26 Apr 2011

Manusia Paling Berkuasa Di Malaysia

Peguam Negara lebih berkuasa? Oleh Wira Arjuna

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan satu realiti – orang yang paling berkuasa di negara ini mungkin bukan Perdana Menteri.

Ini kerana Datuk Seri Najib Razak terpaksa meraih mandat daripada rakyat setiap lima tahun dan menjawab kepada Parlimen apabila perlu.

Orang yang tidak perlu berbuat demikian adalah Peguam Negara.

Jawatan itu kini disandang oleh Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau tidak perlu ke Parlimen, tetapi hanya ke pejabat Perdana Menteri dan hadir pada mesyuarat Kabinet untuk memberi nasihat dan penjelasan dari masa ke semasa.

Pejabat Peguam Negara di Malaysia mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan pihak mana yang perlu diheret ke mahkamah, yang mana boleh dilepaskan.

Peguam Negara juga berhak menentukan pertuduhan apa yang harus dikenakan terhadap seseorang, tidak kira jika pertuduhan itu menyimpang daripada laporan polis yang dibuat oleh pengadu.

Semalam, Ketua Pendakwaraya Yusuf Zainal Abideen mengesahkan kuasa mutlak pendakwaan di tangan Gani apabila beliau berhujah pada perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

azlanYusuf Zainal mengaku dalam laporan polisnya, pengadu Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau dipaksa melakukan hubungan seks itu.

Namun, Peguam Negara menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mendakwa Anwar atas tuduhan kononnya beliau dan Saiful melakukan seks luar tabii secara sukarela.

Kuasa mutlak

Yusuf memberitahu mahkamah bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa mutlak untuk mendakwa Anwar di bawah apa juga undang-undang.

Malah, mengikut Yusuf, sekali pun Saiful “menukar” ceritanya, ia tidak menjejaskan pendakwaan selagi ada “bukti” untuk menyokong tuduhan itu.

Begitu besar kuasa yang ada pada Peguam Negara. Persoalan yang lojik yang akan ditanya oleh rakyat adalah apa jadi dengan laporan polis Saiful bahawa beliau dipaksa melakukan perbuatan itu?

Bagaimana fakta penting ini boleh diketepikan begitu sahaja oleh Peguam Negara… jika benar motif utama beliau adalah menegakkan kebenaran semata-mata, demi memberi keadilan kepada pengadu dan tertuduh.

Namun persoalan ini tidak akan dijawab, kerana Peguam Negara tidak bertanggung jawab kepada Parlimen.

Tidak ada ruang untuk rakyat atau wakil rakyat memperinci hubungan Peguam Negara dengan Pejabat Perdana Menteri dan kaitannya dengan keputusan-keputusan pendakwaan yang dibuat.

Pada tahun 1994, Peguam Negara ketika itu Tan Sri Mohtar Abdullah mengambil keputusan untuk menggugurkan tuduhan rogol terhadap Tan Sri Rahim Thamby Chik atas alasan “kurang bukti” beliau melakukan jenayah itu terhadap gadis berusia 15 tahun.

Dipenjarakan

Sebaliknya yang didakwa adalah Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau dipenjarakan 18 bulan kerana mendedahkan perlakuan Rahim.

Tan Sri Mohtar adalah juga Peguam Negara yang bertanggungjawab untuk tidak mendakwa Rahim atas tuduhan rasuah RM40 juta, sekaligus menolak segala bukti-bukti yang telah dikumpulkan oleh Badan Pencegah Rasuah.

Jelas kuasa Peguam Negara adalah mutlak. Pejabat Peguam Negara menggunakan pertimbangan sendiri yang “rahsia dan agak istimewa” tetapi tidak menjanjikan ketelusan dan keadilan serta kesamarataan yang menjadi tonggak prinsip keadilan.

Rekod tiga Peguam Negara terakhir, Tan Sri Abu Talib Othman, Mohtar (kanan) dan Gani tercemar kerana cara mereka menggunakan kuasa-kuasa mutlak yang diberikan kepada mereka.

Mereka dilihat bersekongkol dengan pemerintah yang mahu menjayakan agenda sempit politiknya.

Contohnya peranan Abdul Talib (kiri) dalam pemecatan Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Salleh Abbas dan lima hakim lain pada tahun 1984.

Dalam kes Anwar, Gani menjadi sasaran utama kerana dituduh membawa pendakwaan yang rapuh dalam fitnah liwat pertama pada tahun 1998 dan ulangannya pada masa sekarang.

Rasanya tidak perlu menoleh terlalu jauh kebelakang untuk memperinchi rekod Gani. Dakwaan yang dibuat oleh Datuk Mat Zain Ibrahim, pengawai penyiasat polis dalam kes mata lebam Anwar bahawa Gani mereka-cipta bukti dalam kes Ketua Pembangkang adalah dalam pengetahuan umum.

Membekalkan pelacur

Anehnya, dakwaan-dakwaan itu tidak pula mengundang sebarang pendakwaan daripada Gani, walaupun ia memberi tamparan hebat kepada kewibawaan pejabat Peguam Negara,

Pada tahun 1998, peguam kepada Datuk S Nallakarupan, Manjeet Singh Dhillion mendedahkan Gani menuntut supaya Nalla merekacipta bukti terhadap Anwar kononnya Nalla membekalkan pelacur kepada Anwar.

Berikut petikan surat rasmi yang dihantar oleh Manjeet kepada Peguam Negara ketika itu Datuk Mohtar:

“That in exchange for a reduction of the present charge to one under the Arms Act he wanted Nallakaruppan to co-operate with them and to give information against Anwar Ibrahim, specifically on matters concerning several married women. Dato Gani kept changing the number of women and finally settled on five, three married and two unmarried.

That he would expect Nallakaruppan to testify against Anwar in respect of these women.”


Terjemahan: Bahawa sebagai syarat untuk mengurangkan tuduhan (daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri) kepada Akta Senjata Api beliau mahu Nalla memberi keterangan terhadap Anwar, khususnya membabitkan beberapa wanita yang bersuami. Datuk Gani mengubah-ubah jumlah wanita yang harus dinyatakan oleh Nalla dan akhirnya mahukan Nalla memberi keterangan supaya Anwar mengadakan hubungan dengan lima wanita, tiga yang bersuami dan dua lagi belum kahwin.

Meninggal dunia

Hanya Datuk Mohtar tahu kenapa beliau tidak mengambil tindakan terhadap Manjeet kerana membuat tuduhan begitu serius terhadap Gani.

Hanya Gani tahu kenapa beliau sendiri tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Manjeet ketika itu, mahupun sekarang.

Mohtar sudah pun meninggal dunia namun Gani masih hidup dan malah mempunyai lebih kuasa sekarang untuk mempertahankan kewibawaan dan keluhuran kerusi Peguam Negara yang diisandangnya.

Seseorang pengamal undang-undang, tidak kira sama ada pendakwaraya, peguambela atau hakim tidak boleh menghalalkan matlamat dengan apa cara pun.

Keadilan hanya boleh ditegakkan apabila pengamal undang-undang tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan tidak menjadi sebahagian daripada agenda politik mana-mana pihak.

Setiap tindakan yang diambil haruslah konsisten dan bebas daripada sebarang telunjuk pemerintah, jika tidak keluhuruan sistem undang-undang itu pasti tercalar dan ternoda sehingga sukar disucikan semula.

Apa yang jelas ialah pejabat Peguam Negara kini disifatkan sebagai cabang pemerintah yang begitu berkuasa dan kebal daripada perincian rakyat.

azlanTindak-tanduk Peguam Negara tidak boleh dipersoalkan oleh rakyat mahupun Parlimen.

Keruntuhan badan kehakiman mana-mana negara berakar umbi daripada keputusan-keputusan pendakwaan oleh Peguam Negara yang dicemari dengan pertimbangan politik kerajaan memerintah.

Malaysia tidak terkecuali daripada hakikat ini.

Begitu juga keluhuran sistem keadilan akan sentiasa terpelihara jika Peguam Negara melihat diri beliau sebagai penjawat awam (public servant) dan bukannya kakitangan kerajaan dengan maksud yang sempit.

Ulasan GB

GB telah lama bagitahu tentang Gani Patail ini. Di dalam satu tulisan GB pada Julai 2009 lagi GB menyatakan Malaysia sebenarnya diperintah oleh Peguam Negara yang berjaya memperbodohkan Perdana Menteri yang tidak tahu undang-undang iaitu Pak lah dan Najib. Petikan:


Malaysia dilihat di dalam banyak hal mengikut telunjuk Peguam Negara yang seorang ini yang nampaknya kian hari kian mencengkam untuk melaksanakan agenda-agenda yang hanya dia dan Allah s.w.t saja yang tahu.

Beliau sangat berkuasa di dalam menentukan apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak perlu dibuat oleh kerajaan sekalipun apa yang disampaikan sebenarnya hanya untuk kepentingan-kepentingan tertentu.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai manusia paling hina yang pernah dimiliki oleh negara. Beliau selama ini bertindak seperti beliau seorang Maharaja Paling Berkuasa, memperbodohkan Perdana Menteri dan kabinet serta rakyat seluruhnya dengan melepaskan perahsuah-perahsuah negara serta menakut-nakutkan hakim-hakim dengan bertindak sebagai Pendakwa Raya untuk meminta mahkamah supaya rakyat yang dipandangnya sebagai ancaman kepada pemerintah dihalang daripada diikatjamin.

Ingatkah lagi apa yang berlaku kepada Suwandi dan Azman yang dilokap selama sebulan di dalam kes Batu Burok di Mahkamah Kuala Terengganu satu ketika dulu, adalah hasil dari perbuatan terkutuk Peguam Negara ini.

Ghani Patail juga telah mencampuri urusan pelantikan MB terengganu dengan cuba mengugut Yang Di Pertuan Agong dengan kenyataan kononnya "proses pelantikan Menteri Besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh Undang-Undang sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu" untuk menyebelahi Perdana Meneri Abdullah Ahmad Badawi yang ingin Idris Jusoh dikekalkan sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU ke 12 baru lalu.

Maruah Malaysia yang tergadai ekoran kes Batu Putih adalah lantaran orang yang bernama Gani Patail ini yang mewakili negara di Hague yang pada ketika itu beliau telah turut membariskan anaknya yang baru lulus dari UiTM di dalam delegasi ke Hague iaitu Faezul Adzra Tan Sri Gani Patail.

Abdullah Ahmad Badawi tunduk kepada Singapura di dalam banyak hal seperti pembatalan jambatan bengkok adalah juga kerana Gani Patail ini dengan alasan negara akan menghadapi pelbagai masalah perundangan antarabangsa jika meneruskannya.

Krisis politik di Perak juga mendedahkan bahawa kesemua hakim-hakim yang ditentukan mendengar kes di mahkamah (Tinggi, Rayuan dan Persekutuan) ditetapkan oleh Peguam Negara.

Maka tidak hairan kesemua hakim Mahkamah Rayuan dan Persekutuan akan menterbalikkan keputusan-keputusan di mahkamah tinggi yang berpihak kepada mereka yang tidak disukai oleh pemerintah.

Justeru institusi kehakiman seluruhnya kini berada di dalam dalam cengkaman Peguam Negara.


GB kemudian sekali lagi menyatakan Gani Patail memang hebat. Dengan hanya memegang jawatan Peguam Negara, seluruh kuasa eksekutif di dalam genggamannya. GB sudah mengulasnya di SINI. Petikan:


Ulasan GB

Siapa paling berkuasa di Malaysia? Najib? Muhiddin? KPN?

Bukan!

Tetapi jawapannya ialah Tan Sri Abdul Gani Patail. Si Peguam Negara

Peguam Negara ini boleh menetukan siapa yang bakal didakwa dan tidak didakwa di mahkamah. Beliau menentukan hakim mana yang akan mendengar kes dan buat keputusan. Dia juga menentukan hukuman apa yang perlu dijatuhkan oleh sang hakim terhadap sesuatu kes. Hakim yang tak mengikut cakapnya akan ditukarkan mengikut sesuka hatinya. Dan kini beliau menentukan pula peguam mana yang perlu dibunuh kerjayanya.

Hebatnya juga manusia yang bernama Abdul Gani Patail di negara kita ini. Konspirasi liwat 2 adalah aturannya. Runtuhnya kerajaan PR di Perak hasil dari percaturannya di dalam menetapkan hakim-hakim mahkamah. Dan Najib akan terus dibebalkan lantarannya, malah kedudukan Najib dan Muhyiddin sendiri boleh digugat jika Peguam Negara ini mengkehendakinya. Kerana dia berkuasa menentukan fail kes apa yang hendak dibuka dan kes apa yang perlu ditutup. Ketua Polis Negara diperbodohkannya supaya ikut apa saja katanya.

Berdoa agar Gani Patail mati cepat. Tetapi dia sudah melatih bakal penggantinya. Yusof Zainal Abiden namanya. Pendakwa kes konpirasi liwat 2.

Jadi bagaimana mengatasi semua ini? Tukar kerajaan segera!

Nanti - kita harap mereka semua itu disumbatkan ke dalam penjara.

Kerana rakyat lebih hebat daripadanya. Dan tentulah Allah s.w.t terhebat daripada sekaliannya!







Cubaan NATO Bunuh Ghaddafi: Pejabat Gaddafi Musnah Dalam Serangan Udara

Tripoli: Pejabat pemimpin Libya, Presiden Muammar Gaddafi, di Tripoli musnah dalam serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) awal pagi semalam.

Seorang pegawai pemerintah Libya yang membawa wartawan melihat tempat kejadian di kawasan Bab al-Aziziyah itu, berkata 45 cedera dengan 15 parah dalam serangan itu.

Katanya, beliau tidak tahu sama ada terdapat mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan itu.

'Ia adalah cubaan membunuh Kolonel Gaddafi,' katanya.

Tidak diketahui di mana Encik Gaddafi berada semasa serangan itu.

Dalam serangan itu, sebuah bangunan yang menempatkan perpustakaan dan pejabat Presiden rosak teruk.

Bangunan kedua, di mana Encik Gaddafi menerima kedatangan pemimpin luar negara turut musnah.

Hanya dua minggu lalu, Encik Gaddafi telah menerima kedatangan delegasi yang dipimpin oleh Presiden Afrika Selatan, Encik Jacob Zuma, di dalam bangunan itu.

Delegasi itu telah menggesa agar satu gencatan senjata dikuatkuasakan segera dan dialog diadakan di antara para pemberontak dan pemerintah.

Mengulas serangan semalam, anak lelaki Encik Gaddafi, Encik Seif Al-Islam, berkata: 'Serangan para pengecut ke atas pejabat Muammar Gaddafi ini mungkin boleh menakutkan kanak-kanak tetapi kami tidak akan mengaku kalah dan kami tidak takut.'

Serangan ke atas pejabat Encik Gaddafi itu dilancarkan selepas askar pemerintah melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas bandar Misrata kelmarin, menyebakan sekurang-kurangnya 32 orang terkorban dan berdozen lain cedera.

Bandar yang didiami 300,000 orang itu dikepung oleh askar yang taat dengan Encik Gaddafi sejak dua bulan lalu.

Jurucakap pemerintah Libya, Encik Moussa Ibrahim, berkata serangan ke atas Misrata adalah sebagai tindak balas atas serangan pemberontak.

Beliau menegaskan sebahagian besar bandar itu masih berada di bawah kawalan pemerintah.

Salah seorang penduduk Misrata yang cedera, Encik Osama al-Shahmi, berkata askar Encik Gaddafi membedil bandar itu menggunakan roket.

'Mereka tiada belas kasihan. Mereka melancarkan serangan secara bertubi-tubi. Seorang orang di Misrata kini yakin bahawa diktator itu harus diguling,' katanya.

Sementara itu, di Washington, tiga anggota Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Dewan Senat menyeru agar lebih banyak usaha dilakukan untuk mengguling Encik Gaddafi, termasuk menyasarkan serangan udara ke atas sekutu rapatnya. -- AFP, AP, Reuters.




Siapa Si Perut Boroi Dalam Video Seks Itu Masih Jadi Tandatanya

Video Seks: Polis Akan Dedah 'Si Pelaku' Sekiranya Perlu

SUBANG: Polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan "si pelaku" dalam video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada umum sekiranya perlu, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.

"Siasatan masih lagi dijalankan. Apa jua perkara yang kita perlu dedahkan kepada umum kita akan dedahkan, yang mana perkara yang tak perlu kita dedahkan kita tak perlu dedahkan.

"Bagi pihak kami (polis) siasat dahulu, apabila sampai masanya polis akan beritahu siapa pelakunya dan kita masih siasat kes ini di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah)," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah dari seluruh negara di sini Selasa.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, timbalannya Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Ditanya mengenai sebab Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan, Khalid menegaskan bahawa ia merupakan prosedur biasa dalam melengkapkan kertas siasatan sesuatu kes.

"Kita dah siapkan kertas siasatan itu, sudah tentu kita akan hantar kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara. Sekiranya dia (Peguam Negara) melihat terdapat perkara-perkara yang belum jelas pada kertas siasatan itu ianya akan dipulang semula kepada kita.

"Dengan ini kita akur dengan apa jua arahan yang diberikan pada kita. Ini proses biasa dan kemungkinan kita akan serahkan semula kertas siasatan kepada Peguam Negara minggu ini," katanya.

Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.

Mengenai perkembangan kes kematian pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur, Khalid berkata Peguam Negara masih meneliti kertas siasatan yang telah diserahkan pada Jumaat lepas.

"Kita masih lagi menunggu beberapa laporan-laporan dari pakar yang belum siap sepenuhnya sebelum Peguam Negara boleh buat keputusan," katanya.

Mesyuarat pada Selasa membincangkan mengenai perkara-perkara baru dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk cara menyelesaikan siasatan kes dan mengesan saksi.- BERNAMA


Polis mahu lindungi 3Boroi, usaha kenakan DSAI - Shamsul

KUALA LUMPUR: Pihak polis sekali lagi berdolak-dalik dalam isu video seks palsu, apabila mengeluarkan kenyataan yang menjurus usaha untuk mengenakan tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terbaru, kenyataan polis yang diumumkan Timbalannya yang baru dilantik, Datuk Khalid Abu bakar bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan pelaku yang didakwa mirip Ketua Pembangkang itu.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pendirian polis itu dilihat cenderung menyebelahi Trio Datuk T, sedangkan polis telah membuat kenyataan untuk menyiasat ketiga-tiga saspek tersebut sebelum ini.

“Apakah mereka mempunyai keistimewaan? Daripada pemerhatian kita, setiap kali Rahim dan yang lain mengeluarkan kenyataan, ia ‘disambut’ oleh pihak polis, sama ada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah atau pun Timbalannya.

‘Perkara ini adalah percubaan kepada keadaan untuk membina persepsi di kalangan orang ramai, sedangkan kes tersebut masih dalam siasatan. Ini menguatkan hujah kita bahawa dari awal lagi kes ini jelas bermotif politik.

“Apa yang kita lihat, kenyataan polis seolah-olah mengugut pengadu (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” kata Shamsul kepada Keadilandaily.

Menurut Shamsul, polis menerusi Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah, 18 April lalu mengesahkan kemungkinan untuk mengenakan tindakan terhadap Datuk T kerana kesalahan mengedar dan menayang video lucah- mengikut seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Bagaimana pun, sehingga kini Trio tersebut yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Ahli Perniagaan Datuk Eskay Shazryl Abdullah dan bendahari Pribumi Perkasa, Datuk Shuib Lazim, masih belum dikenakan tindakan.

Dalam pada itu, Shamsul mempersoalkan kenyataan polis yang tidak konsisten, apabila mendedahkan kepada media mengenai maklumat separuh masak yang mengelirukan orang ramai.

Dalam laporan Berita Harian bertarikh 21 April 2011, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata, video tersebut dianalisis oleh sebuah agensi penyiaran yang tidak dinamakan dan kononnya berpangkalan di Korea Selatan.

Manakala pada hari ini, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin seperti dilaporkan Bernama memaklumkan, video tersebut dianalisis oleh pakar tempatan.

“Yang mana satu sebenarnya? Kenyataan yang dikeluarkan oleh polis tidak konsisten dan mengelirukan.

Dalam hal ini, wujud dua set undang-undang. Satu untuk Barisan Nasional dan satu lagi untuk Anwar Ibrahim.

Malah kata Shamsul, keterangan yang diberi Eskay sebelum ini, juga bercanggah dengan kenyataan yang dibuat pihak polis.

Antaranya Eskay memaklumkan bahawa kejadian tersebut membabitkan seorang pelacur warganegara China di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Manakala pihak polis pula menyatakan pelaku wanita dalam video seks tersebut adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta dan ia dirakam di sebuah kondominium di ibu negara.

“Polis sepatutnya meneruskan siasatan terhadap ‘Trio Datuk T’, bahkan sehingga hari ini, laporan Qazaf terhadap mereka bertiga telah dibuat. Namun tiada sebarang tindakan diambil.

“Ini adalah percubaan Barisan Nasional untuk meneruskan siri-siri serangan terhadap Anwar. Selepas kes fitnah liwat gagal, kini mereka bersiap sedia untuk memulakan serangan terbaru,” ujar Shamsul. -keadilandaily


Nyaris Maut Terkena 'Hujan Asid'

Marang - Seorang kakitangan sebuah syarikat penyelenggaraan nyaris maut selepas terkena 'hujan asid' menyebabkan jaket, baju serta seluar dalam yang dipakainya hancur dalam kejadian di sebuah kilang baru-baru ini.

WAN KOMSAH WAN AHMAD mengelap tubuh suaminya, Mohd. Riza yang cedera selepas menjadi mangsa kebocoran asid ketika bekerja di sebuah kilang kimia di Kemaman pada 17 Mac lalu.

Insiden berlaku apabila paip asid untuk pemprosesan produk di kilang tersebut bocor ketika kerja-kerja menguji ketahanan paip berkenaan dilakukan oleh Mohd. Riza Jaafar, 35, bersama dua lagi rakannya.

Menurut Mohd. Riza, kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi pada 17 Mac itu berlaku ketika dia baru hendak memulakan kerja di sebuah kilang bahan kimia di kawasan perindustrian Teluk Kalong, Kemaman.

Katanya, secara tiba-tiba paip saluran asid di situ pecah dan terus mengenainya menyebabkan dia segera menyelamatkan diri.

"Apabila saya sampai bawah saya dapati saya sudah berbogel sebab semua pakaian saya sudah hancur dan yang tinggal hanya topi keselamatan, cermin mata dan kasut.

"Selepas itu saya terus mencari paip air dan mandi sebab tidak tahan sakit," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Tanjung, Bukit Payung dekat sini semalam. -kosmo

Artis Tinggal Serumah, Bilik Lain-lain Kerana Cemburu Suami Papah Menantu

Pelakon, isteri dinasihat kaunseling

Shaharuddin Tambi (kiri) dan Nor'aini Muhammad.

KUALA LUMPUR: Isteri pelakon Shaharuddin Tambi mengemukakan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam, atas alasan tidak wujud persefahaman dalam perkahwinan mereka yang dibina hampir 33 tahun lalu, selain mendakwa tidak mendapat pembelaan sewajarnya sebagai isteri.

Plaintif, Nor’aini Muhammad, 51, berkata demikian ketika ditanya Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin, berhubung permohonannya itu terhadap Shaharuddin (defendan), 54, dan memberitahu mereka masih tinggal serumah tetapi berasingan bilik, antara dua atau tiga tahun lalu.

Nor’aini berkata, hubungannya dan suami selalu tidak menentu selain banyak bersabar dengan perbuatan defendan termasuk yang terbaru membabitkan kes antara anak dan menantu mereka.

Menjawab dakwaan itu, Shaharuddin berkata, “Demi Allah, saya tidak ada niat nak bercerai.”

Katanya, dakwaan isterinya tidak mendapat pembelaan sewajarnya berdasarkan kepada tindakan beliau membantu menyelesaikan pergaduhan kes anak lelaki dan menantu mereka, baru-baru ini.

“Saya ingin menyelamatkan suasana dengan memarahi anak lelaki kami supaya lebih bertanggungjawab. Waktu itu menantu menelan lima pil tekanan dan apabila ditegur beliau telan lima lagi sehingga lemah dan terjatuh.

“Saya dan anak memapah menantu saya itu dari tingkat lima untuk dibawa ke hospital menyebabkan isteri saya mendakwa saya lebih mengutamakan menantu kerana apa yang menantu saya hendak beliau akan dapat, ”
katanya.

Shaharuddin yang kini berlakon dalam filem Ratu The Movie berkata, isterinya mengalami perubahan emosi ketara selepas menjalani pembedahan barah rahim bagi mengelakkan penyakit pada peringkat bahaya itu merebak sehingga menjejaskan kesihatannya.

Katanya, doktor yang merawat isterinya sudah menasihatkannya supaya bersabar dengan emosi pesakit yang akan berubah-ubah dan perkara itu sememangnya berlaku, berkemungkinan emosi terganggu sehingga mendesaknya untuk bercerai.

Shaiful Azli kemudian menetapkan 15 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi memberi peluang kepada pasangan itu mendapatkan khidmat kaunseling sebelum memutuskan sama ada meneruskan permohonan bercerai atau tidak.

“Saya syorkan kedua-dua menghadiri kaunseling di pejabat agama. Sayang rumah tangga dibina lama runtuh. Sepatutnya pada usia tua kamu perlu beribadah, bercuti dan menjaga cucu bersama-sama, ” katanya.

Pasangan itu bernikah pada 25 November 1978 dan dikurniakan tiga anak. Sebelum ini, mereka pernah bercerai pada 7 Ogos 1984 sebelum rujuk semula keesokannya. -BhH

Utusan & Perkasa Bantu PR Runtuhkan BN

MCA: Perkasa, Utusan hakis sokongan Cina BN

Ketua Publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie mendakwa Utusan Malaysia dan Perkasa yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan sokongan masyarakat Cina sejak 2008.

Oleh itu beliau juga menggesa Kementerian Dalam Negeri agar mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana mengesyorkan gelombang “1Melayu, 1Bumi” yang mana disokong Perkasa walaupun ditolak penaungnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Heng memberitahu The Malaysian Insider bahawa akhbar milik Umno itu secara berterusan menerbitkan artikel yang bersifat perkauman dan ia akan memberi kesan kepada perpaduan negara.

“Kami fikir jika ia satu trend, yang diamalkan Utusan (Malaysia), ia bukan hanya akan menyebabkan parti masyarakat Cina terutamanya dalam BN tetapi juga kepada perpaduan negara. “Lantaran itu, kami harap menteri peka dalam hal ini dengan mengambil tindakan untuk melindungi kepentingan rakyat dan negara,” kata beliau.

“Saya rasa perkara ini sudah berlanjutan terlalu lama, dan kami tidak (mungkin) ada keputusan 8 Mac (pilihan raya umum 2008) atau pilihan raya Sarawak di mana BN kalah di kawasan pengundi Cina,” katanya merujuk kepada pilihan raya umum 2008 dan terbaru pilihan raya negeri Sarawak.

Utusan Malaysia meminta Umno supaya menggerakkan gelombang “1Melayu, 1Bumi” yang melibatkan semua parti Melayu, dan mendakwa DAP berniat untuk menjatuhkan kepimpinan negara.

Jumaat lalu, Timbalan Ketua Publisiti MCA Loh Seng Kok mengingatkan gerakan “1Melayu, 1Bumi” yang disyorkan akhbar harian berbahasa Malaysia itu akan mewujudkan suasana kurang senang di kalangan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi menegur Loh kerana mempertikaikan akhbar itu dan memberitahu pemimpin MCA itu agar bekerja lebih kuat untuk mendapatkan semula sokongan pengundi yang terjejas sejak pilihan raya umum 2008.

Di Perak, Perkasa juga mengecam MCA kerana meminta agar Utusan Malaysia diboikot, dengan mendakwa parti itu cuba meraih semula sokongan masyarakat Cina.

Semalam Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berkata Utusan Malaysia adalah suara bagi orang Melayu.

Heng bagaimanapun berkata Utusan Malaysia perlu menghentikan daripada menerbitkan artikel bersifat perkauman.

“Ini masa terbaik untuk mereka membetulkan kedudukan mereka... atas nama semangat patriotik jika semua orang sayangkan Malaysia apa sahaja yang kita buat atau kata, kepentingan negara paling penting,” katanya.

Beberapa pemimpin kerajaan juga cuba untuk tidak terlibat dengan syor akhbar itu minggu lalu, dengan mendakwa pandangan itu dikemukakan atas dasar peribadi editor Utusan Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata syor akhbar berbahasa Melayu itu tidak akan menghalang beliau meneruskan komitmen melaksanakan konsep 1 Malaysia.

Dr Mahathir juga menentang cadangan itu sambil menyifatkan ia akan menjadi lebih “malapetaka” jika dilaksanakan.

Heng yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata sudah tiba masa Perkasa dan Utusan Malaysia bertanya kepada diri sendiri mengapa BN kehilangan sokongan masyarakat Cina.

“Sebab utama ia disebabkan mereka (Perkasa dan Utusan Malaysia), semua institusi termasuk NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang bersifat rasis dan juga media menyebabkan masyarakat Cina marah.

“Jadi sekarang kita fikir institusi seperti Perkasa dan Utusan Malaysia yang menuduh orang lain, mereka perlu tanya kepada diri sendiri adakah mereka menyumbang kepada perpaduan negara? Sudah tentu tidak,” katanya. -TMI



PERKASA berdemo di depan ibu pejabat MCA

Kira-kira 50 anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berhimpun di depan ibu ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur kerana membantah gesaan parti itu supaya memboikot Utusan Malaysia.

Mereka melaungkan slogan "Hidup Melayu", "Hidup Utusan Melayu" dan bertakbir selain membawa poster bertulis "MCA jangan main api".

Menganggap akhbar itu sebagai pembela orang Melayu, Setiausaha PERKASA Syed Hassan Syed Ali berkata perhimpunan itu diadakan kerana MCA terus menyentuh sensitiviti kaum itu.

"MCA tidak pernah berhenti mendesak... Kalau teruskan dia akan terima padahnya.

"Kalau sentuh sensitiviti orang Melayu, kita sanggup tidak sokong mereka lagi," kata Syed Hassan kepada pemberita selepas perhimpunan ringkas sepuluh minit.

Sebelum itu, pihaknya juga menghantar "notis amaran empat perkara" kepada pemimpin tertinggi MCA yang kandungannya tidak didedahkan kepada media.

Notis berkenaan diterima oleh seorang setiausaha kepada Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.

Sementara itu, sekumpulan pemimpin PERKASA yang diketuai bekas ketua pemudanya Arman Azha Abu Hanifa turut berkumpul di hadapan pejabat DAP nasional di Pudu, Kuala Lumpur.

Difahamkan, kumpulan berkenaan mengedarkan naskhah akhbar Utusan Malaysia secara percuma kepada individu yang keluar masuk ke bangunan berkenaan. -mk


Ulasan GB

Kepada Utusan, teruskan siar artikel dan tulisan yang menjulang perjuangan perkauman sempit UMNO. Kerana ia akan terus menyemarakkan penentangan kaum-kaum lain.

Kementerian Dalam Negeri nampaknya lebih utama dan sayangkan Utusan daripada perpaduan kaum di negara ini. Pun teruskanlah.

Supaya cepat sikit BN tumbang. Sememangnya pun BN sedang di era kehancuran.


10 Jari Manusia Dikerat Cantik Ditemui Di Tepi Landasan Stesen Kuang

Kuala Lumpur: Seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang sedang memeriksa trek kereta api terkejut apabila menemui 10 jari manusia dalam sebuah beg plastik berhampiran Stesen Kuang, dekat sini hari ini.

Sharudin Manaf dilaporkan menemui jari-jari tersebut dalam sebuah beg plastik berwarna putih kira-kira pukul 10 pagi, kata Ketua Polis Daerah Gombak ACP Rahim Abdullah kepada Bernama, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Turut ditemui dalam beg plastik itu ialah pita pelekat berwarna hijau, manakala sehelai baju berwarna hitam berbelang putih serta seluar panjang hitam ditemui berhampiran beg plastik tersebut, katanya.

"Cap jari itu akan dirujuk segera ke Sistem Cap Jari Automatik Malaysia (MAFIS) untuk mengenalpasti butir-butir mangsa," kata beliau.

Rahim berkata, perlakuan jenayah itu dipercayai dilakukan kurang dari tempoh 24 jam.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan jari tersebut agar tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - BERNAMA


Misteri 10 jari dikerat 'cantik'

GOMBAK - Kejam! Perbuatan penjenayah terhadap mangsanya semakin sukar dijangka dengan kes terbaru polis menemui 10 batang jari seorang lelaki yang dikerat 'cantik' dibuang atas landasan kereta api berhampiran Taman Sri Putra Emas, Kuang di sini semalam.

Kesemua jari yang dibungkus di dalam beg plastik berwarna putih itu ditemui pada pukul 9.55 pagi oleh pejalan kaki sebelum memaklumkannya kepada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Difahamkan, jari tersebut telah dilemparkan dari atas Jambatan Jintan tepat ke atas landasan iaitu di Kilometer 363 dari Butterworth ke pekan Kuang.

Siasatan awal polis mendapati, kesemua jari berkulit gelap tersebut diikat menggunakan pita pelekat sebelum dikerat serentak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika itu pekerja KTMB terbabit hanya menyedari lima batang jari di dalam beg plastik tersebut.

Bagaimanapun katanya, selepas diperiksa, polis mendapati terdapat lima lagi jari yang disyaki dikerat dari dua belah tangan milik seorang lelaki.

"Kita turut menemui sehelai baju T berwarna hitam berbelang putih dengan kesan darah dan sehelai seluar slack," katanya ketika dihubungi di sini semalam. -kosmo



Pengajaran Untuk Si Perut Boroi Datuk T

Kuala Lumpur - Seorang ahli perniagaan terpaksa menerima hakikat mengalami kecacatan kekal pada bahagian perut apabila 30 suntikan kosmetik yang diambilnya untuk mengurangkan boroi akhirnya membawa padah.

Lelaki berusia 30-an itu tidak menyangka kesemua suntikan tersebut yang diambil dalam masa sejam bukan sahaja mengakibatkan kulit perutnya menjadi merah malah tidak selesa dan akhirnya bertukar menjadi parut kekal.

Segala-galanya bermula apabila mangsa diperkenalkan kepada ejen produk kecantikan tersebut menerusi seorang rakan pada tahun 2009. -kosmo



Perut bengkak cuba pelangsing

KUALA LUMPUR: Akibat termakan pujuk rayu seorang kenalan untuk meraih keuntungan dengan menjadi ejen produk pelangsingan badan, seorang lelaki yang yang mencuba produk itu terlebih dulu untuk melihat keberkesanannya menerima padah apabila terpaksa menanggung kesakitan lebih enam bulan

Tindakannya mencuba dulu cecair produk pelangsingan badan itu menyebabkan dia mengalami bengkak di perut dan menyakitkan setiap kali bergerak.

Lebih teruk lagi, bahagian yang bengkak itu mengeluarkan nanah serta cecair berbau busuk.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Chen, 30-an, berkata pada mulanya dia enggan menjadi ejen produk terbabit kerana kurang percaya akan memberi pulangan lumayan tetapi selepas dipujuk berkali-kali, dia mengambil keputusan mencuba produk bakal dijualnya itu bagi melihat kesannya. -hm


Ulasan GB

Kes perut boroi ini sensitif sedikit. Ia dikaitkan juga dengan si perut boroi di dalam video seks yang ditayangkan oleh Datuk T.

Jangan pula apabila mengetahui hal sebenar perut Anwar tidak boroi dan telah tahu kesilapan besar mereka, maka si perut boroi dalam video seks itu cepat-cepat mengambil pil pelansing untuk membuktikan perutnya tidak boroi apabila nanti dipanggil untuk kawad cam bagi menentukan siapa pelakon sebenar di dalam video berkenaan.

Sekali imbas macam kenal saja jantan berperut boroi itu. Jangan sampai nanti terburai tuala yang membalut perut boroinya itu.


Mohd Sabu Tawar Diri Sebagai Timbalan Presiden - Pandangan GB.

Mat Sabu tawar tanding jawatan timbalan presiden

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu bersedia untuk memikul peranan sebagai timbalan presiden jika itu yang dihasratkan oleh ahli-ahlinya.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, beliau yang mesra dikenali sebagai “Mat Sabu” berkata, sehingga kini pencalonan diterimanya bagi jawatan timbalan presiden PAS amat menggalakkan.

Beliau pernah mencuba nasib merebut jawatan nombor dua itu pada pemilihan 2009 tetapi tewas mengatasi Nasharudin Mat Isa.

Justeru, kata beliau, keputusan untuk bertanding bagi jawatan itu dibuat ekoran pencalonan memberangsangkan dari peringkat kawasan.

“Saya bersedia memberi khidmat bagi jawatan timbalan presiden... saya bersedia sekiranya diberi peluang pada pemilihan PAS Jun ini,” kata bekas ahli Parlimen Kuala Kedah ini.

“Saya diberitahu telah menerima banyak pencalonan daripada kawasan untuk jawatan timbalan (presiden), tapi saya tidak tahu berapa banyak, yang saya sudah terima dan difahamkan saya terima pencalonan daripada PAS kawasan di Johor, Perak dan juga Selangor,” katanya.

Beliau merupakan naib presiden ketika bertanding jawatan timbalan presiden dua tahun lalu.

Mohamad, 55, berkata beliau tidak pasti sekiranya akan ada pertandingan bagi jawatan nombor dua kali ini.

“Sama ada ada pertandingan atau tidak, saya tidak tahu. Tapi saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu kalau diterima perwakilan,” katanya.

PAS akan mengadakan pemilihan parti itu pada Muktamar Tahunan ke-57 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di Taman Melewar, Gombak awal Jun ini.

Tarikh akhir bagi mengemukakan pencalonan adalah 15 Mei.

Sebelum ini, Mohamad berkata, beliau hanya akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden PAS sekiranya mendapat sokongan dan pencalonan yang kuat di peringkat kawasan.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ini berkata, beliau menawarkan diri sekali lagi untuk bertanding kerana mahu membantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegakkan keadilan Islam, khasnya di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sebelum ini disebut-sebut akan bertanding jawatan timbalan presiden telah mengumumkan tidak akan berbuat demikian.

Dua tahun lalu selain Mohamad, turut bertanding mencabar Nasharudin ialah Datuk Husam Musa, seorang lagi naib presiden ketika itu dan Exco Kerajaan Negeri. -TMI

Ulasan GB

Bagi GB, GB TIADA HALANGAN untuk Mohd Sabu bertanding jawatan Timbalan Presiden, sekalipun tidak pula menggalakkannya.

Beliau berhak menawar diri, apabila kita melihat PAS sebagai sebuah parti politik konvensyenal yang mengamalkan lunas demokrasi. Sesiapa pun boleh menawar diri dari bertanding untuk apa jawatan sekalipun.

Seorang pemimpin pemuda memberitahu GB bahawa kita perlukan Mohd Sabu untuk "menghidupkan" parti yang sudah lesu, kita perlukan Mohd Sabu untuk membawa parti ke jalanraya semula.

Mohd Sabu memang dikenali dengan kelantangan, keberanian dan kebolehannya sebagai "crowd puller". Himpunan BERSIH adalah sinonim dengan namanya.

Tetapi perlukah seseorang itu berjawatan tertinggi di dalam parti untuk tujuan berkenaan?

Kita perlu menyedari bahawa kepimpinan dalam Islam bukan sekadar mempengaruhi orang, tetapi pemimpin menurut Islam adalah pemandu umat dalam melaksanakan amanah ketuhanan, “devine trust” – memelihara agama dan menguruskan dunia. Kepimpinan dalam Islam merupakan Tanggungjawab dan Amanah, bukannya suatu “tasrif” (kebesaran/kebanggaan).

Jawatan Timbalan Presiden bukan calang-calang jawatan di dalam parti. Maknanya di sini, Timbalan Presiden akan mengambil alih jawatan Presiden apabila Presiden itu tiada lagi samada uzur, meletak jawatan, menjadi Mursyidul Am, meninggal dunia dan lain-lain. Dua pemegang jawatan tertinggi parti adalah juga "tempat rujuk" bagi umat Islam, apabila melihat parti Islam juga sebagai sebuah jemaah Islam, bukan sekadar sebuah parti politik.

Oleh kerana ia bakal menjadi tempat rujuk, untuk dua jawatan tertinggi di dalam parti itu sebaik-baiknya diisi oleh mereka yang setidak-tidaknya mempunyai ijazah sarjana, bukan sekadar seorang pemegang diploma. Tetapi bukan pula haram bagi pemegang diploma menawarkan diri untuk jawatan tersebut.

PAS kini perlukan pemimpin yang bukan saja pandai berpidato dan pandai mengarah, tetapi pandai bekerja. Pandai bekerja dalam ertikata berkeahlian di dalam merancang, mentadbir, mengurus, menyelia dan mengawal di dalam konteks dunia pengurusan moden, disamping pada masa yang sama mampu menjadi "imam" kepada ummah yang pada dirinya ada ciri yang mencontohi Rasulullah yang bergelar "uswatun-hasanah". Mesti berilmu. Wajib ada pada dirinya juga ciri-ciri siddiq, tabligh, amanah dan fatanah.

Sabda Rasulullah SAW ketika beliau menyampaikan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:

“Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.” (HR. Al-Bukhari).

Daripada Abdul Rahman Ibn Samurah, katanya: “Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: “Wahai Abd Rahman Ibn Samurah janganlah engkau memohon sesuatu jawatan pemimpin (kepimpinan). Sesungguhnya jika diberikannya (jawatan pemimpin) dengan permintaan engkau (disebabkan cita-citamu), maka engkau akan diserahkannya tanpa ditolong (menanggung seluruh bebannya). Tetapi jika engkau diberika kepimpinan tanpa meminta (ditugaskan tanpa cita-citamu), maka engkau akan ditolong (untuk mengatasinya).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Walau apapun, selamat maju jaya kepada Mohd Sabu yang TELAH BERSETUJU menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

p/s Jika Mohd Sabu nak menang, pastikan beliau tahu menggunakan facebook, twitter, blog secara sendirian (buakn mengupah orang mengendalikannya) kerana itu KEMESTIAN buat seorang pemimpin di zaman ini. Jika di zaman Rasulullah seseorang perlu tahu berperang menggunakan kuda, pedang dan panah, namun senjata-senjata itu kini adalah berupa facebook, twitter dan blog. Bukankah jenderal Islam yang akan memimpin jemaah Islam ke medan perang nanti perlu berperwatakan seperti Rasulullah dan para khalifah yang juga seorang Jenderal yang tahu menggunakan peralatan peperangan?


Isu Poco-poco Tidak Haram - Majlis Fatwa Atau Media Yang Menipu Umat Islam?

Harussani: Poco-poco tak dibincang, saya terkejut pendirian Majlis Fatwa

Tan Sri Harussani Zakaria mempertikaikan laporan media minggu lalu bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan untuk membenarkan umat Islam menyertai tarian poco-poco di negeri-negeri lain kecuali Perak yang sudah pun membuat fatwa mengharamkannya.

Justeru, tegas Mufti Perak ini, isu tarian poco-poco tidak pernah dibincang pada muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang berakhir Jumaat lalu.

Kata Harussani, beliau hanya memberi penerangan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung pengharaman tarian poco-poco di Perak dan tiada keputusan rasmi dibuat ketika itu.

“Dalam mesyuarat kita tidak bincangkan langsung pasal tarian poco-poco, apa yang berlaku saya hanya memberikan penerangan kenapa ia diharamkan . . . kita tidak bincangkan secara umum isu ini.

“Sebab itu saya terkejut apabila dalam akhbar kata Majlis Fatwa Kebangsaan benarkan tarian poco-poco di negeri lain, kita tidak bincangkan pun perkara ini . . . jadi bagaimana boleh kata macam itu,” katanya.

Harussani juga berkata, beliau sudah mendapatkan penjelasan daripada Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan dimaklumkan media telah salah faham.

“Saya percaya Abdul Shukor tidak bermaksud seperti itu, tapi media tidak faham dan macam nak hentam saya,”
katanya kepada The Malaysian Insider.

Kata Harussani, Abdul Shukor hanya mengatakan mana-mana tarian yang diamalkan tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Abdul Shukor hanya kata mana-mana tarian kena ikut garis panduan yang ditetapkan pada 2007 termasuk etika berpakaian, tiada lelaki dan perempuan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

“Dan, Abdul Shukor juga kata mufti-mufti boleh ikut garis panduan itu dan mana-mana tarian yang menjurus kepada pemujaan adalah haram... macam tarian poco-poco ia sudah jelas haram,” katanya.

Di akhir mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Jumaat lalu, Abdul Shukor berkata, umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

Kata beliau, umat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan dikeluarkan badan itu sejak 2007, yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

Bagaimanapun, tambah Abdul Shukor, jawatankuasa itu menghormati keputusan Perak mengharamkan poco-poco di negeri itu sejak Januari lalu.

Justeru kata Harussani, hasil kajian Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak selain merujuk kepada garis panduan yang ditetap telah memutuskan tarian poco-poco adalah haram dan tidak boleh diamalkan di negeri itu.

Selain itu, tegas beliau pengharaman tarian poco-poco tidak akan ditarik balik walaupun dipertikaikan banyak pihak termasuk sesetengah tokoh pemimpin agama.

“Tarian poco-poco adalah haram, macam mana kita nak tarik benda yang sudah haram . . . lagipun kita sudah fatwakan pengharaman tarian poco-poco di Perak.

“Benda haram kita tidak boleh nak ubah walaupun ia hanya untuk senaman. Kita dah buat kajian dan telah mengikut garis panduan, sebab itu kita putuskan tarian poco-poco haram, yang haram kita tidak akan tarik balik,” tegas beliau.

Pada 6 April lalu, Harussani memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau tidak akan menarik balik keputusan mengharamkan tarian poco-poco, sebaliknya bersedia untuk memberi penjelasan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Beliau berkata Jawatankuasa Fatwa negeri itu membuat keputusan mengharamkan tarian poco-poco selepas membuat kajian dan penelitian mendalam. -TMI


Joget poco poco tak haram..

Majlis Fatwa Kebangsaan tak halang poco-poco

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Sehubungan itu masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

"Sekiranya tidak melanggar (peraturan ) maka tiada halangan. Malah kalau ia mendatangkan kebaikan kepada kesihatan, maka kita rasa tiada halangan kepada perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan di Sepang hari ini.

Bagaimanapun katanya, Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan Majlis Fatwa Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti diumumkan muftinya Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Harussani Zakaria Sementara itu, Harussani yang turut menghadiri muzakarah itu ketika dihubungi berkata fatwa pengharaman itu dibuat selepas terdapat pertanyaan daripada persatuan Islam di Perak sama ada tarian itu patut diharamkan atau
sebaliknya.

"Selepas itu kajian dibuat dan didapati ada unsur itu. Negeri-negeri lain tiada permintaan untuk mengkaji tarian itu sebab itu tiada fatwa mengenainya dibuat," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Shukor ketika diminta mengulas mengenai antara perkara utama yang dibincangkan pada muzakarah kali ini, beliau berkata ia termasuklah penggunaan vaksin 'mencevax' iaitu sejenis vaksin yang digunakan jemaah haji dan umrah sejak sekian lama.

"Jadi kita telah mengkaji dan mendapatkan pandangan pakar di mana selepas tahun 1997 penghasilannya lebih baik selain kos yang lebih munasabah. Kita setuju teruskan (penggunaannya) jika tiada gantian yang lebih baik daripada
itu," katanya.

Menurutnya terdapat juga permohonan daripada syarikat lain untuk membekalkan vaksin untuk jemaah haji dan umrah, yang sudah berada di pasaran selama dua tahun.

"Pada prinsipnya kedua-dua vaksin itu harus dan boleh digunakan. Tetapi kita mengutamakan vaksin pertama kerana ia sudah lama digunakan," kata beliau.

Muzakarah tiga hari yang bermula 20 April turut membincangkan mengenai wang pampasan insurans konvensional yang tidak dituntut serta masalah wang khairat kematian. - Bernama


Ulasan GB

Kini integriti dan kredibiliti Majlis Fatwa Kebangsaan dipersoalkan.

Apakah kerana Najib dan Rosmah menari poco-poco maka Majlis Fatwa seperti terikat untuk mengeluarkan fatwa poco-poco itu tidak haram sedangkan jelas tarian poco-poco itu selama ini dilakukan secara terang-terangan walaupun di depan bukan-muhrim? Syariatnya sahaja sudah bertentangan belum lagi kita meninjau jauh lebih dalam pada inti hakikatnya terutama mengenai unsur mistik dan ritual yang terkandung di dalam tarian berkenaan.

Jika benar apa yang diluahkan oleh Mufti Perak di atas, kita amat sedih apabila institusi majlis fatwa pun boleh mengeluarkan satu fatwa yang tidak dibincangkan bersama tetapi dilihat seperti mempunyai unsur politik dan tidak bersandarkan kepada metode penganalisaan dan kajian yang dikehendaki oleh syarak.

Dan jika dikatakan media telah salahfaham mengenai "fatwa" itu, SEPATUTNYA Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun mengeluarkan penafian dan bantahan mengenainya.

Ia adalah satu "penipuan" kepada umat Islam dan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bertanggungjawab di atas apa saja dosa yang timbul ekoran poco-poco itu. Umat Islam yang ramai di negara ini berlepas tangan dari siksaan Allah dan menyerahkan segala urusan berhukum dan menghukum kepadaNya.

JPJ Pasang Kamera Lebih Canggih, Sekalipun Polis Hanya Kata Saman Terus

566 kamera canggih rakam pemandu laju

KUALA LUMPUR: Awas kepada pemandu yang suka memandu laju tetapi sering mempertikai saman ekor kerana kononnya ia tidak adil. Menjelang akhir tahun ini mereka akan diperhatikan oleh 566 kamera statik berteknologi tinggi yang boleh merakam wajah pemandu dan jenis kenderaan dengan jelas walaupun memandu melebihi 100 kilometer sejam.

Kamera berteknologi Jerman itu adalah satu daripada komponen Sistem Penguatkuasaan Elektronik (AES) yang akan dipasang oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di lokasi strategik, terutama kawasan berisiko kemalangan di seluruh negara bagi memerangkap pemandu melebihi had laju.

Selain kamera, pemandu juga diawasi 266 kenderaan penguat kuasa elektronik yang dilengkapi kemudahan canggih bagi memantau pesalah trafik dan menahan mereka yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata prosedur operasi standard (SOP) bagi mewujudkan ketelusan dalam penguatkuasaan peraturan itu membabitkan pemasangan papan tanda amaran bagi membolehkan pemandu mengetahui kewujudan kamera perangkap laju seperti diamalkan di negara maju.

“Saman yang dikeluarkan nanti adalah berasaskan gambar yang dirakam pemegang konsesi penyumberluaran yang dilantik kerajaan dan wajib disahkan agensi penguat kuasa, iaitu JPJ sebelum notis saman dikeluarkan.

“Gambar yang dirakam ini lebih tepat... tidak kabur, walaupun pandu kereta lebih 100 kilometer sejam.

“Ia akan beroperasi selewat-lewatnya hujung tahun ini dan dijangka meningkatkan persepsi kebarangkalian ditangkap ke tahap 90 peratus,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau diminta mengulas usaha kerajaan mengurangkan kemalangan jalan raya di samping kaedah baru diguna pakai pihak berkuasa termasuk mengeluarkan saman pada hari sama kesalahan dilakukan.

Ditanya kos dibelanjakan kerajaan untuk menyediakan kemudahan AES itu, Abdul Rahim berkata, kerajaan tidak mengeluarkan peruntukan sebaliknya dua syarikat konsesi dilantik menanggung kos berkenaan menerusi perolehan diterima daripada kutipan saman.

Mengulas lanjut cadangan notis saman dikeluarkan pada hari sama kesalahan dilakukan, Abdul Rahim berkata sukar bagi pihak berkuasa seperti polis mengeluarkan saman trafik pada hari sama, terutama membabit kesalahan memandu laju yang banyak dilakukan di lebuh raya.

“Polis perlu ambil masa untuk proses dan hantar surat. Kalau saman letak kenderaan atau sekatan jalan tidak ada masalah surat saman dikeluarkan pada masa itu juga. Tidak ada sistem di dunia boleh bagi saman pada ketika itu juga. Polis tidak ada ‘kepak’ untuk kejar kenderaan itu bagi surat saman,” katanya. -BH



Ulasan GB

Hanya baru kelmarin polis menyatakan:

"Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar,"

Kini mereka menyatakan:

Tidak ada sistem di dunia boleh bagi saman pada ketika itu juga. Polis tidak ada ‘kepak’ untuk kejar kenderaan itu bagi surat saman

Kedua-dua kenyataan di atas saling bertentangan.

GB sudah menyatakan sebelum ini, bahawa hanya mahkamah yang berhak menentukan samada tindakan polis berkenaan betul atau salah.

Yang penting di dalam isu ini ialah Polis dan JPJ TIDAK BERHAK menyenaraihitamkan kenderaan atau pemandu dan menghalang mereka memperbaharui lesen atau cukai jalan.

Mahkamah telah membuat keputusan di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang telah memutuskan bahawa tindakan JPJ menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) tanpa siasatan dan alasan yang wajar adalah salah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Malaysia.

Paul Martin Mengucap Syahadah Di Kedai Ais Krim

Paul Martin masih seorang mahasiswa ketika beliau memutuskan untuk memeluk Islam di Manchester empat tahun lalu. Bosan dari apa yang ia lihat sebagai gaya hidup hedonistik dari banyak teman-temannya di universiti, ia mulai tertarik kepada apa yang dia sebut "penekanan Islam pada mencari pengetahuan".

Seperti yang dilaporkan oleh lamanweb The Independent, pertemuan pertama kalinya dengan seorang Muslim telah mengubah hidupnya.

"Aku menyukai cara para mahasiswa Islam mengatur diri mereka sendiri. Sangat menyenangkan untuk berfikir terhadap orang yang memiliki satu pasangan untuk hidup dan tidak melakukan apapun yang berbahaya untuk diri mereka," katanya.

Suatu hari, secara ia suka-suka membaca terjemahan Alquran. "Aku kagum melihat penekanan besar Islam terhadap ilmu pengetahuan," akunya.

"Lalu aku diperkenalkan oleh seorang teman Muslim, seorang doktor yang beberapa tahun lebih tua dariku. Kami pergi minum kopi dan kemudian beberapa minggu kemudian berjanji bertemu di sebuah kedai ais krim," ujarnya.

Dalam pertemuan itulah, ia menyatakan hasrat ingin menjadi seorang Muslim. "Aku bersyahadat saya di sana, di kedai ais krim itu," ujarnya. Ia mengakui beberapa orang ingin menjadikan semuanya dengan cara formal dan melakukannya di masjid, tapi baginya, agama bukanlah sesuatu hal yang fizikal. "Agama adalah tentang apa yang ada dalam hatimu."

Ia mengaku tidak pernah ke masjid sebelum menjadi seorang Muslim. Baginya, masjid sedikit "menakutkan". Ia pernah mendengar pendapat, ke masjid dilarang mengenakan seluar jins, T-shirt, dan jaket. "Sekarang di masjid saya di Leeds, berbagai bahasa yang diucapkan dan ada banyak mualaf," katanya.

Ia mengaku tak ada pegangan yang berarti di dalam keluarganya. "Dengan keluarga, aku melakukannya secara bertahap. Tidak terus pulang dan menyatakan bahawa aku telah menjadi seorang Muslim. Ada proses yang panjang sebelum aku bersyahadat, di mana aku tidak mau makan babi dan minum," ujarnya, yang mengaku selalu menghabiskan akhir minggu dengan makan malam bersama. bahkan, ibunyalah yang berinisiatif selalu mencari daging domba halal untuk keperluan itu.

Paul kini main mantap berislam. Apalagi beberapa tahun setelah bersyahadat, ia berkesempatan menunaikan ibadah haji.