24 Okt 2008

Berita TKOfm Hari Ini 24 Okt 2008

BBerita Harian terus dilarang membuat liputan sidang DUN Kelantan. Ia ekoran dari laporan yang tidak tepat di akhbarnya yang menyentuh isu titah ucapan Sultan Kelantan sewaktu merasmikan Sidang DUN Kelanan awal minggu ini.

MT UMNO akan tentukan samada pemilihan UMNO akan dipercepatkan atau tidak. Jawatankuasa Disiplin UMNO mencadangkan ahli yang dituduh sabotaj supaya dipecat. Anak buah P.Uthayakumar 11 thn bersama 11 org lain ditahan di Balai Polis Putrajaya. Samy Vellu tuduh Syed Hamid berdolak dalik mengenai isu passport perjalana Uthayakumar.

Karpal Singh digantung dari parlimen dua hari hanya kerana mengkritik Speaker dengan perkataan "main-main". Kerajaan taja RM81 juta untuk jamuan makan malam Majlis Peguam yang dilihat oleh beberapa ahli parlimen sebagai satu bentuk rasuah. Rakyat mengeluh kerana harga minyak turun tetapi harga barangan tetap sama. Saham Asia terus merudum lagi dan indeks kompsit BSKL berada di bawah paras 900 mata.


Perbahasan Belanjawan Oleh YB Khalid Samad

YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam telah membidas sikap hipokrit ahli parlimen kerajaan yang mengambil kesempatan di atas kedhaifan rakyat untuk berbelanja secara boros seperti memakan angin ke Taiwan dengan belanja RM50,000 setiap seorang.

Beliau juga telah mengketengahkan soal harga minyak masih tinggi berbanding Jun 2008. Apabila harga minyak mentah telah turun keparas bawah US$70 setong sepatutnya harga minyak di pam sepatutnya kurang dari RM2.00 seliter. Ini jelas ketidak perihatinan kerajaan BN terhadap kesusahan rakyat.

"Dulu sakit dan teruk, hari ini cemas dan parah" demikian tegas beliau setelah mendedahkan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan BN selama ini. Sekalipun cuba diganggu beberapa kali oleh wakil BN namun Khalid dapat menghabis perbahasannya dan paling menarik beliau menyatakan bahawa BN merupakan rakan yang apabila berlaku kronisma bukan akan menghalangnya tetapi akan bertanya Untuk Saya Apa (USA)?