23 Apr 2016

PAS & Blok Ketiga Akan Hanya Perolehi 3% Undi

Menurut satu kajian yang dibuat oleh sebuah firma bebas, hanya 3% rakyat Malaysia sahaja menyokong 'Blok Ketiga' yang diwujudkan oleh PAS besama rakan barunya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Fakta itu diperolehi oleh Ilham Centre berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh mereka untuk penggal pertama tahun 2016, kata Pengerusi Eksekutifnya, Mohamad Hisomuddin Bakar.

Fakta ini didedahkan oleh Hisomuddin dalam satu forum yang diadakan di Universiti Malaya Rabu lepas.

AMANAH Umum 13 Calon Untuk PRN Sarawak

Parti Amanah Negara (AMANAH) telah mengumumkan 13 calon untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak, termasuk dua calon bukan Islam untuk DUN Sebuyau dan Gedong.

Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub mengumumkan calon-calon AMANAH untuk PRN Sarawak di majlis pelancaran jentera pilihan raya AMANAH di Hotel Grand Continental Kuching dan berkata calon-calonnya akan bertanding di kawasan-kawasan majoriti Melayu.