11 Jul 2009

Isu Ke Manek Urai : Langkah Najib Sempena 100 Hari - 93% Tolak Ia Akan Meningkatkan Tahap Penerimaan Rakyat

Sebanyak 93% responden Edisi 7 menyatakan langkah-langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak tidak akan meningkatkan tahap penerimaan rakyat Malaysia terhadapnya. Hanya 7% sahaja yang menyatakan sebaliknya.

Najib menandakan hari ke-100 pemerintahannya dengan mengumumkan 11 langkah populis dalam usaha merampas kembali sokongan rakyat dari Pakatan Rakyat.

Selepas majoriti 2/3 pemerintah terkubur dalam PRU-12 lalu, Umno-BN berusaha untuk memacu momentum politik yang tersadung kekalahan dalam siri pilihanraya kecil lepas.

Nekad mematikan kemaraan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai, Najib mengumumkan diskaun 20 peratus kepada pengguna kerap tol lebuhraya.

Najib juga berkata ini dan 10 rancangan yang lain akan disusuli dengan lebih banyak langkah populis di masa hadapan.

Najib berkata demikian kepada lebih 3,000 penyokongnya di majlis meraikan 100 hari pemerintahan beliau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Parti Keadilan Rakyat menyifatkan langkah populis ini sebagai gimik politik. Naib Presiden Mustapha Kamil Ayub berkata Kerajaan Pusat mampu melakukan yang lebih baik, namun kepentingan politik membantutkan kekuatan itu.

Selangor dibawah Pakatan Rakyat sanggup berbelanja berbilion ringgit membeli sistem pembekalan air dari pemegang konsesi air supaya rakyat tidak lagi terbeban dengan kos kehidupan Lembah Klang yang tinggi.

Mustapha juga berkata kepedulian rakyat yang jitu mendorong kerajaan Selangor untuk memperkenalkan program 20 meter padu air percuma untuk semua pengguna domestik.

Sekiranya pemerintah ikhlas mahu membantu rakyat, Mustapha menyeru Najib supaya meniru jejak langkah Selangor dan memilik-negara lebuhraya dari tangan konsesi.

"Dalam konteks pakatan, hal utama seperti air, jalanraya, hospital dan lain-lain, memainkan peranan yang lebih dalam persoalan untuk mengurangkan beban rakyat. Soal Kerajaan Negeri Selangor bawah pimpinan Pakatan sedia menggunakan sumber lain untuk menanggung kos pembekalan air, komitmen terhadap rakyat. Dalam masa yang sama, dalam keadaan ekonomi agak parah, rakyat perlu dibantu dengan cara demikian.”

“Diberikan satu bentuk di mana jika tidak secara langsung perlu ada kajian. Cara berkenaan (diskaun 20%) tidak melambangkan komitmen kerajaan meringankan beban rakyat. Tidak mencukupi kalau sekadar potongan 20% kepada pengguna kerap,"

Pendedahan dokumen konsesi lebuhraya mendedahkan kerajaan Malaysia dan pemegang konsesi telah menetapkan kenaikan harga tol secara berperingkat dalam satu perjanjian yang memakan masa antara 10 hingga 30 tahun.

Umno-BN beralasan bahawa kerajaan terpaksa membayar subsidi yang mahal kepada konsesi sekiranya kerajaan menghalang kenaikan harga tol.

Siri-siri bantahan dan demonstrasi rakyat membantah kenaikan harga tol bagaimanapun dijawab dengan kekerasan pihak berkuasa.

”Sebelum itu mereka kata tidak mampu dan perjanjian tidak boleh diubah. Sebelum ini mereka kata bahawa kerajan perlu beri subsidi dan pampasan kepada syarikat konsesi Kerana ia kewajipan secara kontrak, tiba-tiba dia boleh bagi 20%. Bagaimana 20% ini boleh dilaksanakan? Samada kerajaan perlu bayar subsidi yang lebih tinggi atau ini memang sesuatu yang didalam kuasa kerajaan. Ini tidak dijelaskan,” kata Pengarah Strategi PKR, Tian Chua.

Kata Tian Chua lagi, beliau mengganggap pusingan-U ini hanya satu gimik politik yang digunakan Najib untu menawan hati rakyat.

"Ia hanya gimik politik untuk menunjukan Najib prihatin terhadap kebajikan rakyat, tapi sebenarnya tidak mengubah atau menyesesaikan masalah. 20% bukan untuk semua hanya sebahagian pengguna. Saya kurang pasti cara mereka untung menghitung siapa layak atau tidak. Ia masih belum jelas,"

“Yang penting kita harus mengkaji semula perjanjian konsesi supaya kerajaan boleh mengambilalih atau mengurangkan tol. Itu langkah yang lebih berkesan daripada hanya menggunakan diskaun,” katanya.



MANEK URAI : Ustaz Nasharuddin Tampil Juga Sekalipun Uzur

Tiada isu halangan untuk Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa turun berkempen di Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai, ujar Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media petang tadi.

"Tiada makluman apa-apa untuk menghalang Ustaz Nasharudin datang ke sini(Manek Urai)," ujarnya pada sidang media petang ini.

Sejurus kemudian, Nasharudin menjelaskan bahawa sekiranya beliau terkesan dengan segala khabar angin yang sengaja dibuat media bagi memecah belahkan kesepaduan dalam PAS.

"Jika sekiranya saya kecil hati, ada silap faham sudah tentu saya tidak datang," katanya.

Nasharudin menceritakan bahawa beliau menjalani pembedahan minor akibat masalah usus pada Khamis lalu, mengakibatkan pergerakan beliau menjadi terbatas atas nasihat doktornya.

Beliau yang pulang pada petang tadi sempat menyertai beberapa program dan aktiviti yang dijalankan sepanjang hari bermula daripada Solat Dhuha Perdana di Masjid Sungai Perial pagi tadi.

Sejak kebelakangan ini, Timbalan Presiden PAS itu menjadi isu selepas berlaku propaganda yang cuba dimainkan pihak media arus perdana bagi menggambarkan kononnya terdapat masalah dalam kepimpinan tertinggi PAS khususnya apabila isu kerajaan perpaduan dimainkan.

Walau bagaimanapun kemunculan beliau pada hari ini menjawab segala persoalan tersebut sekaligus menafikan desas-desus bahawa masalah tersebut masih belum selesai. -prkn41



MANEK URAI : Seruan Untuk Berpuasa Esok

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli, penyokong parti serta mereka yang bersimpati dengan perjuangan Islam agar melakukan puasa sunat pada hari Ahad, 19 Rejab bersamaan 12 Julai nanti.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, dalam satu kenyataannya kepada Harakah, berkata puasa sunat bersempena pilihan raya kecil Manek Urai yang bakal berlangsung pada 14 Julai ini.

Beliau berkata, sehubungan itu, pada sebelah malamnya diminta semua ahli PAS solat hajat dan bermunajat untuk memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan yang cemerlang kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Semua ahli PAS diminta melaksana arahan daripada Mursyidul Am dan Presiden itu.

"Kerjasama dan komitmen semua pihak bagi memastikan kejayaan PAS dalam pilihan raya kecil itu didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Khathira," ujarnya.


MANEK URAI : Rakyat Kelantan Bijak Berpolitik - Presiden PAS

Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa rakyat Kelantan merupakan rakyat yang pandai berpolitik berbanding rakyat di negeri lain.

Beliau menerangkan bahawa ajaran Islam yang diturunkan oleh Allah kepada nabi dan rasul bukanlah hanya beribadat kepada Allah semata-mata, tetapi juga memerintah negeri dengan mengikut syariat Islam.

Tambah beliau lagi, cara untuk menegakkan agama Allah adalah berjuang melalui parti Islam dan parti Islam di Malaysia adalah parti PAS .

"Mengapa kita (PAS) boleh memerintah Kelantan? Ini kerana rakyat di Kelantan sedar bahawa memilih PAS adalah satu kewajipan untuk mendirikan agama Allah", katanya.

PAS memerintah Kelantan dari tahun 1959 hingga 1978. Kemudian pada tahun 1990 PAS mengambil semula tampuk pemerintahan negeri Kelantan hingga sekarang.

Di Manek Urai, PAS memerintah sejak awal (1986) hingga kini melainkan pada tahun 2008 kalah ke tangan Barisan Nasional (BN). Ia membuktikan PAS di Kelantan boleh memenangi kerusi yang dipertandingkan tidak kira di bandar atau di kawasan pedalaman.

"Ianya membuktikan bahawa rakyat di Kelantan merupakan rakyat yang faham, bijak dan pandai berpolitik berbanding rakyat di negeri lain kerana mereka faham dengan perjuangan yang di bawah oleh PAS adalah menegakkan agama Allah dan inilah kelebihan rakyat di negeri Kelantan", ucap beliau dalam ceramahnya malam tadi di Chuchoh Puteri.

Beliau akhiri ceramah beliau dengan menegaskan bahawa memilih pemimpin dalam Islam adalah satu amanah yang sangat besar. Beliau berharap rakyat Manek Urai masih kekal menyokong calon PAS, Saudara Fauzi Abdullah yang merupakan seorang yang patuh dengan ajaran Allah dan juga seorang yang pemurah dan boleh dipercayai.

MANEK URAI : Jadikan Ia Tempat UMNO Ditalkin dan Dikuburkan

Walaupun dalam keadaan hujan lebat beberapa minit bermulanya ceramah malam semalam, orang ramai berpusu-pusu dengan penuh semangat untuk mendengar ucapan yang disampaikan Ahli Parlimen Bukit Gantang, dan ADUN Pasir Panjang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

"Apa yang Umno-BN buat terhadap Negeri Perak menyebabkan rakyat hari ini bukan hanya di Negeri Perak tetapi khususnya di seluruh Malaysia tidak boleh memberi keampunan kepada mereka", kata beliau.

"Apa yang berlaku di Perak mereka (Umno-BN) telah mempamerkan satu kerja, satu tindakan yang kita tidak boleh beri maaf kepada mereka, kerana mereka telah merampas hak rakyat. Kerja merampas hak rakyat ini adalah berdosa besar," ucap beliau lagi di hadapan rumah seorang penduduk Manek Urai Lama.

Tambah beliau, "Umno-BN tidak layak menyatakan parti mereka adalah parti yang membela Agama, Negara dan Bangsa. Mereka adalah pemusnah"

"Di Perak selama 51 tahun Umno-BN memerintah, Islam tidak pernah ditunjukkan, dibuktikan satu cara hidup, satu fahaman Islam, satu ajaran daripada Allah yang molek".

Mengharapkan rakyat Manek Urai dapat menterjemahkan apa yang telah berlaku di Perak sekarang, beliau mengharapkan tindakan mempertahankan dan mengekalkan pemimpin PAS di DUN Manek Urai ini satu petanda untuk menunjukkan bahawa rakyat semakin tidak percaya dengan kepimpinan BN yang diketuai Perdana Meterinya, Najib.

Dato' Seri Nizar mengakhiri ucapan dengan berkata, "Jadikanlah Manek Urai untuk mengebumikan Umno-BN dan mentalkinkannya".

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah ADUN Pulai Chondong, Zulkifli Mamat.

MANEK URAI : Pas Yakin Tambah Majoriti

Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yakin Pas dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dengan majoriti undi yang lebih besar berbanding pilihan raya umum 2008.

"Saya yakin Pas akan dapat menambah majoriti (di Manek Urai) berdasarkan rentak (mood) hasil kemenangan pilihan raya kecil (Parlimen) Kuala Terengganu dan Bukit Gantang baru-baru ini.

"Pas telah berjaya membangkitkan isu membabitkan kehidupan seharian penduduk Manek Urai dan Umno sebaliknya tidak banyak membawa isu yang yang relevan dengan penduduk di sini," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat sunat dhuha bersama Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan para penyokong Pas di Masjid Perial dekat sini hari ini.

Pada pilihan raya umum lepas, calon Pas Ismail Yaacob menewaskan calon Barisan Nasional Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Mengenai dakwaan beliau tidak disenaraikan untuk berkempen bagi Pas di Manek Urai kerana wujud hubungan tegang dengan Nik Abdul Aziz berhubung isu kerajaan perpaduan baru-baru ini, Nasharudin berkata ia hanyalah andaian yang sengaja dicipta oleh Umno.

Katanya selama ini beliau memilih untuk berdiam diri kerana percaya media di negara ini tidak akan melaporkan perkara sebenar.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan Mohd Fauzi Abdullah,
50.

Isu Ke Manek Urai : Najib 100 Hari Sebagai PM

Benar kah hari ini,11 Julai 2009, hari keseratus Datuk Seri Najib Razak menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia?

Jika dikira dari tarikh beliau mengangkat sumpah, perkara itu tidak dapat disangkalkan lagi, namun bagi pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah, pemerintahan Najib sebenarnya bermula jauh lebih awal dari itu – ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan tersebut.

Dalam tempoh 100 hari (atau lebih) Najib memegang tampuk pemerintahan, ia gagal dimanfaatkan untuk memulihkan imej kerajaaan. Banyak perkara yang seharusnya ada namun tidak dilaksanakan, begitu pandangan Tengku Razaleigh.

Dua bukti utama beliau utarakan: Pertama, cadangan Suruhanjaya Diraja Pembaikan Operasi Dan Pengurusan Polis Di Raja Malaysia supaya diwujudkan satu badan bebas iaitu Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) bagi memperkasa dan mengawasi Polis Diraja Malaysia. Najib tidak mengendahkan cadangan ini.

Perkara kedua yang juga tidak dihiraukan Najib adalah hasil siasatan Suruhanjaya Diraja terhadap sedutan rakaman video perbualan VK Lingam dan bekas Ketua Hakim Negara Ahmad Fairuz Abdul Halim.

Dua perkara ini, kata Tengku Razaleigh, sekiranya diberi penegasan oleh pemerintah mampu memulihkan keyakinan rakyat terhadap system penguatkuasaan undang-undang dan badan kehakiman.

Malangnya Najib tidak mahu bertindak. Mungkin beliau tidak selesa untuk meneruskan usaha yang cuba dilaksanakan Tun Abdullah.

Sebaliknya Najib memilih untuk menonjolkan konsep 1Malaysia, yang sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Konsep 1Malaysia ini tidak lebih dari penjenamaan semula wawasan pemimpin-pemimpin silam sejak Malaysia Merdeka 52 tahun lalu.

Sepertimana amalan Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelum ini, selain dari memperkenalkan beberapa langkah ‘pembaharuan ekonomi’, Najib turut membebaskan beberapa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejurus selepas mengangkat sumpah.

Najib juga berjanji untuk mengkaji semula akta kejam ini, walaupun kita semua sudah terbiasa dengan janji-janji seperti itu.

Ikrar ini diikuti dengan sesi turun padang dan beramah mesra bersama rakyat di merata kawasan di ibu Negara. Najib di lihat bergambar minum teh tarik di Brickfields Kuala Lumpur, dan dilaporkan mengucapkan selamat menyambut perayaan Vasakhi kepada masyarakat Sikh di sebuah gurdwara di Jalan Raja Bot.

Semua ini adalah sebahagian dari kempen beliau menzahirkan cogankata “rakyat di dahulukan” seperti yang dihebah-hebahkannya.

Dan semua ini juga adalah rekasaya kumpulan-kumpulan ‘tukang karut’ (spin doctor) dan penasihat beliau, propaganda yang di paksa suap ke mulut rakyat oleh media yang dikawal BN.

Dalam 100 hari pemerintahnnya, Najib mengumumkan perlaksanaan program Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Index (KPI) bagi menilai prestasi kerja jemaah menteri dan semua kementerian.

Tujuannya adalah supaya kementerian mencapai takat ikhtisas yang baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat.

Apa yang ironiknya adalah apabila Najib sendiri mencatatkan keputusan KPI yang mengecewakan. Penilaian ini dibuat oleh dua pemimpin utama dalam Umno sendiri.

Dalam hebat pemikir-pemikir Najib merancang, malang bagi Najib apabila sekutu-sekutu kuat kini bertukar seteru.

Tengku Razaleigh tidak bersetuju dengan apa yang berlaku di Perak dan menggesa mandat dipulangkan kepada rakyat untuk menentukan kerajaan negeri sekehendak mereka.

Isu pembinaan Zon Bebas Pelabuhan Klang yang melonjak dari RM1.1 bilion kepada RM12.5 bilion telah berlarutan dan sehingga ke hari ini rakyat tidak nampak yang kerajaan akan mengheret mereka-mereka yang bertanggungjawab ke mahkamah.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang dahulunya bermati-matian berusaha supaya Najib menjadi Perdana Menteri sudah berpaling-muka dan berkata 100 hari Najib lebih banyak yang “negatif daripada positif”.

Sekiranya dalam masa satu ratus hari sahaja lebih banyak negative dari yang positif, kita sebagai rakyat biasa amat bimbang apa yang akan berlaku dalam jangka waktu yang panjang.

Mengimbas kembali apa yang disebutkan Tun Mahathir tempoh hari, Najib mahu popular katanya. Bagi Tun, isu pokoknya adalah Najib masih memilih “orang-orang yang korup” menduduki kerusi-kerusi dalam Kabinet.

Cuma apa yang membezakan Najib dan Perdana Menteri sebelum beliau adalah Najib tidak tertidur dalam menjalankan tugas.

Namun KPI paling bermakna adalah persepsi rakyat sendiri, yang umumnya sedia maklum dengan tingkah-laku Najib dan menteri-menterinya. -TVA


MANEK URAI : Petronas Pun Jadi Kuda Tunggangan UMNO BN

Petronas Jangan Tipu Rakyat Kelantan.

Oleh Syed Azidi AlBukhary

Pada 9 Mei 1975, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Dato’ Haji Mohamed Bin Nasir telah menandatangani perjanjian dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang diwakili oleh Pengerusinya, YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah.

Perjanjian tersebut adalah bersesuaian dengan penggubalan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 yang memansuhkan beberapa bahagian penting Akta 95 Perlombongan dan Petroleum 1966 dan memberi ekslusif untuk mencari, mengeksploit, mendapatkan dan memperolehi petroleum di pantai atau di luar pantai Malaysia kepada Petronas.

Salah satu butiran perjanjian itu adalah seperti yang tercatat di dalam seksyen 1 (1) yang berbunyi,

“Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan…”

Rujukan kepada Malaysia di seksyen 2(1) Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 di tafsirkan mengikut Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan (iaitu undang-undang tertinggi), antara lain Artikel 1 menyebut,


  • Persekutuan hendaklah di kenali sebagai Malaysia di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Negeri-negeri Persekutuan hendaklah Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.
  • Wilayah-wilayah Negeri ini adalah seperti yang wujud sebelum merdeka. (meliputi perairannya).

Oleh yang demikian setiap kali kalimah “onshore” dan “offshore” di gunapakai dalamAkta 144 Kemajuan Petroleum 1974 ianya bermaksud “onshore” atau “offshore” kepada satu daripada 13 Negeri dalam Persekutuan dan bukannya Persekutuan secara keseluruhan.

Hasil Petroleum yang ditemui dan diperolehi di luar pesisir pantai (offshore) Hasil Petroleum yang ditemui dan diperolehi di perairan Malaysia (offshore) adalah milik salah satu daripada mana-mana 13 Negeri yang disebut dalam Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan dan adalah hak mutlak sepanjang masa kepada Kerajaan Negeri tersebut sehingga pemilikan diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada Petronas mengikut perjanjian yang ditandatangani berdasarkan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974.

Kalimah “offshore” juga tidak dipecah tafsirkan didalam akta yang sama dan juga didalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan kepada sub kategori seperti yang ditentukan dalam Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu 1982.

  • Territorial sea iaitu 22 km dari daratan.
  • Contagious zone iaitu 44 km dari daratan.
  • Zon Ekonomi Ekslusif iaitu 370 km dari daratan.

Oleh yang demikian, setiap kawasan di dalam Perairan Malaysia adalah milik salah satu daripada 13 negeri yang disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Memahami JDA

Joint Development Area melibatkan kawasan pertindihan tuntutan di antara Malaysia dan Thailand. Kedua-dua negara bersetuju membangunkannya mengikut model kawasan pertindihan Australia – Indonesia. Kedua-dua negara menggubal undang-undang dang diluluskan di Parlimen masing-masing.

JDA hanyalah kawasan pembangunan bersama dan bukan wilayah khas. Kawasan Bersama Malaysia – Thailand (MTJA) pula dipersrtujui menerusi undang-undang agar terbahagi dua dan menggunapakai undang-undang negara masing-masing. kedaulatan, hak, tuntutan dan keistimewaan mana-mana pihak tidak terhapus menerusi akta yang digubal dan ini jelas tercatat di dalam Akta 440 Malaysian-Thailand Joint Authority 1990 (rujuk lampiran). Ini bererti Malaysia masih berkuasa penuh ke atas kawasannya di dalam JDA dan Perlembagaan Persekutuan masih supreme law disitu.

Akta yang sama juga menjamin hak Kelantan ke atas perairan tersebut serta terus mengangkat sebarang perjanjian yang dimeterai sebelumnya.

Berdepan Dengan Petronas

JDA Location MAP


Rakyat Kelantan harus bersedia berhadapan dengan Petronas jika Petronas tidak bersedia menegakkan kebenaran dan mengotakan perjanjian. Rakyat Kelantan diseluruh dunia harus bersedia jika Petronas membelakangkan perjanjiannya dengan Kerajaan Kelantan.

Dunia korporat dan dunia sukan lumba kereta F1 merupakan medan-medan terbaik untuk dunia mengenali Petronas sebenar-benarnya.

Hasil Bumi Di Pantai Kelantan

JDA Gajah Ular


Petronas tidak boleh mudah berkata tiada hasil gas atau petroleum di Kelantan. Petronas harus juga jelas dengan dua buah telaga di luar JDA iaitu Gajah-1 dan Ular-1 yang terletak di blok PM 301 dan PM 302 tetapi dikaburi dengan nama JDA. Begitu juga dengan Lawit dan Jerneh, pengeluar Gas yang mampu menampung keperluan satu pertiga keperluan Semenanjung. Lawit dan jerneh terletak di Blok PM 303. Dibayar royaltinya kepada Terengganu walaupun kesahihan kedudukannya boleh dipertikaikan oleh rakyat Kelantan.

Petronas juga harus menjelaskan penemuan-penemuan di Blok PM 301 dan PM 302 yang dalam lingkungan kedalaman air kurang 70 meter. Di dalam hal ini jelas Petronas tidak boleh membiarkan dirinya dijadi tunggangan politik UMNO. Sudah lama kebobrokan ini menjadi resam permainan Petronas dan UMNO.

Lampiran

Akta Perlombongan - header

Akta Perlombongan - Define tanahContinental Shelf Act - headerContinental Shelf Act - Seabed

ORDINAN DHARURAT 1969

Emergency ordinan - headerEmergency Ordinan- Teritorial waterEEZ Act - headerEEZ Act - DistancePetroleum Development Act - HeaderPetroleum Development Act - Cash PaymentPetroleum development Act - Cancelling 1966MTJA Act - Header

MTA Act - Define

MTJA Act - LocationAdmiralty ChartMTJA - RoyaltyMTJA - respecting original RightsMTJA - Power of MinisterMTJA - PaymentMTJA - Malaysia AreaMTJA - JDA Not Special territory



MANEK URAI : Menipu Dah Jadi Darah Daging UMNO

Seperti telah menjadi darah daging, setiap kali pilihanraya samada umum atau pilihanraya kecil, UMNO/BN ‘wajib’ menipu rakyat.

KUALA KRAI, 10 Julai (Bernama) — Hasrat kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membantu rakyat di Manik Urai akan menjadi lebih mudah jika para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri itu memilih calon BN, sekaligus memenangi pilihan raya kecil pada 14 Julai ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kerajaan BN tidak memingggirkan mana-mana kawasan pedalaman dalam agenda pembangunannya jika diberi peluang berkhidmat di kawasan berkenaan meskipun kerajaan negeri ditadbir pembangkang.


Endau di Johor dan Rompin di Pahang adalah dua kawasan Dewan Undangan Negeri yang TIDAK pernah dimenangi oleh parti lain sejak negara mencapai kemerdekaan selain daripada UMNO. Malangnya kedua-dua kawasan ini adalah antara kawasan yang paling mundur di Semenanjung Malaysia.

Sepanjang tempoh Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi menteri besar Johor langsung tiada pembangunan ketara di kawasan Endau. Taraf kemiskinan penduduk daerah Endau adalah antara yang tertinggi dalam negeri Johor !!!

Kadar celik IT penduduk di dua kawasan ini amat rendah. Mereka lazimnya hanya menerima maklumat daripada siaran RTM dan akhbar arus perdana yang biasanya dipenuhi dengan propaganda dan pendustaan fakta.

Demi masa depan yang lebih cerah, saya amat berharap pengundi di Manik Urai tidak menjadi seperti ramai pemilih di Endau dan Rompin yang telah berjaya ditipu dan digelapkan mata oleh pemimpin UMNO/BN dengan janji kosong dan hadiah kain pelikat menjelang setiap kali pilihanraya..!!! -kerajaanrakyat

MANEK URAI : Isu Royalti - UMNO Jadikan Petronas Kambing Hitam

Nampaknya pemimpin Umno sah terperangkap dengan isu royalti apabila cuba mengalihkan pula kepada Petronas bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat Kelantan.

Petronas seakan-akan menjadi kambing hitam memikul tanggungjawab tersebut. Sedangkan segala keputusan terpikul di atas bahu Perdana Menteri.

Maka mengambil kira polemik tersebut anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa mencabar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Mustapa Mohamed berdebat mengenai isu royalti.

"Setakat yang kita dapati hujah undang-undang dan dokumen menyebelahi Kelantan.

"Sebab itulah kita cadangkan diadakan satu forum (debat) di Manek Urai, di mana Dato' Mustapa Mohamed mewakili kerajaan Malaysia dan Petronas dan saya mewakili kerajaan Kelantan," katanya ketika ditemui pada program Cakna Keluarga di sini petang tadi.

Husam juga berkata, pada 3 Ogos depan beliau akan menganjurkan lawatan bersama anggota parlimen Pakatan Rakyat meninjau kawasan pelantar Cekerawala.

Katanya, kita telah menempah bot laut dalam yang boleh memuatkan ramai penumpang dan ramai anggota parlimen Pakatan Rakyat akan dijemput.

"Saya juga hendak jemput Mustapa dan Khairy Jamaluddin bersama dalam tinjauan tersebut . Jadi kalau mereka bersungguh-sungguh hendak bersatu hendaklah mereka membayar royalti kepada kerajaan Kelantan.

"Ada masa lima enam jam di atas kapal itu kita boleh bincang masalah tersebut," katanya.

Beliau berkata, biar pun diminta Petronas menjawab tetapi beliau yakin kerajaan masih lagi mempunyai kuasa politik untuk mempengaruhi Petronas memberi jawapan politik.

"Jadi kita berharap Petronas tidak memberi jawapan politik dan memberi jawapan yang berasaskan undang-undang dan keadilan.

"Jadi tekanan politik adalah mustahak biar rakyat tahu dengan maklumat-maklumat dan mereka tidak boleh lagi menyembunyikan hak rakyat Kelantan," katanya.

Surat kepada Perdana Menteri bagi menuntut royalti dihantar sebulan lalu dan tiga bulan lepas Menteri Besar juga menghantar surat kepada Tan Sri Hassan Merican bagi mencadangkan pendaratan gas dari PM301 ke Bachok.

Lokasi yang dituntut ialah kawasan bersama Thailand - Malaysia dan tuntutan bersama itu ada di bawah satu akta yang diluluskan Parlimen pada 1990.

MANEK URAI : Perhimpunan Pemborong Dan Penjaja Ikan Kelantan

Satu perhimpunan telah di adakan di Pasar Laloh oleh Persatuan Pemborong dan Peniaga Ikan berikutan pihak Umno-BN telah memperlekehkan profesyen sebagai peniaga ikan.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan dalam ceramah kempen pilihan rayanya sebelum ini telah memperlekehkan dan mempersendakan calon PAS, Saudara Fauzi Abdullah yang merupakan seorang peraih ikan.

Berikutan itu, ia menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peniaga ikan dan perhimpunan diadakan selepas solat asar petang tadi. Satu perhimpunan pemborong dan penjaja ikan negeri kelantan turut sertai wakil dari negeri kedah, di Kg.Laloh PRK MURAI, mereka menyatakan bersyukur dan menyokong penuh kerana wakil mereka di pilih menjadi calon PAS PRK DUN Manek Urai, mereka juga terkilan dengan penghinaan olih TPM terhadap kerjaya mereka.

Mursyidul Am PAS, TGNA, Calon PAS, Hj Hussam, Dr Hatta, turut memberi ucapan dan sokongan kepada calon rakan mereka, ialah Zulkifli Bidin pengurusi peniaga dan penjaja ikan negeri kedah, Tarmizi salleh pengurusi pemborong dan penjaja ikan negeri kelantan. - foto : guanomanikurai