15 Sep 2009

Anwar Kepada Najib Altantuya : Amarah Rakyat Tiada Penghujung

Pilihan raya ke 12 menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya menawan lima buah negeri di Semenanjung tanahair. Kemenangan demi kemenangan dalam pilihanraya kecil pasca PRU12 menguatkan lagi kedudukan gagasan kerajaan alternatif ini.

Namun seteru Pakatan Rakyat sentiasa merencana agenda merampas kembali tanah yang hilang dari genggaman mereka. Bermula dengan Perak, jentera Umno-BN menyusup masuk ke negeri-negeri lain khususnya Selangor - satu-satunya kerajaan yang diperintah pencabar utamanya, Parti Keadilan Rakyat.

Dalam satu ucapan beliau di Klang, Ketua Umum Anwar Ibrahim berkata PKR akan mempertahankan Selangor atas nama rakyat marhaen dari pencerobohan Umno-BN.

“Kita berterima kasih kepada rakyat, siapa jangka kita boleh pukul kuat sehingga tumbang kerajaan-kerajaan negeri termasuk di Selangor dan oleh kerana Selangor jatuhlah, maka pemimpin Umno dan Perdana Menteri sekarang, dia tidak lepas lagi marahnya.

“Negeri lain dia mungkin tidak marah, Kelantan, Penang ok tapi Selangor tidak. Saya hendak bagi tahu Datuk Najib, ya atau tidak? Boleh atau tidak? Bukan awak yang tentukan tetapi Selangor yang tentukan,” katanya.

Beliau turut memperingatkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar tidak membuat tindakan di luar batasan sehingga boleh membangkitkan kemarahan rakyat kerana amarah orang-orang kecil di bawah tidak berpenghujung.

“Okay, dia kata hendak rampas Selangor macam hendak rampas Perak. Najib, dengar abang kamu nak bagi nasihat, jangan kamu ingat boleh pisang berbuah dua kali, jangan kamu ingat boleh rampas Selangor sewenang-wenangnya.

“Kita akan bangkit dan kalau kamu buat begitu, kita akan bangun dan pertahan habis-habisan negeri Selangor, kita pertahan untuk apa? Kerana saya pertahan untuk elaun, saya hendak tanah, projek dan sekarang saya ketua PR, inilah peluang saya hendak dapatkan tanah di Selangor.

“Tapi itu bukan tujuan kita, kita larang Menteri Besar PR, Tan Sri Khalid, Ustaz Azizan, Tok guru Nik Aziz lagi la lebih-lebih kenal, Lim Guang Eng Pulau Pinang tidak boleh ambil,” katanya.

Anwar berkata bagaimana pemimpin Umno BN hendak menjadi pemimpin negara sekiranya kebanyakan mereka dipalit dengan pelbagai penyalahgunaan harta kerajaan dan kepentingan rakyat.

“Saya kata beza dia macam mana kita lihat negara kita. Umno kata dia Ketuanan Melayu, dia tolong Melayu. Saya hendak tanya mereka. AP sepuluh tahun berapa puluh billion.

“Angkat tangan siapa dapat Approved Permit? Tiada siapa pun yang dapat. Yang dapat siapa, bukan orang Melayu, bukan orang India atau orang bawah ni tidak tetapi pemimpin, isteri, anak, menantu dan kroni-kroni dia, kita kena sokong dia kerana apa, kerana tanah Melayu kita, kerana darah kita dan kerana keris kita, apakah ini semuanya,” katanya.

Melintang patah, membujur lalu, Anwar berjanji kepada rakyat Selangor bahawa PKR akan pertahan Selangor umpama menggenggam bara api.

“We will fight, we will never surrender, ” katanya. -TVA


Era Najib Altantuya : Dayasaing Malaysia Corot

Kerajaan Umno-Barisan Nasional sekali lagi mencatat reputasi memalukan apabila jatuh tiga takuk ke kedudukan 24 dalam Senarai Daya Saing Global yang diumumkan baru-baru ini.

Laporan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) untuk tahun 2009-2010 itu menunjukkan Malaysia semakin tertinggal dalam saingan menarik pelaburan berbanding negara jiran, Singapura yang naik ke tangga ketiga.

Antara faktor yang menjejaskan kemampuan Malaysia bersaing di persada ekonomi antarabangsa ialah kebimbangan yang semakin menular terhadap tahap keselamatan di Malaysia.

Kadar jenayah yang semakin meningkat dan potensi keganasan yang makin menyerlah menyebabkan Malaysia jatuh dari tangga 25 kepada 85 dalam indeks keselamatan yang membabitkan 133 negara.

Risiko keselamatan yang semakin tinggi menyebabkan pelabur dipengaruhi oleh keperluan kos yang lebih tinggi jika mereka menanam modal di Malaysia berbanding dengan negara lain di Asia.

BN pimpinan Najib Razak baru-baru ini melanjutkan kontrak Ketua Polis Negara Musa Hassan untuk tempoh setahun lagi, meskipun dikecam hebat oleh Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan kerana kadar jenayah yang semakin meningkat.

Turut membimbangkan ialah fenomena penyeludupan manusia dalam bentuk pekerja asing tanpa permit dan pelacur dari negara-negara seperti China yang semakin berleluasa sehingga dikecam oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Selain aspek jenayah yang meningkat, turut menjadi kebimbangan pelabur ialah defisit bajet yang meningkat pada 2008, merangkumi hampir lima peratus keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Menurut laporan itu, setiap petunjuk mengenai Malaysia menunjukkan aliran menurun sejak

2007, menyebabkan kedudukan Malaysia jatuh dari tempat ke 17 ke tangga 43 dalam masa dua tahun.

Switzerland menduduki tempat teratas dalam daya saing ekonomi global, menggantikan Amerika Syarikat yang jatuh ke tempat kedua.

Asia terus mempamerkan kedudukan kukuh dengan Singapura di tempat ke tiga dan Jepun ke lapan, manakala Hong Kong, Korea Selatan dan Thailand berada dalam senarai 20 negara yang mempunyai daya saing ekonomi terbaik.

WEF ialah institusi yang mengukur tahap produktiviti, dayatahan dan kekayaan sesebuah negara.

Organisasi ini menilai negara berasaskan 12 faktor termasuk infrastruktur, kestabilan makro ekonomi, kesihatan, pendidikan, makanan, kecekapan buruh, kewangan pasaran, teknologi, inovasi dan saiz pasaran.

Ukuran daya saing global sangat penting bagi panduan pelabur antarabangsa untuk membantu mereka membuat keputusan dalam pelaburan.

Negara-negara akan bersaing untuk menyediakan persekitaran saingan berasaskan faktor-faktor ini bagi menarik minat pelabur untuk membawa masuk modal mereka.

Pengerusi bagi ASLI- Pusat Kajian Dasar Awam, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata kebanyakan pemimpin membuat kesilapan dengan mengukur daya saing dari aspek ekonomi dan perniagaan sahaja.

Namun ujarnya, pendapat itu meleset kerana pelabur meletakkan nilai yang tinggi terhadap elemen sosio-ekonomi lain seperti kualiti hidup, hak asasi manusia, keselamatan, urus tadbir baik dan perpaduan rakyat.

Bekas Penasihat Bank Negara dan bekas Presiden Transparency International (Malaysia), Tunku Abdul Aziz Ibrahim sebelum ini berkata penggubal dasar perlu bijak menilai kekuatan ekonomi negara sebenar.

"Terdapat banyak faktor luaran yang mungkin bukan dalam kawalan kita, Tetapi dari segi dalaman, kita perlu melihat kekuatan kita, Adakah ia berdaya tahan? Kita perlu bekerja keras untuk menguatkan dayasaing kita dan menggunakan sumber negara dengan lebih efisien dan bukan bertindak sebaliknya," kata beliau. - Suara Keadilan

Era Najib Altantuya : Mahkamah Tetapkan 29 Sept SPRM Cabar Pekeliling Kerajaan Selangor

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini telah menetapkan 29 September untuk sebutan Peguam Negara (AG) mencabar pekeliling kerajaan Negeri Selangor, yang mengeluarkan arahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya boleh menyoal siasat pegawai kerajaan di Pejabat Kerajaan Negeri sahaja.

Peguam mewakili Kerajaan Negeri Selangor, Yusmadi Yusuf berkata, mahkamah telah menetapkan tarikh tersebut untuk sebutan dan mendapatkan salinan dokumen yang dimeterai untuk diserahkan kepada peguam Negara.

“Hari ini telah ditetapkan untuk sebutan diantara peguam Negara, kerajaan negeri Selangor dan setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, walaubagaimanapun satu permohonan balas daripada kerajaan negeri Selangor dan setiausaha kerajaan negeri mencabar dan untuk mengenepikan permohonan peguam Negara masih lagi tidak mendapat permohonan yang dimeterai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi.
Katanya, Penolong pendaftar, Mohd Hafizi Abdul Halim menetapkan tarikh tersebut bagi membolehkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menerima dan menyemak salinan dokumen-dokumen perundangan yang dimeterai.

“ Mahkamah menetapkan tarikh selanjutnya, iaitu pada 29 September, untuk sebutan dan pihak kami mendapat salinan yang dimeterai untuk diserahkan kepada peguam Negara,
“Mahkamah menetapkan tarikh tersebut memandangkan peguam Negara perlu menjawab permohonan kami seperti yang telah diserahkan pada 4 september, tapi masih menunggu salinan yang dimeterai oleh pihak mahkamah,” katanya.

Pertikaian tercetus apabila kerajaan Selangor mengeluarkan pekeliling No 4, 2009 pada, 28 Julai, di mana telah menetapkan pegawai kerajaan hanya boleh disoal siasat oleh SPRM di pejabat kerajaan negeri semasa waktu pejabat, dalam kehadiran peguam-peguam.

Arahan itu telah dikeluarkan selepas kematian setiausaha politik, Exco Selangor, Teoh Beng Hock, semasa sesi penyiasatan SPRM dalam dakwaan salah guna wang peruntukan kerajaan negeri.

Yusmadi, yang juga ahli parlimen Balik Pulau, berkata, ini adalah satu "perkara serius" kerana penyiasatan-penyiasatan SPRM akan melibatkan bukan sahaja wakil-wakil yang dipilih tetapi juga pegawai-pegawai syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, pegawai-pegawai perbandaran dan pegawai kerajaan lain.

“"It is the responsibility of the menteri besar to take care of the safety and welfare of all state government officers, especially in light of the Teoh Beng Hock case,"

Terdahulu, Abdul Gani, mencabar pekeliling, dengan memfailkan satu saman pemula di sini, pada 20 Ogos dalam satu percubaan untuk membatalkan pekeliling yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud.

AG, dalam afidavitnya, membantah pekeliling yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri sebagai terbatal dan tak sah kerana ia melanggar Seksyen 30(1)(satu) dan Seksyen 30(3)(satu) Akta SPRM 2009.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dalam afidavit jawapannya, berkata arahan itu telah dikeluarkan adalah dengan niat membantu penyiasatan SPRM.
Kerajaan Negeri Selangor mendakwa Peguam Negara tidak mempunyai hak di sisi undang-undang atau locus standi untuk memulakan prosiding bagi membatalkan pekeliling tersebut.

Kerajaan Negeri Selangor telah menfailkan satu permohonan untuk gagal saman pemula AG pada 4 September lalu.



Era Najib Altantuya : Kroni Rosmah Terima Projek Bas PLKN?

Sebuah syarikat milik individu yang mempunyai pertalian rapat dengan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Razak, dikatakan bakal diberi kontrak mewah membekalkan 400 unit bas untuk Program Khidmat Latihan Negara (PLKN).

Bas-bas itu dikatakan akan dimport dari China dan dijangka memintas kepentingan pengusaha bas tempatan yang setia menampung keperluan pengangkutan peserta PLKN, sejak ia dilancarkan pada tahun 2004.

Bas-bas itu dikatakan ditempah daripada syarikat Dong Feng di China dan akan dijual kepada kerajaan pada harga RM600,000 sebuah - hampir dua kali ganda berbanding harga asal.

Difahamkan, Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Najib mengarahkan Syarikat-syarikat Kaitan Kerajaan atau GLC untuk menyediakan dana kepada syarikat pembekal berkenaan untuk membawa masuk bas-bas terbabit dari China.

Ini kerana syarikat pembekal yang dikaitkan dengan isteri Najib itu hanya mempunyai modal berbayar RM2 pada masa ini tetapi akan mengaut keuntungan puluhan juta ringgit.

Bas 40 penumpang itu adalah mirip bas Syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL), yang beberapa ratus buah tersadai di Rawang dan Selayang.

Sumber-sumber memberitahu Suara Keadilan bahawa kerajaan akan memanggil tender rasmi untuk kontrak itu pada hujung tahun ini untuk memberi gambaran bahawa urusniaga berkenaan dijalankan secara telus.

Hakikatnya ialah segala keputusan mengenai kontrak itu sudahpun dibuat. Malah sebuah agensi perkapalan juga telah dikenalpasti oleh Kementerian Kewangan bagi menguruskan kerja-kerja logistik termasuk membawa masuk bas berkenaan dari China.

Sumber itu memberitahu Suara Keadilan, dana bagi pembelian bas berkenaan oleh syarikat terbabit akan dibiayai oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) atau lebih dikenali sebagai 'Prasarana'.

Sumber juga mendakwa, Prasarana telah 'diarah' oleh pihak atasan untuk menyediakan dana itu bagi membeli dan membekal bas berkenaan atas nama syarikat yang dikaitkan dengan Rosmah.

Prasarana adalah syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang didaftarkan pada 11 Ogos 1998 untuk mengambil alih projek-projek pengangkutan yang gagal, dengan kelulusan kerajaan.

Syarikat itu dipertanggungjawabkan untuk menyediakan sistem pengangkutan di Lembah Klang dan Pulau Pinang dan mengambil alih bebrapa syarikat pengangkutan lain seperti Sistem Transit Ringan LRT, PUTRA dan juga STAR.

Dalam pada itu, seeorang pengusaha pengangkutan yang berpengalaman dalam pembinaan bas berkata pemilihan bas buatan China menimbulkan banyak persoalan.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, bas buatan China mempunyai banyak masalah teknikal selain tidak efisyen manakala kos penyenggarannya tinggi.

"Kita boleh lihat sendiri apa yang berlaku kepada ratusan bas jenis sama milik Rapid KL yang tersadai hingga menjadi besi buruk di merata Lembah Kelang. Adakah kita mahu perkara yang sama berulang?" soal beliau.

"Bagaimana pula keselamatan atau kesejahteraan anak -anak muda kita yang bakal dihantar ke kem-kem PKLN di seluruh negara menggunakan bas-bas ini?" tambahnya. - Suara Keadilan



Era Najib Altantuya : Adun BN Salahguna Wang Peruntukan - SELCAT

Sekumpulan pegawai kerajaan di Selangor tampil mendedahkan wakil rakyat Umno-Barisan Nasional menghabiskan peruntukan sehingga RM10 juta ringgit dalam tempoh beberapa minggu sahaja bagi tujuan memenangi pilihanraya umum lalu.

Ada antara peruntukan itu diluluskan dalam masa hanya seminit, sebagaimana yang diakui oleh pegawai kanan Majlis Daerah Gombak Tahir Bujang.

Seorang lagi pegawai menjelaskan mereka terpaksa meluluskan peruntukan itu secepat mungkin bagi mengelak diambil tindakan oleh pucuk pimpinan Umno-BN.

"Bergantung kepada Adun berkenaan...kalau mereka mahu habiskan dengan segera. Kalau kita tahan, lain pula jadinya. Jadi kita kena luluskan secepat mungkin," kata Huzaini Samsi yang menjadi Pegawai Daerah Gombak sejak 2007.

Pegawai-pegawai berkenaan memberi keterangan pada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor minggu lalu.

Selcat menerima keterangan rasmi yang menunjukkan RM10 juta peruntukan prasarana Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Gombak habis digunakan oleh wakil rakyat Umno-BN untuk kempen pilihanraya umum pada 8 Mac tahun lalu.

Pengerusi Selcat Teng Chang Kim berkata, dana itu diluluskan Kerajaan Negeri untuk tahun 2008 tetapi dihabiskan dalam tempoh dua bulan sebelum pembubaran dewan negeri dan Parlimen.

“Keterangan dari Pegawai Daerah Gombak Huzaini Samsi adalah jelas: RM10 juta untuk setiap daerah bagi pembinaan prasarana itu diselewengkan untuk digunakan semasa pilihanraya umum 2008.

Bagi kami itu adalah satu penyalahgunaan kuasa dan dana kerajaan kerana kegunaannya lebih menjurus kepada kempen pilihanraya umum,” kata beliau.

Teng berkata, peruntukan RM10 juta itu sepatutnya dibentangkan di sidang Dewan Negeri bagi memastikan pengagihan dilakukan secara terancang, adil dan telus.

"Tetapi apa yang berlaku RM10 juta itu diberikan kepada setiap daerah sedangkan di bawah setiap daerah kawasan DUN adalah berlainan.

Contohnya di Gombak cuma ada lima kawasan DUN, Petaling ada 13 DUN, Klang ada sembilan DUN, jadi bererti peruntukan itu tidak diagihkan dengan adil dan saksama,” katanya.

Teng juga menyifatkan tindakan pejabat daerah meluluskan permohonan peruntukan tanpa menyemak butir program adalah tidak wajar kerana mungkin akan berlaku penyalahgunaan.

Pada 11 September lalu, Selcat memanggil Huzaini untuk memberi keterangan berhubung isu peruntukan enam DUN Barisan Nasional di daerah Gombak sejak dari Februari sehingga Mac.

Enam DUN itu adalah Batu Caves, Gombak Setia, Hulu Klang, Kuang,Taman Templer dan Rawang.

Hampir RM3 juta peruntukan habis dibelanjakan dalam tempoh satu bulan setengah, sebelum menjelang pilihanraya umum Mac tahun lalu dengan 888 permohonan.

Teng turut menerima pengakuan Tahir Bujang, bekas Ketua Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Gombak yang kini Ketua Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Sepang, bahawa ada permohonan diluluskan dalam masa seminit.

Teng terkejut dengan pengakuan itu.

“Saya keliru sekarang ini, berapa lama masa sebenarnya diambil untuk satu permohonan sehingga keluar cek? Dalam satu minit sahaja boleh selesai, sangat mengkagumkan. Tak semak dahulukah permohonan tu? Satu minit sahaja boleh siap?,” katanya.

Sesi kedua Selcat menyaksikan Pegawai-pegawai daerah di Selangor memberi penjelasan mengenai peruntukan setengah juta yang mereka habiskan dalam masa dua hingga tiga bulan pertama 2008.

Adun BN menerima RM500,000 manakala Exco menerima penambahan RM100,000. Daripada 56 Adun pada masa itu, hanya 54 saja menerima peruntukan itu manakala Adun pembangkang tidak menerima peruntukan kerajaan Khir Toyo.

Huzaini memberitahu Selcat bahwa wakil rakyat terbabit akan membelanjakan peruntukan mereka begitu cepat pada musim pilihanraya.

Huzaini berkata perbelanjaan bulanan selalunya sekitar RM20,000 hingga RM30,000 namun menjelang pilihanraya umum, wakil-wakil rakyat BN ini akan memanfaatkan sepenuhnya peruntukan itu.

"Keadaan yang luarbiasa berlaku menjelang pilihanraya kerana wang dibelanjakan sebanyak mungkin dengan cepat sekali," katanya.

Huzaini mendedahkan tidak ada mekanisme memantau tabiat berbelanja Adun-adun BN terbabit. - Suara Keadilan

Era Najib Altantuya : SKMM Bertindak Untuk Keselamatan Hishammuddin

Sikap agresif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat portal berita Malasysiakini berhubung klip video demo kepala lembu dilihat sebagai satu tindakan menyelamatkan maruah Menteri Keselamatan Dalam Negeri(KDN) Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang bertindak menyokong aktiviti perkauman kumpulan berkenaan.

Malaysiakini sebelum ini enggan menurunkan dua klip video berkenaan biarpun pihak SKMM mengarahkan akhbar web berpengaruh itu berbuat demikian.

Dalam satu daripada klip itu, Hishamuddin yang juga Naib Presiden Umno itu dilihat menyokong tindakan penunjuk perasaan itu mengheret, meludah dan memijak kepala lembu dalam cubaan memaksa kerajaan Selangor membatalkan pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23.

Hanya selepas dikecam hebat di blog-blog tempatan, Hishamuddin menukar nadanya dan berkata beliau kononnya tidak setuju dengan protes itu.


Tindakan Hisham itu disusuli dengan usaha bersungguh-sungguh SKMM mahukan Malaysiakini menurunkan klip video ulasan Hisham mengenai protes kepala lembu itu dan suntingan tunjuk perasaan itu sendiri.

Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK) Shamsul Iskandar Akin melabelkan tindakan SKMM ini bertentangan dengan prinsip asas penubuhan Cyberjaya yang memberikan kebebasan dalam penggunaan rangkaian internet di negara ini.

Beliau turut mengecam kenyataan yang dibuat oleh Hishammuddin kerana tidak peka terhadap perasaan rakyat.

"Hishammuddin juga telah mendedahkan mentaliti pemimpin Umno yang teruk dan tidak bertamadun dalam menilai reaksi masyarakat," jelasnya.

"Apa yang dikatakan olehnya ternyata bercanggah dengan konsep Satu Malaysia yang dicanang oleh sepupunya," tambah beliau.

Shamsul turut membidas sikap SKMM yang menjadi alat kerajaan bagi menyelamatkan Hishamuddin.

"Ini adalah satu tindakkan terdesak dan bercanggah dengan etika perkhidmatan awam yang matlamatnya menjaga kepentingan rakyat.

Sebelum ini seramai 12 lagi kakitangan Malaysiakini disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penerbitan video berkenaan.

SKMM dalam satu suratnya mendesak akhbar web itu menarik balik dua video: Temple demo: Residents march with cow's head (28 Ogos) dan Hisham: Don't blame cow-head protesters (2 Sept).

Beberapa NGO, termasuk di peringkat serantau, mengecam keras tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyiasat secara intensif sekumpulan besar wartawan Malaysiakini berhubung video demonstrasi membantah kuil Hindu.

Video itu merakamkan bantahan kira-kira 50 orang, dengan mengarakkan kepala lembu yang masih berdarah, di depan bangunan sekretariat kerajaan Selangor di Shah Alam, hujung bulan lalu, berhubung isu pemindahan kuil ke Seksyen 23.

Piagam 2000 Aliran, kumpulan pemantau kebebasan media dalam NGO berpengaruh itu, menyifatkan tindakan suruhanjaya itu sebagai mempersendakan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin untuk tidak menapis Internet.

"Tindakan secara metafornya membunuh pembawa mesej juga sangat tidak menyenangkan kerana ia bertujuan menakut-nakutkan wartawan yang sedar daripada melaporkan kebenaran tanpa rasa takut atau pilih kasih," kata penyelarasnya Dr Mustafa K Anuar dan Anil Netto dalam satu kenyataan.

Sementara Pakatan Akhbar Asia Tenggara (Seapa), dalam surat bantahannya kepada SKMM, pula menyifatkan siasatan itu sebagai satu bentuk "gangguan sewenang-wenangnya" terhadap Malaysiakini, dan sekali gus mencabuli hak bersuara dan kebebasan media.

"Seapa telah menonton video-video berkenaan, liputan Malaysiakini itu dan keadaan semasa, dan kami membuat kesimpulan bahawa Malaysiakini tidak membuat apa-apa selain melaporkan dua perkembangan berita yang sah," kata pengarah eksekutifnya Roby Alampay. - Suara Keadilan

Era Najib Altantuya : Ahli PKR Tanding Bebas Terlucut Keahlian

Ahli Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat Kota Lukut Shahrudin Abdul Hamid akan hilang keanggotaannya sekiranya dia bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali berkata tindakan berkenaan akan diambil kerana terdapat peraturan jelas bahawa individu yang bertanding tanpa mengikut keputusan parti akan hilang keanggotaannya.

“Sesiapa yang bertanding tidak ikut keputusan parti dia akan dilucutkan dari jawatannya.

Jadi kita tunggulah apa yang dia buat sebenarnya sebelum dia buat langkah jelas kita tengok dahulu lah.


“Mudah sahaja, kalau betul dia bertanding keanggotaannya akan dilucutkan kerana kita ada peraturan tentang hal itu,” katanya ketika dihubungi TV Antara.

Shahrudin semalam menawarkan diri sebagai calon bebas untuk bertanding dalam PRK Bagan Pinang.

Menurut Shahrudin hasrat beliau untuk bagi pihak PKR ditolak Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Negeri Sembilan Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Mengulas sama ada Shahrudin akan dipanggil Jawatankuasa Displin PKR, Syed Ali menyerahkan kepada PKR Negeri Sembilan untuk menyiasat mengenai perkara berkenaan.

“Itu kita serah kepada Negeri Sembilan untuk selidik tapi kalau dia bertanding juga dia akan dilucutkan keanggotaannya,” katanya.

Sebelum ini Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Sembilan sebulat suara menyatakan persetujuan supaya calon Pas bertanding dalam pilihanraya kecil berkenaan mengikut status quo pada PRU Mac 2008. -TVA

Era Najib Altantuya : Pemimpin UMNO BN Belum Sedar

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad juga berpendapat bahawa masih ada parti politik dan pemimpin yang belum sedar untuk menerima hakikat sebenar walaupun mengalami prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Tanpa menamakan parti dan pemimpin yang dimaksudkan, Dr. Mahathir berkata, parti dan pemimpin terbabit belum menyedari kekecewaan yang diperlihatkan oleh pengundi pada 8 Mac 2008.

"Apakah kekecewaan rakyat disedari oleh pemimpin dan parti-parti politik. Hingga kini tidak ternampak yang parti dan pemimpin sudah betul-betul sedar," kata beliau dalam blognya.

Dr. Mahathir berkata, ada ahli politik yang berpendapat jika dapat memegang jawatan Presiden parti, maka kemenangan mereka dalam pilihan raya sudah terjamin.

"Justeru, mereka ini berusaha untuk menentukan kemenangan mereka melalui penyingkiran ahli yang tidak menyokong mereka, mengguna wang untuk membeli sokongan atau mengguna apa-apa kuasa yang ada pada mereka untuk menyogok, menjanji sesuatu kepada yang akan menyokong atau mengugut.

"Hasilnya mereka menang dalam parti. Tetapi rakyat memerhati segala tindak-tanduk pemimpin dan ahli seperti ini.

"Apabila rakyat lihat perjuangan parti bukan lagi untuk rakyat; apabila mereka lihat rasuah dan ugutan yang menentukan kepimpinan, maka kepercayaan kepada parti dan pemimpinnya akan terhakis dan mungkin hilang lenyap," kata bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan bekas Presiden Umno ini.

"Rakyat tidak dapat membuat apa-apa, terutama apabila mulut rakyat tertutup. Demikian juga ahli parti. Tetapi apabila Pilihan raya umum diadakan maka rakyat sebagai pengundi akan nyatakan kekecewaan mereka," kata Dr. Mahathir yang bersara Oktober 2003.

BN mengalami prestasi buruk pada 8 Mac 2008.

Mesej yang sama telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-63, Sabtu lalu.

Najib mengingatkan semua pemimpin parti komponen Bn bahawa tidak guna menjadi popular di kalangan anggota-anggota parti sahaja tetapi tidak popular di kalangan rakyat, sehingga menyebabkan kehilangan sokongan rakyat.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, dalam sistem demokrasi berparlimen suara keramat ialah suara rakyat dan kuasa mutlak adalah di tangan rakyat dan mereka yang akan menentukan nasib BN dalam setiap pilahan raya umum.

Jumaat lalu, Dr. Mahathir berkata, MIC akan kehilangan sokongan daripada masyarakat India jika Datuk Seri S. Samy Vellu terus menerajui parti itu.

Tegasnya, MIC kini dilihat semakin lemah dan kekuatan parti itu tidak boleh dipulihkan semula jika Samy Vellu terus kekal sebagai Presiden.

Dalam tulisan terbaru blognya, Dr. Mahathir juga memberitahu, pemimpin-pemimpin parti terbabit masih merebut jawatan masing-masing dengan penggunaan cara-cara lama.

"Pembersihan parti tidak juga dilakukan. Pengamal politik wang masih diterima dan diberi tempat," katanya sambil menambah, ahli-ahli biasa parti tidak memprotes sikap lama diteruskan.

"Bahkan ramai juga ahli yang berpendapat apa salahnya menabur wang. Mereka juga akan dapat sedikit habuan.

"Apabila ramai rakyat sebagai pengundi sudah benci kepada parti kerana amalan rasuah dan bodoh sombong, janji pembangunan dan menabur wang tidak akan berkesan lagi.

"Ingatlah apabila kelebihan undi sedikit sahaja, kehilangan sokongan daripada sebilangan yang kecil rakyat pun boleh sebabkan kekalahan," katanya.


Makan Suap

1. Ada orang politik yang berpendapat jika dapat jadi Presiden parti maka kemenangan mereka dalam pilihanraya terjamin.

2. Justeru itu mereka ini berusaha untuk menentukan kemenangan mereka melalui penyingkiran ahli yang tidak menyokong mereka, mengguna wang untuk membeli sokongan atau mengguna apa-apa kuasa yang ada pada mereka untuk menyogok, menjanji sesuatu kepada yang akan menyokong atau mengugut.

3. Hasilnya mereka menang dalam parti. Tetapi rakyat memerhati segala tindak-tanduk pemimpin dan ahli seperti ini. Apabila rakyat lihat perjuangan parti bukan lagi untuk rakyat; apabila mereka lihat rasuah dan ugutan yang menentukan kepimpinan, maka kepercayaan kepada parti dan pemimpinnya akan terhakis dan mungkin hilang lenyap.

4. Rakyat tidak dapat membuat apa-apa, terutama apabila mulut rakyat tertutup. Demikian juga ahli parti. Tetapi apabila Pilihanraya Umum diadakan maka rakyat sebagai pengundi akan nyatakan kekecewaan mereka.

5. Inilah yang telah berlaku pada Pilihanraya Umum ke 12, 2008.

6. Apakah kekecewaan rakyat disedari oleh pemimpin dan parti-parti politik. Hingga kini tidak ternampak yang parti dan pemimpin sudah betul-betul sedar.

7. Yang merebut jawatan masih merebut dengan penggunaan cara-cara lama. Pembersihan parti tidak juga dilakukan. Pengamal politik wang masih diterima dan diberi tempat.

8. Ahli-ahli biasa parti tidak memprotes sikap lama diteruskan. Bahkan ramai juga ahli yang berpendapat apa salahnya menabur wang. Mereka juga akan dapat sedikit habuan.

9. Apabila ramai rakyat sebagai pengundi sudah benci kepada parti kerana amalan rasuah dan bodoh-sombong, janji pembangunan dan menabur wang tidak akan berkesan lagi. Ingatlah apabila kelebihan undi sedikit sahaja, kehilangan sokongan daripada sebilangan yang kecil rakyat pun boleh sebabkan kekalahan.


-Tun Dr Mahathir


Era Najib Altantuya : Aceh Luluskan Hukum Rejam Ke Atas Penzina

Ahli Parlimen di Aceh sebulat suara mengundi membenarkan penzina dihukum rejam hingga mati, beberapa bulan selepas pengundi menyingkir parti konsevatif daripada berkuasa.

Berbaki beberapa minggu saja sebelum kerajaan baru yang diketuai parti sederhana mengambil alih pemerintahan, puak konservatif yang masih menguasai Parlimen meluluskan undang-undang itu.

Apabila pengerusi dewan dengan 69 ahli itu bertanya sama ada rang undang-undang itu boleh diluluskan, mereka menjawab serentak: "Ya, boleh.".

Beberapa wakil Parti Demokrat yang bakal mengetuai kerajaan baru, menyatakan rasa kurang senang tetapi tiada sesiapa pun yang mengundi menentang rang undang-undang itu.

Kumpulan hak asasi manusia berkata undang-undang itu melanggar perjanjian antarabangsa yang ditandatangani Indonesia.

Beberapa pihak pula bercadang menentang undang-undang itu di mahkamah di Jakarta. - AP

Era Najib Altantuya : Bebas Kacau Daun Di Bagan Pinang

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Oktober depan bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila seorang anak tempatan di sini mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas.

Shahruddin Abd Hamid, 52, yang bekerja sendiri mengendalikan syarikat pengangkutan tampil membuat pengesahan akan bertanding atas tiket Bebas, sekali gus menyaksikan pertandingan tiga penjuru bersama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, dia mengambil keputusan bertanding selepas mendapat sokongan rakan-rakannya, selain memberi satu lagi alternatif kepada pengundi di DUN Bagan Pinang untuk memilih wakil rakyat mereka.

“Keputusan bertanding ini memang atas permintaan ramai, terutama selepas mendengar rungutan orang ramai mengenai bermacam-macam masalah. Sebab itu, saya sebagai anak tempatan terpanggil untuk bertanding sebagai calon Bebas,” katanya.

Beliau yang berkelulusan Diploma Pentadbiran di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) juga percaya pengalamannya selama 30 tahun dalam politik memberi kelebihan meraih sokongan ramai.

“Saya menyertai politik pada 1979 dan pernah menjadi Pengerusi Tetap UMNO Kota Lukut sebelum menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2004. Bagaimanapun, keputusan bertanding ini adalah atas individu dan tidak ada desakan mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui di kediamannya dekat Rumah Rakyat Pekan Lukut, Lukut, di sini, semalam.

Shahruddin berkata, antara manifesto bakal dibawa lebih kepada pembangunan pelancongan di Port Dickson yang didakwanya masih banyak kelemahan. -SH

Era Najib Altantuya : Menyanggah Pendirian Tn.Ibrahim

Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Ust Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, PAS yakin, walaupun kerajaan BN yang ada kini rapuh tetapi jika Pakatan Rakyat tidak berada di atas landasan yang betul, mereka tidak akan berjaya merampas kerajaan Pusat.

Menggunakan anologi kuih batang buruk, beliau berkata umpama kuih batang buruk adalah kuih yang rapuh, tetapi kalau mahu memakannya tetap perlu ada gigi.

Pendirian sedemikian adalah satu pendirian negatif yang dibawa oleh seorang yang bergelar pemimpin, yang kemudian menjadikan ia sebagai pendirian jemaah apabila beliau mengungkapkan "PAS yakin".

Adalah sesuatu yang amat mengecewakan masih terdapatnya pemimpin-pemimpin parti apatah lagi Parti Islam SeMalaysia yang mempunyai pendirian senegatif demikian.

Kita menjadi hairan apabila pandangan negatif yang dikemukakan oleh Tuan Ibrahim itu tiba-tiba hendak diproklamirkan sebagai pendapat PAS keseluruhan. Dan lebih menghairankan Tn Ibrahim tidak menjadikan kekalahannya sendiri di Pahang sebagai pengajaran.

Bagi mereka yang yakin dengan Allah, Pakatan Rakyat mampu untuk memenangi pilihanraya kecil atau umum malah mampu untuk merampas kerajaan Pusat. Kerana sekalipun syariat menentukan bahawa perlunya tanzim yang tersusun rapi namun hakikatnya kemenangan (pertolongan) itu datang dari Allah.


Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan (pertolongan) itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Al-Anfal : 10


Manusia gagal kerana di mindanya telah disumbatkan dengan perkara-perkara negatif sehingga terbentuklah hal yang negatif di dalam realiti kehidupannya. Mereka tidak yakin dengan kudrat dan iradat yang dikurniakan oleh Allah untuk mencapai kemenangan, lantas menjadi mangsa kepada syaitan yang membisik-bisik di hati mereka bahawa mereka "tidak boleh itu dan ini".

Minda separa sedar kita akan bertindak mengikut apa yang kita percaya dan apa yang kita letakkan di dalam tempurung kepala sebagai pendapat kita, dan minda separa sedar kita akan menterjemahkannya ke dalam alam kenyataan apa yang kita percayakan itu.

Maka akan menjadi rosaklah parti apabila pemimpin parti sendiri mempunyai pendapat yang begitu negatif sedangkan para ahlinya begitu bersemangan untuk berjuang mendapat kejayaan. Perjuangan dan usaha itu disia-siakan oleh pemimpin yang begitu kepalang negatifnya.


Sewaktu GB ditanya bagaimana kes di Manek Urai, bagaimana PAS boleh merudum undinya, GB katakan kerana PAS sendiri yang lemah bukan UMNO yang kuat. Negatif? Ya. Kerana adanya pemimpin parti di Kelantan yang menyatakan PAS mengagakkan kekalahan...

Kalau GB di sana sewaktu beliau bercakap GB akan katakan "hentikan percakapan yang kufur itu" kerana itu bererti anda tidak yakin dengan Allah, anda tidak yakin bahawa Allah Maha Berkuasa dia atas segala sesuatu (wahuwa 'ala kulli syai in qadiir). Maka sebab itu Allah kalahkan anda semasa bertarung sebagai Timbalan Presiden. Kerana jika anda menang, pendirian-pendirian negatif anda itu boleh menghancurkan jemaah.

GB telah banyak kali mengulas hal ini di radio GB.fm, tetapi malangnya tak ramai yang mendengar kerana ada yang berpendirian lebih baik dengar kuliah-kuliah ustadz daripada celoteh GB.

Bagi GB, untuk menang, kita perlu terus belajar untuk menang! Kita boleh melakukan jika kita fikir BOLEH. Jika kita yakin bahawa Allah menyertai kita.



"Dan kamu tidak (mampu melakukan) apa yang kamu kehendaki kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah". Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya). (Surah Al-Insan 76: Ayat 30)



Pakatan akan gagal tawan Pusat
Oleh Zukri Aksah

JERANTAUT, 14 Sept – PAS yakin, walaupun kerajaan BN yang ada kini rapuh tetapi jika Pakatan Rakyat tidak berada di atas landasan yang betul, mereka tidak akan berjaya merampas kerajaan Pusat.

Umpama kuih batang buruk adalah kuih yang rapuh, tetapi kalau mahu memakannya tetap perlu ada gigi, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi beliau, politik negara sekarang ini sedang diransang oleh perubahan dunia, yang terbaru ekoran tumbangnya Parti LDP yang sudah berkuasa melebihi setengah abad di Jepun.

BN juga boleh tumbang jika pergerakan perubahan ini tidak berhenti, sampai ia turut menggusarkan Tun Dr. Mahathir.

Tetapi bagi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, BN yang rapuh tetap tidak tumbang jika Pakatan Rakyat tidak berada di landasan betul dan tidak berkemampuan.

Tuan Ibrahim memperkatakan tentang ini bila mengulas akan kecenderungan rakyat mutakhir ini yang seringkali menolak kehadiran BN dalam siri-siri pilihanraya kecil pasca PRU12, yang terbaru di Permatang Pasir.

Perubahan kecenderungan rakyat ini juga dijangka akan berlaku dalam episod terkini pilihanraya kecil yang bakal berlangsung di Bagan Pinang, Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Bagi Tuan Ibrahim, keghairahan rakyat dalam berubah menolak BN bukan hanya kerana iklim politik dunia yang berubah, tetapi menjadi tambah deras arusnya kerana BN sendiri, terutama kerana tiga komponen utamanya iaitu Umno, MCA dan MIC sedang bergelut dengan masalah dalaman yang agak kritikal. Ia seakan menjadi tanda yang BN bakal dilanda bah besar dan karam.

Tambah Tuan Ibrahim, rakyat tidak lagi boleh ditipu yang parti seperti MIC sedang berhadapan dengan masalah serius kerana keegoan pemimpinnya sendiri, rakyat juga nampak MCA sudah menjadi zon perang sesama pemimpinnya.

Umno pula mereput dari akarnya, iaitu dari negeri-negeri, perhatikan kebelakangan ini, masalah kepimpinan yang berpanjangan bermula dari negeri-negeri yang dikatakan kubu kuat Umno seperti Terengganu dan Perlis.

Semua yang berlaku ini, ujar Tuan Ibrahim seakan menghantar isyarat kepada ahli dan penyokong BN agar meninggalkan parti yang sedang berada di ambang keruntuhan itu.

Namun, ini tegas Tuan Ibrahim tidak bermakna jika Pakatan Rakyat tidak berada di landasan yang betul dalam menuju ke PRU13 nanti, Pakatan Rakyat mesti ada keupayaan untuk memimpin dan memerintah.

Rakyat dalam keghairahan mereka mahu berubah, tetap akan melihat bagaimana Pakatan Rakyat bertindak di negeri-negeri yang sudah dikuasainya. Isu-isu seperti perobohan Kg. Buah Pala, pemindahan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam dan penutupan pusat penyembelihan khinzir di Alor Setar, Kedah sepatutnya diuruskan secara hemah dan cermat.

Tuan Ibrahim mengusulkan supaya isu yang pelbagai jangan dilayan secara sama. Isu sensitif seperti pemindahan kuil dan perarakan kepala lembu tidak seharusnya dibincang secara terbuka, kerana ia mampu menjemput sekali hati dan perasaan yang tidak terkawal, lebih teruk dari itu ia menjadi medan pencetus provokasi bagi diangkat sebagai bahan berita untuk dibekalkan kepada media-media arus perdana.

Dalam isu yang sama, Tuan Ibrahim bersetuju dengan keputusan menangguhkan sementara keputusan memindahkan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam itu.

Beliau risau, demonstrasi kepala lembu yang begitu sensitif dan menghina yang berlangsung secara haram tanpa gangguan dari FRU itu, seperti membenarkan telahan sesetengah orang bahawa wujudnya agenda besar di belakang para demonstran ini, iaitu mencipta suasana yang tidak tenteram di Selangor, yang akhirnya mewajarkan satu perintah darurat diisytiharkan di negeri itu.

Tuan Ibrahim berpesan agar pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor mengambil sejarah lampau di Kelantan sebagai iktibar.

Tuan Ibrahim juga dalam ulasannya mencadangkan supaya kelak dalam menghadapi isu-isu sensitif sebegini, jangan terlalu cepat melibatkan kepimpinan tertinggi negeri, kerana ia akan menyempitkan ruang membuat keputusan terakhir.

Masalah-masalah yang bersifat daerah memadailah ditangani dengan pengwujudan sebuah Jawatankuasa Khas, sekurang-kurangnya jika ia tidak selesai, ada lagi badan pembuat keputusan yang lebih tinggi yang boleh dirujuk.

Apapun, Tuan Ibrahim yakin, pengalamanlah ilmu paling berguna dan bermakna, yang tiada dalam kitab dan tidak diajar di mana-mana universiti.
- Malaysian Insider

Komen:

written by Aries, September 14, 2009
// JERANTAUT, 14 Sept – PAS yakin, walaupun kerajaan BN yang ada kini rapuh tetapi jika Pakatan Rakyat tidak berada di atas landasan yang betul, mereka tidak akan berjaya merampas kerajaan Pusat. //

Pas yakin bahawa PAS tidak yakin...PAS is sure that PAS is NOT CONFIDENT of taking over the central government...

That's the problem with PAS, because they have lots and lots of preconditions and internal differences on how to work with DAP and PKR, or just anybody else effectively in administrating the nation.

There is the religious issues. There is the issue of who should be given the top post. There are the many different versions of interpretation of edits or fatwas. The handling of a mundane beer matter that could be made into a national and controversial issue. There is the religious and moral policing issue, by-passing federal enforcement, etc., etc.

Even though the people across the board had given much support to the opposition AS A WHOLE, there is still tug of war by individual political party to lay claim to having harnessed greater influence and control.

Can't the opposition just speak with ONE voice? Can't the different political parties act and behave to fulfil the GREATER objective of serving the nation and its people to the best of their abilities and intentions?

No one should be greater than the others in a coalition. It is not a zero sum game. It is not even about who in the party is wielding more influence. The interest of the nation and her people supersedes everything else - including party ideology and interests.

Until and unless the leaders could accept such a stand, whatever grand designs they might have drawn up, or whatever amount of support the people might have given them, ultimately everything will not work to the desired ends.

The nation and the people will be disappointed and left disillusioned and cynical. Their aspirations and desires left unconsummated.

If such ends are obvious, why aren't leaders serious enough, sincere enough, determined enough, and responsible enough to do the right things?

What are the stumbling blocks? What are the drawbacks? What are the faults? What are the weaknesses? What are the problems?

Aren't leaders brave enough to confront them? Aren't the leaders intelligent enough to come up with brilliant and workable solutions? Aren't the leaders good enough?

The rakyat had better make their choices wisely. Else the future goes down with their wrong picks.


Era Najib Altantuya : PAS Sudah Ada Calon

PAS telah mengenal pasti tiga calon yang sesuai untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang yang akan berlangsung 11 Oktober ini.

Walau bagaimanapun, nama-nama tersebut hanya akan diumumkan apabila tiba masa yang sesuai kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ya, betul-betul. tapi kita belum buat apa-apa keputusan muktamad. Hari ini kita baru tahu hari penamaan calon, mungkin kita akan buat sebaik sahaja selepas beberapa hari kita akan buat keputusan muktamad untuk mengumumkan calon kita" ujarnya.

Namun apabila ditanya, sama ada calon PAS yang bakal bertanding adalah penduduk tempatan, Mahfuz berkata ianya masih terlalu awal untuk diputuskan.

"Saya rasa tak boleh nak katakan orang situ atau orang mana, yang pentingnya kita sudah dapat tiga nama. Kemudian kita akan buat satu survey untuk melihat tentang potensi untuk menang di kalangan calon yang dikemukakan kepada kita itu" tambahnya lagi.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohamad Noor, 54, daripada Barisan Nasional (BN) yang meninggal dunia pada 4 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini telah mengumumkan penamaan calon akan dibuat pada 3 Oktober depan manakala pilihanraya kecil dijangka pada 11 Oktober.

Pada Pilihanraya Umum ke-12, Allayarham Azman telah memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dengan mendapat 6, 480 undi dengan mengalahkan calon PAS, Ramli Ismail majoriti 2, 333 undi.

PAS bagaimanapun yakin dapat menawan kubu kuat BN itu sekiranya SPR turut memainkan peranan telus kerana sebahagian undi untuk kawasan tersebut datangnya dari undi pos.
Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Pusat sedia untuk menghantar satu memorandum kepada SPR untuk memansuhkan borang 2 pilihanraya di kalangan pengundi pos.

Ia bertujuan agar para pengundi tidak menghadapi sebarang ketakutan untuk mengundi parti pilihan kerana tiada pengecaman identiti boleh dibuat sekiranya borang 2 yang mengandungi maklumat peribadi dimansuhkan.



Era Najib Altantuya : Tuduhan Lompat Parti Satu Konspirasi Jahat

Umno Barisan Nasional yang semakin terdesak untuk merampas semula Negeri Selangor dari Pakatan Rakyat mula menggunakan taktik-taktik kotornya dengan menyebarkan khabar angin kononnya tiga ADUN Parti Keadilan Rakyat hilang sejak beberapa hari lalu.

Terbaru, penyebaran khabar angin menerusi email ini mengatakan ketiga-tiga ADUN yang hilang iaitu ADUN Batu Caves, Amirudin Shari; ADUN Bukit Melawati, M. Muthiah dan ADUN Kajang, Lee Kim Sin akan lompat parti.

ADUN Batu Caves Amirudin Shari (gambar) menafikan khabar angin ini dan melihat ia direka semata-mata untuk mengelirukan penyokong PKR.

Katanya propaganda berkenaan juga seolah-olah mahu menunjukkan kononnya kerajaan negeri semakin lemah.

“Ini semua kenyataan orang sakit otak dan kenyataan yang dibuat semata-mata untuk mengelirukan penyokong dan menimbulkan rasa syak kepada kalangan sahabat-sahabat dalam Pakatan. Sepanjang beberapa hari yang lepas SMS mengatakan saya hilang, saya katakan saya sibuk dengan program-program di Batu Caves.

“Saya nafikan benda-benda seperti itu kerana tiada sebab saya hendak hilang dan tiada sebab saya hendak lari,” katanya ketika di hubungi TV Antara.

Beliau turut menafikan M. Muthiah dan Lee Kim Sin hilang kerana kedua-duanya hadir bersama semua ADUN dalam pertemuan bersama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai taklimat peruntukan DUN dan pembinan kuil Seksyen 23.

Amirudin turut menyatakan keyakinan kesemua ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat masih tetap dengan perjuangan mereka dan tidak akan lompat parti melainkan pihak lawan menggunakan taktik jahat.

“Ini semua propaganda-propaganda yang dibuat untuk menunjukkan kerajaan Negeri Selangor lemah, tidak berupaya dan menimbulkan pergaduhan antara satu sama lain.

“Tapi bukan bererti kita tidak berjaga-jaga, kita tetap berjaga-jaga serangan musuh dan sebagainya dan kita tak mahu apa yang terjadi di Perak berulang kembali dengan taktik jahat dan sebagainya. Tapi kita yakin semua ADUN tetap dengan keputusan kecuali mereka main taktik jahat dan kotor,” katanya.

Sementara itu ADUN Bukit Melawati M. Muthiah menyifatkan khabar angin mengatakan beliau akan lompat parti adalah satu kenyataan bodoh dan beliau tetap dengan pendirian bersama PKR.

Menurutnya beliau yakin hasrat Umno Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat tidak akan berjaya kerana parti berkenaan gemar memainkan isu perkauman.

“Bukan saya itu perkara bodoh, mereka kata sahaja dan membuat huru hara. Mereka kata akan ambil alih Selangor tapi saya rasa mereka langsung tidak boleh ambil. Yang mereka kacau dan timbulkan beberapa isu antaranya isu perkauman yang hendak dimulakan ini semua taktik politik kotor Umno.

“Saya bukannya hendak keluar dari parti ini saya dari MIC masuk ke dalam parti ini saya telah hapuskan semua dari memori saya. Saya tidak mahu sampai saya mati pun saya tidak mahu masuk campur dengan mereka,” katanya.

ADUN Kajang Lee Kim Sin yang menafikan khabar angin berkenaan meminta rakyat Selangor dan penyokong Pakatan Rakyat tidak percaya dengan taktik kotor Umno Barisan Nasional kerana Kerajaan Negeri Selangor masih utuh.

“Tidak pernah ada orang berjumpa dengan saya semua ini khabar angin. Semalam kami ada mesyuarat negeri semua ada.

“Percaya kepada kerajaan negeri Selangor bahawa memang stabil memang tak ada seperti yang diwar-warkan oleh pihak BN dan semua ADUN berdiri teguh bersama Tan Sri (Abdul Khalid Ibrahim),”katanya.

Kim Sin turut menafikan dakwaan khabar angin berkenaan kononnya beliau akan lompat parti kerana beliau tidak lagi percaya dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak pernah, saya 100 peratus. Sejak reformasi lagi kita telah bersama dan kita akan teruskan reformasi sampai seluruh di reformkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pakatan Rakyat Selangor akan melancarkan serangan balas terhadap tindakan rakus Umno Barisan Nasional yang secara terang terangan menyatakan hasrat untuk merampas kembali negeri Selangor dari jajahan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata Pakatan akan mematahkan setiap serangan terdesak Umno Barisan Nasional yang ghairah memanipulasikan agensi kerajaan dalam usaha menjarah keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.

“Pimpinan Pakatan Rakyat sekali lagi mengulangi pendirian kita akan mempertahankan dan akan menyerang balas sekuat mungkin terhadap apa percubaan ganas untuk merampok dan merampas Selangor.

“Kita bermesyuarat panjang bersama Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor dan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tentang cara meneruskan usaha baik mereka, cara kita menghadapi serangan ganas Umno Barisan Nasional mempergunakan jentera kerajaan untuk mempersulitkan kerja Selangor,” katanya pada sidang medianya. -TVA



Era Najib Altantuya : Isu ADUN Pel Kelang, Khalid Akan Temui Beliau Segera

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menjawab beberapa persoalan mengenai permasalahan yang melanda Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.

Tan Sri Khalid yang ditemui dalam sidang media Pakatan Rakyat memberitahu, pihaknya masih lagi memantau keadaan Badrul untuk tindakan yang selanjutnya.

"Mengenai YB Badrul, ADUN Pelabuhan Klang kita masih lagi memantau keadaan beliau dan semalam saya berada di Klang, bersama-sama dengan Ketua Umum parti untuk majlis berbuka puasa dan juga ketua umum adakan majlis ceramah umum, kita harap Badrul hadir atas alasan-alasan tertentu" ujar Khalid.

Tan sri Khalid juga memberitahu, beliau bercadang untuk bertemu dengan Badrul Rabu ini untuk membincangkan [ketegangan] yang berlaku di Pelabuhan Klang.

Ujarnya, perbincangan itu nanti akan membincangkan kedudukan ADUN itu dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat di Pelabuhan Klang. Ditanya berkenaan dengan surat tunjuk sebab yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada Badrul, katanya Badrul telah membalas surat tersebut.

" Yes replied. Dia sudah menjawab dan antara alasan yang diberi termasuklah masalah sendiri. Maknanya masalah yang beliau hadapi. Beliau tidak dapat menjalankan tugas sebagai ADUN buat sementara ini tapi ini kita perlu bincangkan. Cuba atasi masalah tersebut" tambahnya.

Beliau juga turut diajukan soalan mengenai Badrul yang didakwa berkecil hati dengan pemerintahan Tan Sri Khalid, namun ini jawapan beliau.

" Saya tak tahu sama ada kecil atau besar tapi tanggungjawab beliau didapati masih belum dapat menjalankan tanggungjawab sepenuhnya. Jadi kalau ingin menjadi wakil rakyat, kecil hati atau besar hati tidak timbul" katanya.

Sebelum ini terdapat pelbagai spekulasi mengenai Badrul yang kononnya ingin lompat parti dan ada juga yang mendakwa beliau pernah ditangkap khalwat. Bagaimanapun, Badrul telah menafikan kenyataan tersebut.

Malah menurut Badrul beliau tidak pernah ditawarkan untuk melompat parti dan tidak pernah terfikir untuk berbuat demikian.



Era Najib Altantuya : Selangor Dengar Pandangan Rakyat Terhadap Isu Kuil

Kerajaan Negeri Selangor mengambil sikap mendengar pandangan rakyat dalam membuat sebarang keputusan terutamanya melibatkan isu sensitiviti perkauman.

Walaupun pelbagai taktik kotor dimainkan Umno Barisan Nasional bagi menghalang tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk memindahkan kuil di Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Exco Kerajaan Negeri Rodziah Ismail bersama Datuk Bandar Shah Alam Datuk Ramli Mahmud akan mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Kuil Seksyen 19 untuk membincangkan mengenai isu ini.

“Mereka akan mengadakan perbincangan seterusnya. Terdapat satu keadaan perbincangan yang sangat baik tetapi kita mesti memberi masa kepada mereka supaya dapat memperhalusi apa-apa yang perlu untuk satu keputusan yang baik dapat dibuat,” katanya pada sidang media Pakatan Rakyat.

Abdul Khalid berkata Exco kerajaan negeri akan meneliti hasil perbincangan berkenaan sebelum sebarang keputusan diluluskan.

Bagaimanapun, kerajaan negeri akan memastikan masyarakat di sekitar kawasan baru yang akan menempatkan kuil berkenaan akan juga dipanggil untuk mendapatkan persetujuan.

Isu kuil berkenaan mula timbul apabila segerombolan individu upahan Umno Barisan Nasional mengadakan demostrasi di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dengan mengheret, memijak dan meludah kepala lembu.

Usaha kerajan negeri mengadakan dialog bersama penduduk Seksyen 23 juga menjadi kecoh apabila beberapa ‘orang luar’ dan pihak yang terbabit dalam tunjuk perasaan berkenaan menimbulkan kekecohan.

Kuil itu berusia lebih 100 setahun. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat bercadang memindahkannya dari Seksyen 19 kerana ia terletak hanya 20 meter daripada kawasan perumahan. Tapak baru yang dicadangkan kerajaan BN di Seksyen 18 terletak di dalam kawasan perindustrian dan membahayakan nyawa penganut, manakala kuil yang dicadangkan Pakatan Rakyat di Seksyen 23 terletak di pinggir kawasan industri dan lebih 200 meter daripada kawasan perumahan. -TVA