1 Mei 2015

Ahmad Maslan Dah Dapat Kawan Yang Menyokongnya....


Rani Kulup bela Ahmad Maslan

Rakyat Malaysia perlu berfikiran matang dan bertindak rasional berhubung penjelasan yang dibuat Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah memberi jaminan dia akan bertanggunggjawab melindungi menteri berkenaan sekiranya wujud sebarang ancaman.

Jelasnya, selama ini Ahmad Maslan telah melaksana tugasnya dengan baik dan dianggap mulia walaupun dicaci serta diugut pihak tertentu.

“Saya mempertahankan dia, sokong GST yang dilaksanakan untuk tujuan yang baik.

“Cuma peniaga itu sendiri yang rakus menaikkan harga barang sesuka hati.

“Hentikan serangan peribadi ke atas Ahmad Maslan misalnya mengaitkan ibu beliau macam babi. Ini kerana yang buat keputusan tentang GST bukan dia seorang, malah seluruh ahli kerajaan,” katanya ketika dihubungi FMT.

Sebagai tanda sokongannya kepada Ahmad Maslan, dia tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan ucapan hari ulang tahun yang ke-49 kepada Ahli Parlimen Pontian itu.

“Saya berharap beliau kuat dan dipermudah segala urusan. Jangan takut dengan ugutan, jangan takut dengan ancaman dan apa orang nak troll.

“Segala ancaman perlu diterima dengan hati terbuka. Saya harap Ahmad Maslan tidak mengambil sikap membalas dendam dengan fitnah yang dibuat. Contohi sikap Rasulluah yang berbuat baik kepada umatnya, walaupun Baginda dibaling batu, dibaling najis, baginda tidak pernah membalasnya,” katanya. -FMT

ULASAN GB

Birds of the same feather flck together... (Burung yang sama bulunya terbang sekawan),,,

Rakyat Marah Meluap-luap Apabila Kastam Tangguhkan Harga Asal Kad Prabayar


Arahan kad prabayar pada harga asal ditangguh, kata Kastam

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menangguhkan arahan kepada syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal perkhidmatan kad prabayar yang dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Mei.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad berkata ia selaras dengan pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa kajian mengenai layanan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas perkhidmatan kad prabayar masih dijalankan oleh syarikat telekomunikasi.

"Maka, arahan Ketua Pengarah Kastam bertarikh 28 April kepada syarikat telekomunikasi mengenai layanan GST ke atas perkhidmatan kad prabayar yang akan berkuat kuasa pada 1 Mei, adalah ditangguhkan," katanya dalam kenyataan di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, Khazali dalam satu sidang media mengumumkan bahawa mulai 1 Mei ini, harga kad prabayar telefon perlu kembali kepada harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan GST pada 1 April, yang mana jika kad prabayar itu bernilai RM10 maka pengguna akan membayar RM10 mulai 1 Mei.

Menurutnya, beliau sendiri sudah mengarahkan kesemua empat syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal berdasarkan kepada konsep 'tax inclusive' berkuat kuasa 1 Mei dalam satu surat pada 28 April.

Semalam, Pengerusi MCMC Datuk Seri Dr Halim Shafie dalam satu kenyataan selepas pengumuman Khazali itu, pula berkata isian semula telefon prabayar akan terus dijual dengan dikenakan GST.

Isian semula RM10 sebagai contoh akan dijual pada harga RM10.60 termasuk GST 6%.

Menurut Halim, agak mustahil untuk pembekal perkhidmatan melaksanakan perubahan dengan kembali kepada kadar pra-GST bermula 1 Mei seperti yang diminta kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem. – Bernama

ULASAN GB

Manalah tak rakyat terutama golongan muda yang rata-rata para pelajar IPT yang banyak menggunakan telefon pra-bayar memaki hamun Jabatan Kastam dan kerajaan. Kepada rakyat apabila hendak dikenakan GST tiada tangguh-tangguh, tetapi kepada syarikat telekomunikasi siap bagi alasan mustahil untuk kembali kepada harga asal kerana kerumitan konfigurasi sistem. Masa nak kena GST tak timbul pula kerumitan konfigurasi sistem. Bukankah jawapan itu cuba memperbodohkan rakyat?


Surat di atas nampaknya sudah tidak berguna lagi. Dan ternyata Jabatan Kastam cuba untuk bermain wayang dengan rakyat.

Jabatan Kastam juga nampaknya lebih berpihak kepada syarikat perniagaan tetapi tidak kepada rakyat.

Bukankah gaji pegawai-pegawai Kastam itu datang dari wang rakyat? JIka hendak jaga keuntungan syarikat telko, lebih baik Jabatan Kastam nanti hanya meminta gajinya dari syarikat-syarikat telko berkenaan.

Ia juga boleh menimbulkan persepsi buruk bahawa Jabatan Kastam telah dirasuah oleh syarikat telko berkenaan. Bukankah selama ini Jabatan Kastam amat terkenal dengan skandal rasuah dimana ramai pegawai-pegawai dan pengarah-pengarahnya yang telah ditahan oleh SPRM kerana rasuah?