12 Dis 2008

Berita TKOfm 12 Dis 2008

Lembaga Disiplin PPP pecat Penasihat parti itu, S.I. Rajah yang juga bekas Presiden PPP. PAC cadang akta baru untuk tangani pembangunan tanah tinggi. BPR akan lakukan siasatan jika terdapat unsur rasuah di dalam isu Bukit Antarabangsa. Kedah akan tetap tebang balak di Ulu Muda selagi tidak dapat pampasan RM100 juta dari Kerajaan Pusat.

Parlimen: Ahli Parlimen mahu Badan Kehakiman benar-benar bebas. Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, rang undang-undang tersebut tidak benar-benar bebas memandangkan Perdana Menteri masih mempunyai kuasa dalam pelantikan hakim. Pindaan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008 terus terima bantahan. Loke Siew Fook (DAP-Rasah) berkata AUKU mengakibatkan satu ketakutan psikologi yang cukup besar kesannya.

"Mereka ada budaya 3M iaitu menyalin nota, menghafal nota dan muntah balik nota (semasa peperiksaan) dan tak ada perkara lain," katanya.