28 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Selcat Siasat Peruntukan Habis Dalamasa 3 Bulan Sebelum PRU 12 (updated)

Jawatankuasa Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) akan mengadakan siasatan terbuka mendedahkan penyelewengan dana oleh kerajaan negeri yang lalu.

Jawatankuasa ini juga akan menyiasat penggunaan dana adun-adun Pakatan Rakyat bermula dari tahun lepas hingga ke suku tahun pertama 2009.

Siasatan yang dibuat akan dilaksana secara terbuka dan dipengerusikan oleh Speaker Teng Chang Khim bermula 8 September hingga 11 September, dan 15 September di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Turut dipanggil adalah saksi-saksi dari kalangan pegawai-pegawai daerah di semua daerah di Selangor untuk diambil keterangan berkenaan penggunaan dana oleh para Adun.

Juga disiasat adalah dakwaan bahawa adun-adun BN telah menghabiskan semua peruntukan kerajaan negeri dalam masa tiga bulan sahaja sebelum Pilihanraya Umum ke-12.

Hasil siasatan sebelum ini mendapati 203 permohonan untuk peruntukan diluluskan dalam masa satu hari sahaja, bahkan wang yang diagihkan itu diluluskan selepas Parlimen dibubarkan pada 13 Februari.



Era Najib Altantuya : Isu Kepala Lembu, KPN Lambat Bertindak!

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dilihat lambat bertindak di dalam kes yang melibatkan penentang-penentang kerajaan Pakatan Rakyat sehingga pihak yang mengadakan demonstrasi keterlaluan dibiarkan tanpa sebarang tindakan.

Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka.

Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi.

Mereka berarak sebagai menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.

Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Didahului dengan pembawa kepala lembu, yang masih belum kering darahnya, penunjuk perasaan berjalan sambil bertakbir dan melaungkan "kami bantah" menggunakan alat pembesar suara.

Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22".

"Mana Xavier? Kami ada kepala lembu untuk dia," jerit seorang penyokong, setibanya di pintu masuk bangunan kerajaan tersebut yang segera ditutup kerana kehadiran mereka.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengecam tindakan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu.

Katanya, lembu merupakan binatang suci kepada penganut Hindu, dan tindakan kumpulan tersebut tidak boleh diterima dan dianggap mencabar kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ia menjadi hak rakyat pelbagai agama, termasuk penganut Hindu untuk membina kuil dan tempat-tempat ibadat.

"Saya amat sedih kerana kumpulan ini telah mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (Selangor)," katanya dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Musa Hassan untuk menyiasat satu insiden di Shah Alam hari ini mengenai penggunaan kepala lembu oleh sekumpulan penunjuk perasaan untuk melahirkan kemarahan terhadap Kerajaan Negeri Selangor.

Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam, Najib memaklumkan perkara itu kepadanya selepas beliau memberitahu Perdana Menteri mengenai insiden yang berlaku di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor selepas solat Jumaat hari ini.

"Perdana Menteri telah berjanji akan meneliti perkara dan mengarahkan KPN bertindak segera menangani perkara itu," kata Dr Subramanian dalam satu kenyataan di sini.

Dalam insiden itu, sekumpulan orang dikatakan penduduk Seksyen 23 di Shah Alam meletakkan kepala lembu di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai tanda bantahan terhadap pembinaan sebuah kuil Hindu di Seksyen 23.

"Perdana Menteri berkata beliau amat kecewa dengan insiden berkenaan dan mahu masalah itu ditangani seawal mungkin," kata Dr Subramaniam.

Setiausaha Agung MIC itu berkata sementara Perdana Menteri memperkenalkan gagasan 1Malaysia dan perpaduan kaum, "tindakan sedemikian akan menghalang proses perpaduan".


Najib Altantuya Resah Krisis MCA Gugat BN

PPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa MCA supaya menyelesaikan segera masalah dalamannya sebelum ia menjadi isu besar kepada BN.

Bercakap selepas merasmikan mesyuarat Majlis Penasihat ekonomi Negara di ibunegara hari pagi ini, beliau berkata, kedua-dua pihak dalam parti itu mesti memberi pertimbangan kepada kepentingan BN dan tidak membiarkan krisis dalam itu menjadi semakin "parah".

Beliau bimbang sokongan masyarakat umum ke atas BN akan semakin terhakis akibat daripada perpecahan di kalangan anggota parti berkenaan, susulan daripada pemecatan timbalan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Chua dipecat oleh lembaga disiplin MCA kelmarin ekoran tercetusnya skandal rakaman video hubungan seksnya.

“Jangan sampai krisis ini menyebabkan masyarakat menolak parti MCA dan implikasinya kepada BNl,” kata Najib.

Beliau turut menjelaskan, penyelesaian itu tersebut memerlukan orang tengah untuk membawa kedua-dua pihak terbabit ke meja rundingan.

“Penyelesaian kepada kriris MCA adalah penting untuk BN, lebih cepat diselesaikan lebih baik.

“Tapi kita kena tunggu kesediaan kedua-dua pihak, (dan kena tengok) kalau (ada) pihak yang mahu jadi 'orang tengah' sebab pada peringkat awal ini, kedua-dua pihak masih berkeras dengan pendirian masing-masing

“Kepentingan BN perlu diambil kira. BN perlu pada MCA yang kuat dan MCA yang boleh mewakili masyawakat kaum Cina dan Malaysia pada keseluruhannya,” katanya.

Najib yang bimbang dengan perkembangan itu bagaimanapun berkata, secara prinsipnya beliau tidak dapat masuk campur dalam urusan dalaman parti komponen BN.

“Saya kena patuh dengan prinsip dalam BN. Soal dalaman, termasuk soal disiplin adalah dalam budi bicara sesebuah parti komponen BN,” katanya.


Era Najib Altantuya : Gobin Bakal Dedah SPRM Dera Saksi (updated)

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo pada prosiding Inkues hari ini, memberitahu bahawa terdapat aduan berhubung saksi didera oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Gobind mendakwa antara pegawai SPRM yang terlibat melakukan penderaan fizikal itu ialah saksi ke-19, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini.

Peguam itu juga bercadang untuk mengemukakan beberapa soalan kepada Mohd Ashraf berhubung laporan polis itu yang mengaitkannya dengan dakwaan melakukan penderaan terhadap saksi tersebut.

Berikutan itu, koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan prosiding ke 8 September bagi membolehkan Mohd Ashraf untuk melantik peguam kerana soalan yang bakal ditanya Gobind boleh mendedahkan beliau kepada pertuduhan jenayah.

Gobind berkata laporan polis itu menerangkan secara terperinci bagaimana saksi berkenaan didera oleh pegawai SPRM di Tingkat 14, pejabat SPRM Selangor.

"Antaranya ialah pegawai bergilir-gilir menampar saksi, menutup mata saksi dan menyuruhnya berbogel, membalut batang besi dengan surat khabar dan menggunakannya untuk memukul perut, punggung, tangan dan kaki saksi, menendang di bahagian perut serta merotan untuk membelasah kemaluan dan tapak khaki sehingga saksi hampir pengsan.

"Ini bukan satu-satunya laporan polis yang ada pada kami, banyak lagi yang akan kami kemukakan," kata Gobind, yang enggan mendedahkan identiti pengadu buat masa ini.

Berhubung dakwaan itu, peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa berkata: "Itu sudah menjadi amalan biasa, itulah kerja mereka (untuk membuat tuduhan) selepas keluar dari pejabat SPRM atau balai polis.

"Kita tidak boleh menerima dakwaan itu begitu sahaja, sehingga ia dibuktikan kerana kes ini masih dalam siasatan," kata Abdul Razak.

Beliau berpendapat laporan polis itu tidak relevan untuk dikemukakan dalam prosiding itu kerana kejadian penderaan yang didakwa pengadu tidak ada kena-mengena dengan kes kematian Teoh.

Peguam yang dilantik bagi pihak kerajaan Tan Hock Chuan turut bersetuju bahawa kes penderaan yang didakwa itu tidak bersangkutan dengan prosiding inkues, malah nama Mohd Ashraf juga tidak dinyatakan dalam laporan polis itu.

Beliau berkata Mohd Ashraf berhak diwakili peguam jika mahkamah memutuskan untuk membenarkan Gobind melakukan pemeriksaan balas terhadap saksi itu (Mohd Ashraf) berhubung laporan polis berkenaan.

"Saksi (Mohd Ashraf) juga perlu diterangkan mengenai haknya untuk menjawab atau berdiam diri terhadap soalan yang akan dikemukakan oleh Gobind kerana ia boleh mendedahkannya kepada satu pertuduhan jenayah," kata peguam itu.

Ketika ditanya koroner sama ada beliau faham mengenai kesan dan akibat jika menjawab soalan Gobind kelak, Mohd Ashraf, yang kelihatan tenang di dalam kandang saksi berkata: "Saya faham."

"Kamu ada pilihan untuk menjawab atau tidak soalan itu. Jika kamu rasa soalan itu boleh menyebabkan kamu dituduh (atas satu pertuduhan jenayah), kamu ada hak untuk tidak menjawabnya," jelas koroner kepada Mohd Ashraf.

Beliau juga memberi tempoh masa kepada peguam SPRM untuk menyediakan soalan balas serta membuat penjelasan terhadap dakwaan penderaan dalam laporan polis itu, yang masih di peringkat siasatan.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di Tingkat Lima, Plaza Masalam pada 16 Julai lepas, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor di plaza itu.


Era Najib Altantuya : Selcat Siasat Peruntukan Habis Dalamasa 3 Bulan Sebelum PRU 12

Jawatankuasa Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) akan mengadakan siasatan terbuka mendedahkan penyelewengan dana oleh kerajaan negeri yang lalu.

Jawatankuasa ini juga akan menyiasat penggunaan dana adun-adun Pakatan Rakyat bermula dari tahun lepas hingga ke suku tahun pertama 2009.

Siasatan yang dibuat akan dilaksana secara terbuka dan dipengerusikan oleh Speaker Teng Chang Khim bermula 8 September hingga 11 September, dan 15 September di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Turut dipanggil adalah saksi-saksi dari kalangan pegawai-pegawai daerah di semua daerah di Selangor untuk diambil keterangan berkenaan penggunaan dana oleh para Adun.

Juga disiasat adalah dakwaan bahawa adun-adun BN telah menghabiskan semua peruntukan kerajaan negeri dalam masa tiga bulan sahaja sebelum Pilihanraya Umum ke-12.

Hasil siasatan sebelum ini mendapati 203 permohonan untuk peruntukan diluluskan dalam masa satu hari sahaja, bahkan wang yang diagihkan itu diluluskan selepas Parlimen dibubarkan pada 13 Februari.

Era Najib Altantuya : Tindakan Arak Kepala Lembu Dikecam

Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu bertindak keterlaluan hari ini dengan mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu.

Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut, selepas solat Jumaat tadi.

Mereka berarak sebagai membantah Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.

Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Walau bagaimanapun, tindakan mereka telah dikecam oleh Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Katanya, lembu merupakan binatang suci kepada penganut Hindu, dan tindakan kumpulan tersebut tidak boleh diterima dan dianggap mencabar kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ia menjadi hak rakyat pelbagai agama, termasuk penganut Hindu untuk membina kuil dan tempat-tempat ibadat.

"Saya amat sedih kerana kumpulan ini telah mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (Selangor)," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tiada sesiapa pun yang harus dibenarkan untuk mencabar atau mempersendakan sebarang agama di negara ini.

Beliau bimbang tindakan tersebut boleh mengundang tindak balas dari masyarakat Hindu.

"Bagaimanapun, saya menggesa penganut Hindu khususnya supaya bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan," tambahnya.

Samy Vellu berkata, MIC mahu kerajaan dan pihak polis mengambil tindakan terhadap penganjur protes tersebut.

Katanya, mereka mesti dikenakan tindakan mengikut undang-undang kerana membahayakan keharmonian kaum di negara ini.


Era Najib Altantuya : Gobind Bakal Dedahkan Penderaan Yang Dilakukan Oleh SPRM

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo pada prosiding Inkues hari ini, memberitahu bahawa terdapat aduan berhubung saksi didera oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Gobind mendakwa antara pegawai SPRM yang terlibat melakukan penderaan fizikal itu ialah saksi ke-19, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini.

Peguam itu juga bercadang untuk mengemukakan beberapa soalan kepada Mohd Ashraf berhubung laporan polis itu yang mengaitkannya dengan dakwaan melakukan penderaan terhadap saksi tersebut.

Berikutan itu, koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan prosiding ke 8 September bagi membolehkan Mohd Ashraf untuk melantik peguam kerana soalan yang bakal ditanya Gobind boleh mendedahkan beliau kepada pertuduhan jenayah.

Gobind berkata laporan polis itu menerangkan secara terperinci bagaimana saksi berkenaan didera oleh pegawai SPRM di Tingkat 14, pejabat SPRM Selangor.

"Antaranya ialah pegawai bergilir-gilir menampar saksi, menutup mata saksi dan menyuruhnya berbogel, membalut batang besi dengan surat khabar dan menggunakannya untuk memukul perut, punggung, tangan dan kaki saksi, menendang di bahagian perut serta merotan untuk membelasah kemaluan dan tapak khaki sehingga saksi hampir pengsan.

"Ini bukan satu-satunya laporan polis yang ada pada kami, banyak lagi yang akan kami kemukakan," kata Gobind, yang enggan mendedahkan identiti pengadu buat masa ini.

Berhubung dakwaan itu, peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa berkata: "Itu sudah menjadi amalan biasa, itulah kerja mereka (untuk membuat tuduhan) selepas keluar dari pejabat SPRM atau balai polis.

"Kita tidak boleh menerima dakwaan itu begitu sahaja, sehingga ia dibuktikan kerana kes ini masih dalam siasatan," kata Abdul Razak.

Beliau berpendapat laporan polis itu tidak relevan untuk dikemukakan dalam prosiding itu kerana kejadian penderaan yang didakwa pengadu tidak ada kena-mengena dengan kes kematian Teoh.

Peguam yang dilantik bagi pihak kerajaan Tan Hock Chuan turut bersetuju bahawa kes penderaan yang didakwa itu tidak bersangkutan dengan prosiding inkues, malah nama Mohd Ashraf juga tidak dinyatakan dalam laporan polis itu.

Beliau berkata Mohd Ashraf berhak diwakili peguam jika mahkamah memutuskan untuk membenarkan Gobind melakukan pemeriksaan balas terhadap saksi itu (Mohd Ashraf) berhubung laporan polis berkenaan.

"Saksi (Mohd Ashraf) juga perlu diterangkan mengenai haknya untuk menjawab atau berdiam diri terhadap soalan yang akan dikemukakan oleh Gobind kerana ia boleh mendedahkannya kepada satu pertuduhan jenayah," kata peguam itu.

Ketika ditanya koroner sama ada beliau faham mengenai kesan dan akibat jika menjawab soalan Gobind kelak, Mohd Ashraf, yang kelihatan tenang di dalam kandang saksi berkata: "Saya faham."

"Kamu ada pilihan untuk menjawab atau tidak soalan itu. Jika kamu rasa soalan itu boleh menyebabkan kamu dituduh (atas satu pertuduhan jenayah), kamu ada hak untuk tidak menjawabnya," jelas koroner kepada Mohd Ashraf.

Beliau juga memberi tempoh masa kepada peguam SPRM untuk menyediakan soalan balas serta membuat penjelasan terhadap dakwaan penderaan dalam laporan polis itu, yang masih di peringkat siasatan.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di Tingkat Lima, Plaza Masalam pada 16 Julai lepas, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor di plaza itu.

Era Najib Altantuya : UMNO Peralat Pelajar Sekolah Untuk Kempen Pilihanraya

Dibayar antara RM20-30 setiap seorang. Diberikan baju 'T' yang bertulisan Pemuda Umno Kepala Batas. Dihantar ke Pahang menghadiri program bencikan PAS, DAP dan KeADILan.

Demikian antara penemuan dalam siri kempen Barisan Nasional (BN) yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah baru-baru ini, lapor harakahdaily.

Setelah disiasat rupa-rupanya Umno mempergunakan murid-murid sekolah yang dipilih daripada beberapa buah sekolah di kawasan Parlimen Kepala Batas untuk tujuan menjadi 'pasukan sorak' bagi Barisan Nasional (BN) di hari pembuangan undi Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos lalu.

Pasukan itu dibentuk oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas merangkap Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican supaya jentera Umno dan BN nampak ramai sekaligus membuktikan sokongan pemuda terhadap parti itu telah kembali sepertimana yang terjadi di Pilihan raya Kecil Manik Urai, Kelantan.

Murid sekolah yang dikesan itu diberikan baju 'T' yang bertulisan Pemuda Umno Kepala Batas. Mereka ini menaiki motor berkonvoi ke sana ke mari menyesakkan lagi lalu lintas dan bila sampai ke pondok PAS mereka akan melaungkan berbagai slogan provokasi untuk membangkitkan kemarahan jentera Pakatan Rakyat.

Manakala ada yang berbaju biru kehitaman dan tertera perkataan 'Pemuda Satria' merupakan sebahagian daripadanya tetapi mereka ini hanya berkumpul di Unit Peti Undi (IUPU) tertentu sahaja contohnya di Kampung Pelet, Bukit Indera Muda dan Kubang Semang bagi menyemarakkan lagi sokongan pada BN dengan melaungkan slogan ciptaan Umno.

Sekiranya sesiapa berada di sekitar UPU berkenaan pastinya terdengar slogan, 'pangkah PAS dapat apa jawapannya neraka', 'siapa barua DAP jawapannya PAS', dan berbagai lagi sehinggakan ada yang termakan provokasi itu membuatkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hadir dengan bantuan polis bagi menjaga keselamatan di kawasan terbabit.

Namun, apa pun cubaan Umno dan BN untuk mencetuskan pergaduhan, jentera Pakatan Rakyat tidak berganjak daripada kawasan yang dikhaskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berbanding dengan jentera BN terutamanya Wanita Umno yang memakai pakaian bertemakan kemerah-merahan dan Puteri Umno yang dilihat lebih suka berteduh di rumah penduduk atau di bawah rimbunan pokok di kiri kanan bahu jalan bahkan kereta pengangkut undi BN juga berehat awal.

Inilah perbezaan antara jentera Pakatan Rakyat dan BN mereka sanggup berpanas dan berhujan kerana perjuangan untuk menegakan keadilan dan kebenaran tambahan lagi pilihanraya kecil itu diadakan pada awal Bulan Ramadhan.

Tentunya tekak terasa pahit dan dahaga tetapi kerana memartabatkan perjuangan Islam yang dibawa PAS jentera Pakatan Rakyat tanpa mengira kaum dan agama terus berdiri teguh sambil melaungkan perkataan membesarkan Allah SWT dan sekali sekala mengajak orang ramai yang melalui hadapan mereka supaya memberikan sokongan pada calon PAS, Ustaz Saleh Man.

Pelajar sekolah itu dikatakan diberi upah RM20.00 - RM30.00 seorang dan pernah dihantar ke Pahang menghadiri program bencikan PAS, DAP dan KeADILan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah ketika ditanya pandangannya berkata, Umno dan BN kini telah hilang kewarasan apabila menggunakan pelajar sekolah dalam kempen di hari pencalonan.

"Sepatutnya, Umno dan BN bersikap matang untuk berhadapan dengan jentera Pakatan Rakyat, tetapi apa boleh buat pemuda sekarang lebih bijak memilih perjuangan Pakatan Rakyat yang nampak lebih ketrampilan memerintah berbanding BN yang penuh dengan penyelewengan dan penipuan.

"Golongan muda sudah hilang kepercayaan pada Umno menyebabkan mereka terpaksa mengimpot pelajar sekolah untuk meramaikan sokongan, " ujarnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Permatang Pauh, Suraiya Saat pula menegaskan, BN jelas melatih golongan muda dengan duit.

"Pelajar dibayar upah dengan duit dan tidak mustahil memperbanyakkan lagi budaya sogok, " ujarnya lagi.

Era Najib Altantuya : Inkues : Mahkamah Tolak "Blanket Order" Halang Inkues Dipolitikkan

Koroner bagi inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini menolak permohonan peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa yang meminta supaya koroner mengeluarkan arahan tidak membenarkan ahli-ahli politik mensensasikan kes itu dengan membuat sidang media di luar mahkamah..

Razak merujuk kepada sidang media yang dibuat oleh Exco Selangor Ean Yong Hian Wah.

Abdul Razak berkata pada Rabu lepas, Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah menghadiri mahkamah untuk mengikuti prosiding itu dan selepas itu, mengadakan sidang media di pejabatnya.

"Saya rasa kes ini telah dipolitikkan. Dua hari lepas, Ean masuk mahkamah dan selepas itu beliau membuat sidang media. Saya pohon apa yang tidak berlaku di dalam mahkamah supaya tidak dicakap di luar.

"Dalam sidang media itu diceritakan seolah-olah apa yang dibuat SPRM adalah tidak betul. Sebab itu saya tidak mahu ahli politik masuk. Saya cakap ini sebab saya nampak Lim Kit Siang pulak masuk. Saya harap beliau tidak membuat komen di luar," katanya sambil menunjuk ke arah Lim yang berada di galeri awam

Menurut Koroner Azmil Muntapha Abas, berkata apa yang berlaku di luar mahkamah bukan bidang kuasanya dan beliau tidak boleh menyekat sesiapa termasuk media daripada membuat ulasan namun berharapa ulasan itu dibuat berdasarkan apa yang didengar di dalam mahkamah sahaja.

Koroner menasihati semua pihak agar membuat ulasan di luar mahkamah berdasarkan kebenaran dan fakta.

Hari ini, Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus menolak teori peguam Gobind Singh Deo bahawa dua pegawai suruhanjaya diarah melakukan serangan psikologi dan penderaan terhadap Teoh Beng Hock untuk membuat setiausaha politik exco Selangor itu mengalah dan memberikan pengakuan seperti yang dikehendaki SPRM.

Mohd Ashraf, saksi ke-19 pada prosiding inkues di Mahkamah Koroner di sini Jumaat, turut menafikan dakwaan Gobind bahawa serangan fizikal dan mental terhadap Teoh berlarutan sehingga lewat pagi di pejabat SPRM di Tingkat 14 Plaza Masalam di sini, sebelum beliau ditemui mati tertiarap di Tingkat 5 bangunan itu pada 16 Julai lepas.

Dalam keterangannya, Mohd Ashraf berkata beliau diarahkan oleh Ketua Unit Siasatan SPRM Hairul Ilham Hamzah untuk membantu penolong penguasa Arman Alias menemu bual Teoh berhubung tuntutan oleh Anggota Dewan undangan Negeri Ean Yong Hian Wah.

"Saya hanya menyemak dan menyusun dokumen yang dicetak dari komputer riba Teoh dan bertanyakan dokumen mana yang ditandatangani olehnya," katanya.

Mohd Ashraf berkata beliau dan Arman menemu bual Teoh di pejabat SPRM selama dua jam mulai 10.40 malam pada 15 Julai lepas.

Beliau berkata walaupun Teoh gagal memberikan penjelasan berhubung empat invois yang dicetak dari komputer ribanya, Teoh masih memberikan kerjasama sepanjang tempoh temu bual itu.

Sambil menegaskan beliau tidak pernah menggunakan sebarang unsur kekerasan ke atas Teoh, beliau berkata "Saya hanya buat semakan dokumen sahaja, buat apa hendak guna kekerasan."

Gobind kemudian membalas: "Saya katakan kepada kamu, peranan kamu sebenarnya ialah untuk melakukan serangan psikologi dan mendera Teoh sehingga kamu dapat jawapan yang kamu hendak.

"Kemudian kamu akan melaporkan kepada Hairul bahawa kamu berjaya mendapatkan pengakuannya dan bolehlah merekodkan kenyataan Teoh selepas itu," cadang Gobind kepada Mohd Ashraf.

"Kamu adalah penipu kerana apa yang berlaku sebenarnya kamu berada dalam pejabat sehingga pukul 5 pagi dan mendera Teoh Beng Hock," kata Gobind dan Mohd Ashraf menjawab: "Tidak bersetuju."

Mohd Ashraf juga berkata beliau tidak mendengar sebarang bunyi jeritan atau bunyi pertengkaran kerana berada di dalam biliknya yang tertutup.

"Awak langsung tidak boleh mendengar apa-apa? Semalam dikatakan Bulkini Baharuddin (anggota SPRM) mendengar Teoh bertengkar dengan Tan Boon Hwa. Sekarang kamu kata kamu tidak dengar apa-apa. Siapa yang menipu di sini, kamu atau Bulkini? Saya katakan semua ini penipuan," kata Gobind.

Pada peringkat ini, peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa bangun membantah soalan itu dan berkata: "Jangan buat begini. Bulkini pun belum berikan keterangan."

"Keterangan sebelum ini menunjukkan pertengkaran dalam tandas, bukan di depan bilik saksi ini, sebab itu dia tidak dengar apa-apa," kata Abdul Razak.

Gobind: "Kenapa kamu pula jawab untuk dia? Kalau kamu hendak jawab, masuk dalam kandang, saya boleh tanya kamu."

Abdul Razak: "Kamu pun buat banyak tohmahan, saya pun boleh minta kamu masuk dalam (kandang saksi) dan tanya kamu. You crossed him like hell!"

Gobind: "Hari itu mahkamah kanggaru, sekarang "hell" pula!"

Abdul Razak: "Awaklah sebenarnya kanggaru!"

Koroner Azmil Muntapha Abas kemudian segera meminta kedua-dua peguam itu menghentikan pertikaman lidah antara mereka.

Gobind, yang akur dengan perintah koroner, meneruskan sesi soal balas dengan mencadangkan kepada Mohd Ashraf bahawa pegawai SPRM sengaja memasang televisyen di ruang tamu pejabat itu dengan kuat bagi mengelak suara jeritan Teoh yang didera daripada didengari.

Saksi itu sekali lagi tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Peguam Gobind memberitahu Inkues, beliau mempunyai saksi dan bukti pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendera saksinya sehingga pengsan.

Beliau juga mempunyai gambar kecederaan mangsa bagi menyokong laporan polis itu yang dibuat terhadap pegawai SPRM di Tingkat 14 Plaza Masalam.

Gobind berkata demikian dalam inkues di hadapan koroner Azmil Muntapha Abas.

Menurut Gobind, beliau memohon untuk menyoalbalas saksi ke-19, inkues itu, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini. Ini kerana beliau didakwa salah seorang dari pegawai yang terlibat mendera itu.

Kata Gobind, antara deraan yang diterima pengadu itu adalah dengan ditampar beberapa kali, dibogelkan dan dipukul dengan batang besi.

Ekoran itu, Koroner Azmil menangguhkan inkues ke 8 September untuk membolehkan pegawai SPRM itu menyediakan peguamnya bagi menghadapi soalan-soalan mengenainya.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada di Tingkat Lima, Plaza Masalam di sini pada 16 Julai selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Era Najib Altantuya : SPRM Tidak Kompeten, Tidak Mempunyai Bukti Kukuh Hingga Tertuduh Terlepas Di Mahkamah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta mengkaji semula kaedah siasatan dengan tidak sewenang-wenangnya membawa sebarang kes rasuah ke mahkamah sekiranya belum mempunyai bukti yang kukuh.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Loke Siew Fook (Gambar) berkata, tindakan itu perlu untuk mengelakkan kredibiliti SPRM terjejas berikutan terdapatnya kes yang disiasat suruhanjaya itu tetapi akhirnya didapati tidak bersalah di mahkamah.

Berikutan itu, katanya, ia menggambarkan SPRM umpama ‘harimau tanpa gigi’ yang hanya gah ketika membuat siasatan, tetapi individu yang didakwa di mahkamah dibebaskan selepas tidak ada bukti yang kukuh.

“Ini menunjukkan ada kelemahan daripada segi penyiasatan dan pendakwaan. Apabila mereka bawa ke mahkamah, bukankah sepatutnya mereka telah punyai bukti yang cukup kuat untuk dibawa ke mahkamah.

“Bagi saya, ini merupakan kelemahan amat ketara pada SPRM. Mereka mendakwa kes tetapi dengan bukti yang lemah, akhirnya kes dibuang di mahkamah. Jadi, bagi saya, siri kes yang dibebaskan ini tidak menunjukkan kekuatan SPRM sendiri,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Siew Fook yang juga Pengerusi DAP negeri dan ketua pembangkang di Negeri Sembilan berkata demikian merujuk kepada beberapa kes membabitkan siasatan SPRM tetapi akhirnya tidak disabitkan kesalahan apabila dibawa ke muka pengadilan.

Ini termasuk kes membabitkan bekas Naib Ketua UMNO bahagian Seremban, Mohd Nor Awang yang dibebaskan mahkamah atas dua tuduhan rasuah, kelmarin selepas terdapatnya keraguan yang munasabah membabitkan kesemua tuduhan tersebut.

Sementara itu, Siew Fook berkata, situasi itu juga akan menyebabkan timbulnya prasangka buruk orang ramai terhadap SPRM lebih-lebih lagi mereka yang didakwa adalah di kalangan berprofil tinggi termasuk ahli politik.

“SPRM nak tunjukkan persepsi gah bahawa mereka serius untuk mendakwa sesiapa saja di kalangan ahli politik termasuk orang Barisan Nasional (BN). Tetapi, bagi saya kes yang dibawakan SPRM ke mahkamah seolah-olah sandiwara.


“Sebab itu, saya menggesa SPRM supaya mengkaji semula kaedah siasatan serta pendakwaan mereka,” katanya.

Era Najib Altantuya : DAP Mahu Suruhanjaya Diraja Ditubuhkan Ganti Inkues

DAP mendesak sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan menggantikan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock dengan lebih tepat.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada sidang media semalam, kesal terhadap tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dalam inkues berkenaan yang cuba memburukkan nama Beng Hock dan DAP.

“Alasan kematian Beng Hock akibat bunuh diri disebabkan tekanan daripada penyelewengan bernilai RM112 yang dilakukannya adalah tidak munasabah.

“Dokumen dan pendedahan SPRM tidak dapat membantu untuk menyiasat punca sebenar kematian Beng Hock, oleh itu Suruhanj:aya di Raja harus ditubuhkan bagi menggantikan inkues ini,” katanya, semalam.

Kelmarin, SPRM mendedahkan kandungan beberapa dokumen mengenai tuntutan tujuh syarikat bagi projek yang tidak dijalankan dan mendapat kelulusan Ean, manakala Beng Hock bertanggungjawab menyediakan borang berkaitan dan mengesahkan kerja.

:Kit Siang berkata, tindakan SPRM ini menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap komitmen dan ketelusan maklumat yang diberikan oleh SPRM.

“Dokumen yang dinyatakan SPRM mengenai tuntutan yang dibuat Beng Hock memberi gambaran buruk mengenainya. Tindakan SPRM menyebabkan Beng Hock dianggap melakukan penyelewengan sedangkan projek itu masih dalam proses,” katanya.

Era Najib Altantuya : UMNO Perlu Basuh Dinding Yang Diconteng - Khalid

Kalau UMNO tahu malu, basuh sendiri dinding yang diconteng,” demikian kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang mengecam tindakan pihak yang menconteng dinding dan saluran paip dengan perkataan ‘Khalid Rodziah Pengkhianat Bangsa’ di sekitar kawasan pejabat Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail di Seksyen 23, semalam.

Menurut beliau, ini menunjukkan sikap yang tidak menghormati undang-undang, menghormati hak orang lain malah perbuatan tersebut menzahirkan kebodohan serta keburukan keperibadian pemimpin UMNO di bahagian Shah Alam.

Kata Khalid, beliau percaya UMNO adalah dalang utama dalam kegiatan ini walaupun ada juga orang Pas yang terbabit kerana diapi-apikan UMNO.

“Walaupun mereka (UMNO) menafikan tetapi saya tahu ini kerja mereka. Ini semua permainan politik UMNO.

“Kalau mereka memahami soal undang-undang, sistem demokrasi dan sebagainya mereka tidak akan bertindak sedemikian. Saya juga meminta MBSA dan PKNS biarkan sahaja tulisan itu di situ kerana kita tidak ada masa untuk membuang dan membersihkan kerja bodoh yang dilakukan mereka,” katanya.

Difahamkan contengan itu berikutan penduduk yang tidak berpuas hati dengan isu pembinaan kuil di Seksyen 23.

Bagaimanapun katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan penduduk Seksyen 23 untuk membincangkan isu ini yang dijangka diadakan pada 7 September di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Kalau tidak silap saya surat jemputan akan diedarkan oleh pihak MBSA di mana kita akan bertemu dan berbincang bersama. Penduduk tidak akan diketepikan dalam hal ini.

“Kedudukan kuil itu yang dicadangkan bagi pandangan saya cukup munasabah. Kita ingin bertemu dengan penduduk untuk menjelaskan bahawa kita akan berusaha menentukan sekiranya dibina di situ ia tidak akan mengganggu mereka dan tidak akan menimbulkan masalah,” katanya.

Beliau juga memohon dan merayu supaya penduduk bersikap terbuka dan mendengar segala penjelasan sebelum membuat keputusan.

Kata Khalid, kuil yang hendak dibina ini akan memenuhi keperluan penduduk kaum Hindu di Seksyen 19, 20 dan 23 yang dianggarkan melebihi 1,000 orang.

Katanya, isu tersebut telah dipolitikkan UMNO yang bersikap baling batu sembunyi tangan pada hal semua orang sudah tahu siapa yang bertanggungjawab. -SH

Era Najib Altantuya : Perlantikan Idris Jala Pelik

Tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak melantik Dato' Seri Idris Jala sebagai menteri bagi membantu Koh Tsu Koon, yang juga seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dilihat pelik dan mengelirukan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar berpendapat bukan satu keperluan untuk melantik seorang pembantu bertaraf menteri kepada seorang menteri yang lain. Ini kerana tindakan seorang menteri melapor kepada bosnya yang juga menteri adalah sesuatu yang agak pelik, lapor harakahdaily.

"Saya tak faham kenapa Najib lantik menteri untuk 'report' kepada menteri. Kalau lantik sebagai CEO saya tak hairan la. Seorang menteri saya rasa dah cukup. saya tak faham dan tak nampak apa keperluan Koh Tsu Koon lagi disitu," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Perdana Menteri semalam mengumumkan pelantikan Idris Jala sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.

Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) iaitu organisasi yang mengawal pelaksanaan insiatif Indeks Prestasi Utama (KPI).

Dengan jawatan menteri yang baru disandang itu, Idris akan membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.

Dia juga akan menjadi timbalan kepada Koh dalam lembaga pemandu dan akan bertanggungjawab untuk sub khusus N-KRA dan KPI Nasional (N-KPI) dan menasihat di KRA peringkat menteri (M-KRAs) dan M-KPI.

Mengulas perkara itu juga, Mahfuz berkata ianya seolah-olah menunjukkan kecelaruan dalam pentadbiran Najib. Pada awal Najib menjadi Perdana Menteri, dia dilihat berusaha mengecilkan kabinet barunya namun pelantikan Idris dilihat sebaliknya.

"Ini kecelaruan dalam kabinet Najib, bagaimana nak capai KPI kalau yang ini pun bercelaru. Dulu kata nak kecilkan kabinet, tapi sekarang tambah lagi seorang menteri," ujar Naib Presiden PAS itu lagi.

Idris adalah Pengarah Urusan dan CEO, Malaysia Airlines yang dilantik pada Disember 2005, selepas syarikat itu mengalami kerugian paling besar dalam sejarah korporatnya.

Sebelum menyertai Malaysia Airlines, Idris berkhidmat selama 23 tahun dengan Shell. Antara 2002 dan 2005, Idris adalah Pengarah Urusan, Shell MDS (Malaysia) dan Naib Presiden, Shell Malaysia Gas & Power (Malaysia).

Mahfuz yang mengakui kredibiliti Idris khususnya kepakaran dalam bidang sumber manusia sewaktu di Shell bagaimanapun mempertikai kemampuan Idris khususnya sewaktu memulihkan keadaan ekonomi MAS.

"Sewaktu dia ambil alih MAS, dia hanya menjual bangunan MAS sahaja, tapi pada tahun 2008, 2009 MAS juga masih mengalami kerugian akibat kenaikan harga bahan bakar," ujarnya.

Era Najib Altantuya : Krisis MCA Kian Parah, Ahli Desak EGM

Kurang 24 jam selepas Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipecat daripada MCA, usaha sedang dilakukan untuk mendesak supaya mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan.

Anggota MCA bahagian Puchong Datuk Theng Book, yang mengetuai jawatankuasa 'Selamatkan MCA', berkata anggota jawatankuasa itu akan menjelajah ke seluruh negara dalam masa dua minggu akan datang untuk mendapatkan sokongan satu pertiga daripada 2,500 perwakilan pusat parti itu supaya EGM diadakan.

Beliau berkata EGM itu bertujuan mengembalikan semula keanggotaan Dr Chua dan meluluskan usul tidak percaya terhadap Presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat.

Pada sidang akhbar di sini Khamis, Thean mencabar Ong supaya mengadakan EGM sekiranya beliau yakin mendapat sokongan majoriti anggota parti.

Beliau menafikan jawatankuasa 'Selamatkan MCA' ditubuhkan atas perintah Dr Chua.

Sementara itu, enam bahagian MCA Johor pada Khamis meminta biro disiplin parti itu melucutkan secara sementara kuasa presiden parti yang kini disandang Datuk Seri Ong Tee Keat.

Pelucutan sementara kuasa presiden itu merupakan satu daripada empat permintaan yang dikemukakan kepada biro disiplin parti oleh MCA bahagian Pontian, Tanjung Piai, Tebrau, Gelang Patah, Kota Tinggi dan Pulai.

"Keenam-enam bahagian MCA sebulat suara bersetuju meminta Biro Disiplin parti melaksanakan empat permintaan pihak kami," kata Pengerusi MCA Kota Tinggi Ng Keng Heng pada sidang media pada Khamis.

Tiga permintaan yang lain menurutnya, adalah meminta biro disiplin MCA menyiasat tuduhan derma RM10 juta kepada MCA oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bdn Datuk Tiong King Sing.

Keenam-enam bahagian MCA itu kata Ng, juga mahukan biro terbabit menyiasat tuduhan presiden parti tentang usaha pengumpulan dana sebanyak RM100 juta bagi membiayai usaha menjatuhkannya.

Akhir sekali katanya, mereka meminta biro disiplin parti mengkaji semula keputusan yang mereka buat semalam untuk memecat keanggotaan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata, pertikaian di antara Ong dan Tiong merupakan soal peribadi di antara mereka berdua dan tidak membabitkan MCA serta anggotanya secara keseluruhan.

"Tindakan beliau (Ong Tee Keat) mengheret sama MCA di dalam pertikaiannya dengan Tiong telah mencemar nama baik dan imej parti di kalangan masyarakat negara ini," katanya.

Pengerusi MCA Bahagian Pontian Datuk Tee Siew Kong pula berkata, tindakan memecat Timbalan Presiden parti semalam dianggap seperti mempermain-mainkan kewibawaan para perwakilan MCA yang telah memilih Dr Chua ke jawatan itu.

"Dr Chua telah dipilih oleh 1,115 perwakilan pada perhimpunan agung parti yang lepas untuk memegang jawatan Timbalan Presiden MCA. Tindakan biro disiplin yang dianggotai hanya beberapa ahli untuk memecatnya adalah tidak wajar dan seperti mempermainkan perwakilan," katanya.

Pengerusi MCA Bahagian Gelang Patah Jason Teoh pula berkata, pihaknya menyokong segala usaha untuk memulihkan parti termasuk kemungkinan diadakan mesyuarat agung luar biasa parti.



Era Najib Altantuya : Jenazah Dr.Ismail Selamat Dikebumikan

Jenazah Allahyarham Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan di sini kira-kira 10.30 malam, lapor Bernama.

Sebelum itu janazah beliau disembahyangkan di rumah keluarganya di Jalan Melati 2, Sungai Kantan, Fasa 2.

Allahyarham meninggal akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura dan disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapurakira-kira 8 pagi ini.

Beliau berada di Beijing untuk lawatan kerja selama dua hari.

Jenazah Allahyarham tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang dari Lapangan Terbang Senai, Johor kira-kira 7.30 malam.

Beliau meninggalkan isteri Datin Hasnah Wahab dan enam orang anak berumur antara 12 dan 26 tahun.




Ismail: Perginya Seorang Ikon Istimewa

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh yang meninggal dunia Khamis adalah seorang manusia istimewa.

Allahyarham membuktikan bahawa cacat penglihatan bukan penghalang untuk berjaya serta menyumbang kepada bangsa dan negara.

Pemergian beliau bermakna negara kehilangan seorang ilmuan, seorang tokoh akademik, pakar ekonomi, tokoh pemikir dan tokoh Maulidur Rasul.

Ismail, 61, meninggal dunia akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura dan disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura kira-kira 8 pagi ini. Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Hasnah Wahab serta enam anak.

Semasa hayatnya, Allahyarham gigih memperjuangkan nasib golongan orang kurang upaya (OKU) sehingga melakar sejarah sebagai anggota Dewan Negara pertama dilantik daripada golongan itu di negara ini pada Disember 2007.

Allahyarham hilang deria penglihatan sepenuhnya sejak berusia 13 tahun, namun ia bukan halangan untuk beliau mendapatkan Sarjana Muda Ekonomi dan Sains Politik dari Universiti New York pada 1973 sebelum menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan doktor falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi di Universiti Illinois, Amerika Syarikat pada 1974 dan 1977.

Memulakan kerjaya pertama sebagai pensyarah ekonomi di Jabatan Penganalisis Ekonomi dan Dasar Awam di Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejurus menamatkan pengajian, Allahyarham kemudiannya dilantik sebagai Ketua Jabatan pada 1981.

Allahyarham yang dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept 1947 turut memegang pelbagai jawatan sepanjang hayatnya dalam bidang akademik termasuklah sebagai Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech (IUCTT) dan Presiden Persatuan Kebangsaan Kolej Swasta Bumiputera.

Dalam bidang ekonomi pula, beliau memegang pelbagai jawatan termasuklah sebagai Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS), Timbalan Pengarah Eksekutif Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Ekonomi, Pusat Perniagaan Malaysia serta Ahli Majlis Perunding Ekonomi Negara II (MAPEN II) - Jawatankuasa Kerja bagi Penyusunan Semula Masyarakat.

Allahyarham aktif membantu golongan senasib dengannya apabila aktif sebagai Presiden Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) pada 2007 dan pernah dilantik sebagai Pengerusi, Majlis Antarabangsa Asia Tenggara bagi Pendidikan Untuk Orang Cacat Penglihatan pada 1999.

Kerana itu Allahyarham sentiasa memperjuangkan peningkatan akses terhadap infrastruktur OKU di negara ini yang pada pendapatnya masih jauh ketinggalan berbanding negara maju.

Juga pernah diberi penghormatan sebagai Ketua Kontinjen negara semasa Sukan Timur Jauh dan Pasifik Selatan untuk Orang Kurang Upaya (Fespic) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 2006.

Pada 2001, Allahyarham dianugerahkan doktor kesusasteraan Universiti Antarabangsa Irish oleh Kesatuan Eropah bagi mengiktiraf sumbangan beliau kepada negara ini dan juga komuniti antarabangsa.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu kenyataan berkata Allahyarham merupakan seorang ikon yang berjaya walaupun dirinya kekurangan.




Era Najib Altantuya : Kemenangan PR Langkah Ke Putrajaya

Kemenangan Pakatan Rakyat di Permatang Pasir melalui calon PAS Ust salleh Man dengan 4,551 majoriti mengalahkan calon Umno, Rohaizat Othman cukup menyakinkan dan memperkukuhkan momentum untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dalam pilihanraya umum ke-13 kelak.

Dengan kemenangan ini Umno semakin sukar memadamkan momentum perubahan rakyat bersama Pakatan sejak pilihanraya umum 8 Mac tahu lalu lagi.

8 kali pilihanraya kecil, BN hanya menang sekali di Batang Ai dan kecundang 7 kali di Semenanjung. BN tidak boleh berbuat apa lagi, semua jentera turun di Permatang Pasir, kita tidak tahu berapa puluh bahkan ratusan juta dihabiskan pada pilihanraya kali ini.

Bermacam pendekatan digunakan oleh BN dan kerajaan Persekutuan untuk menumbangkan PR, namun rakyat di Permatang Pasir ternyata lebih bijak fikiran mereka berbanding dengan mentaliti fikiran yang ada pada Timbalan Presiden UMNO, Naib-naib Presidennya, ketua-ketua pergerakan sayap mereka dan seluruh pemimpin UMNO yang berkampung di Permatang Pasir. Cara mereka berkempen cuba memperbodohkan rakyat Permatang Pasir, akhirnya mereka yang diperbodohkan oleh kebijaksanaan pengundi Permatang Pasir.

Kita hairan bagaimana Presiden UMNO boleh berkata bahawa Umno berjaya di Permatang Pasir, sedangkan Pakatan dapat empat ribu lebih 4,551 majoriti undi. Kemerosotan majoriti berbanding PRU yang lalu disebabkan peratus mengundi turun, peratus mengundi turun disebabkan SPR tidak bijak memilih hari mengundi.

Keluarnya ADUN Lunas dari PR di hari-hari terakhir kempen tidak memberi kesan langsung kepada kecenderungan pengundi untuk membatalkan niat mereka dari mengundi PAS. UMNO gagal menggunakan kesempatan yang sengaja dirancang oleh mereka.

Sebaliknya,rakyat semakin yakin kepada Pakatan Rakyat yang mampu menggantikan BN dalam pilihanraya umum akan datang berdasarkan kekalahan berterusan parti pemerintah.

Kemenangan Permatang Pasir bukan sahaja kemenangan bagi kerajaan negeri dan rakyat seluruh Pulau Pinang, tapi suatu terjemahan perasaan rakyat bahawa Umno sedang ditolak berterusan dalam setiap kali pilihanraya (kecil) yang diadakan.

Dakwaan kononya PR rapuh dan longgar tidak dapat dibuktikan menerusi pilihanraya Permatang Pasir. Kemenangan ini membuktikan PR semakin kukuh hubungan mereka. Kemenangan berterusan Pakatan Rakyat ini boleh menjadi 'gelombang perubahan' yang besar di Dun Seputeh, jika berlaku pilihanraya kecil akan datang.

Daripada 14,832 atau 73.1% pengundi yang turun mengundi, Salleh memperoleh 9,618 undi, manakala Rohaizat mendapat 5,067 undi.

Pada Mac tahun lalu, bekas penyandang Allahyarham Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat 5433 undi majoriti; dari 20,350 atau 82.5% undi keseluruhannya.

Disebabkan peratusan turun mengundi berkurang sebanyak 9.4% dari piliharaya sebelumnya, bermakna undi tradisi PAS dan Umno juga masing-masing turut menyusut sebanyak 12.6% (1386 undi) dan 9.5% (504 undi). -Misbahul Munir

Era Najib Altantuya : Hatta Menang Saman Polis

Mahkamah Tinggi Kuantan pada 26 Ogos lalu mengesahkan tangkapan terhadap Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli bersama dua lagi ahli PAS sewaktu berceramah di premis persendirian pada tahun 2000 adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan, harakahdaily dipetik.

Pesuruhjaya kehakiman Datuk Mariana Haji Yahya dalam keputusannya pagi tadi meminta gantirugi ditaksirkan kepada ketiga tiga mereka dihadapan pendaftar mahkamah dalam masa terdekat.

Hakim pada penghakimannya juga memberitahu, perhimpunan pada ceramah terbabit adalah aman dan tindakan polis menyerbu dan membuat tangkapan adalah satu pencerobohan dan telah mengakibatkan kekecohan.

Pada satu sidang media, Hatta memberitahu keputusan mahkamah dalam kesnya itu memberikan implikasi besar kepada semua pertubuhan khasnya parti politik bahawa sebarang bentuk himpunan di premis persendirian adalah dibolehkan dan tidak memerlukan permit.

Ianya juga memberi peringatan kepada pihak polis supaya tidak lagi bertindak sesuka hati menangkap mereka yang berhimpun dalam kawasan premis persendirian.

"Kes ini menjadi land mark (mercu tanda) dalam kes sivil dan memberi dorongan kepada petugas petugas PAS dan parti bahawa di mana mana premis kita, kita boleh buat ceramah dan tidak perlu sebarang permit dengan syarat ianya tidak mengancam keselamatan Negara," ujarnya pada sidang media di pejabat agung PAS.

Pada 10 Jun 2004, Sepasukan anggota polis diketuai Ketua Polis Daerah Rompin, Hanafi B. Haji Daud telah bertindak menangakap Hatta dan dua lagi rakannya semasa mengadakan ceramah di Markas Pas Bandar Muadzam Shah kerana mendakwa ceramah berkenaan tiada permit.

Ekoran penangkapan itu, ketiga tiga mereka telah dibawa ke lokap Bandar Muadzam Shah sebelum dipindahkan ke lokap Rompin dan ditahan selama 12 jam.

Biarpun ditahan namun tiada sebarang pendakwaan dikenakan terhadap mereka.

Mereka yang diwakili peguam Hanipa Maidin dan peguam Fadhli Ramli kemudiannya telah mengemukakan saman terhadap Ketua Polis Daerah Rompin berkenaan.

Jumlah gantirugi bagaimanapun belum dipastikan, Namun ianya akan dibuat dengan mengambil kira penahanan mereka selama 12 hari dan gantirugi- gantirugi lain.

"Polis ni kadang kadang kita bagi penjelasan pun dia tak mahu dengar. Heret kasar, tarik tanpa kasut, gari tak benar pakai baju dalam lokap aibkan orang. Kita tak boleh biarkan semua ni berlaku atas benda yang belum tentu melanggar undang undang. Jadi polis perlu ambil pengajaran," ujar Hatta lagi.

Hanipa yang hadir sama pada sidang media tersebut memberitahu, beberapa kes pendakwaan seumpamanya yang melibatkan petugas dan pemimpin PAS tidak pernah kalah.

Antaranya kes Pendakwaraya melawan Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dr. Dzulkifli Ahmad dan kes membabitkan ajk PAS, Mohamad Sabu pada ceramahnya di Kuala Kelawang beberpa tahun lalu..

Hakim bagi kedua dua kes tersebut juga memutuskan perkara sama iaitu tidak salah mengadakan himpunan atau ceramah di premis persendirian.

"Setakat ni kes melibatkan petugas dan pemimpin PAS yang didakwa melanggar perkara 27 akta polis semua kita menang. Saya harap polis tak kacau lagi lepas ni, tapi kalu dia kacau lagi pun bagusla, kita boleh kaya sikit," ujar Hanipa berseloroh.

Ulasan GB.

Sebelum Allah beri kemenangan kepada Dr. Hatta pada 26 Ogos 2009, beliau terpaksa melalui ujian ini dahulu pada 1 Ogos 2009:



Pengajaran:
Usah dirikan rumah di tepi pantai jika takut dialun gelombang
Usah bicara soal perjuangan jika takut menghadapi rintangan



Era Najib Altantuya : Perlunya Piagam Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat sedang merangka sebuah piagam yang akan menjadi asas kepada dasar dan keputusan gagasan itu, kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Zaid Ibrahim.

Piagam berkenaan akan siap digubal dalam kira-kira dua bulan dan akan diperinci pada konvensyen kebangsaan pertama Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan berlangsung pada Oktober atau November depan, kata beliau.

“Piagam ini akan menzahirkan asas-asas perjuangan yang di dokong oleh PR dan menjadi asas kepada segala dasar dan keputusan yang dibuat,” kata Zaid.

“Kita sudah mula untuk menggubal piagam ini dan pucuk pimpinan telah memberikan dua bulan untuk menghasilkannya,’ tambah beliau.

Zaid berkata sebuah piagam yang didokong bersama oleh KEADILAN, PAS dan DAP akan memantapkan lagi Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti politik disamping memberikan rakyat maklumat jelas mengenai perjuangan dan nilai-nilai gagasan itu.

“Hakikat ialah PR dapat menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dengan cepat dan berkesan. Ia telah dilakukan di Kedah, di Selangor, di Pulau Pinang kerana ada kesepakatan antara pemimpin untuk berbincang secara terbuka dan ikhlas,” tambah beliau.

Bekas Menteri Undang-Undang itu tidak menafikan PR masih terdedah kepada masalah tertentu tetapi berkata ia tidak serius dan adalah perkara biasa kerana gagasan itu baru ditubuhkan tahun lalu.

“Parti-parti seperti KEADILAN dan DAP tidak mempunyai pengalaman memerintah sebelum ini, tetapi dalam sedikit masa, mereka telah menunjukkan potensi yang amat baik dan kita harus bina atas prestasi ini supaya parti kita, PR lebih mantap dan kukuh,” kata Zaid.

Zaid menegaskan bahawa gagasan itu sudah pun menempelak segala ramalan media arus perdana dan Umno-BN bahawa kononnya PR tidak dapat bertahan dan akan berpecah belah.

Menurut beliau, hakikat ialah “Umno-BN yang semakin tidak stabil dan menunjukkan tanpa-tanda akan retak dari dalam. Kita tahu masalah-masalah dalam Umno, krisis kepimpinan MCA dan MIC serta parti Gerakan yang tidak mempunyai sebarang gerakan,” kata Zaid lagi.

“Saya bercakap ini bukan kerana “over-confident" atau terlalu yakin tetapi hakikat ialah BN mempunyai terlampau banyak masalah dan telah hilang iltizam untuk berbakti kepada rakyat.

BN hari ini jauh berbeza dengan parti Perikatan yang kita kenali..tidak lagi wujud kesanggupan untuk duduk berbincang dan menyelesaikan masalah rakyat. Umno telah menjadi sebuah parti elitist yang mementingkan kuasa sahaja,” kata Zaid.

Zaid berkata Umno akan terus meremehkan KEADILAN dan Pakatan Rakyat kerana itulah cara dan tradisi mereka akibat terlampau angkuh setelah memegang kuasa begitu lama.