6 Mei 2009

Kerana Sikap Diperalatkan UMNO BN, KPN Perlu Letak Jawatan

Banyak pihak menyelar sikap polis yang yang telah bertindak ganas di dalam kejadian penangkapan Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu.

Sekumpulan anggota polis di percayai Special Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang berada di tempat kejadian, menyelar tindakan polis yang dianggap beliau tidak bertamadun itu.

"Tangkapan dibuat secara kasar dan tidak bertamadun, mereka (polis) menyerbu dengan menangkap beliau tanpa mengemukakan waran.

"Saya dan beberapa rakan lain cuba membantu abang Mat (Mohamad Sabu) tetapi dihalang anggota yang ramai," ujarnya kesal.

"Saya sendiri ditangkap dan dihumban ke tepi jalan secara biadap oleh anggota polis. Saya bertanyakan sama ada mereka membawa waran untuk menangkap Mohamad Sabu dan mereka menjawab tidak ada.

Hal tersebut disifatkan oleh banyak pihak sebagai keterlaluan dan penggunaan kekasaran yang melampau oleh anggota polis mesti dihentikan.

Polis meminta rakyat bekerjasama dengan mereka tetapi sebaliknya mereka lansung tidak mematuhi undang-undang di dalam menjalankan tugas.

"Ketua Polis Negara perlu bertanggungjawab dan perlu diheret ke mahkamah dan dihukum," tegas seorang peguam di sini hari ini.

Jenayah berleluasa di dalam negara, tetapi mereka menumpukan perhatian dalam hal-hal nak pertahankan dan mengampu kerajaan Barisan Nasional," tegasnya lagi.



Kerajaan Haram UMNO/BN Perak Tutup Jalan Dan Bawa Masuk 30 SB Ke dalam DUN Esok

Kerajaan haram Barisan Nasional Perak hari ini bertindak menutup laluan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan agaknya kerana takutkan Jebat-Jebat Perak mengamuk lalu menyerbu masuk ke Sidang Undangan Negeri esok selama tujuh hari tujuh malam, demikian dilaporkan oleh Suara Keadilan.

Semua laluan ke pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini dari Jalan Kuala Kangsar, Jalan Silibin, Jalan Lahat, dan Jalan Hospital akan ditutup sementara dan dilencongkan mulai 9 malam ini hingga esok sempena persidangan Dun tersebut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias, berkata orang ramai hendaklah menggunakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan lalu lintas sepanjang tujuh hari persidangan itu berlangsung.

Beliau berkata cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh sudah menetapkan 13 kawasan penutupan dan lencongan jalan ketika perasmian Dun pagi esok.

Laluan yang akan ditutup dan dilencongkan ialah simpang Jalan Lim Bo Seng, Jalan Horley, simpang Jalan S.P Seenavasagam, Jalan Kompleks Islam, simpang Jalan Istana, simpang masuk Medan Istana, susur dari bangunan pejabat Tanah, susur Jalan Kuala Kangsar, simpang Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan susur dari Taman Idris.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak didakwa merancang membawa masuk serama 30 anggota polis daripada Cawangan Khas ke dalam Dewan Undangan Negeri semasa persidangan berlangsung esok.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Datuk Ngeh Koo Ham ketika dihubungi TV Antara mendakwa Datuk Dr Abdul Rahman Hashim mempunyai senarai yang mempunyai sebanyak 30 nama dipercayai anggota polis.

"SS (state secretary) ada senarai itu, ada sebanyak 30 nama orang yang tidak dikenali. Menurut sumber dalaman pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mereka berkemungkinan SB (special branch) kerana bukannya daripada kalangan ADUN atau MP atau ketua-ketua jabatan kerajaan negeri.

"SS tidak mahu memberi senarai tersebut kepada Speaker dan Speaker tadi mengadu kepada saya mengenai perkara ini," kata Datuk Ngeh.

Beliau berkata langkah Setiausaha Kerajaan Negeri itu seolah-olah membenarkan kumpulan yang tidak ada hubungan dengan persidangan DUN untuk hadir di dalam tanpa dketahui motof kehadiran mereka.

Datuk Ngeh menyelar Barisan Nasional yang dianggapnya tidak menghormati undang-undang kerana tamakkan kuasa dan kedudukan.

"Kita akan mengikut undang-undang dan peraturan semasa persidangan esok. Kita mahu menjadi wakil rakyat contoh bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.

"Ini berbeza dengan BN yang nampaknya rela membawa masuk SB untuk mengugat ADUN-ADUN dan mungkin juga membelakangkan kuasa Speaker," tegas beliau lagi.


Mahathr Tegur Sultan Perak dan Najib Altantuya. MB Perak Tidak Boleh Dipecat

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Barisan Nasional (BN) terlalu gopoh bertindak untuk mengambil alih kembali pentadbiran di Perak dan berpendapat bahawa Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seorang Raja tidak mempunyai hak untuk memecat seorang ketua kerajaan.

“Kita tak patut terlalu gopoh. Semuanya perlu dilakukan dengan baik dan lancar. Jika terlalu gopoh, kita akan buat kesilapan,” kata Tun Mahathir pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Siri Syarahan Perdana kesembilan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai krisis perlembagaan yang berlaku di Perak, Dr Mahathir berkata, BN mungkin terlalu gopoh bertindak untuk mengambil alih kembali pentadbiran di Perak.

Ditanya sama ada undang-undang tersebut terpakai di negeri Perak, beliau berkata: “Saya fikir ia sama kepada setiap negeri tapi jika Perak mempunyai perlembagaan yang berbeza, saya sedia untuk diperbetulkan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai soalan sama ada pelantikan Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir bertentangan dengan undang-undang atau sebaliknya.

Jelas beliau, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Perdana Menteri tetapi tidak mempunyai hak untuk memecat Perdana Menteri tersebut sehinggalah adanya undi tidak percaya terhadapnya.

“Yang di-Pertuan Agong boleh melantik tetapi tak boleh pecat kecuali ada undi tak percaya terhadap Perdana Menteri tersebut,” katanya lagi.

Teguran beliau itu tidak dilaporkan oleh kebanyakan media massa arus perdana di negara ini.

Kelab GB sebelum ini telah melaporkan banyak pihak sebenarnya hairan bagaimana Sultan Perak boleh meminta Nizar melepaskan jawatannya dan melantik seorang Menteri Besar yang baru sekalipun Pakatan Rakyat sudah tidak mempunyai majoriti kerana mengikut perlembagaan hanya dewan undangan negeri melalui usul tidak percaya boleh melucutkan jawatan seseorang menteri besar.

Dewan belum bersidang pada ketika itu tetapi yang berlaku ialah pengheretan ADUN-ADUN BN dan Bebas ke Istana yang kemudiannya secara tiba-tiba diumumkan pembentukan sebuah kerajaan baru di Perak oleh Najib Razak (TPM waktu itu).

"Sultan hanya menyiasat parti mana yang mendapat sokongan selepas sesuatu pilihanraya, tetapi di dalam situasi selepas pilihanraya telah diadakan dimana kerajaan negeri sudah dibentuk, dun pernah bersidang, maka sebarang penyelesaian sesuatu kemelut hendaklah berlaku di dewan undangan negeri, bukan di Istana," tegas seorang peguam di sini.

Sementara itu, mengulas kenyataan tersebut, Pengarah Strategi KeADILan Tian Chua berkata beliau bersetuju dengan pendapat Tun Mahathir dan rakyat sememangnya sudah mengetahui dan sedar akan perkara ini.

“Maka BN Perak harus berpatah balik dan membetulkan keadaan dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri itu serta membuat pilihanraya baru,” kata Tian Chua.

“Jelas, BN Perak tidak mengikut undang-undang dan saluran secara logik dengan menafikan hak demokrasi rakyat Perak.

“Kembalikan mandat rakyat dengan mengadakan pilihanraya di Perak,” jelas Tian Chua.


Penahanan Wong Oleh Kerajaan Najib Altantuya Menunjukkan Malaysia Sebuah Negara Polis

Banyak pihak menyifatkan tindakan polis menahan jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) Wong Chin Huat menunjukkan Malaysia sedang menuju ke arah negara polis.

Wong ditahan reman tiga hari oleh Mahkamah Magistret Kuala Lumpur bagi siasatan bawah Akta Hasutan.

Beliau, yang juga Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami), ditangkap selepas jam 8 malam tadi di rumahnya Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur.

Pensyarah kajian media di sebuah universiti tempatan itu kemudian dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan untuk soal siasat - kemudian dipindahkan ke suatu tempat yang tidak diketahui sejurus selepas tengah malam.

Pengarah jabatan itu Datuk Koh Hong Sun berkata Wong yang ditahan di bawah akta tersebut kerana menulis beberapa artikel termasuk kempen "1Black Malaysia", lapor Bernama malam tadi.

Tindakan polis itu dipercayai berkaitan dengan kempen berbaju hitam esok - yang dijalankan oleh Bersih - sebagai tanda membantah persidangan DUN Perak yang dianggap NGO itu "tidak mengikut perlembagaan."

Bersih melancarkan kempen itu dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, pagi semalam.

Persidangan DUN Perak kali ini sangat genting untuk BN dan Pakatan Rakyat susulan krisis perebutan kuasa sejak Februari lalu.

Kedua-dua pihak mengakui menteri besar yang sah - Datuk Zambry Abd Kadir (BN) dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (Pakatan) - dan tuntutan ini masih belum diputuskan di mahkamah.

Keadaan tidak menentukan dipercayai boleh menimbulkan suasana tegang dan penuh emosi di dalam dan luar bangunan DUN tersebut.

Polis kelmarin melarang orang ramai berhimpun dekat Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan bangunan DUN, setelah penyokong Pakatan ingin tampil menyaksikan peristiwa penting itu dan menyatakan sokongan kepada kerajaan pilihan mereka.


Najib Atantuya Tunjuk Kuasa : Mohd Sabu Ditangkap

Pemimpin lantang PAS, Mohamad Sabu ditangkap secara kasar oleh sekumpulan anggota polis ketika beliau dan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berada di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat pukul 3 petang tadi.

Menurut Salahuddin, Naib Presiden PAS itu diberkas oleh kira-kira sepuluh anggota polis yang menaiki kereta Camry dan Perdana gelap dipercayai dari cawangan Khas.

Beliau diheret ke dalam kereta dengan diperhatikan oleh orang ramai sebelum kereta tersebut memecut ke destinasi yang tidak diketahui.

"Saya sendiri ditangkap dan dihumban ke tepi jalan secara biadap oleh anggota polis. Saya bertanyakan sama ada mereka membawa waran untuk menangkap Mohamad Sabu dan mereka menjawab tidak ada.

"Walaupun saya membantah tindakan mereka saya pula ditangkap dan dihumban begitu rupa ditepi jalan," kata Salahuddin ketika dihubungi Tv Antara.

Beliau berkata Mohamad Sabu tidak dapat dihubungi ketika ini dan beliau akan mengadakan perbincangan dengan penasihat undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin bagi tindakan selanjutnya.

Salahuddin menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak bertamadun dan tidak menolak kemungkinan penangkapan itu ada kena mengena dengan sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang berlangsung esok.

Mohamad Sabu dikatakan terlibat dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh 7 Mei, bersempena persidangan DUN.

Penangkapannya dibuat sehari selepas penahanan aktivis Bersih, Wong Chin Huat dirumahnya semalam.

Hari ini juga seramai lima orang aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ditangkap dihadapan kompleks pejabat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya apabila cuba menghantar kek hari jadi Altantuya kepada Najib Razak sempena ulangtahun mendiang wanita Monggolia itu yang jatuh hari ini.

TERKINI

Dalam perkembangan terbaru, dilaporkan Chegu Brd juga telah ditangkap.

Bapa Altantuya Hantar Surat Kepada Najib

Bapa kepada mendiang Altantuya, Dr Shaariibuu Setev telah menghantar sepucuk surat kepada Perdana Menteri Najib Razak sempena ulangtahun anaknya yang ke 31 hari ini mendesak agar semua isu yang masih dalam pertikaian diselesaikan segera.

Dalam surat tulisan tanhgan itu, beliau yang juga profesor di sebuah universiti di Monggolia berkata rakyat Malaysia dan Monggolioa tertunggu-tunggu kebenaran daripada kes pembunuhan anaknya itu dan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara telah terjejas kerananya.

Dr Setev juga mendesak Najib, kerajaan Malaysia dan pihak polis supaya memberi perhatian kepada saman sivil yang dikemukakan kepada mereka sambil merujuk kepada nasib dua anak Altantuya yang kini yatim.

"Saya mahu menenangkan roh anak saya dengan membuat majlis pengkebumian, yang mana saya belum melakukannya, sehingga selesai semua isu berhubung kematiannya," kata belioau dalam surat yang bertarikh 5 May 2009.

Berikut disiarkan kandungan surat yang telah diterjemahkan kepada bahasa Inggeris daripada bahasa Monggolia:

To: Malaysian Prime Minister Mr Najib Razak

I wish you good luck for your work, I heard you are appointed as Prime Minister of Malaysia.

However, We need to end all issues regarding the murder case of my daughter as soon as possible and in a short time because the people from two countries have been waiting for the case to be solved.

The relationship between two countries have suffered, and there is improbable situation continuing due to a murder case of my daughter Altantuya.

It requires focusing the matter now on my two orphaned grandsons, sons of Altantuya - we need a solution to the civil suit I have filed - from YOU, Malaysian Government, and the police.

I would like to calm down my daughter’s spirit by conducting a funeral for her, which I have not done, until all issues surrounding my daughter's death is settle.

By:

Mongolian citizen
Dr Shaariibuu Setev

05. May.2009


Bukit Gantang Jadikan Orang Cina Sangat Kagumi PAS


AKALI pertama menjejaki kaki ke Markaz Tarbiah PAS Pusat, begitu menerujakan bagi Nga Kor Meng. Kehadiran penyokong Pakatan Rakyat dilihat begitu ramai sekali. Saya menganggarkan lebih 10,000 orang. Bersesak-sesak hingga di jalan utama, sebelah luar dan di atas sungai buatan, tidak jauh dari markaz.

Setiausaha DAP Perak, yang dipertahankan oleh Mursyidul AM PAS dalam isu membaca sepotong ayat al-Quran ketika kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang, akhirnya menjengah markaz setelah PAS Kawasan Batu mengundangnya.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat begitu gembira dengan kehadiran Nga pada malam 19 April itu. Kedua-duanya berceramah dan Nga memuntahkan hujahnya dengan begitu bersemangat sekali. Kebanjiran penyokong Pakatan Rakyat malam itu diyakini ekoran isu keberanian Nga berkempen dengan membaca ayat al-Quran dan kepantasan Tok Guru Nik Aziz pertahankan Nga.

Mereka datang untuk melihat dan mendengar penjelasan Ahli Parlimen Taiping itu. Selain, mahu mendengar hujah Tok Guru Nik Aziz. Waktu itu ada beberapa isu menarik. Saya mempengerusikan majlis, melontar agar Tok Guru menyentuh tentang isu kedatangan penyanyi tersohor, Dato' Siti Nurhaliza ke pejabat Tok Guru bersama suami, Dato' K.

Pada masa yang sama, suatu yang mengejutkan tentang penyertaan vokalis kumpulan rock Arrow bernama Renggo ke dalam PAS di Kota Bharu dan kesediaan raja rock, Amy Seacrh memeriahkan 'Kempen Jom Serai PAS' anjuran Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Nga berceramah dalam bahasa Melayu yang agak baik. Menarik dan sarat isi. Selain menceritakan apa yang terjadi di Perak, Adun Pantai Remis itu juga melahirkan rasa kesal dengan tuduhan liar Umno terhadapnya, kerana semata-mata beliau membaca al-Quran semasa kempen.

"Saya baca ayat kitab suci al-Quran masa kempen. Maksud betul. Bacaan mungkin ada telo sikit. Biasalah, lidah keras lagi. Tapi saya terima 35 laporan polis. Apa cerita," tanya beliau sambil disambut ketawa hadirin.

Turut berceramah malam itu, penulis buku-buku motivasi, Ann Wan Seng. Sebelum ceramah bermula, saya dan TVPAS mengadakan sesi interbiu eksklusif untuk Harakah bersama Nga.

Sebaik usai ceramah, Nga dibawa minum tea di sebuah restoran tidak jauh dari markaz. Waktu keluar, mengharuk kesesakan lalu lintas dan orang ramai, Ngaterkejut dengan kehadiran yang amat sendat.

"Saya kagum betul dengan PAS. Ahli-ahlinya setia. Sederhana dan terbuka. Kami dalam DAP pun, genarasi muda, tidak kekok bersama PAS. Bukit Gantang betul-betul telah sedarkan kami tentang PAS," ujar Nga sambil menikmati mee goreng segera.

Kesimpulan bicara malam singkat malam itu, PAS benar-benar sudah boleh diterima oleh orang-orang Cina. Tidak seperti dulu, takut-takut. Nga mengakui, orang PAS lebih mesra dan mudah didekati serta ringan tulang.


Rakyat Kutuk Najib Tahan Jurucakap Bersih

Baru sebulan menjadi Perdana Menteri kepimpinan kuku besi Najib Razak mula terserlah apabila jurucakap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat di tahan polis semalam atas sebab menulis beberapa artikel termasuk kempen "1Black Malaysia".

Kempen "1Black Malaysia" dilancarkan Bersih semalam bagi menggalakkan rakyat Malaysia berpakaian serba hitam esok sempena sidang Dewan Undangan Negeri Perak sebagai simbol protes terhadap tindakan rampasan kuasa terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang didalangi Najib 4 Februari lalu.

Wong di tangkap pukul 8 malam semalam dirumahnya di Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur di bawah Akta Hasutan.

Beliau yang bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti swasta tempatan kemudiannya di bawa ke ke Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan untuk soal siasat dan kemudian dipindahkan ke suatu tempat yang tidak diketahui sejurus selepas tengah malam.

Beliau di hadapkan ke mahkamah Jalan Duta pukul 12 tengah hari tadi dan pihak polis akan membuat keputusan hari ini sama ada untuk melanjutkan tempoh tahanan itu, membebaskannya atau mendakwanya di mahkamah.

Laluan masuk ke Ipoh dan beberapa jalan di bandaraya itu terutamanya berdekatan Dewan Undangan Negeri kini dikawal rapi oleh polis manakala orang ramai pula dilarang berhimpun dekat Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Walau bagaimanapun adalah dijangka puluhan ribu rakyat dari dan luar Perak akan membanjiri Ipoh bagi mengikuti perjalanan sidang DUn yang bermula esok. -TVA


Isu Kerajaan Nizar, Mahathir Kata Sultan Tidak Ada Kuasa Lucut Jawatan MB

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, jelas menyatakan bahawa seorang Raja tidak mempunyai hak untuk memecat seorang ketua kerajaan, demikian dilaporkan oleh MSTAR

Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Perdana Menteri tetapi tidak mempunyai hak untuk memecat Perdana Menteri tersebut sehinggalah adanya undi tidak percaya terhadapnya, jelasnya lagi.

"Yang di-Pertuan Agong boleh melantik tetapi tak boleh pecat kecuali ada undi tak percaya terhadap Perdana Menteri tersebut," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Siri Syarahan Perdana kesembilan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Ditanya sama ada undang-undang tersebut terpakai di negeri Perak, beliau berkata: "Saya fikir ia sama kepada setiap negeri tapi jika Perak mempunyai perlembagana yang berbeza, saya sedia untuk diperbetulkan."

Beliau berkata demikian bagi mengulas soalan sama ada pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bertentangan dengan undang-undang atau sebaliknya.

Banyak pihak sebenarnya hairan bagaimana Sultan Perak boleh meminta Nizar melepaskan jawatannya dan melantik seorang Menteri Besar yang baru sekalipun Pakatan Rakyat sudah tidak mempunyai majoriti kerana mengikut perlembagaan hanya dewan undangan negeri melalui usul tidak percaya boleh melucutkan jawatan seseorang menteri besar.

Dewan belum bersidang pada ketika itu tetapi yang berlaku ialah pengheretan ADUN-ADUN BN dan Bebas ke Istana yang kemudiannya secara tiba-tiba diumumkan pembentukan sebuah kerajaan baru di Perak oleh Najib Razak (TPM waktu itu).

"Sultan hanya menyiasat parti mana yang mendapat sokongan selepas sesuatu pilihanraya, tetapi di dalam situasi selepas pilihanraya telah diadakan dimana kerajaan negeri sudah dibentuk, dun pernah bersidang, maka sebarang penyelesaian sesuatu kemelut hendaklah berlaku di dewan undangan negeri, bukan di Istana," tegas seorang peguam di sini.

"Semua dah jadi bercelaru akibat rampasan kuasa oleh Najib, justeru itu jalan paling selamat dan paling efektif ialah bubatrkan DUN dan adakan pilihanraya semula seluruh negeri Perak. Itu sahaja jalan keluar yang ada. Sebarang jalan tidak akan menamatkan krisis ini," tambahnya lagi.



3 Ditahan Kerana Hantar Kek Harijadi Altantuya Kepada Najib

Hantar kek hari jadi pun boleh menjadi satu kesalahan di Malaysia di bawah pemerintahan Umno-Barisan Nasional.

Ini berlaku apabila polis menahan tiga ahli Solidariti Anak Muda Malaysia untuk soal siasat pagi tadi apabila mereka cuba menghadiah kek sempena ulang tahun ke 31 mendiang Altantuya Shaariibuu ke pejabat Perdana Menteri Najib Razak di Putrajaya.

Mereka yang ditahan ialah Sani Md Shah, Saufi Mihat dan Yasir Sheikh Abdul Rahman dan di bawa ke ibu pejabat polis daerah Putrajaya.

Ketiga-ketiga mereka ditahan ketika cuba memasang kain rentang di pintu masuk kompleks pejabat Jabatan Perdana Menteri yang tertera ucapan "Selamat Hari Jadi Altantuya".

Kek seberat 5 kg yang di bawa untuk dihadiahkan kepada Najib juga turut di rampas pihak polis.

Semalam aktivis SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard berkata kumpulan itu akan menghantar kek hari jadi

Altantuya sebagai mesej jelas kepada Najib supaya menyaman semua media antarabangsa yang telah mendakwa beliau terbabit dalam pembunuhan kejam wanita Monggolia itu tiga tahun lalu.

Chegu Bard juga dikehendaki hadir ke balai polis yang sama pukul 2 petang ini.


Isu Kerajaan Nizar : SUK dan OCPD Menghina Kuasa Speaker dan DUN Perak

Speaker DUN Perak telah memanggil Mesyuarat Jawatankuasa Hak & Kebebasan petang tadi jam 2.30 petang di Pejabat Speaker. Mesyuarat diadakan bagi membincangkan satu laporan yang telah dibuat oleh YB Khlail Idham Lim, Adun Titi Serong terhadap Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim selaku SUK Negeri Perak yang telah menghalang ADUN-ADUN dari memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan bagi menghadiri Sidang DUN Tergempar 3 Mac yang lalu.

Perbuatan SUK ini dilaporkan oleh YB Khalil kepada Speaker sebagai satu penghinaan terhadap kuasa Speaker dan DUN Perak dan menuntut supaya Speaker mengambil satu sikap dan tindakan sewajarnya ke atas SUK Perak itu.

Jawatankuasa Hak & Kebebasan telah memanggil 3 orang yang terlibat untuk menjawab beberapa soalan yang disediakan oleh Jawatakusa ini. Sayangnya hanya YB Dato' Ngeh Kho Ham sahaja yang hadir bagi memberi keterangan dan saksi terhadap tindakan SUK yang menghalang ADUN-ADUN memasuki dewan.

Dato' SUK tidak menghadirkan diri, manakala Tuan Azisman, Ketua Polis Daerah Polis Ipoh yang turut dipanggil bagi memberi keterangan juga tidak menghadirkan diri. Tuan Azisman dipanggil kerana beliaulah yang mengetuai pasukan keselamatan bagi menghalang ADUN-ADUN ini memasuki dewan atas arahan Dato' SUK.

Kedua-dua mereka memberi jawapan yang sama untuk tidak menghadirkan diri pada petang tadi atas alasan surat Speaker tersebut tidak mematuhi Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak dan juga tidak memberi masa yang mencukupi dan munasabah untuk mereka menghadiri mesyuarat tersebut. Mereka menganggap surat Speaker tersebut tidak sah dan terbatal. Kandungan dan susunan kedua-dua surat tersebut adalah sama, seolah-olah ditulis oleh orang yang sama, cuma nama, later head dan tandatangan sahaja yang berbeza.

Melihat kandungan jawapan surat tersebut menunjukkan memang mereka berdualah yang merancang supaya Sidang Tergempar DUN Perak gagal dengan menghalang semua ADUN dari memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan dan seterusnya bersidang.

Saya percaya ketidakhadiran mereka berduka bukan kerana notis yang singkat dan bukan juga kerana menyalahi Perintah-Perintah Tetap. Menurut Sivakumar, beliau menjalankan tugas dan kewajipan bagi memanggil mereka mengikut peruntukan yang terkandung di bawah Perintah Tetap 72 (2) dan (3). Beliau telah menghubungi pejabat SUK meminta Dato' SUK memberi penjelasan Perintah Tetap yang mana yang dianggap menyalahi pertaturan, tetapi tidak ada jawapan.

Sebenarnya mereka tidak berani menghadirkan diri bagi memberi penjelasan dan menjawab persoalan-persoalan terhadap isu yang dibangkitkan, kerana mereka tahu, apa yang dilakukan tempoh hari adalah satu kesalahan jenayah di bawah seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana menghalang ADUN memasuki dewan. -misbahulmunir



AMK Sifatkan Gani Patail Berniat Jahat Dalam Kes Nizar-Zambry

Buletinonline melaporkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara , Tan Sri Abd. Ghani Patail yang menyatakan bahawa YAB Datuk Seri Nizar Jamaludin dilucutkan daripada menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Perak kerana tidak mendapat kepercayaan majoroti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak .

Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa berkata, Ghani harus sedar kedudukan ADUN Barisan Nasional (BN) berjumlah 28, seimbang dengan ADUN Pakatan Rakyat.

Katanya tiga orang ADUN yang ‘melompat’ mengisytiharkan diri mereka ‘bebas’ dan tidak mewakili mana-mana parti.

Beliau memperosalkan, sekiranya Dato’ Seri Mohd. Nizar Jamaludin boleh dilucutkan jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan ADUN, bagaimana pula kedudukan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said ?

“Menteri Besar Negeri Terengganu, Dato’ Ahmad Said, secara jelas tidak mendapat kepercayaan daripada 18 ADUN BN,

“sehingga menimbulkan ketegangan dan konflik politik di Negeri Terengganu yang memalukan dan melucukan,”katanya

Fariz berkata, ekoran persengketaan politik dalaman, perpecahan UMNO/BN Negeri Terengganu begitu parah sehingga Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak , terpaksa menurunkan pangkat Ahmad Said.

“Naib Presiden UMNO Dato' Seri Hisamuddin Husein dilantik menjadi Pengerusi UMNO Negeri Terengganu menggantikan Ahmad,

“bermakna Ahmad Said gagal memimpin dan menyelesaikan polemik yang yang berlarutan dan tiada kesudahan,”ujarnya ketika menghubungi Buletinonline semalam.

Oleh itu, katanya Najib sepatutnya melucutkan jawatan Ahmad Said kerana ADUN-ADUN UMNO/Barisan Nasional sudah hilang kepercayaan kepada beliau.

Katanya Najib sepatutnya mengambilkan tindakan yang sama seperti mana tindakan yang beliau lakukan terhadap Kerajaan Negeri Perak .

Katanya, tindakan ADUN-ADUN UMNO / BN menolak , menentang dan hilang kepercayaan terhadap Ahmad begitu jelas, terbuka dan tanpa segan dan silu menolak kepimpinan dan peribadi Ahmad Said.

Beliau yang juga Timbalan AMK Pusat, membantah dan kesal dengan campur tangan Peguam Negara yang seolah-olah berniat jahat ( mala-fide ), berusaha untuk mempengaruhi perbicaraan kes antara Menteri Besar Sah Pilihan Rakyat Datuk Seri Nizar dengan Menteri Besar Rampasan Kuasa Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir .

Katanya, sekiranya hujah Tan Sri Ghani Patail diterima mahkamah dan ia menjadi 'precedent case' ( kes ikutan ) , justeru Najib mesti melakukan tindakan yang sama mengikut kes tersebut dan memecat Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

AMK Negeri Terengganu turut mencadangkan, adalah lebih baik Ahmad Said segera melepaskan jawatan Menteri Besar Negeri Terengganu secara sukerala atau mengambil tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri Terengganu kerana beliau sudah tidak mendapat kepercayaan dan sokongan ADUN-ADUN UMNO/ Barisan Nasional.

Dalam pada itu Mahkamah Tinggi juga diberitahu bahawa pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb lepas, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, adalah tidak mengikut perlembagaan.

Peguam Sulaiman Abdullah, untuk Mohammad Nizar, berkata bahawa Zambry tidak boleh menuntut pejabat Menteri Besar kerana Mohammad Nizar belum meletak jawatan dan pejabat Menteri Besar tidak pernah dikosongkan.

"Pelantikan seseorang ke pejabat Menteri Besar mungkin hanya sah jika pejabat itu dikosongkan.

"Jika pejabat itu tidak dikosongkan, tidak ada pelantikan yang sah dalam undangundang untuk menduduki pejabat itu, kerana tidak boleh ada dua orang memegang satu jawatan Menteri Besar," kata Sulaiman dalam hujah dua jamnya.

Pada 13 Februari, Mohammad Nizar, 52, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 17 Mac, tahun lepas, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas) bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau pada ketika mana adalah Menteri Besar Perak.

Dalam afidavit untuk menyokong permohonan itu, Mohammad Nizar mengukuhkan bahawa:

* Beliau telah menasihat dan memohoan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengelakkan berlaku sebarang kebuntuan dalam pentadbiran hal ehwal negeri itu memandangkan tiga anggota DUN tersebut telah meletak jawatan;

* Tidak ada pembubaran DUN;

* Tidak ada usul tidak percaya dibentangkan terhadap beliau di DUN;

* Beliau belum meletak jawatan daripada pejabat Menteri Besar. Sulaiman, dalam hujah beliau hari ini juga mempertikaikan bahawa Menteri Besar Perak tidak boleh dilucutkan jawatan oleh Sultan Perak.


"Menteri Besar mungkin hanya boleh dilucutkan jawatan setelah undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota DUN itu," kata beliau.

Ini kerana, kata Sulaiman, Menteri Besar itu tidak memegang jawatan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia tetapi memegang jawatan tertakluk kepada keyakinan anggota DUN yang mana (Menteri Besar) bertanggungjawab.

"Peranan Duli Yang Maha Mulia di bawah Artikel 16(6) hanya memutuskan sama ada atau tidak untuk membubarkan DUN, jika Menteri Besar telah hilang undi tidak percaya," kata Sulaiman.

Sulaiman yang sebelum ini tidak bersetuju dengan hujah pencelah, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata bahawa pembubaran DUN tidak hanya tertakluk pada keadaan di mana Menteri Besar telah hilang keyakinan majoritinya.

"Apabila Menteri Besar menghadap Sultan memohon perkenan untuk membubarkan DUN, ia bukan satu pengakuan bahawa beliau telah hilang keyakinan majoriti. Pembubaran boleh dipohon pada bilabila masa, untuk sebarang sebab, dan bukan terhad pada hilang keyakinan majoriti," katanya.

Sulaiman juga berkata mahkamah hendaklah mematuhi dan mengaplikasikan keputusan Stephen Kalong Ningkan menentang Tun Abang Openg dan kes Tawi Sli, yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Sarawak pada 1966, pada kes ini.

Pada kes itu yang memutuskan bahawa Gabenor tersebut tidak boleh melucutkan Ketua Menteri tersebut dan tidak boleh melantik seorang Ketua Menteri kedua sementara ada seorang lagi memegang jawatan berkenaan, dan bahawa hanya satu jalan untuk Ketua Menteri untuk melucutkan jawatan dengan cara undi tidak percaya dalam Majlis Negeri.

Perlembagaan Sarawak, Perlembagaan Perak sangat jelas bahawa ia tidak ada kuasa untuk melucutkan jawatan Menteri Besar itu dan budibicara untuk melantik dua orang memegang jawatan Menteri Besar itu.

"Peruntukan Artikel 7(1) Perlembagaan Sarawak sama dengan Artikel 16(6) Perlembagaan Perak dan keputusan kes itu masih merupakan satu undang-undang yang baik," kata beliau.

Penghujahan di hadapan Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim disambung esok.


Isu Kerajaan Nizar : Kerusi Tuanku Pun UMNO Perasap

Pasal aper payah bebenor nak menyudahkan politik di Perak? Udah tiga bulan. Pelabur yang nak melaburpun tak jadi melabur. Dengor citer di pejabat tanah masih lengang orang mayor hasil tanah. Duit zakatpun deme tak nak mayor.

Berbuihler mulut JAIP mintak orang bayor zakat. Kalo bayor zakat di pejabat agama, boleh ditolak income tax. Baguih punye promosi. Tapi orang ramai degil yang amat. Deme tetap tak nak mayor zakat dengan pejabat agama. Deme mayor zakat teruih kepada yang berhak menerimanye. Bukan susah nak cari orang miskin di Perak ni.

Berbalik kepada kisah politik Perak yang tak tentu lagi mana arahnye. Kelmarin speaker telah memohon perkenan istana untuk menangguhkan Sidang DUN. Heran teman, macam mane speaker boleh mohon penangguhan sedangkan bukan dia yang mintak dewan bersidang. Lagipun speaker pernah kata yang dia tak ditunjukkan bukti hitam putih yang istana telah perkenan sidang ini diadakan pada 7 Mei 2009.

Tut-tut dalam agenda sidang, ada pulak ucapan pembukaan sidang oleh tuanku sultan. Sebab ituler agaknya MB DPulau cakap berlapik tentang agenda ini ... keputusan muktamad masih terletak pada tuanku sultan.

Istanapun pening dengan surat speaker. Kalo diperkenankan tangguh, maknanye istana telah perkenan akan sidang DUN Khamis ini. Untuk makluman, notis sidang telah dikeluarkan oleh SUK DUN yang digantung, Abdullah Antong Sabri sebaik sahaja mahkamah mengumumkan pembatalan penggantungan tujuh ADUN termasuk MB DPulau. Entah bila MB DPulau bersama SUK DUN mengadap tuanku sultan. Takkan pukui talipaun jer?

Teman bertambah pelik apabila terdengar ada kisah main bomoh di DUN Perak. Exco Kanan MB DPulau bawak masuk bomoh untuk menjampi dan memperasap kerusi tuanku sultan, kerusi speaker dan kerusi MB Nizar. Kerusi tuankupun diperasap sama. Iniler UMNO, bila sesak teroyak datang merayu mintak kuasa pada sultan. Udah dibagi kuasa, sultan pule dikerojekannye. Apaler jenih manusia UMNO ni?

Kalo tuanku datang membuka Sidang DUN, bermakna telah sahler yang tuanku perkenan dan berkenan pada UMNO. MB Nizar dan speaker bolehler mengalah. Mengalah demi rakyat. Mengalah untuk dapatkan kemenangan total dalam PRU 13 nanti. Usahler dilawan tuanku sultan. Nanti deme kate kite derhaka lagi. Bukan kite takut digelar derhaka, cuma kite tidak mahu memusuhi istana walaupun di hati kecil kite memang kecewa dengan istana.

Tapi kalo tuanku tidak datang dan sidang tetap berlangsung, maka sidang bawah pokok sebelum ini adalah sah. Keputusannya juga adalah sah. MB DPulau bersama enam exconya akan berstatus MB dan exco buangan. Perak akan ada PRK di tiga DUN lompat jer. UMNO kena menang di dua daripada tiga DUN tersebut. Mampuih yeop. Kenduri masuk rumah baru udah buat. Takkan nak kuar balik.

Apa2pun ada sari lagi. Sama2ler kita tunggu .. - jantantuya

PR UMNO : Pakatan Rakyat Selangor Lancar Kempen Bebaskan Manoharan

Beberapa ahli politik yang pernah di tahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri percaya ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan sedang ditekan oleh polis untuk melepaskan jawatan itu dan berundur dari kancah politik.

Justeru Pakatan Rakyat Selangor hari ini melancarkan kempen mendesak kerajaan Barisan Nasional membebaskan Manoharan dan semua tahanan ISA.

Kempen selama 2 minggu itu akan diadakan di seluruh negeri Selangor, khususnya di DUN Kota Alam Shah, dengan mengutip tanda tangan pengundi untuk mendesak BN memansuhkan I-S-A dan membebaskan semua tahanan.

ADUN Hulu Kelang, Shaari Sungib berkata, Manoharan disogok oleh polis dengan ungkapan seperti “saya rasa amat berdosa” bagi melemahkan semangat juangnya.

Menurut Shaari, beliau sendiri dipujuk dan ditekan menggunakan ungkapan seperti itu oleh polis untuk melemahkan semangatnya, disamping menyakinkan orang ramai bahawa beliau kesal dengan sesuatu tindakannya.

Shaari, seorang aktivis hak asasi manusia, ditahan di Kem Kamunting Taiping selama setahun dan banyak kali terpaksa menghadiri sessi soal siasat dengan polis.

Beliau percaya Manoharan menimbang untuk melepaskan jawatan bukan atas kerelaannya tetapi kerana ditekan oleh polis dalam cubaan melemahkan semangat beliau serta pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat.

Manoharan adalah seorang daripada lima pemimpin Hindraf yang di tahan di bawah ISA pada lewat 2007 selepas badan itu mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran membantah dasar-dasar diskriminasi terhadap kaum India.

Meskipun dalam tahanan, Manoharan bertanding atas tiket DAP dan memenangi kerusi Kota Alam Shah, menewaskan calon BN dari Gerakan, Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi.

Minggu lalu, beliau memberitahu isterinya S.Pushpaneela bahawa beliau rasa amat berdosa terhadap pengundi DUN Alam Shah kerana tidak dapat mewakili mereka secara berkesan.

Keputusan muktamad mengenai kedudukan Manoharan sebagai ADUN Kota Alam Shah akan dibuat selepas tahanan ini menemui Pengerusi DAP Karpal Singh pada 19 Mei ini.

Shaari memberi semangat kepada isteri Manoharan, Puan Pushpaneela untuk terus berjuang membebaskan suaminya bersama 26 tahanan lain.

“Ayat yang berbunyi ‘saya berasa amat berdosa’ itu adalah sogokan-sogokan daripada SB dan jangan kita hiraukan dan nasihat kita pada Puan Pushpa dan rakan-rakan, kita perlu teruskan perjuangan dan jadikan Puan Pushpa sebagai ikon dalam kempen bebaskan Manoharan ini,” tegas beliau.

Seorang lagi bekas tahanan ISA, Dr Mohd Nasir Hashim berkata, kata-kata sogokan itu merupakan tekanan ke atas tahanan supaya mengaku bersalah dan mengundurkan diri daripada perjuangan parti.

“Isunya kita diberi sogokan supaya kita merasa serba salah pada semua orang. Itu yang dilakukan di segi tekanan dan kita berharap YB Manohanan dapat mengatasinya. Ini adalah perjuangan menentang kezaliman,” kata ADUN Kota Damansara itu.

Pada sidang media sempena pelancaran kempen itu di Shah Alam, Setiausaha DAP Teresa Kok berkata, Manoharan tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Penahanan beliau dibawah ISA kelihatan hanya kerana beliau menjadi penguambela kepada pemimpin Hindraf yang didakwa di mahkamah.

“Kemenangan Manohanan sebagai ADUN Kota Alam Shah dalam pilihanraya pada Mac 2008, menunjukkan orang ramai simpati ke atas penahanannya di bawah ISA dan dengan kata lain ia adalah bantahan terhadap ISA,” katanya.

Isteri Manoharan, S Pushpaneela memberi komitment penuh untuk membantu Pakatan Rakyat dalam menjayakan kempen untuk memansuhkan ISA.

Sepanjang kempen dua minggu berkenaan, kerajaan negeri Selangor akan mempamerkan kain rentang berbunyi “Bebaskan Manoharan dan semua tahanan ISA” di semua daerah di Selangor. Ceramah-ceramah anti_ISA juga akan diadakan sepanjang tempoh itu.

Selain menurunkan tanda tangan bantahan terhadap ISA, orang ramai juga boleh mengemukakan bantahan dan petisyen secara maya melalui laman web www.petitiononline.com/freemano -TVA


Imam Dakwa Pemecatannya Didalangi UMNO

Seorang imam di Bukit Damansara dipecat setelah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" pada Februari lalu.

Shamsul Firdaus menerima surat pemberhentian kerja semalam setelah mengambilnya di pejabat pos berdekatan.

Dalam surat bertarikh 30 April, imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei kerana majikan berhak berbuat demikian menurut Seksyen 12 (1) Akta Pekerjaan.

Tiada alasan pemecatan dinyatakan dalam surat tersebut yang ditandatangani pengerusi Masjid Saidina Omar Alkhattab, katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini, beliau digantung daripada menyampaikan khutbah antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman walaupun beliau memohon berbuat demikian.

Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut - beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 - yang mendengar khutbah.

Beliau mendakwa pemecatan beliau didalangi oleh Umno yang mengenakan tekanan politik ke atas Jawatankuasa Pengurusan Masjid tersebut.



7 Mei: Konspirasi bomoh, jin, polis dan Umno/BN menuju klimaks!

Hari ini saya telah mengetuai rombongan NGO-NGO Islam Perak menyerahkan memorandum kepada Majlis Agama Islam Perak tentang isu bomoh di DUN Perak. Setakat ini belum ada ahli EXCO Kerajaan KUDETA BN Perak yang menafikan terlibat membawa bomoh tersebut. Tidak sukar untuk Jabatan Agama Islam Perak mengenal pasti individu yang terbabit. Hanya ada 4 orang EXCO berbangsa Melayu yang lelaki. Kalau siasatan dilakukan tanpa rasa takut tentu boleh dedahkan pengamal KURAFAT tersebut.

Ingatlah amaran Rasulullah tentang kebinasaan yang akan menimpa umat yang hanya menghukum rakyat bawahan yang bersalah sedangkan orang-orang kenamaan dibiarkan bebas tanpa hukuman.

Maka adalah rakan-rakan yang cuba membantu untuk meleraikan kemungkinan sihir yang digunakan. Pakar-pakar syifa' yang membantu telah mengenal pasti kehadiran JIN di dalam dewan tersebut. Wallahualam.

Yang pasti apabila speaker V.Sivakumar membuat semakan senarai orang-orang yang diberikan pas masuk kesidang 7/5 oleh SUK (Dato' Rahman Hasyim) tak kurang daripada 20 individu yang tidak dikenali. Mereka bukan ADUN , bukan isteri ADUN, bukan keluarga diRaja bukan ketua-ketua jabatan negeri atau persekutuan atau ulama'. Sebenarnya merekalah JIN-JIN yang dihadirkan khusus untuk konspirasi tertentu.

Mengikut maklumat rakan-rakan yang bekerja di pejabat SUK mereka adalah anggota-anggota polis cawangan khas (SB) yang diberikan pas istimewa oleh 'SPEAKER' kudeta BN.Terkejut beruk SPEAKER sebenar V.Sivakumar.

Apa agaknya peranan SB dalam dewan DUN Perak sedangkan polis tidak sepatutnya hadir dalam sidang tersebut. Tunggu dan lihat klimaks konspirasi pada 7/5. Diharap V.Sivakumar dapat menggunakan sedikit kuasa nyawa-nyawa ikan yang ada padanya. -peraknangis