2 Jul 2009

MANEK URAI : Isu Kedah - Proses Mematangkan PR dan Pengajaran Utk Kerajaan Kedah

Pakatan Rakyat hari ini mebatalkan perjumpaan kerana menganggap bahawa masaalah kecil berkaitan dengan pusat penyembelihan babi di Kedah akan di selesaikan dengan kebjaksanaan pemimpin Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan DAP Kedah telah keluar daripada pakatan pembangkang semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran pimpinan Pas Kedah.
Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar- gemburkan dan memperbesarkan isu itu.

"Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Anwar berkata beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota pakatan pembangkang.

Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui keputusan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya di itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu berkata beliau telah dimaklumkan dan tahu bahawa pusat penyembelihan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain.

Semalam, DAP Kedah mengumumkan ia tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di Kedah ekoran tindakan meroboh satu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su berkata beliau menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin pusat parti itu.
Pengarah pilihan raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar.

"Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang meminta Anwar meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang akan mematangkan diri kita," katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius.

Karpal Singh ketika ditemui pula berkata isu berkenaan boleh diselesaikan."Saya tidak fikir masalah itu serius sehingga mampu memecahbelahkan pakatan pembangkang," katanya.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob, yang mempengerusikan satu mesyuarat sekretariat pakatan pembangkang hari ini, berkata isu itu akan dibincangkan oleh Majlis Presiden pakatan pembangkang Sabtu ini.


ISU KE MANEK URAI : Peguam Negara Diberi Lesen Bertindak Sesuka Hati

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata langkah Mahkamah Rayuan menolak rayuannya seolah-olah memberikan kuasa mutlak kepada Peguam Negara Gani Patail bertindak atas kepentingan peribadinya untuk campurtangan dalam kes liwatnya.

Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk membatalkan tindakan Peguam Negara mahukan kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan bukan di Mahkamah Sesyen seperti lazimnya untuk pertuduhan seumpama itu.

Dalam menolak permohonan Anwar, Mahkamah Rayuan mengambil pendirian Gani tidak perlu berpegang kepada arahan Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi, untuk tidak campurtangan dalam kes itu.

"Kita tidak boleh mempertikaikan sama sekali kewibawaan, keikhlasan dan bidang kuasa mutlak Gani Patail sebagai Peguam Negara. Niat dia apa pun kita tidak boleh pertikai.
Susah kita hendak harapkan apa- apa keadilan sekarang." kata Anwar selepas mendengar keputusan Mahkamah Rayuan.

Abdullah sebelum ini telah memberi jaminan Gani tidak akan campurtangan kerana Peguam Negara itu dikatakan terbabit dalam pemalsuan keterangan terhadap Anwar bersabit insiden mata lebam pada tahun 1998.

Menurut akuan bersumpah peguam, Gani juga telah memaksa pihak tertentu memberi keterangan palsu pada perbicaraan Anwar ketika itu.

Antara yang mengesahkan pembabitan Gani dalam memalsukan bukti ialah pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim selaku pegawai penyiasat kes mata lebam Anwar.

Anwar berkata sukar untuk mempercayai Mahkamah boleh mengambil ketetapan Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang pengaruh dalam memutuskan peri laku Peguam Negara.

"Boleh saudara bayangkan, kenyataan Mahkamah Rayuan bahawa perdana menteri tidak ada pengaruh langsung dalam apa- apa pendakwaan. Jaminan Tun Abdullah bahawa Tan Sri

Gani Patail tidak akan terlibat dalam kes ini tidak boleh diterima oleh mahkamah. Samaada Tun Abdullah jahil atau tidak bercakap benar, itu saya tidak tahu." Kata Anwar.

Pendakwaan terhadap Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditetapkan 8 Julai walaupun laporan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi menunjukkan tidak ada bukti klinikal menunjukkan pengadu Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwanya.

BERITA LAIN

RAYUAN ANWAR DITOLAK

Mahkamah Rayuan menolak rayuan bersabit permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan keputusan pemindahan perbicaraan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Panel tiga hakim hari ini menyampaikan keputusan lisan itu , meluluskan permohonan Peguam Negara Gani Patail untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Perbicaraan tersebut akan dimulakan di Mahkamah Tinggi mulai 8 Julai.

Gani, telah membuat permohonan berkenaan walaupun beliau telah diarahkan oleh Perdana Menteri Ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi supaya tidak campurtangan dalam kes itu.

Mahkamah Sesyen sebelum ini menolak permohonan peguam Negara berkenaan mahukan kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi namun keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.

Langkah Mahkamah Rayuan hari ini meluluskan pemindahan kes Anwar ke Mahkamah Tinggi atas permintaan Peguam Negara dilihat sebagai memperakukan campurtangan Gani dalam kes berkenaan.

Pelbagai pihak telah mengecam Gani kerana dikatakan terbabit dalam memalsukan keterangan dan bukti bersabit insiden mata lebam Anwar pada 1998.

Menurut akuan bersumpah peguam, Gani juga telah memaksa pihak tertentu memberi keterangan palsu pada perbicaraan ketika itu.

Antara yang mengesahkan dakwaan pemalsuan bukti terhadap Gani ialah pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim selaku pegawai penyiasat kes mata lebam Anwar.

Peguam Anwar, Sankara Nair kesal dengan keputusan Mahkamah Rayuan menolak segala bukti dan keterangan bersabit prilaku Gani.

"Saya berharap keputusan hari ini bukan detik permulaan ulangan pengalaman yang ditempuhi oleh Anwar pada perbicaraan1998/99 di mana beliau tewas dalam semua kesnya walaupun mempunyai bukti yang kukuh dan dipenjarakan enam tahun.

Beliau dibebaskan hanya selepas berjaya pada rayuan peringkat akhir.

ANWAR TIDAK TERKEJUT RAYUANNYA DITOLAK

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan kes liwatnya kekal dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa, jelas jaminan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak terbabit dalam kes ini tidak diterima mahkamah.

"Saya tak terkejut dengan keputusan ini dan sudah menjangkakannya. Jelas sistem kehakiman tak banyak berubah.

"Jaminan bekas Perdana Menteri bahawa Peguam Negara tidak terbabit dalam kes ini jelas tak diterima mahkamah," katanya ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, petang ini.

Anwar berkata, beliau sudah mengarahkan peguamnya, S N Nair supaya mengkaji semula alasan ringkas penghakiman hari ini bagi menentukan sama ada semakan kehakiman perlu dibuat.

Sementara itu, Nair berkata, masih terlalu awal untuk memutuskan sama ada pihaknya akan membuat semakan penghakiman keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.

"Kita akan kaji alasan ringkas kehakiman rayuan hari ini sebelum langkah selanjutnya diambil," katanya.



Pakatan Rakyat Bentuk Jawatankuasa Kabinet

Bagi memastikan prestasi bermutu ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat, gagasan politik itu mewujudkan jawatankuasa khas mengikut portfolio kementerian tertentu.

Bercakap kepada media di Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Azmin Ali (PKR-Gombak) berkata Pakatan Rakyat meletakkan seorang wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP untuk setiap 25 kementerian terbabit.

"Jawatankuasa ini turut dibantu oleh pakar-pakar dari bidang masing-masing untuk membantu ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat," kata Azmin.

Beliau menambah langkah ini diambil bagi membantu persediaan wakil-wakil rakyat dan memantapkan kualiti perbahasan di Parlimen.

"Tugas pertama jawatankuasa ini adalah untuk memastikan persediaan yang rapi menghadapi sesi belanjawan pada bulan Oktober nanti," kata Azmin.


Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut Kementerian

JABATAN PERDANA MENTERI:
PKR - Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Mohamed Azmin Ali (Gombak), Sivarasa Rasiah (Subang), Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak), William Leong (Selayang), Ahmad Kasim (Kuala Kedah), Fuziah Salleh (Kuantan)
Pas - Abdul Hadi AWang (Marang), Nasharudin Mat Isa (Bachok), Salahuddin Ayub (Kubang Kerian), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Taib Azamudden Md. Taib (Baling), Khalid Samad (Shah Alam)
DAP - Lim Kit Siang (Ipoh Timor), Ngeh Koo Ham (Beruas), Hiew King Chiew (Kota Kinabalu), John Fernandez (Seremban)

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
PKR – Johari Abdul (Sungai Petani)
Pas – Salahuddin Ayub (Kubang Kerian)
DAP - Karpal Singh (Bukit Gelugor)

KEMENTERIAN KEWANGAN:
PKR – Mohamed Azmin Ali (Gombak)
Pas – Dr Dzulkefly Amad (Kuala Selangor)
DAP – Lim Guan Eng (Bagan)

KEMENTERIAN PERTAHANAN:
PKR – Saifuddin Nasution Ismail (Machang)
Pas – Muhammad Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang)
DAP – Liew Chin Tong (Bukit Bendera)

KEMENTERIAN PELAJARAN:
PKR – Yusmadi Yusof (Balik Pulau)
Pas – Che Uda Che Nik (Sik)
DAP – Chong Eng (Bukit Mertajam)

KEMENTERIAN KERJA RAYA:
PKR – Kamarul Bahrin Abbas (Teluk Kemang)
Pas – Mahfuz Omar (Pokok Sena)
DAP – Gobind Singh Deo (Puchong)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
PKR – Azan Ismail (Indera Mahkota)
Pas – Dr Mohd Abdul Wahid Endut (Kuala Terengganu)
DAP – Jeff Ooi (Jelutong)

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
PKR – Zuraida Kamaruddin (Ampang)
Pas – Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang)
DAP – Fong Po Kuan (Batu Gajah)

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
PKR – Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru)
Pas – Khalid Samad (Shah Alam)
DAP – Tan Kok Wai (Cheras)

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI
PKR – Rashid Din (Merbok)
Pas – Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu)
DAP – Er Teck Hwa (Bakri)

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
PKR – Chua Tian Chang (Batu)
Pas – Nasir Zakaria (Padang Terap)
DAP – Charles Anthony Santiago (Klang)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
PKR – William Leong (Selayang)
Pas – Dr Mohd Hatta Ramli
DAP – Teresa Kok

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
PKR – Ahmad Kassim (Kuala Kedah)
Pas – Taib Azamudeen Md Taib (Baling)
DAP – Sim Tong Him (Kota Melaka)

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
PKR – Amran Abdul Ghani (Tanah Merah)
Pas – Mahfuz Omar (Pokok Sena)
DAP – Teo Nie Ching (Serdang)

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
PKR – Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat)
Pas – Muhammad Husain (Pasir Puteh)
DAP – M Kulasegaran (Ipoh Barat)

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
PKR – Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai)
Pas – Che Rosli Che Mat (Hulu Langat)
DAP – Chow Kon Yeow (Tanjong)

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
PKR – Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan)
Pas – Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja)
DAP – Nga Kor Ming (Taiping)

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
PKR – Abdul Aziz Kadir (Ketereh)
Pas – Abdul Halim Abdul Rahman (Pengkalan Chepa)
DAP – M Manogaran (Telok Intan)

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
PKR – Sivarasa Rasiah (Subang)
Pas – Kamarudin Jaafar (Tumpat)
DAP – P Ramasamy (Batu Kawan)

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
PKR – Tan Tee Beng (Nibong Tebal)
Pas – Mohd Firdaus Ja’afar (Jerai)
DAP – Anthony Loke Siew Fook (Rasah)

KEMENTERIAN KESIHATAN
PKR – Dr Lee Boon Chye (Gopeng)
Pas – Dr Mohd Hayati Othman (Pendang)
DAP – Dr Tan Seng Giaw (Kepong)

KEMENTERIAN PELANCONGAN
PKR – Manikavasagam Sundaram (Kapar)
Pas – Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu)
DAP – Fong Kui Lun (Bukit Bintang)

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
PKR – Wee Choo Keong (Wangsa Maju)
Pas – Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa)
DAP – Lim Lip Eng (Segambut)

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
PKR – Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Baharu)
Pas – Salahuddin Ayub (Kubang Kerian)
DAP – Tony Pua Kiam Wee (Petaling Jaya Utara)

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
PKR – Gobalakrishnan Nagapan (Padang Serai)
Pas – Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar)
DAP – Chong Chien Jen (Bandar Kuching)


Dosa Apa Bangunan Itu Dirobohkan?


Apakah hujah yang digunakan bagi menjustifikasikan perobohan bangunan penyembelihan babi di Mergong Kedah?

Belum ada di dalam sejarah Islam, sebuah kerajaan Islam merobohkan bangunan-bangunan semata-mata beralasankan dengan politik perkauman sempit kecuali apa yang dilakukan di negeri Kedah.

Seandainya bantahan dari penduduk sekitar kerana membuang sisanya ke dalam tong sampah dan dalam sungai berdekatan, pihak yang melakukan aktiviti berkenaan TELAH PUN menghentikan mereka sejak 26 Jun lalu. Justeru itu dosa apa sehingga bangunan itu pula menjadi mangsa perobohan sedangkan ianya boleh dimenafaatkan untuk tujuan-tujuan yang lain?

Seperti yang kami katakan bangunan itu tidak sepatutnya dirobohkan. Ia telah memberhentikan kegiatan menyembelih sejak seminggu yang lalu, maka kewajaran merobohkan bangunan tersebut oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) adalah sesuatu yang tidak menasabah dan tidak Islamik dipandang dari sudut apa sekalipun.

Bangunan itu sendiri tidak mendatangkan apa-apa kemudharatan dan merobohkannya adalah sikap terburu-buru meniru sikap kerajaan UMNO BN yang melakukan perobohan bangunan di dalam tragedi Berembang dan Bujal.

Bangunan yang kosong itu boleh dimenafaatkan untuk tujuan kebaikan apabila ianya dibersihkan dan diubahsuai dan tidak perlu memusnahkan satu bangunan yang tentunya memerlukan kos lain untuk dibina semula apa juga bangunan lain di atasnya. Satu pembaziran yang sangat tidak digalakkan di dalam ugama kecuali sewaktu itu sudah ada perancangan untuk projek lain ang lebih mendatangkan menafaatnya kepada rakyat.

Apakah bangunan yang tegak berdiri itu mencemarkan pandangan Mergong setelah masalah aktiviti penyembelihan itu yang dikatakan mencemarkan bau dan kesihatan telah pun diberhentikan?

Sejarah Kaabah sendiri yang telah dicemari dengan beratus-ratus patung berhala yang diperbuat daripada ukiran batu dan kayu, yang memenuhi di dalam dan di luar Kaabah selain yang boleh didapati disetiap rumah masyarakat Arab Jahiliah pada masa itu tidak dirobohkan oleh Nabi-nabi sebelum Rasulullah s.a.w.

Bagaimana dalam keadaan ‘sekotor’ seperti itu membolehkan Nabi Muhammad mampu untuk menerima Kaabah sebagai tempat ibadah.

Dan baginda dalam usaha untuk mengumpulkan kekuatan iman, sekental moyangnya, Nabi Ibrahim yang mampu memusnahkan kesemua berhala-berhala itu seorang diri di depan Namrud yang berkuasa tidak pula meruntuhkan Kaabah semata-mata di atas alasan ianya mencemarkan bukan sahaja pandangan malah aqidah orang pada masa itu.

Di New York sebuah kelompok Muslim telah membeli sebuah bekas gereja katolik 'Queen of Peace' berikut biara dan sekolahnya, di jalan Genesee di kawasan Buffalo pinggiran kota New York AS dan berencana untuk menggunakan kompleks bekas gereja tersebut menjadi pusat komuniti Muslim dan masjid.

Gereja tersebut dirubah menjadi masjid dan dinamakan masjid Jami', yang artinya tempat untuk berkumpul bersama, kata Dr Hatim Hamad yang menjadi pimpinan kelompok orang tua Islam, serta yang mendanai pembelian masjid tersebut.

Masjid Jami' itu difokuskan pada pembinaan anak-anak dan kegiatan-kegiatan ke Islaman serta menawarkan berbagai program kegiatan untuk pemuda.

Justeru itu, dosa apa bangunan itu perlu sangat untuk dirobohkan?

Kita berharap ia tidak akan mendatangkan natijah yang serupa akibat tindak-tanduk yang serupa supaya nanti jangan ditempelak orang PAS dan UMNO 2 x 5.

MANEK URAI : 4 HARI LAGI PENAMAAN CALON

Tinggal lagi 4 hari sahaja lagi peperangan yang dahsyat ini bakal tercetus. Peperangan yang menjadi penentu hala tuju Pakatan Rakyat. Peperangan yang bakal mengeratkan lagi perpaduan di dalam Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat calonnya ialah Fauzi Abdullah. Calon yang dikatakan mempunyai sifat dan kelakuan seperti bekas ADUN Manik Urai iaitu Allahyarham Ismail Yaakub. Pakatan Rakyat yang diwakili PAS sudah pasti akan mempertahankan kerusi ini habis - habisan.

Kerusi ini telah dipertahankan semenjak tahun 1986. Kerusi penentu buat kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan. Jika tumbang kerusi kepada puak Zionis BN,
maka kerajaan perpaduaan Umno akan ditiup semula. Umno tidak pernah berhenti untuk menghancurkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Bagi pihak Zionis BN, Tuan Aziz akan menjadi calon mereka.

Apa tanggungjawap kita yang berparti dan tidak berparti ini. Kita yang mendokong keadilan, kebenaran dan kesejahteraan sesama insan tidak kira Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain - lain harus memastikan kerusi ini kekal di tangan Pakatan Rakyat. Kita mahu KETUANAN RAKYAT diutamakan bukannya KETUANAN ROSMAH!!!

Bukan 1Malaysia.. kita mahu rakyat yang menjadi TUAN!!

Buat para pejuang sejati Malaysia... gegarkan bumi Manik Urai pada 6 Julai 2009 nanti. Pada penamaan calon, pastikan ratusan ribu rakyat akan berhimpun untuk memberi signal jelas kepada Zionis BN. Ini suara rakyat Malaysia! -dragsuperstar

chegubard Isytihar Batal Kerjasama Dengan Dewan Pemuda PAS

Beberapa perkara perlu diberikan perhatian dalam isu memastikan kelansungan kekuatan Pakatan Rakyat.

Pimpinan DAP Pusat seharusnya mengambil tindakan terhadap pimpinan DAP Kedah yang terlibat membuat kenyataan terbuka di media tanpa perbincangan yang sempurna dalam Majlis Pakatan Rakyat. Semua tindakan yang melibatkan dasar harus dibuat diperingkat pusat.

Tindakan Ketua Pemuda PAS membuat pertemuan 'rasmi' dan 'terbuka' dengan Pemuda Umno dilihat sebagai usaha terkebelakang dalam memastikan kekuatan pakatan.

Nampaknya ada kalangan pimpinan PAS seolah tidak memahami isyarat keputusan Pilihanraya Umum lalu. Mereka juga terus menerus melakukan tindakan memberikan 'talian hayat' kepada Umno - Bn yang makin melemah.

Ini mungkin berlaku kerana banyak alasan, namun alasan - alasan tersebut ialah alasan dangkal yang ingin menghalalkan tindakan mereka semata - mata demi kepentingan kelompok tertentu sahaja.

Jika dakwaan ini salah sila jawab apa yang berlaku apabila rakyat menolak Bn di Selangor tetapi sebaliknya ada pimpinan PAS yang duduk berbincang dengan Bn dengan membawa kemungkinan membentuk kerajaan campuran PAS-Umno di Selangor, tetapi akhirnya gagal kerana dua - dua pihak berkeras hendak jadi Menteri Besar..... Sila jawab dakwaan terbuka Tuan Guru Ust. Hj Ahmad Awang yang menyatakan ada pimpinan PAS Pusat yang menghubungi beliau meminta pertimbangan semula agar diadakan pakatan Umno - Pas dalam membentuk kerajaan Perak.

che'GuBard dengan ini selaku anak muda yang bergelumang dengan aktivis 'bawahan' dan melihat derita rakyat dizalimi dan ditinds regim serta mepelajari sejarah bahawa regim ini pewaris penjajah negara, maka dengan ini mengecam tindakan Dewan Pemuda Pas yang masih terhegeh-hegeh memberikan talian hayat kepada Umno.

Selaku anak muda che'GuBard mengisytiharkan memboikot semua program melibatkan Dewan Demuda PAS termasuk jemputan yang telah disahkan hadir.

Tindakan ini bukan mewakili parti tetapi mewakili kekecewaan aktivis 'bawahan' yang tidak diendahkan suara mereka. Apa yang kita dapat hari ini bukan atas kekuatan parti kita semata - mata tetapi atas penolakan kuat rakyat terhadap Bn dan harapan sedikit yang ada terhadap gabungan kita. Bila ada sikit kuasa kita lupa dan nak lebih dengan ajak entiti yang ditolak rakyat untuk duduk semeja.... percayalah teruskanlah perkara ini rakyat akan terus mencampak kita dalam longkang dalam PRU yang akan datang.....

Wahai Yb atau sesiapa yang mendapat apa juga tempat hasil PRU lepas, ketahuilah keputusan itu bukan dicipta begitu sahaja dalam sehari pada 8 Mac yang lepas ia merupakan hasil perjuangan panjang...... sanggupkah kita kianati semua sejarah perjuangan panjang tersebut. -chegubard


MANEK URAI : ROYALTI MINYA KELANTAN - MUSTAFA MOHD BERDOLAK-DALIK

Ikuti interbiu ringkas bersama Ahli Parlimen Tumpat yang sempat ditemui di lobi Parlimen bagi memperkatakan isu tuntutan Kerajaan Kelantan terhadap pembayaran royalti minyak oleh Kerajaan Pusat:

Kenapa Kerajaan Pusat begitu liat hendak membayar royalti petroleum kepada Kerajaan Kelantan?

DATO' KAMARUDDIN JAFFAR: Terbukti, sememangnya ini merupakan dasar Tun Dr Mahathir yang daripada awal lagi ingin menafikan hak Kelantan terhadap royalti. Ini bukan sahaja di Kelantan tetapi apabila Terengganu jatuh ke tangan PAS royalti yang diberikan berpuluh tahun telah ditarik balik.

Di Kelantan bukan sekadar royalti tidak diberi kepada Kelantan tetapi pendaratan minyak juga dirancang supaya tidak didaratkan di negeri itu. Ini juga terbukti daripada sumber-sumber Petronas dan ianya dijelmakan dengan dasar dan keputusan supaya laluan minyak dan gas itu mendarat di Songkhla, Thailand.

Melalui paip akhirnya sebahagian daripadanya dibawa melalui bumi Thailand dan Kedah. Kerajaan Pusat di bawah BN memang sanggup mengambil risiko dan mengetepikan keuntungan dan kepentingan negara dengan mendaratkan gas dan minyak itu di Thailand. Mereka mengambil risiko keselamatan dan sebagainya menerusi paip membawa gas itu melalui Thailand ke negeri Kedah.


Tetapi BN kata kawasan pengeluaran minyak itu, dalam wilayah bertindih?

Isu yang dijawab oleh kerajaan dalam parlimen oleh Menteri kononnya kawasan itu bertindih dengan Thailand, sebenarnya itu tidak berbangkit kerana dalam soalan saya di parlimen pun telah dijawab bahawa 50 peratus Thailand dan 50 peratus Malaysia.

Yang kita tuntut itu bukan yang 50 peratus Thailand punya tetapi yang bahagian Malaysia. Tuntutan itu berlaku kita faham kerana dasar Malaysia juga untuk tidak terus menghadapi krisis dengan negara Thailand dengan tuntutan bertindih itu sama-sama setuju 50 peratus Thailand dan 50 peratus Malaysia.

Tetapi, itu kita tidak persoalkan. Sebaliknya kita tuntut yang 50 peratus bahagian di Malaysia itu yang tidak bertindih (dikatakan Kelantan dan Terengganu). Ia terletak di perairan Kelantan.

Yang bertindih ialah perairan Malaysia dan Thailand. Bahagian Malaysia itu tiada syak lagi bahawa ianya adalah bahagian perairan Kelantan.

Terdapat tujuh pelantar minyak di perairan Kelantan?

Ya, benar dengan perbincangan usahasama dengan kerajaan Malaysia-Thailand. Yang itu kita tidak nafikan dan kita mempunyai peta perairan itu sebagai bukti.

Ini menunjukkan BN diskriminasi dan menafikan hak rakyat Kelantan mendapatkan royalti ini?

Memang dasar BN daripada awal lagi untuk menafikan hak Kelantan kerana mereka menganggap Kelantan di bawah PAS dan mereka tidak nampak bagaimana akan boleh jatuh kembali kepada BN. Sebab itulah mereka merancang supaya Kelantan tidak mendapat satu sen pun daripada hasil minyak itu.

Pada pandangan Dato' apa tindakan yang perlu diambil oleh Kerajaan Kelantan untuk menuntut kembali royalti daripada Kerajaan Pusat?

Menurut laporan, Kerajaan Kelantan telah pun menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri. Ini merupakan langkah yang baik. Saya berharap Perdana Menteri menghormati permohonan kerajaan negeri ini atas tuntutan yang berasas. Kalau Perdana Menteri benar-benar mahu buktikan konsep keadilan, satu Malaysianya.

Kalau sekiranya Kerajaan Pusat tetap enggan untuk memberi kembali royalti itu, apa nasihat Dato kepada pengundi Manek Urai?

Kepada pengundi-pengundi di sana, walau apa keadaan pun mestilah sentiasa menyedari Kerajaan PAS Kelantan daripada awal lagi memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat tanpa mengira suasana ekonomi ataupun setakat mana peruntukan yang diberikan Kerajaan Pusat kepada PAS.

Ini adalah bukti Kerajaan PAS mengutamakan rakyat walaupun kita tidak menggunakan slogan rakyat didahulukan tetapi sememangnya segala dasar kita mengutamakan rakyat negeri yang kita anggap sebagai penyokong setia kita. -sanggahtoksaga

MANEK URAI : TINDAKAN KERAJAAN KEDAH - KEANGKUHAN YANG TIDAK PERLU

Menurut laporan blog Kedahlenie, para pemimpin DAP Kedah tidak patut membuat keputusan terburu-buru untuk meninggalkan kerajaan Pakatan Rakyat kerana penjelasan telah dibuat berkaitan dengan perobohan rumah penyembelihan babi di Mergong itu.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, Exco kerajaan negeri, Datuk Fakhrulrazi Zawawi juga telah memberikan penerangan kepada pemimpin DAP Pusat mengenai perkara ini.

"Nampaknya, mereka faham dan meminta kita menyesaikan segera isu ini. Namun kita tidak boleh halanglah jika mereka mahu terus bersikap begitu (keluar dari kerajaan Pakatan)," kata Azizan.

Beliau mengulas tindakan DAP Kedah yang membuat kenyataan untuk keluar dari kerajaan Pakatan di Kedah kerana tidak berpuashati dengan kerajaan negeri.

Ia ekoran perobohan pusat penyembelihan babi di Mergong, yang sudah beroperasi tanpa lesen lebih 30 tahun lalu.

Semalam, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah merobohkan bangunan itu selepas mendapat bantahan demi bantahan dari penduduk sekitar kerana membuang sisanya ke dalam tong sampah dan dalam sungai berdekatan.

MBAS sebelum ini telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.

Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.

"Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi.

Kegiatan penyembelihan babi di sini telah dihentikan mereka sejak 26 Jun lalu.

Hari ini, bangunan itu dirobohkan selepas tempoh sebulan yang diminta telah tamat pada 30 Jun lepas.

Persoalan kini ialah:

1) Sewaktu tindakan perobohan hendak dilakukan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), pemimpin DAP Negeri termasuk Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su turut berada ditempat kejadian dan merayu agar tindakan tersebut ditangguhkan kerana mereka masih di dalam usaha untuk mencari tapak baru.

Mengapa tiada belas ikhsan dan tiada rasa simpati pihak kerajaan negeri untuk mempertimbangkan rayuan dan bantahan itu?

2) Sekalipun DAP Negeri telah mengnhantar surat untuk memhon tempoh sebulan dan tempoh itu berakhir, apakah kerajaan negeri perlu bertindak dengan membelakangkan konsep mesyuwarah dengan menjadi robot yang tepat pada waktunya kita melaksanakan tugas merobohkan premis berkenaan tanpa terlebih dahulu bertanya dan mempertimbangkan masalah-masalah yang mungkin mereka hadapi untuk mencari tapak baru?

3) Tindakan perobohan premis berkenaan tidak ubah seperti tindakan kerajaan UMNO BN di beberapa negeri seperti Selangor dan Terengganu yang kemudiannya mengakibatkan ledakan kemarahan rakyat yang menolak tindakan kerajaan negeri berkenaan. Apakah kerajaan Kedah tidak pernah belajar dari rentetan peristiwa berkenaan?

4) Bangunan tersebut boleh sahaja digunakan untuk tujuan lain setelah ianya disamak (dibersihkan) dan diubahsuai. Ia tidak perlu dirobohkan kerana pembinaannya sepastinya telah megeluarkan belanja yang banyak oleh pemiliknya. Jika Kerajaan Negeri Kedah tidak mahu menggunakan bangunan tersebut, pihak DAP dan masyarakat bukan Islam boleh diminta untuk menggunakan premis berkenaan untuk tujuan yang lain selain menjadi pusat penyembelihan khinzir dan sekali lagi kita tegaskan TINDAKAN PEROBOHAN itu amat TIDAK DIPERLUKAN.

5) Di dalam sejarah, belum berlaku tindakan merobohkan bangunan secara zalim dilakukan oleh Rasulullah. Malah di zaman Nabi Ibrahim sekalipun, sewaktu Kaabah dijadikan pusat menyembah berhala oleh golongan musyrik, Kaabah tidak dirobohkan sebaliknya hanya patung-patung dibersihkan darinya.

6) Lagipun menurut SU Akhbar MB, Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina, Pendang.

"Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.

Mengapa tidak boleh menunggu sehingga rancangan berkenaan benar-benar telah dapat dijayakan dan mengapa tiada kesabaran di dalam melakukan tindakan sehingga sanggup mengorbankan kesetikawanan dengan bertegas di dalam keadaan dimana kita masih boleh bertimbang-rasa? Apakah tempoh sebulan yang diberikan itu adalah "tempoh mati" yang tidak boleh dianjak semata-mata kita berkuasa?

Apakah tempoh sebulan memadai untuk mendapatkan tapak baru? Di mana letak akal budi pemimpin kerajaan negeri kedah di dalam soal ini?

Sukar untuk menjalin kesetiakawanan yang telah dibina dan dipupuk sejak zaman Almarhum Ustadz Fadzil Mohd Noor, tetapi mudah untuk dimusnahkan oleh pemimpin PAS kini.

Dan yang utama mengapa memberikan manek-manek kemenangan kepada UMNO BN dengan menghadiahkan kepada mereka isu-isu yang boleh dijadikan modal kepada mereka untuk menghentam PAS di saat kita sedang menghadapi pilihanraya kecil Manek Urai?