30 Mac 2008

Cawangan MIC Dibubarkan, Bekas Ahlinya Serta Kelab Penyokong PAS

PAS terus diterima oleh masyarakat berbilang kaum di negara ini terutama daripada masyarakat India apabila akhbar TheStar melaporkan cawangan MIC Kampung Jebong MIC di kawasan Simpang Taiping telah dengan rasmi dibubarkan apabila 110 ahlinya keluar dari parti berkenaan untuk menjadi ahli "Kelab Penyokong PAS" (PAS Supporters Club).

Bekas Pengerusi Cawangan MIC berkenaan M. Muninathan, dengan ahli jawatankuasanya, menyerahkan borang permohonan kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang Roslan Shaharom malam tadi. (Gambar hiasan)

Roslan berkata kebajikan bekas ahli-ahli MIC berkenaan dan masyarakat India akan diberikan pehatian.

"Kami akan mengambil berat terhadap kebajikan kaum India kerana sebarang masalah yang menyentuh kaum India juga akan memberikan kesan masyarakat kaum lain," tambah beliau.

Di dalam PRU yang lalu, Roslan bin Shaharum dari PAS buat kali pertamanya berjaya di Bukit Gantang, Perak dengan menewaskan Bendahari Umno Malaysia (calon BN) iaitu Abdul Azim bin Mohd Zabidi dan calon Bebas Mohganan A/l P.Manikam dengan majoriti 1,566 undi. Calon PAS, Roslan memperolehi 20,015 undi manakala Calon BN memperolehi 18,449 undi dan calon Bebas hilang deposit memperoleh 872 undi.

Roslan berkata beliau amat terhutang budi dengan komuniti India di Taiping kerana diapati 95% daripada pengundi India di dalam Parlimen Bukit Gantang telah mengundi beliau.

Beliau juga menegaskan bahawa masyarakat di sini mempunyai sebab untuk merasa gembira kerana dua daripada 3 kerusi dewan undangan negeri di dalam parlimen Bukit Gantang dimenangi oleh Barisan Rakyat, dan kedua-dua ADUNnya -- Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Tai Sing Ng (Kuala Sepetang) -- telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri (exco) di dalam kerajaan baru Perak dibawah Menteri Besarnya Mohd Nizar Jamaluddin.

Samy Vellu Akan Lakukan Apa Yang Hindraf Telah Lakukan

Terkejut dengan kekalahan besar MIC di dalam pilihanraya yang baru lalu, Samy Vellu (yang juga kalah) kini mengambil langkah pro-aktif untuk memulihkan sokongan kaum India kepada MIC sebagai satu langkah penjenamaan semula MIC. Dengan nada suaranya yang lebih tegas (persis menyindir UMNO), beliau berkata beliau akan lakukan apa yang Hindraf telah lakukan.