9 Jan 2009

Syed Hamid Wajar Sangat di "ISA"kan

Datuk Seri Abd Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri menyatakan majoriti rakyat masih mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat di semasa Majlis Bicara Tokoh: "Masih Relevankah ISA" anjuran Kementerian Dalam Negeri dan badan bukan kerajaan, Shah Alam Free Speech minggu lalu.

Dengan lagak memperkecilkan badan-badan NGO seperti SUARAM beliau menambah "kebanyakan suara yang menggesa supaya akta ini dihapuskan lahir daripada gerakan pembangkang dan juga badan bukan kerajaan seperti SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang keahliannya tidak seramai mana tetapi mencanangkan seolah-olah mereka mewakili suara seluruh rakyat Malaysia."

Namun persoalan kita yang pertama, kajian dan bancian mana dan bilakah yang menyatakan bahawa majoriti rakyat masih mahu ISA dikekalkan?

Kedua, apa hak Syed Hamid memperkecilkan NGO seperti SUARAM dengan menyatakan "keahliannya tak seramai mana sedangkan keahlian sedikit bukan bererti pandangan mereka tidak disokong oleh ramai penduduk di negara ini.


Syed Hamid kemudian dengan nada cuba meyakinkan bahawa ISA itu relevan menyatakan lagi:

"kedudukan mereka yang melalui proses tahanan ISA tidak terjejas kerana mereka bukan tahanan jenayah bahkan pengalaman mereka semasa tahanan mematangkan mereka dan menjadikan mereka ahli-ahli politik yang berjaya".

Jika demikian halnya tidakkah patut ornag yang sepatutnya ditahan di bawah ISA ialah pemimpin-pemimpin politik dari UMNO termasuk Syed Hamid sendiri kerana telah jelas bahawa pemimpin-pemimpin politik di dalam UMNO berpolitik secara tidak matang malah menggugat keamanan dan kesejahteraan negara!

Buktinya di dalam perebutan jawatan UMNO di peringkat bahagian dan cawangan berlaku insiden-insiden yang menggugat kesejahteraan negara dan paling MEMALUKAN ia berlaku di bahagian seorang yang bergelar Menteri Dalam Negeri yang bising-bising sangat tentang keadaan di tempat lain tetapi melupakan Kota Tinggi tempatnya sendiri yang kecoh sehingga berlaku beberapa insiden pergaduhan.



Ia melambangkan kelemahan dan ketidak-upayaan seorang ketua bahagian mengendalikan mesyuarat di bahagiannya sendiri sehingga timbul pergaduhan yang bukan kepalang dan lucunya ketua bahagian itu tidak lain seorang yang memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dimana keseluruhan anggota polis berada di bawah tadbiran kementeriannya!

Justeru itu dari sibuk cuba mencari salah orang lain dan kemudian cuba mengISAkan mereka, adalah wajar Syed Hamid selaku Ketua Bahagian UMNO Kota Tinggi ditahan dan dipenjara di bawah ISA supaya pengalaman ISA itu dapat (dalam bahasanya sendiri) "mematangkan beliau dan menjadikan beliau ahli-ahli politik yang berjaya".

Demikian secebis sketsa seorang pemimpin (meminjam bahasanya sendiri) "mencanangkan seolah-olah beliau mewakili suara seluruh" kabinet untuk menjustifikasikan penggunaan ISA yang primitif lagi draconian itu.




Berita TKOfm 9 Jan 2009

Mustafa Ali mendedahkan wujudnya sindiket memungut dan menyimpan Kad Pengenalan dengan bayaran RM500. Ungku Aziz letak jawatan Yang Dipertua ANGKASA kerana kecewa dengan bahawa siasatan berhubung penyelewengan wang dalam badan koperasi itu gagal diselesaikan, Peneroka Felda diugut oleh FELDA jika mereka mendedahkan penyelewengan.

Calon PAS, YB Abdul Wahid Endut menyatakan BN menggunakan 3M, Machineries, Media, Money di dalam Pilihanraya. YB Saifuddin Nasution ulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Wan Farid sebagai sahabat baik sang menantu.