14 Jan 2009

Berita Hari Ini 15 Jan 2008

PAS dedahkan konspirasi Jabatan Pendaftaran Negeri Terengganu dan Suruhanjaya Pilihanraya bersekongkol di dalam pilihanraya kecil P036. Tiba-tiba kini JPN beroperasi sehingga 10 malam (untuk melakukan kerja pengeluaran kad pengenalan?) dan pegawai SPR mempunyai akses kepada pejabat JPN. Pejabat mereka berada di bangunan yang sama. Pengarah JPN menafikan konspirasi yang didedahkan itu dan Najib pula menolak adanya pengundi hantu. Bolehkah rakyat mempercayai penafian kedua-dua orang ini?

Poster PAS diturun dan dikoyakkan oleh MPKT sebagai satu cara untuk timbulkan provokasi. MB Selangor menafikan kereta Lexus yang digunakan dibeli menggunakan wang anak syarikat kerajaan Selangor. Sebaliknya Khir Toyo lah yang menggunakan wang KDEB untuk membeli kereta Mercedes 350S bernilai RM1juta. Hizbullah lancar roket ke Utara Israel.

Kenyataan Syed Hamid mendedahkan kejahilan beliau sendiri dan kerajaan terhadap isu yang kerajaan sendiri perjuangkan. UMNO di dalam keadaan terdesak apabila cuba mengedar risalah perkauman di dalam pilihanraya K.Terengganu. 5 penggal terpilih sebagai Wakil Rakyat adalah bukti Abdul Wahid Endut sebagai calon yang diterima oleh rakyat. Wan Mutalib Embong mendedahkan pengedaran risalah KUALA oleh UMNO untuk mengelirukan rakyat Terengganu.



ALBUM PERISTIWA