5 Mei 2012

Muktamar PAS Kawasan Jasin Lulus Usul Desak BERSIH 4.0 Diadakan Sebelum PRU13

Muktamar PAS Kawasan Jasin hari ini meluluskan usul agar BERSIH 4.0 diadakan sebelum pilihanraya umum ke 13 dipanggil.

Usul tersebut telah dibentangkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin oleh ketuanya, Sdra Aminuddin Abd. Jalil di Muktamar PAS Kawasan Jasin kali ke 45 di Kompleks PAS Jasin (KOMPAJ) hari ini.

Menurut Sdra Aminuddin, kenyataan SPR yang enggan membuang lebih 40,000 nama meragukan dalam daftar pemilihnya atas alasan tidak dapat mengenalpasti status mereka, merupakan satu strategi jahat UMNO BN memaipulasi SPR untuk kemenangan mereka di dalam PRU yang akan datang ini.

Pendedahan mengenai pengerusi dan timbalan pengerusi SPR yang pernah menjadi ahli UMNO sebelum ini jelas membuktikan bahawa SPR selama ini bukanlagh sebuahh badan yang bebas dan adil dan hal ini benar-benar telah menghakis keyakinan rakyat terhadap integriti badan yang diamanahkan untuk menjalankan proses pilihanraya di negara ini.

Sementelah lagi kewujudan task-force pemberian IC kepada warga asing di mana timbalan pengerusi terlibat secara lansung bersama-sama pegawai perdana menteri sendiri membuktikan bahawa UMNO BN sanggup melakukan apa saja untuk menang pilihanraya sekalipun dengan cara paling kotor.

Justeru itu, menurutnya, gelombang dan momentum kesedaran rakyat yang dijana melalui perhimpunan BERSIH 3.0 hendaklah diteruskan sehingga kredibiliti dan integriti SPR dipulihkan sebelum pilihanraya ke 13 dipanggil.

Usul tersebut telah diterima dan diluluskan sebulat suara oleh peserta mutamar.

Muktamar PAS Kawasan Jasin yang berlansung bermula jam 9.00 tadi telah dirasmikan oleh AJK PAS Pusat, Dato' Ustadz Abu Bakar Chik.

Di dalam ucapan perasmiannya, Dato' Ustadz Abu Bakar Chik berkata bahawa kerajaan UMNO BN kini perlu memikul beban terhadap tuntutan BERSIH. Malah menurut beliau tidak wujud BERSIH, tidak wujud rusuhan jika tiada ketidak-adilan dan kezaliman, tidak wujud BERSIH jika SPR menjalankan tugasnya dengan adil, telus dan saksama.

Terdahulu Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Ustadz Kamaruddin Sidek melahirkan rasa sukacitanya kerana telah wujud perubahan sikap di kalangan ahli PAS di semua peringkat. Beliau juga menekankan soal peri pentingnya ukhwah di kalangan para ahli dipertingkatkan untuk mempastikan perjuangan Islam yang dibawa PAS tidak terganggu dan tersekat oleh hal-hal khilafiah yang remeh.

Di muktamar kali ini juga, program "Jasin Centre" (JC) yang dikendalikan oleh Pemuda PAS Jasin telah dilancarkan dimana JC menjadi hub kepada penyebaran maklumat dan program-program PAS di kawasan Jasin melalui perkhidmatan SMS.

NGO Tolak Panel Bebas Siasat Bersih 3.0

Orang ramai memberi pelbagai pendapat mengenai penubuhan panel bebas bagi menyiasat keganasan Bersih 3.0, Sabtu lalu.

Mereka berkata, panel tersebut hanya kosmetik dan tidak boleh menyelesaikan keganasan tersebut.

NGO Jingga 13 menolak panel bebas itu dengan alasan ia tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa pihak yang melakukan kesalahan dalam perhimpunan Bersih 3.0.

“Suruhanjaya diraja lebih baik kerana mempunyai kuasa mendakwa mereka yang terlibat dengan keganasanan dalam Bersih 3.0.

“Kita rasa panel bebas ini tidak lebih dari kosmetik sahaja sedangkan pelaku masih bebas,”
kata Koordinatornya, Faris Musa.

Penganalisis politik tempatan, Prof Datuk Zainal Kling berpandangan semua pihak perlu dibenarkan menyertai panel bebas tersebut untuk memastikan keberkesanannya.

“Semua orang kena masuk…pihak keselamatan, hakim, pembangkang dan sesiapa sahaja yang mempunyai bukti.

“Biar siasatan itu lengkap, sebelum pihak peguam negara membuat tindakan lanjut,” kata beliau.’

Bagaimanapun, Zainal berkata, penubuhan panel bebas itu menunjukkan kerajaan seolah-olah tidak mempercayai mempercayai tugas agensi keselamatan mereka.

NGO Jingga 13 pula menolak panel bebas itu dengan alasan ia tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa pihak yang melakukan kesalahan dalam perhimpunan Bersih 3.0.

Kordinatornya, Faris Musa berkata, cara terbaik ialah dengan menubuhkan suruhanjaya diraja kerana mempunyai kuasa yang lebih berbanding panel bebas.

Kosmetik

“Kita rasa panel bebas ini tidak lebih dari kosmetik sahaja sedangkan pelaku masih bebas,” tambahnya.

Menurutnya, kes Bersih 3.0 ini perlu ditangani secara bijaksana supaya pelaku keganasan tidak terlepas dari undang-undang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan penubuhan panel bebas itu bagi menyiasat keganasan Bersih 3 di ibu negara Sabtu lalu.

Beliau memberi jaminan panel itu membuat siasatan secara bebas dan adil.

Dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu berlaku kekecohan apabila orang ramai menyerbu Dataran Merdeka yang menyebabkan polis menyembur gas pemedih mata dan menangkap mereka yang terbabit.

Kedua-dua pihak saling tuduh menuduh yang mendakwa masing-masing menjadi punca keganasan tersebut. -FMT

Seluar Dalam & Coli Bertaburan Depan Rumah

Bercham – Seorang gadis hidup dalam ketakutan apabila seluar dalam dan coli miliknya yang dicuri sejak dua bulan lalu, ditemui bertaburan di hadapan dan halaman rumahnya di di Kampung Tersusun Tasek di sini, kelmarin.

Keadaan itu begitu menakutkan dirinya selepas menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki misteri yang gemar meninggalkan nota berbaur lucah dan mempelawa mangsa melakukan hubungan seks dengannya.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sarah, 32, berkata, kejadian itu disedari pada jam 9.45 pagi ketika dia ingin keluar untuk bekerja sebelum terkejut apabila mendapati seluar dalam miliknya bertaburan.

Menurutnya, beberapa coli dan seluar dalamnya turut bertaburan di atas kereta serta perkarangan rumah keluarganya itu.

“Ini merupakan kejadian kedua berlaku apabila lelaki berkenaan bertindak berani dengan menceroboh kawasan rumah kami pada jam 1 pagi untuk melakukan perbuatan keji ini.

“Dalam kejadian pertama pada awal Mac lalu, dua helai coli hilang tetapi dikembalikan seminggu kemudian dengan sekeping nota lucah. Saya yakin ia melibatkan individu sama,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bercham di sini, kelmarin.

Katanya, dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang lampu pada waktu malam bagi mengelakkan kejadian sama berlaku.

“Keluarga sangat bimbang dengan lelaki berkenaan yang mungkin bertindak lebih berani dengan menceroboh rumah pula,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkenaan dan rondaan di kawasan berkenaan akan ditingkatkan bagi menjaga keselamatan penduduk. -SH

4 Peguam Wanita Saman KPN, Kerajaan

Kuala Lumpur: Empat peguam wanita yang ditahan polis ketika hendak berjumpa dengan anak guam mereka yang ditahan kerana mengadakan perhimpunan nyalaan lilin tiga tahun lalu, hari ini memfailkan saman terhadap polis dan kerajaan.

Fadiah Nadwa Fikri, 29, Murni Hidayah Anuar, 28, Puspawati Rosman, 31, dan Syuhaini Safwan, 28 memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, melalui Tetuan Daim & Gamany.

Mereka menamakan tiga pegawai penangkap, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, Timbalan Penguasa Polis DSP Jude Pereira, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, mereka berkata pada 7 Mei 2009, 9.35 malam mereka hadir di luar perkarangan Ibu Pejabat Daerah Brickfields (IPD).

Tujuan mereka adalah untuk memberi bantuan guaman kepada 14 anak guam mereka yang ditahan pada hari itu kerana mengadakan perhimpunan nyalaan lilin terhadap Wong Chin Huat, aktivis hak asasi yang ditahan mengikut Akta Hasutan.

Mereka pada masa itu peguam dari Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur, mendakwa dihalang memasuki kawasan IPD itu untuk bertemu anak guam atas alasan anak guam mereka telah menandatangani satu borang bagi melepaskan hak mereka untuk bertemu peguam.

Keempat-empat peguam itu mendakwa anak guam mereka ketika dihubungi melalui telefon bimbit menafikan mereka menandatangani borang itu.
Mereka mendakwa sudah beberapa kali memohon untuk berjumpa dengan anak guam mereka tetapi gagal berjumpa.

Selepas itu seorang pegawai polis muncul bersama "loud hailer" membuat pengumuman supaya mereka bersurai di kawasan luar IPD itu namun mereka gagal berbuat demikian dan seterusnya mereka ditahan di dalam IPD itu.

Peguam-peguam itu mendakwa pada 5 pagi, 8 Mei 2009 mereka dibawa menaiki kereta ke Balai Polis Travers dan dibebaskan dengan jaminan polis pukul 12 tengah hari.

Mereka mendakwa penahanan mereka itu tidak sah dan menyalahi undang-undang dan memohon ganti rugi am, teruk, teladan dan kos. - BERNAMA

Sanggup Pukul Wartawan & Rakyat Malaysia, KPN Dianugerahkan Pingat Oleh Singapura?

Ketua Polis Negara Dianugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang Singapura

SINGAPURA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang daripada Presiden Singapura, Dr Tony Tan Keng Yam, pada majlis istiadat pengurniaan di Istana di sini, Jumaat.

Penganugerahan itu adalah atas sumbangan beliau dalam menjalin hubungan dan kerjasama yang erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Singapura dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura, sekaligus meningkatkan keselamatan antara kedua-dua negara.

Bercakap kepada Bernama selepas majlis itu, Ismail melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Presiden Singapura dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bagi membolehkan beliau dikurniakan dengan darjah kebesaran tersebut.

"Sesungguhnya ia adalah satu penghormatan bukan kepada saya secara peribadi tetapi yang lebih penting kepada Polis Diraja Malaysia dan Polis Singapura.

"Saya difahamkan bahawa anugerah itu adalah pengiktirafan untuk kerjasama dan hubungan yang sudah terjalin sekian lama antara pasukan keselamatan kedua-dua negara. Apa yang penting, kita perlu teruskan kerjasama bagi menghadapi cabaran akan datang," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Satu berita yang agak mengejutkan. Penganugerahan pingat dari Singapura yang masih mengekalkan ISA kepada KPN Tan Sri Ismail Omar sebaik saja selepas Perhimpunan Bersih.

Rakyat tertanya-tanya, apakah kerana kegembiraan Singapura melihat kesediaan Polis Malaysia bertindak membantai dan memukul rakyat sendiri maka KPN dianugerahkan pingat?

Rusuhan Cubaan Gulingkan Kerajaan: Semuga "Doa" Najib Diperkenan Tuhan

Jika Najib Mubarak, rakyat perlu guling BN’

SHAH ALAM – Kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggambarkan tindakan peserta perhimpunan Bersih 3.0 cuba menggulingkan kerajaan dan mahu menjadikan Dataran Merdeka seolah-olah Dataran Tahrir, dengan sendirinya mengiktiraf diri beliau bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Hosni digulingkan menerusi gelombang kebangkitan rakyat 15 bulan yang lalu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, sekiranya Perdana Menteri menyifatkan langkah mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 sama seperti yang berlaku di Mesir, maka rakyat perlu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Adakah beliau (Najib) merasakan dirinya seperti Mubarak?” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib yang mengatakan perhimpunan Bersih 3.0, yang mendapatkan sokongan pertubuhan bukan kerajaan dan kepimpinan pembangkang di Kuala Lumpur, Sabtu lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi di mana tindakan itu menunjukkan pihak terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.


"Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan.

"Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di sini, hari ini.

Saifuddin, yang juga Ahli Parlimen Machang, turut menyangkal kenyataan Najib itu kerana Bersih 3.0 sudah menghebahkan tujuan dan matlamat perhimpunan iaitu mendesak serta menuntut perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil.

“Jika beliau (Najib) mengatakan bahawa tujuan perhimpunan diadakan adalah untuk menggulingkan kerajaan, maka sebenarnya beliau mengalami ‘mimpi liar!’,” ujar beliau lagi. -SH

Rusuhan cubaan gulingkan kerajaan: Najib

GUA MUSANG: Perhimpunan badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang berhampiran Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, Sabtu lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, tindakan itu menunjukkan pihak yang terbabit tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.

"Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan.

"Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di sini, hari ini.

Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini, berucap di hadapan lebih 30,000 orang yang mula menunggu ketibaan beliau sejak 7 pagi di padang Pusat Sivik itu.

Perdana Menteri berkata, kumpulan tersebut menyalahkan polis yang didakwa menyebabkan tercetusnya kekecohan pada perhimpunan tersebut.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional mencabar kumpulan itu agar bersaing melalui saluran pilihan raya.
"Kepada kumpulan ini, bersainglah di peti undi, kalau anak jantan bersainglah di peti undi.

"Saya tidak nafikan ada sedikit sebanyak kekasaran oleh polis, tetapi perkara ini boleh dielakkan jika mereka hormati undang-undang yang diluluskan Parlimen," katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sudah menawarkan lokasi yang sesuai untuk mereka berhimpun secara aman termasuk di Stadium Merdeka tetapi mereka menolak tawaran itu.

Pada sidang media selepas itu, Najib berkata ada usaha menerusi dalam talian oleh pihak tertentu untuk memaparkan polis menggunakan kekerasan berlebihan dan kerajaan akan menerangkan kepada rakyat perkara sebenar.

"Yang pertama mereka tidak menepati janji mereka. Pada awalnya kerajaan juga nak elakkan (perkara tidak diingini) sebab itu kita tawarkan Stadium Merdeka. Mereka nakkan perbalahan dan apabila ini berlaku, mereka boleh tonjolkan kekasaran polis dan sikap kerajaan yang tidak bertimbang rasa...ini boleh jadi modal politik.

"Sebab itu mereka tolak Stadium Merdeka...padahal (Stadium Merdeka) itulah hasrat mereka sewaktu perhimpunan terdahulu," katanya.

Beliau berkata, dalam perhimpunan itu terdapat dua kumpulan iaitu yang mahu berhimpun secara aman dan yang mahu "hijack' (rampas) perhimpunan bagi tujuan politik serta merancang untuk menawan Dataran Merdeka sekurang-kurangnya sehingga sambutan Hari Pekerja (1 Mei).

"Bagi yang rasional dan tahu kesannya mereka tak sokong perhimpunan itu. Mereka tahu bila ada perhimpunan seperti itu mesti ada perkara tidak boleh dikawal..ada orang yang tak hormatkan undang-undang dan melakukan kekerasan serta budaya samseng," katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak mempunyai masalah untuk membenarkan mana-mana pihak mengadakan perhimpunan aman termasuk -parti pembangkang dan pihak yang tidak menyokong kerajaan tetapi perlu berdasarkan undang-undang yang ada.

"Mesti ambil tindakan berasaskan undang-undang negara. Undang-undang negara luluskan perhimpunan aman...asalkan bertindak mengikut lunas-lunas tersebut tak ada masalah," katanya.
- BERNAMA


Ulasan GB

GB sudah ulas semalam. Petikan:

Hari ini, Najib menuduh perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi. Ternyata ia satu penyelewengan fakta di mana yang diminta oleh rakyat ialah "sistem pilihanraya BERSIH & ADIL", bukan untuk mengguling kerjaan yang ada.

Sebenarnya Najib cuba menghasut rakyat untuk membenci BERSIH. Cuba pertahankan SPR yang korup yang selama ini menjadi kuda tunggangan UMNO BN untuk terus pertahankan kuasa.

PRU 2008 menyaksikan UMNO BN sudah tumbang di Semenanjung. Jika tanpa sokongan Sabah dan Sarawak, UMNO BN sudah tamat tempoh pemerintahannya dan telah keluar dari Putrajaya.

Setiap perkataan itu adalah doa (Kullu kalam addu'a). Apabila Najib berkata bahawa rakyat ingin menggulingkan kerajaan beliau macam apa yang berlaku di Mesir, BERARTI beliau sendiri yang mendoakan perkara sebegitu berlaku, jangan salahkan rakyat lagi jika ia bernar-benar berlaku nanti.


Ulangan Peringatan Presiden PAS Kepada Najib: Kesabaran PAS Ada Batasnya!

Tunaikan 8 tuntutan atau berdepan Bersih 4.0

KUALA LUMPUR 1 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menunaikan segala tuntutan Bersih atau bakal berdepan himpunan lebih besar dari Bersih 3.0.

Beliau mengulas kejayaan Bersih 3.0 menyaksikan lebih 300,000 rakyat pelbagai kaum hadir menjayakan himpunan itu di Kuala Lumpur.

“Jika tuntutan rakyat kekal tidak didengar, kita sedia menganjur himpunan lebih besar dengan jumlah berganda berbanding Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima,” katanya dalam kenyataan.

Sehingga kini, pentadbiran Najib hanya bersedia mengguna dakwat kekal dan ia hanya satu dari lapan tuntutan Bersih.

Tujuh lagi tuntutan Bersih yang ditolak Najib termasuk enggan membersihkan daftar pemilih, mereformasikan undi pos, masa kempen minima 21 hari, akses media bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan politik kotor.

“Kepada pentadbiran Najib, saya mengingatkan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di negara kita.

“Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi dan jangan tulikan telinga,” katanya lagi.



Video di bawah adalah contoh tindakan ganas regim Najib Razak memperkudakan polis menyerang rombongan Tuan Guru Haji Hadi di terowong KL Sentral semasa BERSIH 2.0 dan pihak polis telah menembak tepat gas pemedih kepada rombongan Presiden PAS - tidak ada provokasi, tidak ada sebarang keganasan tetapi polis telah bertindak zalim - tidak cukup dengan ituPresiden PAS disumbat di dalam Black Maria tanpa belas kasihan - Inilah Wajah Regim Zionis Najib Razak!



AMARAN TERDAHULU DARI PRESIDEN PAS:

PAS Boleh Sabar...Tetapi Sabar PAS Ada Sempadan, Ada Batas, Dekat Mana Batas...TUNGGU!!!

Apa Kita Nak Buat...Tunggu Arahan Kita..! Dan Kita Tidak Akan Tunduk... Kepada Penipuan-Penipuan Ini...Dan Kita Bangkit Atas Nama ISLAM...ALLAHUAKBAR...

“kita akan lalu, “membujur lalu melintang patah”, akan tiba masanya!

PAS akan mengajar UMNO yang jahil dan yang merosakkan bangsa dan ummatnya sendiri!