17 Ogo 2016

AMANAH Minta Semua Bekas Tokoh Negara Bela Perjuangan Rakyat & Tegur Najib

Parti Amanah Negara (AMANAH) ingin menyeru semua tokoh penting negara termasuk cendikiawan, budayawan, karyawan, seniman, ahli akademik, agamawan dan ahli politik supaya berani berdiri untuk meyuarakan pandangan mereka terhadap isu penyelewengan negara paling besar sejak merdeka iaitu 1MDB, demikian saran Timbalan Presiden AMANAH, Salehuddin Ayub.

Beliau yakin, tokoh-tokoh seperti bekas Ketua Turus Tentera, bekas Ketua Polis Negara, bekas Peguam Negara dan hakim-hakim, bekas Ketua Setiausaha Negara dan bekas kakitangan tinggi kerajaan yang lain telah berkhidmat dengan penuh integriti dan menamatkan karier mereka dengan moral yang sangat tinggi.