5 Apr 2011

Lim Guan Eng: Mungkinkah Bernama Tersilap Lapor Kenyataan PM?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Koh Tsu Koon telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan apabila mengatakan bahawa Perdana Menteri Najib Razak tidak pernah melahirkan berasa yakin bahawa BN akan menakluk semula Pulau Pinang.

Sebaliknya kata Koh kemungkinan besar wartawan Bernama itu terlalu bersemangat atau ghairah ketika membuat laporan berkaitan Najib yang sebenarnya mengatakan jika sambutan hangat itu diterjemahkan sebagai undi dalam pilihan raya, BN mungkin berpeluang memenangi beberapa kerusi.

Sukar untuk saya mempercayai bahawa agensi berita kebangsaan seperti Bernama berani melaporkan fakta yang salah berkaitan Perdana Menteri walau seghairah atau bersemangat manapun wartawan tersebut. Sebagai agensi berita kebangsaan, Bernama sepatutnya mempunyai kelebihan yang tidak terdapat pada lain-lain media.

Masyarakat tidak akan pernah percaya bahawa media seperti Bernama berani melaporkan perkara yang salah tentang kenyataan Perdana Menteri melainkan wartawan tersebut dipecat atas perlakuan yang tidak professional dan tidak berkemampuan. Kegagalan mengambil tindakan ke atas Bernama membuktikan BN melaksanakan kempen "smoke and mirrors" untuk menawan semula Pulau Pinang dengan menyembunyikan strategi sebenar BN secara diam-diam dan berdolak dalik bagi mengelirukan Pakatan Rakyat.

Atas alasan itu, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak akan sekali-kali goyah, bingung mahupun tersasar daripada fokus utama kerajaan negeri untuk mengamalkan pemerintahan yang baik dan berkhidmat kepada rakyat Pulau Pinang. Semua pemimpin Pakatan Rakyat yang terpilih telah diarah untuk memperbaiki prestasi dengan menggandakan usaha dalam melaksanakan tugas pemerintahan yang berjiwa rakyat dengan penuh perikemanusiaan dengan mendengar keluhan rakyat, urus tadbir yang baik kepada rakyat serta memberi harapan kepada rakyat.

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berasa kesal dengan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang telah memberikan maklumat palsu kepada Perdana Menteri kononnya Pulau Pinang telah mengalami kejatuhan di bawah pemerintahan PR. Semenjak pilihanraya 8 Mac 2008 yang membawa kepada Kerajaan Pakatan Rakyat, Pulau Pinang telah berubah menjadi lebih baik. Di antara 12 kejayaan yang jelas disokong dengan fakta serta maklumat yang benar bahawa Pulau Pinang menerajui tempat pertama di Malaysia ialah:

1. Jumlah pelaburan tertinggi di Malaysia dan dalam sejarah negeri sebanyak RM12,2 juta atau 26% daripada jumlah keseluruhan pelaburan negara. Pengedaran FDI Pulau Pinang lebih tinggi iaitu sebanyak 36% berbanding FDI Malaysia walaupun hanya mempunyai 6% jumlah populasi Malaysia.
2.
Dipuji oleh Ketua Audit Negara sebagai negeri yang mengamalkan pengurusan kewangan terbaik bagi tahun 2008 dan 2009.

3. Pengurangan Indeks Jenayah tertinggi di Malaysia sebanyak 27% .

4. Negeri pertama untuk inisiatif hijau yang menuju ke arah Pulau Pinang sebagai Negeri Hijau pertama di Malaysia.

5. Satu-satunya negeri yang dipuji oleh "Transparency International" dalam memerangi rasuah melalui proses tender terbuka dan prinsip CAT - Cekap, Akauntabiliti dan Telus.

6. Penyumbang tertinggi untuk pendapatan daripada pelancongan perubatan iaitu sebanyak 60%.

7. Negeri pertama membasmi miskin tegar dengan memastikan setiap keluarga memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM500 sebulan dan membayar RM100 setiap tahun kepada warga emas berusia lebih 60 tahun.

8. Pulau Pinang mencatatkan peningkatan tertinggi jumlah penumpang udara berbanding semua lapangan terbang di Malaysia sebanyak 30%.

9. Mencatat kadar terendah penggangguran dan bergerak aktif dalam mencari tenaga kerja mahir.

10. Menjaminkan kebebasan dan hak asasi manusia dengan Akta Kebebasan Maklumat dan mewujudkan Sudut Pidato pertama di Malaysia yang membenarkan kebebasan berucap.

11. Paling cergas dalam melindungi, memulihara dan mempromosikan warisan melalui Bandaraya Warisan Dunia Unesco George Town.

12. Bandaraya yang paling baik didiami di Malaysia.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang pada 4 April 2011.


Koh: Najib tidak pandang ringan Pulau Pinang



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak meluahkan keyakinannya bahawa BN akan merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang, kata presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon.

Menjelaskan kenyataan Najib semasa lawatan seharinya yang menggempurkan pulau mutiara itu, semalam, Koh berkata perdana menteri tidak mengeluarkan kata-kata seperti yang dilaporkan itu.

“PM amat berhati-hati dengan apa yang dikatakannya. Beliau berkata dia melawat lima kawasan (dan) orang ramai memberikan sambutan hangat. Jika sambutan hangat itu diterjemahkan sebagai undi dalam pilihan raya, BN mungkin berpeluang merampas beberapa kerusi.

“Tetapi beliau tidak sebut menawan negeri ini kerana perkara itu memerlukan penilaian lanjut. Mungkin Bernama salah melaporkan (kenyataan perdana menteri), kata Koh kepada wartawan semasa pelancaran sebuah buku di Kuala Lumpur hari ini.

Koh, ketika diminta mengulas kenyataan itu semalam, pada mulanya menyalahkan Malaysiakini kerana salah menterjemahkan kenyataan perdana menteri.

Bagaimanapun, beliau dimaklumakan bahawa berita berkenaan dibekalkan oleh agensi berita rasmi kerajaan iaitu Bernama.

Bernama semalam melaporkan Najib yakin BN dapat merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang ekoran terdapat tanda-tanda angin perubahan yang berlaku di negeri itu.

Katanya dalam tinjauan beliau ke Pulau Pinang hari ini banyak pihak meluahkan kekecewaan terhadap kerajaan negeri di bawah kepimpinan semasa, dan mereka mahukan perubahan.

"Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan," kata Najib yang dipetik Bernama.

Koh berkata kemungkinan besar wartawan Bernama itu terlalu bersemangat atau ghairah dalam laporannya.

Menurutnya, ketika mengiringi Najib dalam lawatan semalam, beliau menerima SMS daripada akhbar lain dan ditunjukkannya kepada Najib yang kemudian menafikan perkara itu.

Ditanya sama ada Gerakan mempunyai rancangan menawan Pulau Pinang, bekas ketua menteri negeri itu berkata mereka tidak akan mengumumkannya.

“Terlalu awal bagi membincangkan rancangan menawan Pulau Pinang,” kata Koh.

“Jika kita bercakap mengenai menawan semula Pulau Pinang sekarang sedangkan kita belum memenangi sebarang kerusi, kita nampak semacam bongkak,” katanya. -mk




Bekas Timbalan Pengurus Yayasan Selangor Didakwa Terima Rasuah RM45,000

Shah Alam: Bekas Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Yayasan Selangor, Saifulruddin Sulaiman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas tuduhan menerima rasuah RM45,000 yang didakwa berkaitan dengan majlis sambutan 40 tahun yayasan tersebut.

Saifulruddin, 32, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Tertuduh yang telah dipecat daripada yayasan didakwa menerima wang suapan tersebut dalam bentuk wang tunai RM20,000 daripada pengurus syarikat pengurusan acara, Drift Z Enterprise, Husni Hirzi Abd Rahim pada pukul 8 malam, 5 Oktober 2010.

Suapan itu didakwa sebagai upah untuk tertuduh memilih dan melantik syarikat tersebut sebagai pengurus acara bagi majlis sambutan tersebut yang mengikut rancangan akan diadakan pada 15 November 2010.

Bagaimanapun majlis tersebut dibatalkan selepas Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan jumlah kos majlis tersebut yang dianggap sebagai pembaziran.

Selain itu, tertuduh juga menghadapi pertuduhan kedua, iaitu menerima wang tunai RM20,000 daripada Husni HIrza pada pukul 9 malam, 25 Oktober 2010 yang didakwa sebagai upah untuk tertuduh tidak menahan pembayaran kepada syarikat tersebut.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah tertuduh yang terletak di nombor 3, Jalan Platinum 7/43C, Seksyen 7, di sini.

Tertuduh juga didakwa menerima wang tunai RM5,000 daripada Husni Hirzi pada pukul 9 malam, 11 November 2010 yang dikatakan sebagai dorongan untuk dia melepaskan pembayaran tambahan program sebanyak RM93,982.40 kepada syarikat itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Restoran The Skewers, Subang Avenue, dekat sini.

Bagi semua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Kevin Morais menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dan memaklumkan bahawa pihaknya akan mengemukakan antara enam hingga 10 saksi.

Peguam tertuduh, Sawmee Ullah Nawzumeah bagaimanapun merayu agar jumlah jaminan dikurangkan kerana isteri tertuduh berhasrat untuk menjadi penjamin.

"Isterinya merupakan penolong akauntan dengan pendapatan RM1,600 sebulan dan mempunyai tiga orang anak, iaitu kembar berusia tiga tahun dan lapan bulan.

"Tertuduh juga membayar sewa rumah sebanyak RM1,100 sebulan. Saya mohon agar jaminan dikurangkan kepada RM7,000 kerana jika tidak, ia akan mendatangkan kesusahan kepada keluarga tertuduh," katanya.

Mat Ghani membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan pengurusan kes pada 9 Mei depan sebelum dibicarakan pada 18 hingga 22 Julai depan.

Pada 23 November 2010, media melaporkan bahawa seorang pegawai kanan yayasan tersebut direman selama tujuh hari berhubung keputusan kontroversi untuk membelanjakan RM300,000 bagi majlis sambutan ulang tahun ke 40 yayasan itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa berlaku pembaziran dalam penganjuran majlis itu kerana kosnya melebihi RM800,000.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula pada satu sidang akhbar yang diadakan pada 15 November memberitahu, pegawai kanan terbabit telah diarahkan untuk bercuti berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan selesai.

Pada 18 Mac lalu, Khalid mengesahkan pegawai tersebut telah dipecat daripada jawatannya. -mstar

80 Sebatan Ke Atas Datuk T Jika Tuduhan Palsu? Hanya Apabila PR Memerintah

Qazaf: Datuk T boleh disebat 80 kali jika tuduhan palsu, kata Ulama

“Datuk T” boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga 80 kali jika tuduhan zina terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim — yang dikaitkan dengan rakaman video seks tidak benar, kata Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, di bawah undang-undang Islam mana-mana individu yang membuat tuduhan zina perlu mengemukakan bukti sahih selain mempunyai empat orang saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku.

Sekiranya gagal, kata beliau individu tersebut boleh dikenakan hukuman qazaf kerana membuat tuduhan palsu dengan tujuan untuk mengaibkan orang lain.

“Kalau dedah kepada umum tidak boleh... dedah keburukan orang lain juga tidak boleh sebab kalau nak hukum seseorang kita kena pastikan dulu, macam kita makan nasi kalau nak tahu sedap kena rasa dulu.

“Tapi dalam kes rakaman video seks ini, kalau tuduhan ini tidak benar, Datuk T boleh dikenakan hukuman sebat 80 kali kerana membuat tuduhan palsu dan fitnah dan ia kena dibuat di mahkamah syariah dan hukuman qazaf perlu dilaksanakan jika tuduhan itu tidak benar,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dilaporkan mengakui diri mereka sebagai “Datuk T” - menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks kepada media pada 21 Mac lalu.

Menurut Sheikh Abdul Halim, rakaman video seks itu juga tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah.

“Tidak boleh... tidak boleh... sebab kita kena ada empat saksi lagipun siapa yang boleh buktikan lelaki dalam video itu adalah Anwar.

“Zaman moden sekarang macam-macam boleh jadi, saya juga belum tengok video seks itu... ada yang kata muka macam Anwar tapi perut bukan Anwar... macam-macam boleh jadi sekarang, kaki, tangan semua orang boleh buat jadi lain,” katanya.

Justeru, beliau mahu supaya kes tersebut dibicarakan di mahkamah syariah bukan mahkamah konvensional.

“Kena bicara di mahkamah syariah sebab ia babitkan hukuman qazaf, kalau di mahkamah majistret tiada tuduhan fitnah ini,” katanya.

Ekorang tuduhan zina terhadap Anwar itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah memfailkan aduan qazaf terhadap “Datuk T” semalam kerana menuduh Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terlibat dalam perbuatan zina melalui pendedahan rakaman video seks.

Anwar juga telah menafikan beliau tidak terlibat dalam rakaman video seks itu dan telah membuat laporan polis. -TMI

Ulasan GB

Itu menurut kaedah syariah. Tetapi negara kita adalah penentang hukum syariah. Silap gaya pengadu yang akan kena penjara. Buktinya sudah ada. Di dalam satu kes rogol remaja bawah umur, seorang bekas Ketu Menteri terlepas, sedangkan pengadunya, Lim Guan Eng pernah dipenjarakan kerana membela nasib remaja berkenaan.

Tugas Pakatan Rakyat yang utama nanti ialah mengembalikan kebenaran dan keadilan yang telah lama dimusnahkan oleh BN ini. Kerana itu BN bertungkus-lumus mempertahankan Putrajaya at all costs kerana mereka tahu mereka yang akan terhukum lebih dahulu dari yang lain-lain.

Video Seks Di Youtube: Mengapa Polis Masih Tidak Tangkap Datuk T?

Kuala Lumpur: Seorang pemimpin PKR hari ini mendesak pihak polis menyiasat siapakah yang bertanggungjawab memuat-naik klik video seks yang dikatakan mirip Anwar Ibrahim ke Internet.

Timbalan Ketua PKR Wilayah Persekutuan R Suresh Kumar menyatakan versi ringkas klip video berkenaan, bertajuk “VTS 011”, telah dimuat-naik oleh seorang yang menggunakan nama, “thepowercam”.

Sebelum ini, Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang dari trio Datuk T yang mendedahkan video kepada media, menyatakan beliau tidak menyerahkan video seks selama 22-minit itu kepada sesiapa kecuali pihak polis.

“Jadi bagaimana ia boleh bocor, siapakah yang melakukannya?” tanya Suresh.

“Pembocoran itu menjelaskan terdapat beberapa agensi kerajaan memainkan peranan di belakang tabir (di dalam skandal),” katanya kepada FMT.

Beliau turut mempersoalkan kesahihan klip video berkenaan, dan menanya di manakah lokasi rakaman itu dilakukan, Kuala Lumpur atau Thailand?

“Video klip yang disiarkan mengandungi perkataan ‘Phaholyothin Road,Bangkok,Thailand 10400,Copyright 2011′ di bawah skrinnya,” tambah beliau.

“Bagaimanakah sebuah video klio yang dirakam di Kuala Lumpur mengandungi perkataan ini?” tanya beliau, merujuk kepada dakwaan Eskay yang rakaman itu dilakukan di sebuah hotel di ibunegara.

“Jika klip video itu disunting di Thailand, apakah Thailand di dalam hal ini?” tambah beliau.

Menurut beliau lagi, beberapa blog anti-pembangkang menyatakan semalam video berkenaan boleh didapati di YouTube. Walau bagaimana pun kemudiannya mereka mendakwa YouTube telah memadamkan sekurang-kurang 10 klip berkenaan.

Sementara itu, Suresh juga ingin polis menyiasat aduan bahawa video berkenaan telah ditayangkan kepada peserta kursus Biro Tatanegara (BTN) sementara penduduk di Penanti, Penang, telah menonton video tersebut di pejabat Kemas. -FMT


Polis siasat video seks dimuat di Internet



Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis turut menyiasat sebahagian rakaman video seks yang didakwa menunjukkan aksi seorang pemimpin utama pembangkang, yang dimuatkan di Internet.

Beliau mengesahkan bahawa siasatan itu turut meliputi individu yang terlibat memuatkannya di laman video Youtube dan di laman blog.

"Kita siasat secara menyeluruh," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Dilaporkan, video pendek itu menunjukkan beberapa kesamaan dengan video yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan sejak 21 Mac lalu.

Dalam pada itu, Ismail turut ditanya bagaimana video berkenaan boleh dibocorkan di Internet.

Polis juga ingin tahu

Beliau ditanya demikian memandangkan individu yang mengaku bertanggungjawab ke atas video berkenaan, telah menyatakan hanya terdapat dalam dalam satu salinan sahaja.

"Ini kata dia kan? Betul atau tidak kita pun hendak tahu juga.

"Saya tidak boleh respon kepada setiap individu yang ada pandangan tertentu. Saya dah terangkan tindakan polis, saya dah terangkan kepada semua.

"Saya yakin apa yang polis buat adalah untuk mementingkan kepentingan rakyat menyeluruh," katanya lagi.

Rakaman berkenaan dilaporkan telah diserahkan kepada polis oleh bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pada 24 Mac lalu.

Selain Rahim, dua lagi i'Datuk T' yang mengaku bertanggungjawab menayangkan video berkenaan ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bendahari sebuah NGO Melayu Datuk Shuib Lazim.

KDN: Siasatan polis profesional

Sehubungan itu, menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata beliau sendiri tidak tahu sumber video pendek yang dimuatkan di laman Youtube.

Hishammuddin sebelum ini telah menafikan bahawa kementeriannya atau pihak polis berperanan dalam isu tersebut.

Dalam sidang media sama hari ini, Hishammuddin turut menyatakan keyakinannya terhadap siasatan PDRM ke atas kes video lucah itu.

"Saya pun tak tahu mana datangnya video di Youtube tapi setahu saya dalam konteks apa yang berada dalam tanggungjawab pihak polis bersandarkan kepada laporan polis yang dibuat, Tan Sri IGP sendiri memantaunya dan kita telah umumkan kepada pihak media dan itulah merupakan apa yang ada dalam pengetahuan pihak polis.

"Ini dimaklumkan kepada saya oleh IGP apabila ditanya tadi,siapa yang keluarkan, siapa yang dedahkan, siapa dalam video itu, siapa yang turunkan dalam Youtube, wallahu a'lam.

"Tetapi yang paling penting rakyat mesti memahami polis ada tanggungjawab mereka dan setakat ini saya tengok pihak PDRM telah menjalankan tugasnya secara profesional dengan menilai video yang ada pada mereka dan lepas itu serah kepada peguam negara," katanya lagi.

Hishamuddin bercakap kepada pemberita selepas menghadiri satu pelancaran sistem pemantauan keselamatan bandar di sebuah hotel di Kuala Lumpur.



Polis bertanggungjawab bocor video fitnah- bekas Ketua Polis Daerah Baram

KUALA LUMPUR: Kegagalan Polis menjaga keselamatan video fitnah yang diserahkan oleh trio Dato T membuktikan institusi itu tidak boleh dipercayai, kata bekas Ketua Polis Daerah Baram, Sarawak Voon Lee Shan.

Menurut Voon, selain trio Dato T, hanya polis memiliki video itu sebelum ia tersebar secara meluas di internet, semalam. Tegasnya, ia menunjukan pihak polis boleh diandaikan terlibat dalam penyebaran video itu.

“Dua isu utama yang perlu diambil kira dalam hal ini. Pertama, Pegawai polis yang terlibat dalam menjaga video itu harus disiasat dan kedua, jabatan yang dipertanggungjawabkan menjaga bahan bukti itu tidak boleh dipercayai,” katanya kepada Keadilandaily.

Sehubungan itu, tegas beliau, Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) perlu ditubuhkan segera kerana jelas agensi itu gagal menjaga keselamatan rakyat dan memulih imejnya yang berpihak kepada Barisan Nasional.

“Bagaimana mereka hendak menjaga keselamatan rakyat jika video seperti itu pun gagal mereka uruskan,” soal beliau yang bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Baram hampir 10 tahun.

Voon lee Shan turut menegaskan sekiranya video itu dengan mudahnya bocor di internet, ia menunjukkan bukti yang didakwa itu juga mampu direka dengan tujuan mengaibkan Anwar oleh musuh politiknya.

“Saya cukup yakin ini merupakan fitnah kali ketiga yang sengaja diwujudkan untuk membunuh kerjaya politik Anwar. Lebih-lebih lagi kewujudan video itu berkait rapat dengan musim pilihan raya di Sarawak.

“Namun berdasarkan mood rakyat dan kajian saya mendapati kes video fitnah itu tidak memberi kesan kepada pengundi di Sarawak. Malah memberikan undi simpati kepada Anwar dan Pakatan Rakyat di sini,” kata beliau yang kini seorang peguam.

Video itu mula didedahkan Datuk T yang didalangi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan Dato Shuib Lazim.

Ia ditayangkan pada 21 Mac lalu di Hotel Carcosa Seri Negara kepada wartawan terpilih, pada hari sama Dewan Undangan negeri Sarawak dibubarkan. Semalam, sedutan video itu dimuatnaik ke laman You Tube oleh blogger pro- Umno- Barisan Nasional.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan pihak polis terlibat dalam penyebaran video lucah palsu itu. -KD


Ulasan GB

Sekarang terbukti Datuk Eskay itu menipu pihak polis. Mengapa polis tidak menangkapnya?

Malah sepatutnya penangkapan telah dibuat di hari tayangan video itu berlaku. Namun polis sehingga kini seolah-olah mempertahankan tindakan Datuk T berkenaan dan jika demikian halnya, rakyat akan beranggapan dan membuat interpretasi bahawa polis terlibat bersubahat dengan konspirasi ini.



Orang Itu Mirip Datuk T, Bukan Anwar!

Orang ramai boleh tangkap Trio Dato T- Karpal Singh

SEGAMBUT: Peguam terkenal, Karpal Singh berkata, orang ramai mempunyai hak untuk menangkap ‘Trio Dato T’ yang menyebarkan rakaman video seks palsu di internet sekiranya pihak berwajib iaitu pihak polis gagal mengambil sebarang tindakan.

Katanya, rakyat boleh berbuat demikian berdasarkan peruntukan undang-undang (common law), yang dikenali sebagai ‘citizen arrest’ untuk membawa penjenayah terbabit kepada pihak polis.

“Setiap warganegara boleh menahan Trio Dato T, bila-bila masa dan heret mereka ke balai, ” kata Karpal yang juga Pengerusi Dap, ketika sidang media yang diadakan di kediaman Dato Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

Katanya, sehingga kini tidak ada sebarang tindakan dilakukan Ketua Polis Negara dan Perdana menteri untuk menahan individu berkenaan yang telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 1992 dan Seksyen 292 kanun keseksaan.

“Semua kesalahan ini dilakukan kepada awam dan tidak ada apa yang dilakukan untuk menahan mereka bertiga,” ujarnya.

Ulasan GB

Dengan tersebarnya klip video seks itu di youtube semalam ia mendedahkan banyak perkara.

Salah satunya ialah figur yang dikatakan Anwar. Sedangkan melalui pengecaman teliti, kita akan dapat melihat bahawa lelaki yang dituduh sebagai Anwar itu sebenarnya bukan Anwar tetapi sebaliknya adalah mungkin salah seorang Datuk T sendiri.

Ia menjadi lebih jelas apabila figur itu dilihat daripada sisi dan belakang dan dengan rambutnya yang sedikit (rambut Anwar lebat). Tidakkah tuan-tuan sendiri boleh cam rangka sasa tubuh badan "orang" tersebut?

Perhatikan imej-imej ini:




Rahim Tamby Chik sewaktu menafikan kenyataan Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul yang secara tegas mengatakan lelaki dalam video seks itu bukan Anwar telah berkata secara biadab:

“Dia (Johari) tahukah bentuk badan Anwar ketika dia telanjang... dia pernah tengok Anwar telanjangkah?

“Dia tahukah perut Anwar macam mana? Dia tahukah macam mana Anwar waktu telanjang? Lainlah kalau dua-dua pernah telanjang bersama,” katanya. - TMI 25/3


Kini kerana terdapat suspicious bahawa Datuk T itu sebenarnya merupakan figur di dalam video tersebut, maka yang kena telanjang dan ditelanjangkan ialah Datuk T sendiri, supaya ia dapat dipadankan dengan imej-imej di atas!

Gempa Bumi Kuat Landa Jawa Tengah

Jakarta: Satu gempa bumi kuat melanda Jawa Tengah awal pagi semalam, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami awal yang menyebabkan beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan tinggi.

Gambar: PENDUDUK berpusu-pusu pulang ke rumah selepas amaran tsunami ditarik balik di Cilacap, Jawa Tengah, Indonesia, semalam.

Tiada laporan menyebut kecederaan atau kerosakan.

Berikutan amaran tsunami terbabit, kebanyakan penduduk di Cilacap berhampiran dengan pusat gempa melarikan diri ke masjid besar. Bagaimanapun penduduk terbabit kembali bersorak dan berpelukan antara satu sama lain malah ada yang melutut tanda syukur selepas amaran gelombang besar berkenaan ditarik balik.

“Kami semua amat takut selepas melihat apa yang berlaku di Jepun dan juga di Aceh pastinya.

“Tetapi Tuhan mendengar doa kami dan menyelamatkan kami,” kata Sukitno seorang penduduk.

Jabatan Kajian Geologikal Amerika Syarikat berkata gempa bumi sekuat 6.7 skala richter yang melanda pada jam 3 pagi berkenaan berpusat 318 kilometer di selatan Jawa dan 24 kilometer dari pentas lautan.

Jepun dan Indonesia terdedah kepada ancaman gempa bumi berikutan kedudukan kedua-dua negara di lokasi Lingkaran Api Pasifik. – AP

Ia Bukan Anwar - Azizah, Kesahihan Video Itu Juga Dipersoalkan!

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di internet semalam.

Isteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan "bukti paling jelas" bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu.

Membaca satu kenyataan hari ini, wan Azizah berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar.

Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah pengerusi DAP Karpal Singh, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah.

Ditanya mengapa beliau mengubah fikiran untuk menonton video tersebut, Wan Azizah berkata beliau diberitahu tidak ada unsur lucah dalam filem tersebut dan mahu menonton bagi memuaskan hatinya.

"Bukan Anwar Ibrahim dalam video itu,"katanya.

Menurut Dr Wan Azizah lagi, keluarganya telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998 dan pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar.

"Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik," katanya.

Namun, tambah beliau, jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

"Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

"Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

"Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

"Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang," tambahnya.

Oleh itu, kata Wan Azizah, mereka sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah dan menolak sekeras-kerasnya politik sedemikian.

sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Malaysia untuk bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor.

"Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara," katanya sambil menambah bahawa dalam menghadapi dugaan ini, mereka yakin ada hikmah di sebaliknya.

"Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

"Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya.

"Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan tersebut, dan sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.


Video konspirasi kantoi lagi

Sila perhatikan frame-frame gambar di bawah ini yang diambil dari klip video yang disiarkan di Youtube semalam:



Siapa lelaki ini?



Siapa lelaki ini?



Siapa lelaki ini?



Siapa lelaki ini?



Siapa lelaki ini?

Sila lihat frame di bawah ini.Fokus kamera pada “niple” cukup jelas (spot hitam) & bahagian leher lelaki itu pun cukup jelas, namun mengapa di bahagian mukanya nampak kabur? Malah, jika diteliti bahagian tuala yang dekat dengan muka lelaki seiras Anwar pun jelas (anda boleh nampak lipatan kain tuala itu).



Frame di bawah ini memaparkan lelaki seiras itu, namun bahagian mukanya tidak jelas, tetapi bahagian leher dan badan nampak lebih jelas.



Di bawah ini kelihatan lelaki yang seiras dengan Anwar itu keluar dari bilik & kemudian masuk semula ke bilik dengan bersahaja (lihat imej lelaki tu dalam cermin besar dalam klip dibawah ini). Bukankah dia kononnya Anwar Ibrahim? Tidakkah dia takut orang akan nampak dirinya sedangkan klip ini didakwa dirakam di KL? Pakai tuala keluar bilik?
-ckcounterpunch /duniacacamarba


Ulasan GB

GB telah cuba untuk snap salah satu frame dan lakukan pembesaran di bahagian kepala figur berkenaan. Hasilnya:



JELAS ada kesan doctored di mana di kawasan muka berkenaan telah mengalami perubahan.

Apabila beberapa frame imej diuji untuk mengenalpasti EXIF METADATAnya dengan beberapa perisian GB memperolehi jawapan ini:

Based on the analysis of compression characteristics and EXIF metadata:

ASSESSMENT: Class 1 - Image is processed/edited




Pelatih Polis Diserang Virus Adeno, Tutup PUSASDA & Tamatkan Latihan Gelombang Biru!

Port Dickson - Kementerian Pertahanan semalam mengesahkan beberapa pelatih konstabel polis di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Teluk Kemang di sini disyaki dijangkiti tiga virus berlainan iaitu Adenovirus, Influenza A (H1N1) dan Leptospirosis.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, seramai 10 pelatih di Pusat Latihan Polis Port Dickson yang menjalani latihan di Pusasda itu disyaki dijangkiti virus berkenaan.

"Daripada jumlah itu seramai tiga pelatih konstabel polis disahkan positif dijangkiti Adenovirus, seorang positif Leptospirosis dan empat lagi pelatih positif H1N1.

"Lima orang lagi perajurit muda tentera pula mengalami demam kerana suhu badan melebihi suhu 38 darjah celcius," katanya ketika melakukan lawatan mengejut ke pusat latihan berkenaan semalam.

Menurut Ahmad Zahid, wabak terbabit mula dikesan pada 30 Mac lalu apabila seramai 38 orang pelatih di pusat latihan itu jatuh sakit sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson (HPD).

"Kelmarin selepas ujian saringan awal dilakukan pihak hospital mengesahkan bahawa lapan pelatih berkenaan disahkan dijangkiti tiga virus terbabit.

"Semua mereka yang disyaki dijangkiti virus berkenaan kini dirawat di HPD menakala para pelatih yang menunjukkan tanda-tanda dijangkiti pula diasingkan di satu blok khas," ujarnya.

Jelasnya, ekoran masalah virus itu, para pelatih di pusat latihan berkenaan diberi cuti selama tiga hari bermula semalam manakala latihan untuk pelatih perajurit muda diteruskan. -kosmo


11 pelatih PULAPOL Port Dickson dijangkiti Adenovirus, H1N1

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mengesahkan 11 pelatih PULAPOL Port Dickson, Negari Sembilan dimasukan ke wad Hospital Port Dickson akibat jangkitan Adenovirus dan H1N1, sejak 31 Mac lalu.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan kementerian itu di sini, beliau berkata 93 pelatih lagi diletakkan di bawah pengasingan di kem terbabit. -BH


Ulasan GB

Adenovirus telah menyebabkan kematian tiga orang pelatih PULAPOL bulan lalu.

Kini 11 pelatih lagi di Pusat Latihan Polis Port Dickson dilaporkan terkena jangkitan pelbagai virus sempena menjalani latihan "Gelombang Biru" yang hendak membantu kempen BN di Sarawak.

Sepatutnya, Pusasda ditutup, dan latihan dihentikan serta-merta untuk mengelakkan jangkitan terus berlaku. Tetapi nampaknya kerajaan teruskan juga latihan itu demi PRN Sarawak.

Nyawa para pelatih dijadikan taruhan menanggung risiko bagi meneruskan program Gelombang Biru.

Ulasan GB yang berkaitan sebelum ini:

Gelombang Biru: ATM Rela Jadi Kuda Tunggangan UMNO BN

Suaram Gesa Polis Henti Ganggu Ceramah Pakatan

Petaling Jaya: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam tindakan pihak polis mengganggu beberapa siri aktiviti pakatan rakyat terutama ceramah yang melibatkan ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertubuhan itu menuntut pihak polis menghentikan segala tindakan gangguan dan siasatan terhadap ahli-ahli Pakatan Rakyat termasuk Anwar dalam menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan politik dan kemasyarakatan.

Lanjutan itu, Suaram akan meneruskan usaha menuntut kerajaan melakukan penggubalan akta polis terutama Seksyen 27 yang mudah untuk disalah gunakan oleh pihak polis dan penubuhan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC).

Penyeraras Suaram, Yap Heng Lung berkata, tindakan polis mencabuli hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan terutamanya dalam Artikel 10 yang berkaitan kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

Suaram, tambahnya yakin sekatan ke atas kebebasan yang juga terkandung dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia (1948) itu bermotifkan politik.

“Ia merupakan usaha bagi menghalang ahli PR untuk mendedahkan pelbagai isu yang melibatkan kepimpinan Barisan Nasional (BN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terbaru, pihak polis menggangu satu majlis makan malam dan ceramah yang dihadiri oleh ketua umum PKR yang diadakan di Bentong, Sri Aman, Sarawak, semalam.

Gangguan sama dilaporkan turut berlaku di Kuching dan Satok.

Pada 25 Mac lepas, polis juga menghentikan ucapan Anwar dalam satu perhimpunan ceramah tertutup di Taman Melawati, Hulu Kelang. Tindakan polis tersebut telah mencetuskan kekecohan di antara hadirin dan pihak polis. -FMT


Polis ganggu lagi ceramah Anwar



Polis mengganggu ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kali ketiga berturut-turut - malam ini di ceramah terbesar parti itu di Betong - yang merupakan kubu kuat Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Alfred Jabu.

Majlis makan malam dan ceramah itu - yang diadakan di medan selera
terbuka di Betong, sebuah pekan kecil yang terletak 70km di utara Sri Aman - bermula dengan lancar dengan pemimpin PKR tempatan, termasuk empat calon, menyampaikan ucapan kira-kira lebih sejam tanpa sebarang gangguan.

Anwar tiba pada jam 9.30 malam dengan disambut oleh hampir 1,000 penduduk pelbagai kaum berserta laungan "Reformasi".

Bagaimanapun, apabila Anwar bercakap kira-kira 10 minit, seorang anggota polis beruniform mendekati ketua pembangkang itu dan memintanya berhentikan berucap, menyebabkan timbul ketegangan di kalangan hadirin.

Selepas rundingan ringkas, Anwar bersetuju memendekkan ucapannya.

Beliau kemudian meneruskan ucapannya selama 20 minit lagi sebelum polis mengganggunya lagi.

Malaysiakini difahamkan oleh pihak penganjur bahawa pihak polis telah mengeluarkan permit kepada PKR untuk mengadakan 'mesyuarat luar biasa' dan bukannya ceramah politik atas alasan tempoh kempen belum bermula.

Sebelum berhenti berucap, Anwar mendakwa pihak polis tidak akan mengambil sebarang tindakan jika ceramah gagal menarik ramai hadirin.

"Jika hanya ada 10 orang, polis tidak akan ganggu. Tetapi bila terdapat ramai orang seperti malam ini, mereka akan mengganggu," katanya.

Menurut timbalan ketua Wanita PKR Sarawak, Cecilia Siti Una, kehadiran malam ini adalah yang terbesar dalam sejarah Betong.

"Bukan mudah untuk meminta penduduk Betong menghadiri ceramah politik," katanya kepada Malaysiakini. -mk


Mahligai Tak Sampai Setahun Runtuh: Luahan Hati Jimmy

Isteri Tunai Umrah Tanpa Izin - Jimmy Shanley

SHAH ALAM: Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Salleh memberitahu isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengerjakan umrah di Tanah Suci tanpa keizinannya.

Menurut Jimmy lagi, Nursuhaila juga tidak meminta maaf daripadanya sebelum bertolak ke Mekah pada 25 Februari lalu bersama ahli keluarganya.

“Saya ada ke majlis doa selamat yang diadakan keluarga Nursuhaila atas pelawaan keluarga mertua kerana mungkin boleh minta maaf.

“Tapi saya duduk berjam-jam di situ macam orang asing,” katanya dan menambah berasa sedih kerana telah berniat untuk mengerjakan umrah bersama isteri.

Jimmy, 31, yang ditemui semasa menghadiri prosiding sebutan kes nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin, juga menitipkan pesan supaya isterinya kembali kepada ajaran agama.

“Sebagai suami, saya boleh menutup mata dan memaafkan kerana faham isteri boleh jadi emosional. Saya tidak kejam.

“Tapi walau kaya, cantik dan bijak macam mana pun, suami tetap di atas. Itu perintah Allah, bukan saya yang kata.

“Kalau suami perompak sekali pun, selagi dia tidak suruh melakukan dosa-dosa besar, suami harus dituruti,”
tambahnya.

Selain itu, Jimmy juga mengakui dia tidak sempat untuk bersolat jemaah dengan Nursuhaila, walaupun sejak kecil telah menanam impian untuk bersolat bersama isteri.

Dia juga memberitahu, Nursuhaila ada meminta cerai semasa mereka bersemuka di luar kediaman keluarga wanita tersebut pada 28 November 2010.

Selepas tarikh tersebut, Jimmy memberitahu Nursuhaila tidak lagi menjawab panggilannya mahupun membalas khidmat pesanan ringkas (SMS)yang dihantar.

“Kita jangan memprejudiskan masa depan anak yang masih belum dilahirkan.

“Saya tak minta 10 sen pun wang dia atau keluarganya. Saya hanya mahu anak dijaga oleh saya.

“Kalau boleh memang saya nak sama-sama jaga, tapi kalau dah tak berminat, nak buat macam mana?,
” katanya.

Jimmy yang mengakui telah membuang egonya dalam usaha mempertahankan perkahwinannya juga bersyukur kerana kejadian yang berlaku menyebabkan dia banyak bermunajat kepada Allah.

“Saya tidak kata saya seorang yang alim atau warak. Tetapi saya banyak belajar, baca buku-buku walaupun ibu bapa saya tak sempat untuk mengajar saya.

“Saya tidak hisap rokok, tidak pernah minum arak walau seteguk, tidak berjudi, bukan kaki disko dan bukan kaki perempuan. Saya hanya pernah bersama dengan seorang sahaja perempuan.

“Langkah saya pendek kerana ramai yang kenal. Saya jenis yang suka duduk di rumah. Kerja rumah saya buat, baju hantar ke dobi dan makan pun di luar.

“Apa yang saya mahu mudah sahaja, hanya layan saya sebagai seorang suami. Jika itu pun tidak boleh dilakukan, ada sesuatu yang silap,”
tambahnya.

Jimmy juga berharap agar pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan menjadikan masalah rumah tangganya sebagai pengajaran.

Terdahulu, Hakim Syarie, Saharuddin Selamat menetapkan supaya permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkan oleh Jimmy disebut semula pada 23 Mei depan.

Ini untuk memberi peluang kepada peguam syarie Saadiah Din yang mewakili Nursuhaila untuk memfailkan pembelaan terhadap permohonan kembali taat.

Saadiah juga diarahkan untuk melengkapkan pembelaan Nursuhaila bagi kes nusyuz memandangkan terdapat tujuh perenggan yang tidak dijawab pada pembelaan yang diserahkan kepada Jimmy.

Jimmy diwakili peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus.

Pada prosiding itu, Nursuhaila yang kini mengandung enam bulan hadir dengan seorang lelaki dipercayai pengawal peribadinya.

Jimmy dan Nursuhaila yang merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya tersebut bernikah di rumah kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh pada 1 Oktober 2010.

Ketika itu, Nursuhaila menerima wang hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahirnya pada 31 Januari 1986.

Bagaimanapun, mereka hanya sempat tinggal bersama selama 20 hari yang menyebabkan Jimmy mmfailkan permohonan kembali taat pada 3 Januari lalu dan diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari lalu. -mstar

Ulasan GB


“Saya tidak hisap rokok, tidak pernah minum arak walau seteguk, tidak berjudi, bukan kaki disko dan bukan kaki perempuan. Saya hanya pernah bersama dengan seorang sahaja perempuan."


GB anggap ia pengakuan ikhlas dari seorang pengacara bernama Jimmy. Tapi hairan buat si isteri, dikurniakan seorang suami yang sedemikian baik tapi malangnya dipersia-siakan.

Blogger UMNO Menggelupur Nak Yakinkan Itu Anwar

Che'guBard: Video lucah disunting untuk perbodohkan Rakyat

Video lucah hampir dua minit yang dimuatkan di YouTube disunting sebegitu supaya ia hanya memperlihatkan adegan-adegan individu yang mirip wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrulhisham Shahrin.

Badrul menyaksikan keseluruhan video 21 minit itu pada 21 Mac lalu dan mengesahkan klip yang dimuat naik di Youtube diambil daripada rakaman asal. Bagaimanapun klip video di YouTube disunting untuk mempengaruhi orang ramai bahawa individu dalam rakaman itu adalah Anwar, kata beliau.

"Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia diedit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan. Ini memang kita sudah jangkakan berlaku" kata beliau kepada TVSelangor.

“Mereka tidak akan siarkan semua, dan kenapa mereka tidak siarkan semua contohnya dengan posisi perut yang buncit, itu mereka tidak siarkan, sebaliknya mereka hanya mengambil yang mirip (Anwar) untuk memperbodohkan rakyat," tambah beliau.

Badrul yakin Umno berperanan dalam memuatnaikkan video yang disunting itu ke Youtube, malah telah meramalkan tindakan Umno itu dalam wawancara dengan TVSelangor pada minggu lalu.

Beliau yakin tidak ada tindakan akan diambil terhadap pihak yang memuatkan rakaman itu di Youtube.

"Perdana Menteri Malaysia (dan) rejim ini terlibat dalam melindungi sindiket ini yang menyiar video ini kepada umum. Mereka tidak akan kena apa-apa,” kata Badrul.

Badrul menegaskan bahawa video itu dimuat keYoutube untuk dicanang sebagai modal BN pada pilihanraya umum Sarawak.

"Ianya lebih menyerlah lagi apabila penyebaran video ini ialah terdesaknya mereka dan apabila berada diambang pertempuran di piliharaya di Sarawak ini".

Badrul dan Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungei Petani adalah dua orang yang tampil memberi perakuan mereka diundang oleh bekas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik untuk menyaksikan rakaman penuh video itu secara berasingan pada 21 Mac lalu.

Johari ditawarkan imbuhan untuk membawa keluar wakil rakyat PKR dengan menggunakan video itu manakala Badrul pula diminta untuk menyampaikan rakaman itu kepada isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Bagaimanapun kedua-dua mereka, secara berasingan, yakin orang dalam rakaman itu bukan Anwar walaupun akur individu berkenaan mempunyai iras hampir serupa dari sudut tertentu kamera.

Badrul dan Johari berkata bahasa badan Anwar dan susuk tubuhnya termasuk perut berlainan dengan individu dalam rakaman itu.

Anwar bertegas menolak beliau adalah individu dalam rakaman itu.

Ketua Pembangkang itu menegaskan beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitter ketika rakaman itu diambil pada 21 Februari lalu.

Penayangan video di Hotel Carcosa Kuala Lumpur didalangi oleh gadingan Datuk T yang merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Mereka hanya menyerahkan video itu kepada pihak berkuasa setelah Anwar membuat laporan polis dan mendedahkan identiti mereka.

Ketiga-tiga Datuk T itu dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak di Bangunan Parlimen susulan laporan polis yang dibuat oleh Anwar.



Ulasan GB

Dari awal pendedahan sehinggalah akhirnya klip video itu ditiadakan di youtube, kita melihat blogger pencacai UMNO menggelupur hendak meyakinkan orang lain bahawa pelakon yang bertuala di dalamnya adalah Anwar Ibrahim.

Yang nyata, pendedahan video klip itu ternyata mendedahkan memang wujud konspirasi. Jika tidak masakan video itu terlepas dari tangan polis yang kononnya ia telah dirampas dari Datuk T.

Apa tah lagi penyiarannya juga dilakukan bukan saja melalui youtube, tetapi dipertontonkan kepada peserta BTN.

Beriya-iya blogger UMNO hendak meyakinkan orang lain bahawa itu Anwar Ibrahim.

Seorang blogger bergelar "Datuk" menyatakan klip video tersebut mungkin akan dikeluarkan secara bersiri. 1 pada setiap minggu. Anehnya bagaimana beliau tahu?

Sedangkan orang ramai yang berkesempatan menonton klip itu di youtube mendapati ia bukan Anwar sekalipun wajahnya ada mirip Anwar.

Perutnya boroi, teteknya menggelabih (bak kata satu komentar di blog GB), rangka badannya besar, pandangan sisinya lansung out - semuanya menunjukkan ia bukan Anwar sebenar.

GB ingin ulangi ulasan GB semalam bahawa

Ia agenda kotor dan jahat Datuk T & UMNO.

Jika begitulah permainan Najib, Datuk T dan UMNO, kesemua mereka akan binasa. Tunggu masa dan ketikanya saja.



Kadi Kluang Perjelaskan Isu Samak Kluang Rail Coffee

Kluang - Pejabat Agama Daerah Kluang mengadakan pertemuan bersama-sama 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sekitar daerah Kluang bagi menjelaskan isu samak yang dilakukan oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) ke atas kedai kopi Kluang Rail Coffee pada 31 Mac lalu.

Kadi daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, pertemuan yang diadakan semalam bertujuan merapatkan hubungan dan membincangkan beberapa isu terutama berhubung isu serbuk kopi yang disahkan oleh JAJ mengandungi gelatin babi.

“Isu ini diperjelas ekoran kemungkinan kebanyakan mereka sebelum ini keliru dan tidak jelas mengenai bidang kuasa JAJ dalam bab halal ini.

“Oleh kerana kekeliruan yang berlaku, mereka sudah menganggap JAJ mempunyai bidang kuasa yang terlalu luas dalam menangani isu ini (isu Kluang Rail Coffee) sdangkan JAJ hanya ada kuasa yang tertentu sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Khalil berkata, bukan itu sahaja malah, mereka juga keliru mengenai proses samak yang dijalankan oleh Bahagian Penyelidikan JAJ ke atas kedai berkenaan.

“Alhamdulillah, dengan pertemuan yang diadakan ini saya dapat jelaskan kepada mereka mengenai kewajaran samak ini dalam permulaan proses permohonan sijil halal.

“Saya jelaskan, proses samak ini bukanlah bermakna terus mendapat sijil halal tetapi perlu menjalani beberapa proses lagi sebelum berjaya mendapatkan sijil halal. Jadi, mana-mana pihak tidak boleh mendakwa sudah mendapat sijil halal selagi belum menerima sijil halal yang sah,” katanya.

Mohd Khalil juga berkata, dengan pertemuan yang diadakan ini ianya secara tidak langsung dapat menjawab berhubung mengetahui semua perkara tanpa mahu berselindung lagi.

Beliau berkata, pertemuan harus dibuat setelah NGO tersebut membuat laporan polis kelmarin berhubung isu yang berlaku ini sehingga membabitkan JAJ dalam menangani masalah ini.

“Oleh itu, saya tampil menjemput mereka dan dalam pertemuan ini, saya beri peluang kepada semua untuk meluahkan dan bertanyakan soalan. Alhamdulillah, pertemuan ini berjaya membuahkan hasil dan berjaya memberikan penjelasan terhadap isu Kluang Rail Coffee ini,” katanya. -SH

Ulasan GB

GB berharap berita di atas dapat menjawba kemusykilan beberapa orang yang bertanya mengapa kedai tersebut disamak.