25 Jun 2012

[VIDEO] MIC Tandus Modal, Sengaja Putarbelit Kenyataan Salahuddin Ayub

Kalau hina Hindu, kami pertama bantah - DHPP

KUALA LUMPUR: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mempertahankan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bahawa beliau tidak berniat menghina agama Hindu dan penganutnya dan jika dia menghina Hindu, pihaknya yang pertama membuat bantahan.

Gambar: Salahudin dalam sidang media bersama DHPP dan anggota Parlimen India hari ini

Timbalan Pengerusi DHPP N. Balasubramaniam berkata, apa yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian itu langsung tidak membawa apa-apa masalah di kalangan kaum India yang majoriti penganut agama Hindu.

"Orang India masih aman di Malaysia, dalam isu ini tidak ada bawa apa-apa masalah," katanya dalam sidang media.

Sebelum ini, Ketua Pemuda MIC T Mohan meminta Salahuddin mohon maaf kepada masyarakat India di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan menyamakan perarakan sempena Thaipusam dengan demonstrasi jalanan.

Menurut Bala, kenyataan Salahuddin dalam Debat Sinar Harian pada 19 Jun lalu sengaja diputar belitkan oleh MIC untuk menimbulkan persepsi negatif kepada kaum India.

"Jika benar ada penghinaan kepada penganut Hindu kami sendiri pun boleh tegur. Nampaknya MIC sengaja cari pasal. Kenyataan Salahuddin cukup jelas," katanya.

Bala turut percaya Salahuddin tidak akan mengeluarkan kenyataan menghina kaum dan agama lain kerana agama Islam tidak mengajar untuk berbuat begitu.

Ahli Parlimen Batu Kawan P. Ramasamy juga menyifatkan MIC ketandusan modal politik sebab itu mereka sengaja putar belit kenyataan.

"Saya ada baca dalam akhbar Tamil tuduhan terhadap Salahuddin, tidak ada bukti beliau hina kaum India,"
katanya dalam sidang media yang sama.

P. Ramasamy turut mempertikaikan di mana kelantangan MIC apabila Umno pernah menimbulkan isu bebaur perkauman dan memperlekehkan kaum India.

"Umno pernah guna isu paria. MIC mendiamkan diri. Tapi berbeza dengan Salahuddin yang jelas tidak hina agama kami," katanya.

Begitu juga ketika penyokong Umno mengarakkan kepala lembu ke bangunan SUK Selangor yang memang jelas cuba menghina orang Hindu.

Salahuddin mengulangi penegasanya beliau tidak berniat untuk menghina penganut agama Hindu dan mereka perlu dengar serta faham konteks ayat yang diperdebatkan dalam debat itu. -HD

Salahuddin : Tiada Niat Hina Perarakan Thaipusam

KUALA LUMPUR – MP Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menegaskan beliau tidak berniat menghina agama Hindu atau Thaipusam pada sesi debat bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah minggu lalu.

Menurutnya, apa yang diperkatakan dalam debat itu berkaitan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, berhubung hak mengadakan perhimpunan aman di negara ini.

“Saya tidak berniat untuk menghina agama Hindu atau kaitkan Thaipusam dengan perhimpunan haram saya tidak berniat kearah itu.

“Ketika debat itu berlangsung pelbagai contoh berkaitan dengan perhimpunan yang pernah berlaku di negara ini diberikan. Pemuda MIC telah salah erti semasa debat bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

“Jika sesorang itu faham bahasa Melayu dengan baik, sudah tentu mereka boleh faham apa yang saya maksudkan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan membidas kenyataan Salahuddin yang menyamakan perarakan Thaipusam dengan demonstrasi jalanan.

Kamalanathan menegaskan dalam blognya, bagaimana perayaan suci itu boleh disamakan dengan demonstrasi jalanan.

Sinar Harian pada 19 Jun lalu telah menganjurkan debat antara Saifuddin dengan Salahuddin yang bertajuk Demonstrasi Jalanan Mengukuh atau Meruntuh Demokrasi.

Semasa debat berlangsung, Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS turut memberikan contoh perayaan Thaipusam dan perarakan maulidurrasul yang diadakan sebagai suatu perhimpunan yang pernah diadakan tetapi berlaku secara aman disebabkan tidak berlaku sebarang provokasi pihak tertentu.
-selangorku





Sembunyi Tarikh Pilihan Raya, Rakyat Tidak Sabar ‘Kapankan’ Umno-BN

Umno-BN seharusnya gentar dengan perkembangan terkini di mana sokongan terhadap parti itu semakin berkurangan dengan rakyat menunjukkan tanda jelas inginkan perubahan dalam tampok pemerintahan negara.

Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman berkata, rakyat ketika ini sedar mereka tidak boleh lagi bergantung harap kepada Umno-BN yang selama mentadbir negara melakukan pelbagai salah laku dan penyelewengan termasuk rasuah.

Malah, perubahan positif dengan sokongan berpindah kepada Pakatan Rakyat (PR) sejak akhir-akhir ini jelas menghadirkan gerun kepada pucuk pimpinan negara yang terus merahsiakan tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Beliau berkata, amalan itu jauh berbeza di negara-negara lain di mana rakyat sudah mengetahui bila pilihan raya akan diadakan di negara mereka.

Malah tambahnya, rakyat tanpa mengira bangsa dan agama yang sudah mula bosan terhadap Umno-BN juga menunggu pilihan raya akan datang bagi menamatkan penguasaan mereka tidak terkecuali penyokongnya sendiri.

“Di Kuwait bila tarikh pilihan raya dah tau, di Kenya pilihan raya lagi dua tahun dah tau bila tapi di Malaysia tidak tahu bila pilihan rayanya.

“Doktore (doktor) YB, kapan (bila) pilihan raya…..Kenapa tanya?…..Sebab aku nak ‘kapankan’ (kebumikan) Umno ni,” katanya dalam ceramah umum Pengundi Hantu Di Rumah Anda di Teluk Panglima Garang di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Dr Abdul Rani berkata, menyedari perkara itu pelbagai tohmahan dilakukan Umno-BN termasuk usaha pakatan pembangkang yang didakwa menggunakan rakyat menerusi perhimpunan Bersih 3.0 untuk menjatuhkan kerajaan.

Namun katanya, perkara itu gagal dibuktikan malah dipersoalkan masyarakat antarabangsa yang melihat insiden sebenar menerusi siaran media.

“Orang Mesir dan Arab Saudi tanya saya yang duduk ramai-ramai tu orang jahat atau baik, penjenayah atau apa. Kalau mereka penjenayah mestilah bawa senapang, kayu, bom atau yang lain. Ini tiada apa cuma bawa air mineral dan garam. Sebab itu bila di Parlimen ketika perkara ini ditanya, menteri sendiri tidak boleh jawab,” katanya.

Menurutnya, selepas perhimpunan Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau anjuran PAS di Kedah yang begitu berjaya meraih sokongan rakyat, Umno-BN semakin mengelabah bagi menentukan tarikh pilihan raya.

Katanya, pemimpin Umno-BN sendiri mengakui perkara itu dan memberi reaksi negatif terhadap parti mereka.

“Saya pegang kata-kata Dr Khir Toyo dan Tun Dr Ling Leong Sik yang mengatakan jangan mimpi nak ambil balik Selangor. Dr Mahathir sendiri kata “Umno is rotten to the core”. Dah rosak, dah punah dan dah busuk,” katanya lagi. -selangorku

Dasar Penipu! Pelabur Tak Berminat Atau Kamu Yang Sekat?

Tok Pa: Pelabur tak berminat ke Kelantan

Kekurangan kemudahan asas adalah faktor utama pelabur asing tidak berminat untuk melabur di Kelantan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, berdasarkan pengalaman pihaknya membuat promosi di luar negara, golongan itu lebih berminat melabur di negeri yang mempunyai kemudahan asas yang baik.

"Kelantan memang diketahui umum (adalah) salah satu negeri yang menerima pelaburan paling kecil, jadi kita perlu bekerja dengan lebih gigih lagi kerana kita memerlukan kemudahan asas yang lebih baik seperti jalan raya, bekalan air, pelabuhan dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MITI Memacu Transformasi di Kota Bharu hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu juga berkata kemasukan pelaburan yang kecil menyebabkan tidak banyak peluang pekerjaan boleh disediakan untuk rakyat negeri ini, dan keadaan itu menyebabkan ramai golongan muda berhijrah ke tempat lain.

"Kita tidak pernah sekat pelaburan datang ke Kelantan, kita promosi seluruh Malaysia, kita galak pelabur datang ke Kelantan, tetapi kita ada kekangan tersebut, oleh itu, kita pelu tangani kekangan itu sebelum tarik pelabur," katanya.

Ditanya sama ada rakyat Kelantan perlu memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional memerintah negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13, Mustapa berkata, "kita rasa kita lebih mampu, kita ada pengalaman untuk urus negara dari sebuah negara miskin yang bergantung kepada pertanian kepada sebuah negara yang sekarang ini sudah menjadi makmur, dengan mempelbagaikan sumber ekonomi".

"Pengalaman ini kita tawarkan kepada rakyat Kelantan, dan kita berharap rakyat Kelantan membuat pilihan yang tepat supaya Kelantan dapat dimajukan," katanya. - Bernama

Ulasan GB

Penipu punya menteri!

Pelabur yang tak berminat atau kamu sendiri yang menyekat mereka datang ke Kelantan?

Kamu sendiri pernah mengakui di dalam dewan undangan negeri Kelantan bahawa kamu yang menyekat pembangunan mengalir ke Kelantan. Ini bukti paling nyata:





[VIDEO] Rakyat Mesir Sambut Dr. Mursi Sebagai Presiden Yang Baru

Kaherah: Calon Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi telah diisytiharkan secara rasmi memenangi pilihan raya Presiden negara itu.

Pengisytiharan itu disambut jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tahrir dan bergemalah sahutan Allahu Akhbar.

Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi.

Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 million undi.

Lebih 800,000 undi diisytiharkan tidak sah.

Keputusan diumumkan oleh Farouq Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir dalam satu ucapannya yang panjang sebelum memberikan keputusan.

Beliau mempertahankan intergriti suruhanjaya yang dipengerusikannya.

Ketidaktentuan

Pengumuman kemenangan Morsi dibuat seminggu selepas pilihan raya umum pusingan akhir pemilihan Presiden Mesir antara Mohamed Morsi dari FJP dengan Ahmad Shafiq selesai.

Sejak seminggu lalu, jutaan rakyat Mesir khasnya penyokong Ikhwanul Muslimin berhimpun di Dataran Tahrir pada setiap hari. Bilangan mereka bertambah hari ke hari sehinggalah pengumuman rasmi dibuat hari ini.

Ikhwan telah mengumumkan kemenangan Morsi sejak Ahad lalu selepas semua kertas undi selesai dikira.

Ia dibuat berdasarkan keputusan yang mereka kumpulkan dari pusat-pusat pengundian kerana semua undi telah selesai dikira di pusat-pusat pengundian itu.

Dalam pilihan raya kali ini, semua kiraan undi dibuat dipusat pengundian yang diketuai oleh seprang hakim dan keputusannya diumumkan sebaik sahaja undi selesai dikira.

Namun, hanya hari ini iaitu kira jam 10.40 malam waktu Malaysia ia diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir.

Sehingga kini tidak diketahui setakat mana Morsi akan berkuasa selaku Presiden Mesir kerana SCAF telah mengumumkan beberapa perkara sebelum pilihan raya pusingan terakhir baru-baru ini.

Antaranya, Presiden tidak mempunyai kuasa penuh dalam soal pertahanan dan keselamatan dalam negeri.

Antaranya mereka didakwa cuba mempertahankan Perjanjian Camp David yang dibuat antara kerajaan Mesir sebelum ini dengan Israel yang diusahakan oleh Amerika Syarikat.

Penolong Setiausaha Agung PAS, DR Syed Azman Syed Ahmad yang kini berada di Kaherah akan membuat laporan lanjut perkembangan yang berlaku di Mesir. -HD



Ulasan GB

Semacam ada petunjuk untuk keputusan Pilihanraya Umum Malaysia nanti....
Semuga Allah memberikan kemenangan kepada parti yang memperjuangkan Islam di mana-mana di atas mukabumiNya ini...

p/s satu perkara yang menarik ialah semasa rejim Mubarak, pada tahun 2006 beliau telah memerintahkan Dr. Mursi, tetapi pada tahun 2012, Allah telah memenjarakan Hosni Mubarak dan mengangkat Dr. Mursi menggantikannya sebagai Presiden.




Mereka memandu kereta sambil mendengar radio. Sebaik menerima berita kemenangan Mursi, mereka memberhentikan kereta lantas sujud tanda syukur di atas anugerah Allah... -SO


Airmataku Mengalir Melihat Gambar Ini...

Gambar yang memberikan 1000 makna.


Ia amat menyentuh perasaan GB. Betapa kasih dan hormat seorang yang berilmu seperti Dr.Asri terhadap seorang guru mursyid TG Nik Aziz tatkala mereka bertemu pagi tadi.

Itulah tradisi orang berilmu zaman berzaman umat Islam kerana umat Muhammad saw telah dididik untuk menghormati dan menyayangi seorang guru apatah lagi guru yang mengajar bab ukhrawi.

Secara jujur, sekalipun ada beberapa bab yang GB kurang setuju dengan pendapat Dr. Asri, tetapi melihat gambar di atas, maka GB terus dapat merasakan di hati ini ada getaran kasih sayang dan hormat kepada beliau juga, kerana beliau menghormati dan menyayangi TG Nik Aziz.

Di situ ada pertautan iman yang menjadikan hati itu menjadi satu sepertimana firmanullah "innamal mukminuna ikhwah..."

Hanya si jahil dan si hati yang keras seperti batu yang tidak mengasihi dan menghormati seorang guru seperti TGNA. Apatah lagi yang mencaci, memaki, memfitnah dan mengutuk TG Nik Aziz, pastinya yang hatinya zulmat saja berkelaku sebegitu.

Lihatlah juga gambar-gambar ini:





[BERGAMBAR] Ribuan Hadir Di Himpunan Hijau Peringkat Negeri Melaka -updated

Lebih kurang 5,000 orang penduduk Melaka telah hadir bagi menjayakan Himpunan Hijau Peringkat Negeri Melaka yang diadakan bermula petang semalam sehingga lewat tengah malam tadi bertempat di perkarangan Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Alai Melaka.

Program dimulakan dengan Solat Asar berjemaah diikuti dengan program Xpresi Anak Muda Ke Putrajaya dengan konvoi motorsikal Alternative Riding Club (ARC), persembahan dari Hafiz Bandboyz dan ucapan pimpinan pemuda Pakatan Rakyat tempatan.

Turut hadir petang semalam ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Adly Zahari serta Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Di majlis tersebut, Ameerah dan Briged Muslimat peringkat negeri Melaka telah dilancarkan.

Program diteruskan dengan Solat Maghrib, Solat Hajat & Munajat serta Solat Isya' berjemaah yang dipimpin oleh Ketua Dewan Ulamak Negeri Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail.

Selepas itu, majlis ceramah perdana yang menampilkan ucapan dan amanat dari pimpinan Pakatan Rakyat serta wakil dari NGO Anti-Lynas yang tiba dari program Occupy Balok-Gebeng di Kuantan.

Turut berucap malam tadi ialah AJK PAS Pusat, Zulkifli Omar; Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari; Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San; Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; Naib Pengerusi PKR Melaka, Rajendran; Penolong Setiausaha PKR Melaka, Sdr Wahab Ibrahim dan Pengerusi Anti-Lynas, Wong Tack.

Himpunan bersejarah tersebut dilihat begitu berjaya kerana rakyat pelbagai bangsa telah turut hadir menjayakan majlis berkenaan.

Program tersebut juga telah disiarkan secara langsung ke seluruh dunia melalui channel TVPAS Melaka yang telah menarik lebih 1,600 penonton malam tadi.

Di majlis berkenaan, anak Melaka di perantauan (PERAWAN) telah menyampaikan sumbangan mereka bebentuk replika cek kepada Perhubungan PAS Negeri Melaka.

Majlis Himpunan Hijau juga menerima kejutan apabila Setiausaha Agong PAS, Dato' Mustafa Ali turut hadir memeriahkan majlis.

Beliau menekankan tentang betapa perlunya rakyat bangkit untuk menentang kezaliman yang diterajui oleh UMNO BN dengan mempastikan kemenangan Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya akan datang ini.

UMNO terpaksa menangguhkan tarikh pilihanraya dari sebulan ke sebulan apabila mereka mendapati suasana kebangkitan rakyat kebelakangan ini tidak memihak kepada mereka.

Majlis turut diserikan dengan penampilan penyanyi Iwan Syahman yang menyampaikan lagu-lagu bermesej dakwah di majlis tersebut.

Di kemuncak acara, Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu telah menyampaikan ceramahnya dan beliau menyatakan bahawa orang Melayu selama ini diperbodohkan oleh UMNO dan masanya telah tiba untuk rakyat melakukan perubahan kepimpinan kerajaan pusat dan negeri.

Beliau menegaskan juga akan menyaman Utusan Malaysia kerana memfitnah beliau dalam isu Mat Indera tidak lama dulu.

"Mereka tuduh saya memfitnah Polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan, tapi peliknya pengadu kes tersebut seorang pesara Polis bernama Visvanathan mengaku bahawa laporan yang Polis yang belua buat tidak benar dan ada unsur fitnah".

Sementara itu, UMNO telah cuba untuk menganggu majlis Himpunan Hijau dengan mengadakan ceramahnya kira-kita 200 meter dari majlis anjuran PAS tetapi gagal untuk menarik pendengar. Mereka sekadar dapat membuat gangguan dengan menghalakan pembesar suaranya ke arah Himpunan Hijau namun tidak memberikan apa-apa kesan terhadap program Himpunan Hijau.

Briged Keselamatan Negeri Melaka bersama-sama Unit Amal telah menunjukkan tugas cemerlangnya mengawal keselamatan daripada sebarang provokasi di majlis berkenaan.





















video


[Bergambar] Gambar-gambar Pelik, Aneh & Lucu Hujung Minggu V

Lagi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk mengikuti isu-isu berat yang berlaku sekeliling kita.

Gambar-gambar ini bersepah ini internet, dikutip untuk paparan di blog GB ini untuk kita segarkan semula minda kita untuk menghadapi isu-isu baru selepas ini. Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.




















Sebelum ini
klik untuk baca