29 Okt 2016

Musibat Ini Sudah Ditangkap Polis - UPDATED

Polis Johor buru anggota SPRM pukul, ugut isteri

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan menerima dua laporan dan sedang memburu seorang anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terbabit dengan keganasan rumah tangga. Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata pihaknya ada menerima dua laporan daripada wanita mendakwa isteri suspek yang dipukul dan diugut dengan parang.

Katanya, susulan laporan itu polis membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Jasad Lelaki Terjun Jambatan Itu Sudah Ditemui

Jasad lelaki ucap selamat tinggal di Facebook dijumpai

Jasad seorang lelaki yang terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang pada Rabu lalu, selepas meninggalkan catatan terakhir di Facebook, ditemui hari ini.

Dalam catatan yang panjang lebar dan tersebar meluas di laman sosial itu, Mohd Sukri Saad, 38, berkata dirinya tertekan oleh "kerajaan yang zalim" dan akan didakwa kerana menjual rokok seludup bernilai RM360.

Berdepan dengan kemungkinan penjara dan denda yang besar, dia mengakui bahawa apa yang dilakukannya itu adalah salah, namun hukuman berkenaan terlalu berat.