25 Mac 2008

Liga Super: Kedah 5 Perak 1

Ucapan Kumutha a/p Raman

Ucapan Cik Kumutha a/p Raman ketika program sambutan Kemenangan PAS Johor di kerusi DUN Maharani dan DUN Sungai Abong.

Idris Pohon Keampunan Sultan

ABekas menteri besar Terengganu itu sekali lagi memohon keampunan daripada Sultan Terengganu di atas segala kesilapan yang telah menimbul kemurkaan baginda.

Beliau bagaimanapun tidak menerang lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Pada masa yang sama, beliau juga mempertikaikan pelantikan Datuk Ahmad Said, dengan seokongan istana, sebagai menteri besar yang baru.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, memulakan tugasnya sebagai menteri besar mulai hari ini.

Idris yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Terengganu berkata, sebelum ini, beliau juga telah mengadap baginda sultan, yang juga Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 23 Februari lalu dan telah memohon keampunan baginda.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur petang ini, Idris berkata, beliau sepatutnya menghadap baginda sekali lagi pada 9 Mac lalu, tetapi tidak menjadi kenyataan.

Tanggal 8 Mac merupakan sehari selepas berlangsungnya pilihanraya umum di mana BN Terengganu mempertahankan negeri itu apabila memenangi 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negerinya.

Laporan malaysiakini

CATATAN GB

Laporan Berita Harian pula berbunyi:

Idris Jusoh sedia berundur

KUALA LUMPUR: Ketua Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh hari ini sedia menerima sebarang keputusan berkaitan jawatan Menteri Besar demi kebaikan rakyat negeri itu, termasuk sekiranya beliau diminta berundur.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbarnya di Hyatt Saujana, di sini, jam 3 petang.

TETAPI YANG JANGAL IALAH LAPORAN UTUSAN MALAYSIA

Idris tidak tahu apa `dosanya’ terhadap Sultan

KUALA LUMPUR 25 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, hubungan beliau dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah baik dan tidak tahu apa kesalahannya terhadap Sultan Terengganu itu.

Menurutnya, beliau sedia menghadap Seri Paduka jika diberi peluang untuk memohon maaf terhadap sebarang kesalahan yang telah dilakukannya kepada pihak istana.

``Sebagai hamba Allah, saya tak terlepas daripada melakukan kesilapan,'' katanya. – Utusan.

Ahmad Said Mula Bertugas Sebagai MB Terengganu

Vox Populi bertanya, jika anda menerima dua arahan yang berbeza, satu dari Sultan menyuruh melakukan A dan satu lagi dari PM menyuruh anda melakukan B, siapakah yang anda akan patuhi? Kesetiaan kepada Raja dan Negara or Kesetian kepada Umno? Mungkin inilah yang berlaku ke atas MB Terengganu yang baru ini.

Ada Bulan Berwarna Kuning Di Stadium Darul Aman

Pertarungan Kedah mn Perak malam tadi adalah ibarat pertemuan adik-beradik kembar, satu perterungan yang terlalu manis untuk semua para pejuang Barisan Rakyat - seperti satu hadiah sempena kejayaan BR menjadi pemerintah di kedua-dua negeri tersebut.

Biasanya Stadium Darul Aman tidak semeriah malam tadi apatah lagi di awal musim perlawanan. Namun kerana sayangkan negeri yang kini berada di bawah pimpinan BR, beribu-ribu penyokong hadir (terima kasih kepada Keajaan Kedah yang telah memberikan tiket percuma) walaupun sebelum ini ada diantaranya tak pernah pun meminati bolasepak di dalam hidupnya.

Semacam ada satu seruan untuk masing-masing untuk "jom pergi ke stadium" serta menyaksikan satu perlawanan, perlawanan yang menemukan dua negeri dibawah naungan BR - satu detik permulaan di dalam sejarah negara terlakar.

Gegak gempita stadium tak terkata indahnya, Apatah lagi turut berangkat menyaksikan perlawanan tersebut ialah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama-sama Menteri Besar, YAB Ustaz Azizan Abdul Razak yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Gol pertama Kedah dijaringkan pada minit ke-13 selepas pertahanan Perak, S. Subramaniam tertampan bola ke dalam gawang sendiri ketika cuba menghalang larian solo Muhd. Khyril Muhymeen, seraya disambut dengan gegaran stadium dengan sorakan penonton yang telah telah sabar menanti sejak 5 petang.

Selang tujuh minit kemudian, Stadium Darul Aman sekali lagi gegak gempita dengan sorakan penyokong tuan rumah apabila Muhd. Khyril mudah menendang bola menewaskan penjaga gol Perak, Hamsani Ahmad selepas mendapat hantaran Marlon Alex James sebelum menambah gol ketiga Kedah dan kedua peribadinya pada minit ke-28.

Alex James kemudian menambah derita pelawat apabila menyumbat gol keempat Sang Kenari, enam minit sebelum wisel penamat separuh masa pertama ditiupkan.

Perak pula yang beraksi tanpa penjaring terbanyaknya, Carlos Caceres mendapat gol sagu hati menerusi Mohd. Razali pada minit ke-72 sebelum pemain muda Kedah, Fadly Baharom melengkapkan 'malam pesta' bagi penyokong tuan rumah dengan gol kelima Sang Kenari hasil rembatan kencang dari luar kotak penalti, 12 minit sebelum masa perlawanan sebenar tamat.

Dan peminat bolasepak negeri Kedah sebelumnya telah mewarnakan bulan penuh di bendera PAS dengan warna kuning iaitu warna cahaya, yang menyinari sebuah stadium di negeri kesayangan mereka.