10 Apr 2013

Siapa Bekas MB Perak Yang Akan Sertai PAS Terjawab Malam Ini


Gempar!!!! Bekas MB Perak Dari Umno Bakal Sertai Pakatan Rakyat????!!! Nantikan malam ini!!! Yg pasti, UMNO IS DEAD!!!

Dalam kehangatan pilihanraya umum ke-13 nanti, beberapa minggu lagi, bekas pemimpin besar Umno dijangka menyertai parti dalam Pakatan Rakyat.

Terkini, seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS malam ini.

Perkara ini didedahkan Nizar Jamaluddin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihanraya umum akan datang, malam tadi.

“Seorang bekas menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS,” katanya ringkas.

Nizar berkata mengetahui perkara itu ketika mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat, Selasa minggu lepas.

Sebelum pentadbiran Zambry Abdul Kadir sekarang, Perak pernah ditadbir oleh Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Mohamed Ghazali Jawi, Shaari Shafie, Ahmad bin Said, Kamaruddin Mohd Isa, Wan Mohamed Wan Teh, Ramli Ngah Talib dan Mohd Tajol Rosli (tidak termasuk Nizar).

Menurut sumber, dua nama teratas yang dijangka menyertai PAS malam ini ialah Tajol Rosli Ghazali dan Ramli Ngah Talib.

Bagaimanapun Tajol dilihat lebih menyerlah kerana masih mengiktiraf Speaker DUN Perak yang sah, V Sivakumar selepas kerajaan Pakatan Rakyat tumbang pada Februari 2008.

Bekas ADUN Pengkalan Hulu ini digugurkan dari senarai calon dan dia sendiri tidak mahu lagi bertanding mewakili Umno dalam mana-mana jawatan negeri mahupun bahagian.

Dia juga merupakan anak kepada bekas menteri besar kedua, Mohamed Ghazali Jawi.

Tajol juga dikatakan semakin vokal terhadap dasar-dasar pentadbiran Zambry yang tidak mempedulikan hak orang Melayu apabila ratusan hektar tanah balak diberikan kepada kroni rapat dan perniagannya.

Dijangka, dengan pengumuman rasmi malam ini, lebih ramai ahli Umno akan mengikut jejak Tajol menyertai PAS manakala jentera pilihanraya Umno Gerik bakal lumpuh walaupun bukan calon Umno yang bertanding.

Tajol menang dalam pilihanraya umum lalu menewaskan calon KEADILAN, Lee Sing Long dengan majoriti 4,645 undi tetapi kemenangannya tidak bermakna apabila Perak diperintah Pakatan Rakyat yang menang 31 daripada 59 kerusi DUN sekaligus membentuk kerajaan negeri yang diketuai Nizar. -fb

Gambar Berbicara: Dimana Ada BN Disitu Ada Lembu...


Gambar ini baru dirakam dan tersebar di media sosial.

Seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan...

Lembu-lembu berkumpul di bawah lambang dacing!

Ia seperti mengiyakan kata-kata bekas Presiden UMNNO, Tun Mahathir yang pernah menyatakan: "Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno" yang membawa makna bahawa yang ada dalam UMNO kini hanyalah yang bodoh-bodoh.

UMNO itu sekutu terbesar dalam BN, maka di dalam BN itu ramailah yang bodoh-bodoh macam gambar di atas.

Maka hukum kebenaran dan keadilan yang sifatnya alamiah dan universal pun berjalan. Ditunjukkan oleh hukum alamiah itu, lembu itu pandai memilih bendera yang mewakili mereka...

[VIDEO] Penamaan Calon 20 April, Pengundian 5 Mei


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon manakala pengundian akan diadakan pada 5 Mei.

Dalam pada itu pengundian awal akan diadakan pada 30 April.

Ketiga- tiga tarikh itu ditetapkan pada mesyuarat khas yang diadakan di sini sebentar tadi.

Berdasarkan keputusan hari ini, tempoh berkempen selama 15 hari diperuntukkan. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.

Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan esok.

Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun.


[VIDEO] PAS Calonkan Nizar Di Changkat Jering, Idris Ahmad Di Parlimen Bkt Gantang


PAS Perak mengesahkan malam tadi bahawa parti itu akan bertanding di 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tujuh kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya PAS negeri Abu Bakar Hussain berkata perkara itu diputuskan dalam perbincangan di peringkat pusat di Kuala Lumpur semalam.

Dalam majlis pra-pengumuman calon di markas parti itu di Kampung Permatang, Pasir Panjang, beliau turut mengumumkan beberapa calon yang akan bertanding pada PRU13.

Mereka termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering yang sebelum ini ditandingi PKR.

Manakala, calon wanita Rohawati Abidin yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Lumut diumumkan akan menggantikan Nizar di Dun Pasir Panjang dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad (kanan) dinamakan sebagai calon di Parlimen Bukit Gantang, menggantikan Nizar.

"DUN Kubu Gajah pula akan ditandingi kembali oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Larut, Nazri Din.

"Kesemua mereka dipilih atas faktor integriti, amanah, setia dan telus," katanya. - Bernama


PKR Letakkan Chegubard Di Sungai Acheh, Fariz Musa Di Pekan Lawan Najib


Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrul bakal bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Aceh pada PRU 13.

Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan media Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman melalui emel pada jam 10.38 malam tadi.

“Sukacita saya mengumumkan KEADILAN meletakkan Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali CheguBard sebagai calon kerusi Sungai Acheh.

“Parti berharap pemilihan beliau ini akan membawa perubahan kepada DUN Sungai Acheh, seterusnya memenangkan Pakatan Rakyat,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Sungai Acheh, satu daripada tiga DUN dalam Parlimen Nibong Tebal yang dimenangi BN melalui Datuk Mahmud Zakaria yang mengalahkan calon KEADILAN, Dr Azhar Ahmad dengan majoriti tipis iaitu 250 undi. -KD



Fariz Musa lawan Najib Razak di Parlimen Pekan


Datuk Sri Anwar Ibrahim mengumumkan Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN (MPP) Pusat, Fariz Musa sebagai calon melawan Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Pekan.

Beliau yang juga Penyelaras badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 rasmi diumum demikian pada program di Megaview Hotel, Kuantan, malam tadi.

Pada sidang media itu, Anwar berkata Fariz bergiat dalam kegiatan parti dan perjuangan reformasi sejak awal, selain seorang aktivis yang berkesan.

“Fariz banyak memperjuang isu berkaitan penyelewengan dasar, rasuah, malah beliau kemuka ratusan laporan polis yang belum diambil tindakan.

“Untuk Parlimen Pekan, tokoh pemuda yang kena berani kerana banyak gerombolan samseng di mana-mana sekarang,” katanya.

Pada 1999, pilihan raya umum selepas gerakan reformasi tercetus, Najib Razak nyaris tewas dan cuma menang dengan majoriti 241 undi, malah ada pendapat menyatakan kemenangan itu hasil ‘peranan’ undi pos.

Selain Pakatan dan BN, Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) juga diuar-uar mahu meletakkan calon mahasiswa.

Ketua Umum KEADILAN itu turut menamakan seorang lagi MPP KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid bagi merampas kerusi Parlimen Bera yang disandang Datuk Ismail Sabri Yaacob dari Umno BN.

Kata Anwar, Zakaria, seorang jurutera yang menerima latihan di New Mexico dan California, pernah memimpin MPN Pahang dan menjadi Timbalan Pengarah Pilihan raya KEADILAN Pusat.

Calon KEADILAN yang sudah diumum bertanding di Pahang ialah Datuk Fauzi Abdul Rahman (Indera Mahkota), Fuziah Salleh (Kuantan), Murnie Hidayah Anuar (Paya Besar).
-KD



[VIDEO] Bekas Pegawai Khas Mahathir Akui Terlibat Rancang Konspirasi Fitnah Liwat 1


Bekas pegawai khas Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Abu Bakar mengakui terlibat secara langsung dalam rancangan konspirasi fitnah kes liwat pada 1998 mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengakuan itu dibuat secara terbuka di hadapan ribuan rakyat pada ceramah Pakatan Rakyat di Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lalu.

“Saya bersumpah saya bertanggungjawab dalam peristiwa sodomi satu (liwat 1).

“Saya bertanggungjawab dengan Aziz Shamsudin membuat surat Umi Hafilda, menghantar kepada Daim (Zainuddin), hantar kepada Mahathir. Itulah punca sebenarnya (fitnah ini).

“Bermula dari situ, Anwar ditangkap, dipenjara enam tahun. Tiba-tiba dia dilepas kerana alasan dibebaskan sebab apartment yang dituduh (Anwar melakukan sodomi) belum ada lagi (masa itu).

“Sebab itu Mahathir persoalkan mengapa Najib ambil tuduhan yang sama untuk peristiwa sodomi kedua…Itu dah nampak tak betul…,” kata Omar disambut sorakan rakyat.

Beliau mendedahkan demikian selepas melihat gambar Mahathir bersama Aziz Shamsudin dan Profesor Sidik Baba pada malam sama bercakap mengenai akhlak Anwar.

“Bekas boss saya ini sekarang jadi kempen manager Ibrahim (Ali) katak,” kata Omar disambut ketawa hadirin.

Tan Sri Aziz Shamsudin merupakan bekas setiausaha politik kepada Mahathir. Tun Daim pula bekas Menteri Kewangan sementara Sidik adalah tokoh akademik.

Umi Hafilda Ali adalah saksi utama dalam perbicaraan kes liwat 1. Antara lain, hasil maklumat yang diberikan beliau kepada mantan Perdana Menteri itu pada 1997, menyebabkan Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Fitnah I bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Mahathir memenjarakan Anwar sebelum dibebaskan pada 2004.

Skrip sama berulang pada 2008 apabila Anwar sekali lagi difitnah terlibat dalam skandal bersama Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantunya.

Anwar ditangkap pada malam 20 September 1998, secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Mahathir, Perdana Menteri ketika itu.

Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan fitnah oleh Saiful.

Dalam wawancara Anwar bersama stesen TV antarabangsa, Al-Jazeera 3 April lalu, Anwar percaya fitnah liwat yang dilempar kepadanya menyedarkan rakyat mengenai penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam kes berkenaan.

“Ketua Pendakwa (Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden) kes Fitnah II, kini bersama saya, (maknanya) seluruh tuduhan tak berasas.

“Malah, sekarang bapa (Azlan Mohd Lazim) kononnya mangsa liwat (Saiful) secara terbuka memohon maaf kepada saya dan keluarga,” kata Anwar.

Azlan menyertai KEADILAN 11 Mac lalu dan mendedahkan kes Fitnah II didalangi pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Khairil Annas Jusoh.

Yusof pula menyertai pasukan peguam Pakatan Rakyat selepas kes Fitnah II berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Anwar.

Terbaru, Omar pula mengaku terlibat dalam konspirasi Mahathir mengaitkan Anwar dalam kes liwat I.


[VIDEO] Bandar Ipoh Dilanda Ribut Selepas Kehadiran Najib -updated


SSaksikan !!! Bandar Ipoh, Perak di landa ribut taufan hari ini selepas kehadiran Najib Razak... Najib datang jer mesti ada ribut.

Sudah banyak tempat terjadi macam nie... Adakah satu kebetulan ??? -kedahkini



Ulasan GB

Jika berita di atas benar maka sekurang-kurangnya sudah tiga kali di mana Najib berada, di situ ribut taufan melanda.

Sebelum ini:

03 Feb : [VIDEO] Ribut Melanda "My Beautiful Malaysia" Di Teluk Chempedak Ketika PM Mula Berucap

16 Mac : [GAMBAR & VIDEO] Program Najib Di Kelantan Diserang Ribut