29 Sep 2014

Shaari & Hasnul Sudah Dipanggil, PAS Pusat Tentukan Nasib Mereka


Nasib dua Ahli Dewan Undangan (Adun) PAS yang menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor akan ditentukan Jawatankuasa PAS Pusat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali berkata, kedua-dua Adun berkenaan, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah dipanggil memberi penjelasan berhubung isu itu dan pimpinan PAS Pusat akan membuat keputusan mengenai status mereka.

"Mereka telah dipanggil secara formal untuk memberi penjelasan hari ini (Isnin).

"Saya sudah dengar penjelasan setiap seorang daripada mereka dan ia akan dimaklumkan kepada PAS Pusat yang akan bertindak membuat keputusan,"
katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan dua Adun tersebut di Ibu Pejabat PAS Pusat di sini, Isnin.

Menurut Mustapa, PAS Pusat juga akan memutuskan sama ada Saari dan Hasnul akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti atau sebaliknya.

Mengulas lanjut mengenai pertemuan tersebut, beliau berkata ia diadakan secara berasingan.

"Jumpa seorang-seorang...seorang ambil masa kira-kira sejam," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan isi kandungan penjelasan yang diberikan dan tidak mahu menyatakan sama ada beliau berpuas hati atau tidak dengan penjelasan yang telah diberi.

Mustapa berkata, kelewatan mengambil tindakan terhadap Saari dan Hasnul adalah disebabkan parti ingin menyelesaikan isu satu persatu.

"Kita selesai satu-satu. Isu menteri besar di Selangor sudah selesai, PRK Pengkalan Kubor sudah selesai, sekarang isu ini pula," katanya.

Status dua Adun PAS ini dalam parti masih lagi menjadi tanda tanya apabila tiada sebarang tindakan atau amaran dikenakan terhadap tindakan mereka yang dianggap membelakangkan parti dalam isu pelantikan menteri besar di Selangor.

Kedua-dua Adun berkenaan menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar di Selangor, satu tindakan yang bertentangan dengan pendirian parti.

Terdahulu, Saari yang ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Mustapa berkata beliau masih ahli PAS dan akan menjadi ahli PAS sehingga ajal. -mstar


Saya masih ahli PAS sampai ajal - Saari Sungib

KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang Saari Sungib menegaskan beliau masih lagi ahli PAS dan tidak akan meninggalkan parti Islam itu.

"Saya masih ahli PAS sampai ajal," katanya kepada pemberita di bangunan ibu pejabat PAS, di Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Saari dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di pejabatnya hari ini.

Namun Saari enggan mengulas lanjut tujuan pertemuan dengan Mustafa itu diadakan dan usaha Astro AWANI untuk mendapatkan penjelasan dari Setiausaha Agung PAS itu juga gagal.

Sebelum ini beberapa portal melaporkan Saari dan Hasnol akan menghadap Lembaga Disiplin PAS hari ini bagi membincangkan tindakan mereka memberi sokongan kepada presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Akibat tindakan, perwakilan PAS mendesak agar kedua mereka dihadapkan kepada Lembaga Disiplin PAS dan dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Lebih memburukkan keadaan apabila presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan pergulungan di Muktamar Tahunan parti itu di Batu Pahat baru-baru ini mengeluarkan istilah 'broker' dan 'barua' akibat insiden tersebut.

Bagaimanapun, Saari dan Hasnol yang hadir di majlis makan malam anjuran DAP dianggap sebagai 'wira' yang telah menyelamatkan Pakatan Rakyat daripada terbentuknya kerajaan yang mereka dakwa sebagai gabungan UMNO, PAS dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Di majlis itu, Hasnul secara berseloroh berkata beliau masih boleh bertanding menggunakan lambang DAP manakala Saari menegaskan tidak akan keluar daripada PAS.
-astroawani










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Gadis Melayu Berpurdah Sertai DAP


Seremban: Selepas peguam Melayu muda Dyana Sofya Mohd Daud dan anak gadis Melayu bertudung, Syefura Othman (Rara) menyertai parti DAP, kini Jamila Rahim atau lebih dikenali dengan panggilan Melati Rahim, 22, merupakan anak gadis Melayu terbaru menyertai parti yang terkenal dengan jolokan parti ‘chauvinist’ Cina tersebut.

Melati merupakan seorang graduan dari UNISEL dalam jurusan Diploma TESL.

Apabila ditanya kenapa Melati memilih DAP walaupun beliau berimej Islamik, Melati berkata wawasan dan asas DAP yang membuatkan beliau tertarik untuk bersama parti itu.

“Jika diteliti secara kasar, perlembagaan DAP itu sendiri, humanisme atau dasar kemanusiaan diletakkan sebagai tunjang dan teras utama.

“Dalam Islam sendiri, kemanusiaan adalah asas dan keperluan sebagai seorang insan.

“Sejujurnya, DAP lebih dekat dengan keadilan seperti yang digagaskan oleh Islam. Islam merupakan prinsip utama saya dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Tuhan.

“Namun dalam menjalani kehidupan dan berhadapan dengan manusia pelbagai kaum, saya percaya dasar kemanusiaan sangat penting. “Saya ingin tegaskan disini, Islam adalah pegangan saya dan saya bersaksi tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan Allah, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah.

“Dalam hal ini saya fikir kita harus buka dan lihat dalam kerangka lebih besar tentang kepelbagaian penganut agama di Malaysia,” katanya.

DAP menentang ‘kapitalisme parti’

Melati berkata beliau yakin tiada penganut dalam mana-mana agama merasakan agama mereka salah dan jika semua agama mahu pertahankan hak mereka tanpa bertolak-ansur dan bertoleransi, maka hancurlah dunia angkara peperangan kerana prejudis dan saling benci-membenci.

“Misalnya, kita lihat di Gaza pihak Yahudi secara terbuka mengaku ingin merobohkan Masjid Aqsa kerana ingin mendirikan semula Kuil Sulaiman yang pernah di bina dibawah Masjid Aqsa.

“Andai perkara ini dilihat pada dasar agama, pihak Yahudi sebenarnya sedang memperjuangkan hak agama mereka walau pada dasar kemanusiaan sebenarnya tanah tersebut milik Palestin.

“Jadi, soal moraliti dan kemanusian harus kita jadikan indikator dalam menilai perkara ini.

“Sesungguhnya Allah meletakkan darjat manusia itu tinggi. Seorang pemikir Barat zaman Ranaissance , Pico Della Mirandola pernah menyebut “nihil spectari homine admirabilius”, yang membawa maksud tiada yang lebih indah dari manusia. Maka, mari kita baca dan fikir-fikirkan.

“DAP menentang ‘kapitalisme parti’, mereka mempraktikkan perkara ini dengan meminta setiap ahli parlimen dibawah DAP mewakafkan di antara 20 hingga 30% daripada gaji mereka kepada parti.

“Senaraikan kepada saya siapa ahli parlimen di dalam DAP yang memakai kereta mewah selepas menjadi wakil rakyat? DAP bukanlah parti Cina yang anti Islam

Melati turut mengulas bahawa DAP juga gigih menjalankan khidmat dalam perkara berkaitan perlaksanaan perkhidmatan kesihatan dan dasar–dasar keselamatan sosial.

Selain itu, pelindungan terhadap warga tua, orang kurang upaya dan miskin tegar juga menjadi isu utama dalam DAP. Ia dipraktikkan di Pulau Pinang dengan pelbagai jenis bantuan.

“Di negeri naungan DAP itu juga mempunyai briged yang ditugaskan menjaga keselamatan awam di kawasan masing-masing dengan kelengkapan penuh yang di taja sepenuhnya oleh kerajaan Pulau Pinang.

“Hadirnya wakil rakyat dari kaum Melayu dan India seperti Zairil Khir dan Ram Karpal menguatkan lagi bukti bahawa DAP bukanlah parti Cina yang anti Islam.

“Saya yakin dalam hal ini kita harus berlapang dada dan cuba melihat dengan mata hati.

“Rumi pernah berkata aku beriman dengan agama Cinta, dan Islam adalah agama yang penuh dengan nilai cinta namun dirosakkan oleh manusia yang menjadikan agama sebagai senjata untuk menindas manusia yang lemah.

“Politik Islam meletakkan keadilan sosial dan kemanusiaan sebagai teras dan saya melihat ciri-ciri ini wujud dalam DAP. “Saya yakin sudah tiba masanya anak muda bersama-sama berjuang dalam DAP dan meruntuhkan segala dogma dan sifat rasisma yang sekian lama ditanam dalam benak rakyat Malaysia,” kata Melati. -FMT

ULASAN GB

Tiada apa-apa kesalahan dilakukan oleh Melati Rahim.

Bacalah yang tersirat dari yang tersurat, lagi ramai pemimpin melayu dan islam mengehentam DAP, semakin ramai pula muslimat menyertai parti itu. Itu hukum alam.

Bagitahu kepada Nasruddin Tantawi dan Nik Mohd Abduh serta konco-konco mereka.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Pecat Shaari & Hasnul Dan Pas Akan Terus Terpinggir

Dua Adun Pas Selangor, Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin dilaporkan akan dipanggil mengadap Lembaga Disiplin parti esok ekoran tindakan mereka yang didakwa mendahului parti dengan memberikan sokongan kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor.

Sehingga ini apa yang bermain di fikiran orangramai ialah apakah hukuman yang bakal diterima oleh kedua-dua Adun itu terima. Adakah mereka akan dipecat, digantung, diberi amaran atau dilepaskan begitu saja?

Sementara Presiden Pas, Haji Hadi kelihatan amat berang dengan tindakan Shaari dan Hasnul ini dengan melabelkan di pentas terbuka penggulungan Muktamar Pas di Batu Pahat dengan cop pengkhianat, barua, broker dan sudah dibeli, sebaliknya DAP pula meraikan kedua-dua Adun itu semalam dalam sebuah majlis jamuan dan menganggap mereka adalah "wira" yang mempertahankan kerajaan PR Selangor.

Berdepan dengan apa yang berlaku kepada Iszurie Ibrahim, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang juga Bendahari Pas negeri yang dikeluarkan daripada semua jawatankuasa tetap dan dibekukan peruntukannya ekoran kritikan terbuka terhadap dasar perumahan kerajaan negeri dalam ucapannya di muktamar baru-baru ini, sanjungan DAP terhadap Shaari dan Hasnul bagaikan sengaja merenjis minyak kepada api yang sedang membara dalam Pas ketika ini.

Shaari dan Hasnul sebelum ini mempertahankan tindakan mereka adalah bertujuan menafikan dakwaan sokongan majoriti yang didakwa dimiliki oleh Khalid Ibrahim serta atas semangat untuk mempertahankan kerajaan negeri PR.

Kiranya esok Shaari dan Hasnul akan dipecat oleh Pas, tanggapan umum tentunya tidak dapat lari daripada mengaitkannya dengan ucapan Haji Hadi di muktamar baru-baru ini. Akan wujud persepsi bahawa Lembaga Disiplin Pas hanyalah "rubber stamp" kepada Haji Hadi saja.

Malah mungkin juga wujud tanggapan bahawa hukuman pecat itu sebagai luahan rasa kekecewaan Pas bukan saja kerana gagal untuk terus mencatur penentuan politik di Selangor, bahkan juga kerana kehilangan satu kerusi Exco di negeri itu.

Tambahan pula, isu politik di Selangor secara umumnya sudah pun selesai apabila Azmin Ali diangkat sebagai Menteri Besar dan tidak seharusnya lagi Pas memanjangkan isu dengan suatu tindakan yang seolah-olah ada unsur balas dendam.

Lebih dari itu, tindakan pemecatan juga akan meretakkan lagi hubungan Pas dalam PR di sebalik parti itu berulangkali menyatakan mahu terus kekal dalam gabungan itu bersama PKR dan DAP. Ini kerana apa yang dilakukan oleh Shaari dan Hasnul adalah atas semangat untuk mempertahankan kerajaan PR yang didokong oleh Pas juga.

Malangnya dalam krisis Menteri Besar ketika itu, bukan Shaari dan Hasnul yang cuba lari dari semangat dan janji bersama PR, tetapi pihak lain dalam Pas. Lagi pula bukannya kedua-dua mereka ini menyokong calon daripada parti musuh, malah daripada parti yang diakui oleh Pas sendiri berhak terhadap kerusi Menteri Besar itu.

Sudah tentu, jika pemecatan juga yang dibuat esok, ia bukan saja keterlaluan, tetapi akan menjadikan Pas semakin terpinggir di mata pengundi pelbagai kaum yang menyokong PR selama ini. Pas tidak akan dipercayai lagi selepas ini. Ia adalah sesuatu yang merbahaya kepada masa depan Pas, khususnya di Selangor dalam pilihanraya akan datang.

Tindakan gantung juga tidak sesuai diambil jika Pas benar-benar ingin bersama PR bergerak ke hadapan menentang UMNO dan BN. Pas haruslah mengakui tindakan Shaari dan Hasnul memberi sokongan kepada Dr Wan Azizah adalah kerana salah Pas sendiri yang lambat menyatakan pendirian dan menangguh-nangguhkan tarikh mesyuaratnya.

Jika Pas lebih agresif dan progresif dalam tindakannya, termasuk mempercepatkan tarikh mesyuarat berhubung isu Menteri Besar dahulu, semua ini tidak mungkin berlaku.

Berdepan dengan kemungkinan hilang sokongan pengundi bandar dan separa bandar serta mesej yang diterima Pas dalam keputusan pilihanraya kecil Pengkalan Kubor, hukuman yang wajar diterima oleh Shaari dan Hasnul hanyalah diberikan amaran saja.

Lebih berjiwa besar jika Pas tidak menyabitkan dengan sebarang hukuman, lebih-lebih lagi dakwaan kononnya mereka dibeli atau bukti lain yang bersifat salahlaku juga tidak pernah dibuktikan sehingga kini.

Walaupun dilihat tidak seiringan dengan pendirian Haji Hadi tetapi adalah nyata bahawa Shaari dan Hasnul melalui tindakan yang dilakukannya bertujuan ingin membawa Pas bergerak di landasan yang betul bersama-sama dengan PR. Bukan salah mereka kerana bertindak cepat mendahului Pas dalam memberi sokongan kepada Dr Wan Azizah tetapi salah Pas kerana selalu lambat dan perlahan. -shahbudindotcom

ULASAN GB

PENDAKWAAN BERPILIH DI DALAM PARTI ISLAM SEMALAYSIA. CUKUP DASYAT APABILA PARTI DIKUASAI UG. SAMAJA SAJA PERANGAI MEREKA DGN UMNO. TAK HAIRAN MEREKA DIPANGGIL "UMNO GROUP" DALAM PAS.

Ada seorang pengkomen di blog GB yang bertaya:

Anonymous said... Minta S/Usaha Agung PAS Jawab: 2 ADUN ni diambil tindakan tatatertib kerana sokong Wan Azizah dlm pencalonan MB Selangor. Kenapa sampai hari ni 3 BARUA Pas yang bertanding dlm PRU 13 di Kota Damansara, Bkt Besi dan Sg Acheh dimana PKR bertanding TIDAK dilembaga displinkan ??? oh! Sokong PKR tindakan tatatertib..lawan PKR simpan bawah karpet...ini macam kaaa??? XXXXX !








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





"Kaki Tidur" Rupanya Iszuree Ni, Patut Mengigau...


Exco kesal sikap Iszuree

GEORGETOWN - Tindakan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim (gambar) yang berterusan mengeluarkan kenyataan fitnah dan tuduhan terhadap kerajaan negeri amat dikesali.

Exco Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata, tuduhan dan fitnah yang dilemparkan Iszuree terhadap kerajaan negeri berniat jahat dan tidak langsung mencerminkan perkara sebenar.

​Beliau berkata, tindakan diambil kerana beliau menfitnah kerajaan negeri PR yang diwakilinya sendiri dengan serangan melulu apabila menyamakan kerajaan PR dengan BN dalam meneruskan dasar pro-pemaju ​ketika menguruskan masalah setinggan.

"Ini tidak benar sekali. Kerana kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang kelulusan pembangunan kepada pemaju untuk sebarang permohonan atas tanah yang melibatkan setinggan."

Ini adalah perubahan ketara dari dasar BN sebelum ini yang memberi kelulusan pembangunan walaupun masalah setinggan belum diselesaikan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, perubahan dasar itu ​dilakukan untuk menggalakkan pemaju mengadakan rundingan dan menyelesaikan masalah secara baik iaitu menggunapakai formula munasabah dalam berurusan dengan setinggan.

"Malangnya beberapa pemaju dan pemilik tanah yang ada kaitan dengan BN dan Umno enggan ​berunding dengan setinggan dan sebaliknya menggunakan tindakan mahkamah untuk menghalau​nya tanpa bayaran pampasan yang munasabah.

​"​Untuk kes 'BN atau U​mno'​ sedemikian, kerajaan negeri bukan sahaja mengaturkan peguam untuk membela setinggan tetapi tidak memberi kelulusan pembangunan ​jika pemaju ini berjaya di ​mahkamah," katanya​.

​Afif berkata, Iszuree ​juga ​ sedia maklum mengenai perubahan dasar itu dan beberapa kampung yang disebutnya melibatkan kes mahkamah yang ada kaitan​ dengan Umno atau BN.

"​Untuk setinggan yang menduduki tanah kerajaan, polisi​nya ialah bayaran pampasan atau rumah akan disediakan ​jika mereka terpaksa berpindah atau tidak memiliki rumah."​

Amat dikesali, walaupun selepas dikenakan tindakan, beliau masih cuba mengheret isu lain yang tidak berkaitan dan bermain dengan sentimen," katanya.

Menurutnya, Iszuree seharusnya rasional dan perlu mengakui bahawa kerajaan negeri hanya mengambil tanah untuk tujuan awam termasuk buat kali pertama pengambilan tanah milikan bukan Melayu dan bukan Islam untuk tujuan perkuburan orang Islam.

"Beliau juga harus menerima prinsip lantikan​nya sebagai ahli MPPP bukan dipilih secara langsung oleh rakyat tetapi dilantik kerajaan negeri atas kepercayaan dan keyakinan terhadap​nya sebagai pendukung ​untuk membela rakyat.

​"​ Sebagai​ ahli ​majlis, beliau harus tahu bahawa setiap dasar yang digubal sejak 2008 adalah atas semangat kebertanggungjawaban bersama atau 'collective respo​n​sibility'," katanya. -SH ‎

ULASAN GB

Mula-mula GB ingatkan betullah kritikan Iszuree terhadap kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng.

Dalam sibuk-sibuk dia meenempelak DAP, tetiba hulum kebenaran dan keadilan berjalan. Beberapa keping gambar dia "tidur" masa mesyuarat beredar di media sosial. Bukan sekali dia tidur, berkali-kali.

SUNGGUH MEMALUKAN. Kemudian ada hati pula nak cari publisiti hentam kerajaan PR di Penang. Perbaiki dulun dirimu sebelum kamu mengkritik orang. Nanti ditempelak orang "kaki tidur yang sedang mengigau atau bermimpi".

Yang anehnya ada pulak seorang pemimpin PAS kata DAP buli PAS. Rupa-rupanya sama-sama mengigau. PAS yang sepatutnya ambil tindakan ke atas kaki tidur sepertinya. Mujur ada Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Haji Mohamad Sabu yang menjelaskan Iszuree masih tidak dipecat daripada jawatannya itu seperti digambarkan oleh AJK PAS Pusat, Nasrudin Hasan At-Tantawi dan Yusni Mat Piah (Ketua Pemuda PAS Negeri).

"Iszuree sepatutnya dipecat, tetapi, saya berunding supaya ada kaedah lain agar dia tidak dipecat," jelas Mohamad dalam Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri di Pongsu Seribu, petang kelmarin.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





YB Saari & YB Hasnul Akan Dihadapkan Ke Lembaga Disiplin PAS Esok -updated


Saari, Hasnul menghadap lembaga disiplin PAS esok

Dua wakil rakyat PAS menyokong Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor sebelum partinya membuat pendirian sebelum ini akan berdepan lembaga disiplin esok.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang Saari Sungib memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah dipanggil menjelaskan tindakan mereka itu.

Saari yang menerima sambutan wira daripada DAP ekoran tindakannya itu bagaimanapun menegaskan tidak akan keluar daripada PAS.

“Kalau jawatankuasa (disiplin) itu adil, berilmu dan objektif, tidak dipengaruhi selain daripada untuk menegakkan keadilan dan kebenaran, saya akan tetap jadi ahli (PAS),” katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika takdirnya beliau dipecat, beliau berazam akan terus bersama Pakatan dan menjadi ahli politik tanpa parti.

“Parti saya Pakatan Rakyat,” katanya.

Sementara itu, Hasnul sebelum ini berseloroh bahawa beliau masih boleh bertanding menggunakan lambang DAP.

Beliau bagaimanapun menegaskan tiada hasrat langsung melompat parti.


ULASAN GB

Pertama heboh sangat di media sosial hari ini dengan memetik satu laporan dari sebuah portal tabloid tempatan menyatakan bahawa ADUN Morib Hasnul Baharudin akan bertanding menggunakan lambang DAP.

Maka pelbagai kutukan dihamburkan terhadap beliau oleh sekumpulan ahli PAS dan mendesak beliau keluar dari parti.

Sedangkan beliau hanya berseloroh berkata demikian dan beliau tiada hasrat lansung untuk melompat parti.

Sementelah lagi bukankah Presiden PAS sendiri, Abdul Hadi Awang semasa pilihanraya kecil Teluk Intan pernah mengkagumi dengan keberanian Dyana Sofya Mohd Daud untuk bertanding sebagai calon DAP?

Kedua soal merit kesalahan. Kita tak tahu pertuduhan yang sebenar. Ada yang menyatakan kerana mendatangani SD. Jika itu satu kesalahan, menjadi tanggungjawab pihak pendakwa untuk membuktikan bila larangan untuk tandatangan SD itu dilkeluarkan.

Jika dikatakan melanggar keputusan Majlis Syura Ulama yang membuat ketetapan menyokong TS Khalid sebagai MB Selangor ketika itu, Majlis Syura Ulama sendiri yang membuat keputusan meminta Khalid Ibrahim melanggar peraturan partinya yang telah menyuruh beliau letak jawatan. Jadi tidakkah wajar kedua-dua ADUN itu mengingkari keputusan Majlis Syura?

Keempat soal lembaga Disiplin. Kita tidak tahu sebenarnya siapa yang mempengerusikan Lembaga Disiplin PAS ketika ini. Perlantikannya begitu "rahsia" sehingga ahli-ahli masih kabur "who's who" di dalam lembaga tersebut.

Kita berharap siasatan dan penghakiman akan berjalan dengana adil dan saksama. Tidak seperti masa-masa lalu dimana Pengerusi Lembaga Disiplin yang bias menyebabkan hukuman dijatuhkan jelas pincang.

Di dalam kes di mana Khalid Samad dan Hassan Ali di bawa ke Lembaga Disiplin pada beberapa tahun yang lalu, Jawatankuasa Disiplin PAS yang pada ketika itu dipengurusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man yang umum tahu beliau adalah dari kumpulan UG telah menjatuhkan hukuman Khalid bersalah dan digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor ketika itu Hasan Ali hanya diberi amaran bertulis. Khalid Samad juga digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat ketika itu.

Keputusan itu menyebabkan banyak pihak tidak puashati dan mempersoalkan kewibawaan Tuan Ibrahim Tuan Man yang pada pandangan mereka bias dan berpihak serta tidak mempunyai latarbelakang undang-undang yang telah dilantik "secara kedai kopi" sebagai pengerusi Jawatankuasa disiplin parti.

Akhirnya hukum Allah berjalan, Allah s.w.t. menunjukkan bahawa Hassan Ali itu yang bersalah dan akhirnya dipecat dari parti dan Khalid Samad kekal di dalam PAS!

Apa yang kita lihat Perlembagaan PAS memperuntukkan Lemabaga Disiplin PAS dilantik oleh Majlis Syura Ulama. Namun persoalan kini ialah Majlis Syura Ulama yang ada sekarang ini belum diperkasakan, peranan dan keanggotaannya belum lagi diperkemaskan, bagaimana mereka boleh membuat perlantikan tersebut?

Keadilan itu bukan sekadar ditegakkan tetapi mesti dilihat ditegakkan. Itu prinsip asas keadilan. Di dalam Islam, Rasulullah (s.a.w) berkata: Hakim ada tiga jenis, salah seorang daripada mereka akan pergi ke syurga dan dua Neraka. Satu yang akan pergi ke syurga adalah seorang lelaki yang tahu apa yang betul dan memberi pertimbangan sewajarnya, tetapi seorang yang tahu apa yang betul dan bertindak secara penindasan dalam penghakimannya akan pergi ke neraka dan seorang lelaki yang memberikan penghakiman bagi orang apabila dia jahil akan pergi ke neraka.

GB tertarik dengan satu poster yang beredar di media sosial:









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI