28 Okt 2007

TKO Rakam Ucapan Takziah Kepada Yusof Jalil

Posted on Sunday, May 13 @ 21:46:01 MYT by greenboc
Pelbagai oleh greenboc

yusofTranungkite Online ingin merakamkan ucapan takziah kepada Sdra Yusof Jalil, bekas Pengarang Harakah yang telah kehilangan isterinya, Hamidah Dahlan kerana diserang penyakit ahmar.

Sdra Yusof juga kini masih terlantar di rumahnya kerana juga diserang penyakit yang sama. Yusof merupakan antara penggerak awal akhbar Harakah ketika mula-mula diterbitkan, April 1987, bersama-sama bekas Naib Yang Dipertua PAS, Ustaz Nakhaie Ahmad, dan bekas Ketua Penerangan, Subky Abdul Latif.


Beliau juga pernah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Kelantan selama tujuh tahun mulai 1993.

Jawatan terakhirnya sebagai Penolong Pengarah di Urusetia Penerangan.

husamExco Kerajaan Kelantan yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa adalah pemimpin PAS yang pertama yang menziarahi Yusof di rumahnya di Kampung Nakhoda, Selayang, sebaik sahaja berita kematian isterinya diterima.

Beliau juga memberitahu Yusof bahawa Pengerusi Lembaga Harakah, Datuk Mustafa Ali sendiri telah memberikan komitmen yang serius untuk membantu Yusof dan keluarganya bagi meringankan beban mereka.

Kelmarin, Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, mengunjungi Yusof di rumahnya. Turut serta dua orang bekas kakitangan Harakah, iaitu Cikgu Ishak Surin dan Tarmizi Mohd Jam.
Semalam, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menziarahi Yusof. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga menyatakan komitmen untuk memastikan Yusof dibantu melalui Pemuda PAS.

Salahuddin menyifatkan Yusof sebagai salah seorang 'guru'nya manakala Husam pula pernah menjadi wartawan Harakah ketika Yusof menjadi Ketua Pengarang Harakah.

"Sumbangan yang telah kami sampaikan tidaklah sebesar mana berbanding dengan komitmen kewangan yang terpaksa ditanggung oleh Yusof untuk menyembuhkan penyakitnya.

"Sebab itulah saya berazam untuk memastikan Yusof dibantu setakat terdaya melalui Pemuda PAS dan saya bersyukur kepada Allah kerana Husam sebagai Naib Presiden PAS juga memberikan komitmen untuk memastikan segala bantuan yang terdaya kepada Yusof.

"Beliau banyak berjasa kepada PAS," kata Salahuddin ketika diberitahu berita kematian isteri Yusof.

Isteri Yusof, Hamidah Dahlan, telah kembali ke rahmahtullah pada jam 3.45 petang tadi.

28 April lalu, Hamidah diserang penyakit angin ahmar, iaitu sembilan hari selepas suaminya diserang penyakit yang sama.

Hamidah terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Selayang serta memerlukan bantuan alat pernafasan selepas menjalani pembedahan di kepala bagi membersihkan pendarahan.


Ahli TKO yang ingin membuat sumbangan bolehlah melakukannya ke akaunrasmi KELAB TKO IAITU TKO GLOBAL
NAMA : TKO GLOBAL
NOMBOR AKAUN : 564726100475
AKAUN : ALWADIAH MAYBANK


SILA SMS TENTANG BUTIR-BUTIR PEMBAYARAN KEPADA WAN_JTK DI 0133931057 dan email di spawn_su[at]yahoo.com

Tiada ulasan: