapa Exco kerajaan negeri Selangor.

Usaha juga nampaknya dibuat dengan keras untuk menyebarkan kebencian di kalangan penyokong PAS dan PKR di Selangor terhadap Exco kerajaan negeri Selangor dari DAP.

Sedangkan di luar pula Umno secara yang bersungguh-sungguh (terhegeh-hegeh, tulis wartawan Utusan) mahu menarik PAS bersama mereka.

Menurut satu blog, penulis di belakang blog ini adalah bekas wartawan NST. Selain dalam t4tbh, akhbar Malay Mail adalah akhbar utama yang melaporkan tulisan yang hampir sama dengan laporan dalam t4tbh ini.

Hari ini pula andaian timbul kononnya penulis ini ada kaitan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini ekoran dari tersiarnya dalam blog itu kenyataan bahawa maklumat yang disiarkan dalam blog ini (t4tbh) adalah dari komputer peribadi Teoh Beng Hock.

"Hanya mereka yang akses kepada komputer ini sahaja yang boleh mengetahui kandungannya...dan mereka adalah para pegawai SPRM yang menyiasat Teoh," tulis satu blog. -siasahdaily

Ulasan GB

Sebenarnya tidak sukar sangat untuk menjejaki siapa penulis blog t4tbh ini.

1) Penilai bahasa boleh meninjau teknik penggunaan bahasa ynag digunakan oleh blogger berkenaan yang ada banyak persamaan dengan dengan gaya bahasa blogger yang sedia ada.

2) Telekom dan TMNet boleh menyemak talian yang digunakan untuk melakukan posting berkenaan di blogger.com pada masa yang tertera. Atau jika pengguna broadband boleh disemak melalui penyedia talian broadband.

3) Seorang pakar IT boleh menyemak attribute EXIF dokumen-dokumen yang dimbas yang dimuatkan di blog berkenaan yang kemudiannya banyak membantu mengesani penulis blog berkenaan dengan mebanding latarbelakang ITnya.


Era Najib Altantuya : UMNO BN - Majnun Yang Nak Tawan Kedah Selepas Gagal Menggoda Laila?

Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula Kedah daripada pakatan pembangkang dengan syarat jenteranya menggandakan usaha sedia ada dan paling kritikal, merapatkan barisan sayap parti itu, kata seorang penganalisis politik, demikian dilaporkan oleh Bernama.

Pensyarah Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga Penasihat Strategik Umno Kedah, Prof Dr Mustafa Ishak berkata pergerakan Pemuda dan Puteri serta juga ahli veteran memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha memastikan kemenangan calon BN.

"Harapan untuk BN di negeri ini masih ada, yang penting rapatkan barisan sayap, kerana kalau tidak kuat, susah untuk lakukan gerak kerja.

Beliau berkata sudah ada perubahan dalam kepimpinan tertinggi BN, tetapi itu mungkin tidak disedari dan kini terpulang kepada jentera parti itu untuk berusaha mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN khususnya Umno.

Banyak pihak menyifatkan kenyataan pensyarah tersebut sebagai kenyataan yang cuba menafikan bahawa UMNO kini sebenarnya sedang di dalam keadaan yang amat tenat dan sedang menunggu saat kehancurannya.

"Pensyarah jenis tukang jilat dan tukang kipas sebegini hanya mencari kedudukan dan sebenarnya tidak lansung tahu perkembangan politik semasa," ujar seorang pemerhati politik.

"Mungkin peningkatan undi UMNo di Manek Urai menyebabkan beliau membuat rumusan sedemikian, tetapi beliau melupakan fakta bahawa isu mutakhir selepas Manek Urai telah meletakkan UMNO BN sebagai parti yang tidak bermaruah setelah konspirasi mereka berserta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis terdedah untuk merampas negeri Selangor setelah mereka melakukannya di Perak," ujarnya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemasukan bekas-bekas pimpinan parti-parti komponen BN ke Pakatan Rakyat jelas menunjukkan UMNO BN semakin tenat dan tertekan.

"Mereka daripada BN dan Umno ini menyedari bahawa rakyat semakin marah dengan isu kematian Teoh Beng Hock yang diragui cara kematian beliau. Mereka juga semakin gentar apabila bekas pemimpin yang pernah menerajui MCA seperti Datuk Chua Jui Meng dan Datuk SS Subramaniam yang pernah menerajui kepimpinan tertinggi MIC menyertai Pakatan Rakyat.

"Penyertaan kedua-dua tokoh ini bersama-sama dengan penyokong mereka memberi tamparan hebat kepada kepimpinan Barisan Nasional. Oleh kerana ini telah menjadi satu isu apabila rakyat melihat sokongan kepada Pakatan Rakyat semakin bertambah, maka mereka daripada BN ini akan menjadikan isu seperti tindakan saya memberi penghurmatan terakhir kepada mendiang Teoh Beng Hock sebagai modal politik murahan mereka yang terdesak," kata Anwar.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, rakyat juga marah dengan ISA yang masih lagi menjadi pautan penting BN dan Umno untuk mengekang kemaraan dan sokongan yang diterima oleh Pakatan Rakyat.


Era Najib Altantuya : Bayar Segera Royalti Kelantan!

Selepas bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim pula berkata Kelantan berhak ke atas royalti minyak.

Kedua-dua mereka mengesahkan Petronas mesti membayar royalti minyak lima peratus itu kepada Kelantan kerana sememangnya itu perjanjian antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri termasuk Kelantan.

Razaleigh berkata, jika dia masih menjadi Pengerusi Petronas, dia akan membayar royalti itu tanpa berdolak daleh lagi.

Zaid pula berkata, tidak ada sebab untuk kerajaan pusat menolak tuntutan Kelantan itu kerana sememangnya itu yang tertera dalam perjanjian.

Ia ditandatangani Razaleigh selaku Pengerusi Petronas dengan Mohamad Nasir, Menteri Besar Kelantan ketika itu, kata Zaid.

Hari ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihaknya akan terus memperjuangkan hak rakyat Kelantan itu.

"Tidak sebab kerajaan pusat tidak mahu memberikan royalti itu kepada Kelantan kerana minyak yang diambil itu dari perairan Kelantan," katanya.

"Kami akan berbincang, jika tidak boleh bincang kita akan bawa ke mahkamah, jika di sini tidak boleh ke mahkamah antarabangsa," kata beliau hari ini.

Sebelum ini, Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri telah menuntut royalti minyak bernilai RM1 bilion dari Petronas.

Pada 4 Ogos ini, 30 pemimpin termasuk wakil rakyat dan wartawan akan dibawa ke pelantar minyak terdekat untuk membuktikan pelantar itu berada dalam perairan Kelatan.

Era Najib Altantuya : Inkues Ditangguh Rabu Depan

Prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock yang bermula pagi ini ditangguhkan kepada 5 Ogos bagi membolehkan peguam pemerhati keluarga mangsa, kerajaan Selangor dan Majlis Peguam meneliti beberapa dokumen berkaitan.

Permohonan penangguhan itu dibenarkan Koroner, Azmil Muntapha Abad dan menetapkan pada tarikh itu sama ada membenarkan dokumen berkaitan saksi boleh diberikan.

Sebelum itu, peguam keluarga mendiang Teoh Beng Hock telah menggesa koroner dalam inkues kematian mendiang supaya menunda siasatan itu sehingga kabinet memutuskan sama ada untuk memberi kuasa tambahan kepada Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat punca kematian mendiang.

Gobind Singh Deo memberitahu mahkamah bahawa inkues itu tidak perlu dan tidak bermakna jika kabinet memutuskan untuk memperluaskan terma rujukan suruhanjaya itu bagi menjalankan siasatan yang lebih terperinci atas kematian Beng Hock.

Mendiang dijumpai mati 15-16 Julai lalu di perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Selangor di Shah Alam.

Permohonan penangguhan tersebut dibuat mengikut Arahan Amalan No1/2007 Garispanduan Inkues - Seksyen C mengenai notis inkues.

Ia menyatakan majistret perlu memberi pemakluman kepada ahli dan waris si mati mengenai tarikh, waktu dan tempat inkues diadakan - dengan memberi notis dalam tempoh minimum dua minggu.

Bagi sebutan tarikh pula, tempoh maksimum untuk hadir di inkues, dikira dari tarikh menerima laporan dari pegawai perubatan kerajaan. (Gobind merujuk kepada laporan bedah siasat).

Gobind seterusnya berkata, peguam negara perlu mengkaji laporan siasatan dan hanya memanggil inkues apabila punca kematian tidak dapat ditentukan.

Peguam Malik Imtiaz yang mewakili kerajaan Selangor, menyokong permohonan Gobind, begitu juga Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Majlis Peguam.

Peguam Tan Hock Chuan, yang dilantik oleh peguam negara untuk membantu inkues tersebut, berkata beliau tidak ada bantahan terhadap permohonan penangguhan sekejap itu, tetapi menegaskan, mengikut amalan, inkues mesti dijalankan segera.

Gobind seterusnya meminta laporan DNA dan laporan forensik, serta kenyataan dua pegawai SPRM yang menyoal siasat Teoh kerana mereka merupakan orang terakhir melihatnya hidup.

Tan menjawab, set lengkap dokumen telah disediakan untuk tujuan prosiding tersebut, untuk diberikan kepada peguam keluarga Teoh, Majlis Peguam dan kerajaan Selangor.

Tetapi beliau enggan memberi kenyataan saksi kerana menurutnya, Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah tidak menyatakan perlunya berbuat demikian.

Azmil bersetuju bahawa semua laporan tersebut hendak diberikan, kecuali kenyataan saksi, buat masa ini.

Tan kemudiannya memberi kepada pihak peguam, laporan bedahsiasat, laporan toksikologi, laporan forensik, laporan CCTV dan laporan DNA.

Gobind berkata beliau memerlukan 10 hari untuk meneliti dokumen tersebut secara terperinci.

Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan penangguhan itu selama seminggu sehingga 5 Ogos depan.

Era Najib Altantuya : Korban Ke 4 H1N1

Seorang wanita rakyat Malaysia berumur 20 tahun mati akibat Influenza A (H1N1) pagi semalam, menjadikannya mangsa keempat yang meninggal dunia akibat pandemik itu di Malaysia setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican berkata wanita itu disahkan menghidap Influenza A (H1N1) selepas meninggal dunia pada pukul 9.40 pagi semalam.

"Wanita berkenaan mula demam, sakit tekak dan batuk sejak 16 Julai, bagaimanapun beliau hanya pergi mendapatkan rawatan selepas sakit selama 11 hari di Hospital Melaka pada 26 Julai.

"Pemeriksaan dan ujian awal mendapati beliau mengidap jangkitan kuman dalam darah yang dijangkiti daripada paru-paru, beliau kemudiannya dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, kampus kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di Nibong Tebal ditutup selama seminggu, mulai hari ini selepas 20 pelajarnya dikesan dijangkiti penyakit seperti influenza atau ILI.

Perkara itu disahkan Timbalan Pendaftarnya, Mohamad Abdullah menerusi satu kenyataan media di sini, sebentar tadi.

"Hanya aktiviti akademik serta kuliah ditangguhkan dan ia akan dijadualkan semula nanti.

"Aktiviti lain akan berjalan seperti biasa," katanya.


Era Najib Altantuya : Polis Tidak Akan Siasat Kes Ini!

Polis digesa menyiasat laporan mengenai dakwaan salahguna peruntukan sebuah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ulu Yam di Hulu Selangor yang berlaku empat tahun lalu sewaktu pentadbiran BN di Selangor.

Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah hari ini mengesahkan wujud salah guna wang peruntukan JKKK sebanyak 90 ribu ringgit yang telah dipindahkan ke dalam 3 akaun persendirian pada bulan September 2005.

"Bekas Pengerusi JKKK Lee Hing Huat telah mengeluarkan wang sebanyak RM90 ribu daripada akaun JKKK yang lalu. Dari akaun JKKK kepada akaun peribadinya tanpa pengesahan daripada jawatankuasa pada masa itu. Kita ada bank statement, transaction tersebut",katanya.

Ean yang juga Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram berkata, dua laporan polis telah dibuat oleh bendahari JKKK pada masa itu, Wong Kang Foo pada 31 Disember 2005 dan satu lagi oleh pengerusi baru JKKK, Lai Swu Cheng pada 17 Februari lalu.

Menurutnya, Lai juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM berhubung dakwaan yang sama pada 16 Disember 2008.

SPRM bagaiamanapun, memaklumkan bahawa kesalahan yang dilaporkan itu adalah di luar bidang kuasa SPRM dan maklumat yang diterima telah diedarkan kepada pihak polis.

Lai turut hadir di sidang akhbar Ean di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam semalam.

Ramai pemerhati politik melihat pihak polis, sama seperti SPRM, akan menyepi dan tidak akan siasat kes-kes yang bersangkutan dengan BN, tetapi akan menyiasat kes yang melibatkan Pakatan Rakyat.



Najib Altantuya Bayar RM20 juta Untuk Dapat Imej Baik?

Regim Bn ini tidak pernah berubah dalam aspek pembaziran jutaan wang rakyat hanya semata - mata untuk membayar perunding imej bagi melobi imej pemimpin regim ini khususnya untuk luar negara.

Semenjak Mahathir, Abdullah dan kini Najib turut sama membelanjakan wang yang cukup banyak semata - mata untuk membina imej peribadi. Antara syarikat yang kini sedang menikmati jutaan wang rakyat untuk menaikkan imej Najib ialah Anco Worldwide, sebuah syarikat perunding imej dan media antarabangsa. Menurut sumber yang dipercayaan syarikat ini menikmati kontrak RM20 juta untuk perkara tersebut.

Ada satu maklumat pula menyatakan kontrak RM20 juta masih belum ditandatangani namun syarikat ini masih didalam tempoh percubaan tetapi tetapi menikmati bayaran tinggi berdasarkan projek. Antara tugasannya ialah memastikan Najib Tun Razak mendapat liputan dalam agensi berita dunia seperti CNBC dan CNN.

Menempatkan tulisan mengenai Najib dan menempatkan tulisan Najib di media dunia juga menjadi peranan mereka.

Bayaran yang tinggi ini juga berkaitan dengan usaha Najib untuk mengimbangi imej Anwar Ibrahim yang dihormati dunia.

Pejabat Perdana Menteri sekarang ini juga dikatakan bersedia membuat bayaran yang amat tinggi hanya untuk memastikan lawatan Obama, Presiden Amerika ke Kuala Lumpur. Kononya lawatan Obama ke Kuala Lumpur akan menaikan imej Najib ke tahap maksimum di mata dunia.

Apco Worldwide difahamkan telah mendapat ruang di pejabat Perdana Menteri sejak awal Najib menjadi PM. Sila klik sini untuk melawat rangkaian pejabat Apco di Tel Aviv.

Apco dan beberapa buah agensi perunding imej dan media yang berpengkalan di US terlibat secara terus dan serius dalam menghasilkan strategi 100 hari Najib..

Ini termasuk kempen 1 Malaysia dan beberapa pengumuman yang porpular..

Maklumat ini dipecahkan oleh beberapa kakitangan kanan tinggi kerajaan yang tidak berpuas hati dengan pembayaran yang amat mahal sedangkan hasilnya amat diragui. Sehingga kini imej Najib dalam dan luar negara belum berada pada tahap memuaskan.

Abdullah Badawi juga pada ketika menjadi Perdana Menteri turut menggunakan agensi asing untuk meastikan imejnya naik sebagai pemimpin Islam Progresif dan pemimpin Malaysia sebagai sebuah negara islam yang liberal.

Manakala tidak boleh disangkal oleh regim ini bahwa Mahathir Mohamad dan Abdullah turut menggunakan pelobi Yahudi Abramoff dengan bayaran yang begitu mahal semata untuk memastikan punya imej baik.

cheGuBard sudah pun menulis sebelum ini mengenai perkara ini. sila baca petikan di bawah.


Selain yang diterangkan sebelum ini Jack Abramoff (pelobi Yahudi pro Zionis), regim ini punya kaitan rapat dengan Saatchi & Saatchisebuah agensi perunding/pengiklanan multi nasional yang pro Zionisme. Syarikat tersebut menjadi perunding imej dalam beberapa siri pilihanraya yang bertanggungjawab mencari teknik kempen dan pengiklanan untuk kempen regim Bn. Syarikat yang sama juga terlibat dalam banyak projek kerajaan.

CIMB sebuah syarikat kewangan yang dimiliki oleh adik Najib Tun Razak telah menadatangani kontrak bernilai USD 250 juta kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Israel. CIMB telah menyumber luarkan pengurusan Jabatan IT nya kepada EDS (electronic data system) selama 10 tahun. (Sila klik sini untuk baca siapa EDS? )

Hubungan CIMB dengan EDS bukan sahaja tidak mempedulikan keganasan Israel Zionis tetapi turut memangsakan pekerja CIMB sendiri yang dibuang kerana Jabatan IT disumberluarkan. (sila klik sini carian CIMB aniaya pekerja)

EDS telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan berngpengkalan di Herzelyia, Israel. Syarikat ini jugalah merupakan syarikat yang mengendalikan sistem komputer polis, ketenteraan dan pertahanan Israel. Malah ia juga terlibat dalam industri persenjataan Israel. Dan hubungannya dengan Malaysia dirakamkan dengan bangga dalam Laporan Tahunan CIMB 2008. (sila klik untuk laporan CIMB 2008)


petikan di atas ialah dalam tulisan antara Chin Peng dan Henry Gurny untuk baca lanjut sila klik sini-chegubard.

Era Najib Altantuya ; Lintas lansung Inkues Kematian Teoh Beng Huat

Lintas lansung Inkues Kematian Teoh Beng Hock.

11.58 pagi Majistret Azmil menangguhkan Inkues kepada 5 Ogos dan akan menentukan samada kenyataan saksi akan dibenarkan diserahkan kepada peguambela sebeum saksi-saksi tersebut dipanggil untuk testimoni.

11.56 pagi Tan menambah pakar chemist telah menguji 102 orang untuk DNA.

11.55 pagi Tan memberitahu inquest bahawa laporan DNA report menunjukkan DNA seorang lelaki lain ditemui dipakaian mendiang Teoh

11.45 pagi Inkues disambung semula

11.25 pagi Saksi dalam inkues Teoh berada di luar sementara menunggu prosiding bermula.

11.05 pagi : Gobin Singh Deo merujuk keputusan Mahkamah Tiggi Kuala Lumpur yang membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibekalkan dengan semua dokumen termasuk rakaman percakapan saksi mengikut seksyen 122 Kanun Acara Jenayah. Bagaimanapun, Tan Hock Chuan berhujah rakaman itu tidak boleh dibekalkan kerana Mahkamah Tinggi sama sudah membenarkan pemohonan pedakwa untuk penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara rayuan didengar dan diputuskan Mahkamah rayuan.

10.50 pagi : Tan tidak pasti mengapa beliau diminta mengetuai kumpulan Peguam Negara dua hari lepas. "Saya tidak tahu sebab apa," katanya, dan ia adalah bidangkuasa Peguam Negara dan sah di sisi undang-undang.

10.33 pagi : Pihak Pendakwaraya menyatakan tiada masalah untuk berkongsikan dokumen dengan peguambela tetapi diberitahu tidak membenarkan kenyataan-kenyataan saksi diserahkan.

10.25 pagi : Mahkamah ditangguhkan 30 minit untuk membolehkan majistret menyemak hal penangguhan inkues.

10.20 pagi : Gobind persoalkan tentang kegopohan untuk inkues, menyatakan ia tidak memberikan keadilan untuk mendiang Teoh, Gobind meminta penangguhan selama 10 hari.

10.15 pagi : Peguam Malik menyatakan Selangor akan melantik pakar-pakar untuk mengkaji laporan yang diberikan oleh polis.

10.10 pagi : Pendakwa membantah. Katanya inkues penting. Inkues hanyalah proses inkuiri bukan satu perbicaraan, tak jadi kemestian untuk berkongsi dokumen yang dikehendaki oleh peguambela, dan beliau meminta pendengaran dimulakan.

10.00 pagi : Gobind meminta penangguhan inkues kerana siasatan polis baru berakhir dan laporannya mungkin belum siap. Juga Gobind meminta lapran mengenai bedah siasat, forensik dan & DNA. Peguam Malik & dan Ketua Majlis Peguam, Hisyam menyokong permohonan Gobind untuk menangguhkan pendengaran mahkamah koroner.

9.55 pagi : Jika PM bersetuju, Inkues ini menjadi sudah tidak perlu," kata Gobind.

9.52 pagi : Gobind menyatakan inkues mesti sebahagian Suruhanjaya Diraja, beliau mahu mahkamah tangguhkan prosiding sehingga mesyuarat kabinet hari ini membincangkan isu tersebut.

9.50 pagi : Gobind menyatakan ahli keluarga dan lai-lain hadir inkues dengan protes.

9.40 pagi : Mahkamah benarkan ketiga-tiga pihak di dalam inkues sekalipun bantahan pendakwa terhadap penglibatan Majlis Peguam.

9.30 pagi : Gobind memohon untuk mengambil bahagian di dalam inkues bagipihak keluarga si mati, kerajaan Selangor dan Majlis Peguam.

9.25 pagi : Inkues Teoh bermula.

9.24 pagi : Teoh inquest starts over his mysterious death at MACC office.

9.24 pagi : Peguam Jenayah Tan Hock Chuan mengetuai Pendakwa Raya di dalam inkues Teoh.

9.22 pagi : Majikan Teoh, Ean Yong Hian Wah muncul di mahkamah. Galeri awam telah 3/4 penuh, separuhnya diboloti oleh pemberita.

9.21 pagi : Majlis Peguam menghantar sepasukan 12 orang untuk menjadi pemerhati diketuai Hisyam Teh Toh Teck.

9.20 pagi : Manoharan juga salah seorang dari 77 saksi. Exco Selangor Dr Xavier Jeyakumar, dan Peguam bagipihak Kerajaan Selangor Malik Imtiaz Sarwar turut kelihatan

9.15 pagi: Prosiding inkues bermula

8.50 pagi: Peguam Gobind Singh Deo, M. Manoharan dan Sankaran Nair serta Penasihat DAP Lim Kit Siang tiba di mahkamah.

8.30 pagi: Kira-kira 50 wartawan dibenarkan memasuki Mahkamah Majistret 5 untuk mengikuti inkues.

8 pagi: Keluarga Teoh tiba di mahkamah, terdiri daripada bapa, abang, adik perempuan dan tunangnya.

Prosiding inkues Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang ahli exco kerajaan Selangor bermula pagi ini di Mahkamah Majistret di sini.

Teoh, 30, ditemui mati terjatuh dari bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini, 16 Julai lalu selepas dia dipanggil memberi keterangan dalam siasatan penyalahgunaan wang kerajaan Selangor.

Kes yang dijangka mengambil masa 15 hari ini didengar oleh Koroner Azmil Muntapha Abas.

Seramai 77 saksi akan dipanggil memberi keterangan termasuk 28 pegawai SPRM, ahli kimia dan patologi serta beberapa teman rapat Teoh.

Keluarga Teoh akan diwakili peguam Gobind Singh Deo dan Karpal Singh.


DIKEMASKINIKAN SENTIASA


Era Najib Altatuya : UMNO Sangat Terdesak Untuk Jalin Kerjasama Dengan PAS

UMNO terdesak mahu menjalinkan kerjasama dengan Pas kerana parti itu semakin lemah dan tidak mendapat sokongan daripada majoriti rakyat.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Jeffrey Kitingan berkata, atas alasan itu juga UMNO sengaja menyalahtafsirkan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat konononnya mahu berbaik-baik dengan parti itu.

Menurutnya, Nik Aziz sebenarnya merujuk hubungan baik membabitkan Kerajaan Negeri dan Pusat tetapi pemimpin Barisan Nasional menganggap kenyataan itu lebih kepada kerjasama melibatkan kedua-dua parti itu.

“Nik Aziz hanya jalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau usulkan kesediaan untuk bekerjasama antara dua kerajaan itu kerana Kerajaan Negeri atau Pusat mempunyai kewajipan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas itu berkenaan perbincangan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat dan bukannya kerjasama antara Pas dan UMNO.

Dr Jeffrey berkata, cadangan Nik Aziz itu adalah wajar dan bukan berunsurkan politik semata-mata.

Dr Jeffrey berkata, Kerajaan Pusat perlu melihat dari sudut positif tentang kesediaan Menteri Besar Kelantan itu untuk mengadakan perbincangan.

“Kerajaan Pusat mesti jalankan tanggungjawab dia, bagi peruntukan pada Kerajaan Negeri, jangan ada pilih kasih. Ini kerana peruntukan yang disalurkan itu untuk rakyat,” katanya.

Ketika ditanya berkenaan parti UMNO yang kian terhakis, Dr Jeffrey berkata: “Antaranya, keadaan sekarang tidak sama seperti keadaan lalu. Rakyat kini lebih bijak dan bermaklumat.”

“Sebab kedua, kepimpinan sekarang lemah dan kelemahan itu ada kaitan dengan penurunan dan kehakisan UMNO berbanding zaman Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya. -SH

Era Najib Altantuya : PKR Sifatkan Inkues Beng Hock Adalah Sia-sia

Parti Keadilan Rakyat menyifatkan langkah kerajaan mebentuk jawatankuasa inkues ke atas kematian setiausaha politik kepada exco Selangor, Teoh Beng Hock adalah satu usaha sia-sia.

Naib Presiden Sivarasa Rasiah dalam satu kenyatan media hari ni berkata mana-mana jawatankuasa siasatan, atau inkues, yang ditubuhkan kerajaan tidak pernah mensabitkan kesalahan pada mana-mana individu.

“Inkues pernah diwujudkan untuk menyiasat kematian dalam tahanan namun ia gagal untuk mengenal pasti pesalah dalam 104 kes kematian yang berlaku sejak 2003 mahupun menghasilkan laporan siasatan yang adil dan kukuh,” kata Sivarsa, yang juga seorang peguam.

Menurut Sivarasa, jawatankuasa kecil itu tidak menyiasat dengan betul kerana hanya bergantung kepada bukti yang disediakan polis dan saksi yang polis tampilkan.

Beliau juga turut mempersoalkan perlantikan koroner Azmil Muntapha Abas mengepalai inkues ini. Sivarasa berkata Azmil tidak mempunyai rekod kewibawaan yang setanding dengan tokoh-tokoh perundangan yang lain.

“Azmil tidak setanding dengan personality-personaliti sebagai yang dilantik dalam Suruhanjaya Diraja menyiasat serangan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tokoh terbabit iaitu Tan Sri Anuar Zainal Abidin dan Datuk Mahadev Shankar Berjaya mengenalpasti penyerang dalam kes itu,” kata Ahli Parlimen Subang itu lagi.

Sivarasa menggesa kerajaan supaya memperluas skop siasatan suruhanjaya diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat teknik soal-siasat SPRM dalam kes kematian Teoh Beng Hock.

Beliau berkata kuasa luas yang dinikmati oleh Suruhanjaya Diraja jauh lebih berkesan untuk mengenalpasti pesalah kerana mana-mana agensi tidak boleh menyekat sebarang maklumat dari pengetahuan suruhanjaya.

Sivarasa walaubagaimanapun berkata sekatan kerajaan keatas skop siasatan Suruhanjaya menguatkan presepsi bahawa pemerintah cuba menyembunyikan sesuatu dalam kes Beng Hock.

“Satu suruhanjaya diraja bebas adalah satu alat yang berkuasa untuk menyediakan sekatan dan imbangan dalam satu sistem kerajaan demokratik. Menyediakan satu suruhanjaya diraja biasanya adalah satu permainan politik oleh kerajaan bagi menyiasat satu isu kontroversi,” tegas Sivasara. -TVA

Era Najib Altantuya : Apa Ada Pada NKRA Najib?

Pas menganggap pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkenaan pengenalan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Indeks Prestasi Utama (KPI) semalam, bukan satu perkara baru.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, apa yang diumumkan itu hanyalah perkara lama yang diberi penjenamaan baru oleh Najib.

Menurut Kamaruddin, apa yang dimahukan rakyat adalah kesan ‘akhir’ yang bakal mereka terima kelak. “Bagaimanapun, kita perlu tunggu dan lihat persembahan bentuk baru dari Najib itu, sama ada ia berjaya atau tidak kita mesti tunggu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Najib berkaitan KPI enam teras NKRA, termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah dan memerangi rasuah.

Najib berkata, bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

Kamaruddin berkata, perkara itu mirip kepada mainan politik, yang masih gagal meyakinkan rakyat untuk menerima Barisan Nasional dan UMNO.

“Najib dilihat sebagai seorang Perdana Menteri yang gemar membuat pengumuman demi pengumuman, namun tindakan tidaklah sehebat pengumuman yang dibuat,” katanya.

Kamaruddin turut berharap penjenamaan terbaru Najib itu berjaya dan bukannya gagal.

“Contoh paling dekat, dulu nama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah Badan Pencegah Rasuah dan selepas itu kerajaan tukar nama, tukar jawatan, tukar organisasi.

“Alih-alih, yang terbaru tidak berjaya selesaikan kes kematian Setiausaha Politik, Teoh Beng Hock kepada Exco Kerajaan Negeri, Ean Yong Hian Wah, baru-baru ini.

“Perkara sebeginilah kita tidak mahu terjadi pada penjenamaan yang baru diumumkan Najib itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ditanya mengenai senarai Menteri yang dilantik sebagai ‘Lead Minister’ atau Menteri Pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan, Kamaruddin berkata, pelantikan menteri itu hanya buang masa.

“Najib hanya ulang balik tugas-tugas Menteri itu. Misalnya, NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri).

“Selain jawatan itu, Muhyiddin juga Menteri Pelajaran, tidakkah kita terfikir bila Muhyiddin pegang jawatan menteri pimpinan bagi NKRA itu, dia seolah-olah hanya bertugas untuk benda sama,” katanya. -SH